Tuesday, November 1, 2011

KPPK BUAT APA?.......ATAU MEMANG TAK BUAT APA?

Guru dakwa polis abai 15 laporan 'serangan'



Sejak bulanFebruari lalu, seorang guru di Sungai Nibong, Pulau Pinang, telah membuat tidak kurang daripada 15 laporan polis yang mendakwa bahawa bekas teman lelaki beliau menyerangnya secara fizikal, tetapi dakwanya, pihak berkuasa gagal bertindak.

Dakwanya, serangan bermula selepas dia berpisah dengan lelaki itu. Ini termasuk dipukul, cuba dicekik dan juga cubaan untuk membakar rambutnya.

Guru, berusia 29 tahun itu juga mendakwa dia ditipu sebanyak RM15,000 sebelum menamatkan hubungan selama enam tahun mereka.

NONELaporan terakhir dibuat di balai polis Jelutong pada 16 Ogos lalu dan dia juga telah menyerahkan kepada pihak polis sesalinan gambar lelaki itu dan ugutan yang dihantar menerusi mesej teks telefon bimbit.

Dalam satu mesej teks, katanya, bekas teman lelakinya menulis: “B ****, jika awak tidak tarik balik laporan atau terus buat laporan, awak akan berakhir di penjara. Tidak lama lagi periksa kereta awak, awak akan ditangkap kerana memiliki dadah.”

"(Polis) tidak menyoal dia ... Saya telah hilang kepercayaan (terhadap mereka)," katanya selepas membawa masalahn itu kepada peguam dan juga ADUN Batu Uban S Raveentharan.

Pada sidang akhbar hari ini di bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Raveentharan berkata guru itu bimbangkan keselamatan dirinya.

Integriti polis

Ini kerana lelaki itu dikatakan mampu mengetahui dengan serta-merta setiap kali laporan polis dibuat ke atas dirinya.

Sebaik sahaja dia keluar dari balai polis, dia akan menerima mesej teks yang menyatakan, “Ini adalah nombor laporan polis, apa yang awak mahu lakukan sekarang?”

NONE"Mengapa boleh ada kebocoran di balai polis ...? Siapakah ejen yang menjual maklumat kepada penyerang? Integriti polis kini dipersoalkan," kata Raveentharan.

"Selepas 15 laporan polis, mengapa tiada tangkapan dibuat? Sama ada pihak polis tidak tahu melakukan tanggungjawab atau mereka tidak mahu untuk menangkapnya."

Raveentharan seterusnya mendakwa suspek berkenaan dipercayai mempunyai pengaruh yang kuat kerana mampu menghalang polis daripada mengambil tindakan.

Sambil memberikan contoh, katanya seorang pegawai polis dari Farlim telah bersetuju untuk membantu pengadu.

Peguam juga diancam

Tetapi selepas beliau berjumpa dengan guru itu di balai polis, katanya: "Di luar balai ini, saya hanya rakyat biasa, saya juga takut dengan keselamatan saya."

Raveentharan mendakwa dirinya sendiri juga telah menerima ancaman kerana mewakili guru itu.

NONE"Dia letakkan notis pada cermin kereta saya dan mengancam nyawa anak saya yang berusia 11 tahun," katanya.

"Dia juga tahu sekolah dan kelas di mana anak saya sedang belajar."

Ketika dihubungi, ketua polis Pulau Pinang Datuk Ayub Yaacub (kiri) dalam satu mesej teks berkata bahawa beliau sedang berada di luar negara, tetapi akan mengkaji perkara itu apabila kembali minggu depan.

Pada masa yang sama, katanya, usaha-usaha sedang dijalankan bagi memastikan bahawa guru itu dilindungi.

No comments:

Post a Comment