Tuesday, November 1, 2011

MAKIN BERCELARU ISU BAHASA INGGERIS DAN PPSMI





Idris Jala: Malaysia masih ada risiko jadi muflis



KEPADA CIKGU YANG MEMBERI KOMEN...SILA BACA KENYATAAN IDRIS JALA.PAK PENAKAN HANG YANG BANYAK MEMBANTU NEGARA.MULA -MULA DIA BANTU MAS..LEPAS TU DIA BANTU BANYAK CADANGAN SAMPAI SEKARANG ....SEMALAM DIA KELUARKAN KENYATAAN......NEGARA AKAN BANGRAP.HANG NAK NGAJAQ MACAMANA KALAU NEGARA BANGRAP.SAPA PERINTAH NIH???

PPSMI: MIC juga mahu Putrajaya kaji semula keputusan

Oleh G Manimaran

MTUC: Piket diteruskan, tak timbul isu ‘haram atau tak haram’

Isu PPSMI: MCA mahu sastera Inggeris subjek wajib

November 01, 2011


KUALA LUMPUR, 1 Nov ― MCA menggesa Kementerian Pelajaran memperkenalkan semula subjek sastera Inggeris sebagai mata pelajaran wajib di sekolah dalam usaha memperkukuh penguasaan pelajar terhadap Bahasa Inggeris.

Presidennya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek (gambar) berkata, terdapat keperluan untuk menyekat kejatuhan standard bahasa Inggeris, sementara kontroversi mengenai dasar Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dan Sains dalam Inggeris (PPSMI) menunjukkan betapa perlunya langkah diambil bagi mempertingkat penguasaan anak-anak dalam Bahasa Inggeris.

“MCA mengambil perhatian tentang langkah-langkah diambil Kementerian Pelajaran dalam menangani kemerosotan standard Bahasa Inggeris.

“Guru-guru bersara boleh diambil semula berkhidmat oleh kerana ramai daripada mereka yang sanggup menyumbangkan kemahiran kepada negara.

“Perlu ada elaun khas bagi guru-guru yang mendaftar untuk mengajar sastera Inggeris di sekolah menengah,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Dipetik Bernama Online, Dr Chua berkata beliau sendiri, Timbalan Presiden dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai, dan Ketua Pemuda MCA yang juga Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong telah pun menemui Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran Tan Sri Muyhiddin Yassin.

Mesyuarat itu membincangkan kontroversi ketika ini berhubung pengajaran matematik dan sains dalam Bahasa Inggeris, yang nampaknya telah banyak menimbulkan perselisihan pendapat di kalangan ibu bapa, guru dan pelajar.

Dr Chua berkata, MCA berpendapat harus ada garis panduan jelas yang dapat membantu menamatkan kekeliruan ini dan pelajar yang telahpun belajar dua subjek itu dalam Inggeris hendaklah dibenar meneruskannya.

“Tidak harus ada gangguan. Pendirian MCA dalam isu ini amat jelas. Kami percaya pemegang kepentingan mesti ada pilihan,” katanya.

Bagaimanapun, kata beliau, MCA juga faham bahawa walaupun baik mendapat pilihan menggunakan Inggeris untuk belajar matematik dan sains, mereka telah juga diberi taklimat tentang kesukaran melaksanakannya jika ibu bapa diberikan pilihan tersebut.

2 comments:

  1. Bodoh..dah mansuh nak apa lagi !. Kalau nak sangat perkasa Bahasa Inggeris ok. kita tukar english medium keseluruhan...macam sebelum 70 an. Ini semua ada kepentingan..politik semata2

    ReplyDelete
  2. PPSMI adalah program yang gagal di sebahagian besar sekolah-sekolah di seluruh Malaysia. Rakyat telahpun suarakan semasa perhimpunan besar-besaran di K.Lumpur namun masih diteruskan juga. Maknanya..........

    ReplyDelete