Sunday, May 30, 2010

MINATTTTT....ATAU TAK DAPAT KERJA ATAU TAK ADA PILIHAN.BIASANYA BILA EKONOMI MERUDUM..MINAT NAK JADI GURU TIBA-TIBA MUNCUL....

Guru lepasan ijazah jadi rebutan


Sebahagian daripada 263 graduan gembira pada Konvokesyen Institut Perguruan Kampus Kota Bharu, semalam.


KOTA BHARU 30 Mei - Bidang perguruan semakin mendapat perhatian masyarakat khususnya di kalangan generasi muda apabila jumlah siswazah yang memohon mengikuti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) kian bertambah.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom berkata, pihaknya menerima 40,000 permohonan KPLI setiap tahun iaitu jumlah yang sangat ramai.

''Selain siswazah, KPLI turut menjadi buruan golongan yang telah bekerja dan sanggup melepaskan jawatan sebagai peguam, jurutera, pegawai eksekutif dan pensyarah bergaji lebih lumayan untuk menjadi seorang guru.

''Perkembangan ini amat menakjubkan kerana mereka sanggup mengorbankan kerjaya yang telah diterokai dan melepaskan gaji tinggi semata-mata menjadi guru," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian Konvokesyen kali ke-47 Institut Pendidikan Guru, Kampus Kota Bharu di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Kementerian Pelajaran, Datuk Misrah Ibrahim.

Dalam pada itu, Alimuddin meminta guru pelatih menunjukkan kesungguhan yang berterusan selepas bergelar guru dengan mengajar murid-murid daripada pelbagai latar belakang dengan ikhlas.

''Sekiranya teori dan praktikal semasa latihan gagal diaplikasikan, rujuk dengan guru-guru yang lebih berpengalaman," katanya.

Sementara itu, seorang graduan dan bapa kepada tiga anak dianugerahkan Pelajar Cemerlang Kokurikulum apabila berjaya menyeimbangkan di antara akademik dan aktiviti luar.

Shahrul Nizam Shahlan, 32, mengakui untuk menyeimbangkan akademik dan kokurikulum memang meletihkan.

Sebelum mengikuti KPLI, Shahrul Nizam memegang jawatan Pengurus Keselamatan di Johor Bahru selepas memperoleh Ijazah Sarjana Muda Teknologi Percetakan dari Universiti Teknologi Mara, Shah Alam.

Seorang lagi pelatih yang juga bekas Eksekutif Pemasaran Takaful Malaysia cawangan Kota Bharu, Mahani Mat Deris, 33, berkata, dia sanggup meninggalkan jawatan dan gaji lumayan semata-mata untuk menjadi guru.

''Guru adalah cita-cita sejak kecil dan apabila anak-anak semakin membesar, kerjaya ini paling sesuai kerana mempunyai lebih banyak masa dengan mereka," katanya yang dianugerahkan sebagai Pelajar Cemerlang Praktikal.

Penerima Anugerah Pencapaian Terbaik Keseluruhan, Aminah Sabtu, 29, berkata, dia pernah kecewa apabila permohonannya sebelum ini untuk memasuki maktab perguruan ditolak.

Namun dia tidak berputus asa dan kesabarannya itu berbaloi apabila hari ini, selain anugerah itu dia turut menerima anugerah Pelajar Cemerlang Akademik.

Aminah kini mengajar di Sekolah Kebangsaan Batu Unjur, Klang, Selangor sebagai guru bimbingan dan kaunseling.

Wednesday, May 26, 2010

CUBA LIHAT ADUAN INI.

Blogger shakespeare said...

Saudara moghan,
setahu saya tidak semua yang mendapat 4,4 walaupun setelah melalui semak semula.
Mungkin kena minta penjelasan Puan SUA. Apakah yang sebenarnya berlaku?
Terima kasih.

Thu Dec 31, 01:24:00 PM 2009

Blogger slkoh said...

slip keputusan ptk 2009 saya ada mencatat seperti yang disebut oleh moghan dan saya juga melampirkan surat iringan yang disertakan bersama dengan salinan keputusan ptk2009 kepada LPM seperti yang diminta. Akan tetapi, sehingga hari ini tiada berita. Apabila saya bertanya kepada kerani sekolah, katanya ia telah difaxkan. Jika sekiranya,permohonan saya dan rakan sekolah tercicir dan tarikh tutup telah tamat, adakah ini akan menjejaskan permohonan saya dan rakan lain sekolah berkenaan? Apakah yang harus kami lakukan sekiranya kesilapan ini bukan atas diri kita?


Blogger MatRos71 said...

Saudara Moghan,

Jika benar sebegitu rupa maka adalah tidak adil bagi kami yang lulus 4:3 tapi tiada catatan seperti itu. Formula apa pulak ni ?Ini membuktikan PTK itu tidak telus dan lebih kronism.
Adakah slip saudara ada catatan seperti itu ? Mohon penjelasan....?????

Thu Dec 31, 08:17:00 PM 2009

Blogger sam said...

slip keputusan ptk 2009 saya ada mencatat yang saya perlu membuat permohonan pembetulan slip keputusan jika saya menerima kenaikkan pangkat secara hakiki/kup. Saya memohon dengan melengkapkan surat iringan berserta dengan salinan surat lantikan dan slip keputusan ptk 2009 pada bulan Sept/Oktober. Akan tetapi saya dan 3 rakan sekolah masih belum terima apa-apa berita walaupun rakan sekolah lain telah terima surat pengesahan pembetulan slip keputusan ptk 2009 2 minggu yang lepas.Apabila saya bertanya dengan kerani sekolah, beliau memberitahu permohonan kami dibuat melalui faxs.Kami khuatiri permohonan kami tidak kesampaian ke LPM. Jika betul berlaku keciciran permohonan akibat kecuaian bukan atas diri sendiri ,apakah yang harus kami lakukan memandangkan keputusan ptk 2009 kami juga 3:4 dan tarikh tutup permohonan telah tamat?




ADA APA SEBENARNYA DENGAN PTK INI??SOALAN INI DIADUKAN KEPADA KPPK.MASAALAH KETELUSAN APAKAH YANG MENJADI KRITERIA UNTUK MENDAPATKAN 4:4???

Tuesday, May 25, 2010

DARI MSO .....

Perlukah Profesyen Guru Dilesenkan?

[kemaskini] Menteri Pelajaran, Muhyiddin Yassin menjelaskan kerajaan tidak akan melaksanakan cadangan supaya guru diberikan lesen bagi menaikan taraf profesional mereka. Jelasnya cadanagn itu dikemukakan oleh para guru yang menghadiri retreat bersama kementerian itu baru-baru ini.

TIMBALAN Menteri Pelajaran, Mohd Puad Zarkasi (foto) telah melontarkan cadangan untuk melesenkan guru-guru di negara ini. Tujuan perlesenan itu menjadikan guru sebagai profesyen yang profesional seperti arkitek, lawyer, engineer, doktor dan sebagainya.

Kata Puad idea itu diperingkat kajian. Saya yakin idea berkenaan datangnya dari menterinya, Muhyiddin Yassin dan Puad hanya jadi tukang canang saja. Sebelum cadangan itu dilaksanakan molek kalau ia dikaji secara mendalam, menilai buruk dan baiknya, relevan atau tidak sebelum dilaksanakan.

Paling penting apakah dengan melesenkan perkhidmatan itu ia memberi daya tambah kepada pendidikan negara. Tidak guna kalau langkah itu diambil hanya setakat ingin mengangkat perkhidmatan guru sebagai bidang profesional saja seperti lain-lain bidang. Apalah ada kepada nama?

Apakah selama ini perkhidmatan guru di negara kita bukan profesional lagi? Mendidik adalah kerja paling mulia sekali. Maju dan mundur sesuatu bangsa itu terletak ditangan guru atau cikgu. Cikgu bodoh murid akan jadi dungu! Keberkesanan pendidikan pula bergantung kepada dasar kependidikan itu sendiri. Guru atau cikgu mengajar mengikut acuan yang disediakan kerajaan. Mereka membentuk 'kueh' itu menurut acuan kerajaan dengan semangat dan daya kreatif mereka. Sebagai penjawat awam guru hanya melaksanakan polisi dan dasar yang telah digariskan.

Bagaimana kueh yang diharapkan kerajaan maka begitulah yang akan dibentuk oleh guru-guru. Sebagai pekerja yang mulia dan bertanggungjawab mereka tidak akan cuba menukar bentuk dan citarasa kueh berkenaan. Jadi kalau murid hari ini tidak berkualiti dan menempati syarat-syarat manusia sejati (insanukamil) yang salahnya kerajaan!

Kepada saya, guru adalah satu bidang yang paling murni dan agen membangun insan yang kemudian membentuk negara.

Jika dilihat kepada peranan dan tanggungjawab itu, seharusnya perkhidmatan guru sudah dianggap sebagai profersional atau pakar. Dari gurulah lahirnya teknokrat dan profersional lain. Anihnya, mengapa bidang ini tidak dianggap profesional? Kalau manusia yang dilahirkan terdiri dari profesional-profesional mengapa golongan yang melahirkannya tidak profesional!
Anih bukan?

Doktor, lawyer, arkitek, engineer, penulis dan sebagainya siapa yang melahirkan mereka? Bukankah asas pendidikan mereka dari kalangan guru. Dari pra sekolah, sekolah rendah, menengah hingga ke peringkat universiti. Semua mereka diajar dan dididik oleh guru. Tidak ada seorang pun dari mereka terlepasa dari kawalan dan pembentukan oleh manusia bernama guru.

Jadi kalau tujuan hendak melesenkan guru itu hanya untuk memperlihatkan guru sebagai profresional ia sudah jadi tunggang terbalik. Ini bererti selama ini kementerian pendidikan tidak tahu menilai di mana tahap bidang pendidikan dan perkhidmatan guru selama ini.

Saya meragui dengan adanya lesenya itu ia hanya untuk dijadikan kambing hitam saja. Tujuan disebalik itu untuk mendapat keutungan. Bila guru dilesenkan maka akan adalah badan yang beetindak memberi lesen ataupun membuat persediaan bagi guru mendapatkan lesen. Dalam pada itu pemberian lesen itu juga seolah menafikan penganugerahan sijil perguruan kepada guru-guru yang diperolehi dari maktab atau institusi keperguruan selama ini.

Apakah jaminan tahap pendidikan kita akan 'berdecun' naik kalau guru dilesenkan? Ataupun apakah perlesenan itu untuk mendisplinkan guru? Kalau itulah sebabnya ini bermakna pusat latihan pengeluaran guru seperti maktab dan universiti tidak menjalankan fungsinya dengan baik.

Kepada saya bukan bermakna bila guru itu dilesenkan, integriti guru akan meningkat. Kualiti pendidik akan bertambah nilainya. Persepsi orang terhadap guru juga akan berubah dengan tiba-tiba. Soal ini soal sbjektif. Ia bergantung kepada guru itu sendiri. Profesyen guru yang ada hari ini sudah profesional dan pakar, dan sudah cukup untuk meletakakan guru sebagai golongan yang berdisplin dan kompeten dalam bidang pendidikan. Alasannya bagaimana kalau guru tidak berdisiplin untuk menjadi pendidik kepada anak bangsa.

Dalam hal ini kepada saya apa yang perlu dikaji oleh kementerian ialah nasib guru-guru yang ada hari ini. Megenai keperluan saraan hidup mereka dan juga persekitaran hidup mereka. Kalau persekitaran dan sara hidup mereka rendah, profesyen perguruan tetap akan cacat juga. Kalau pun guru dilesenkan dan mereka ditempatkan mengajar di pedalaman Sarawak dan Sabah yang belum ada kemudahan canggih ia tidak menjamin mutu pendidikan dan anak didiknya berjaya.

Apa yang perlu disediakan kerajaan menerusi peruntukan yang banyak ialah memberi kemudahan asas yang secukupnya. Atasi masalah guru. Perkara paling pokok soal gaji dan kebajikan mereka. Satu mekanisma perlu digubal oleh JPA untuk menaikkan gaji guru melebehi dari perkhidmatan-perkhidmatan awam lain. Dengan meletakkan keistimewaan bidang perguruan bermakna kita telah mengangkat martabat kaum pendeta itu. Yang perlu diprofesionalkan bukan guru tetapi cara atau kaedah menangani masalah guru harus lebih profesional.

Memberi lesen kepada mereka akan menyusahkan mereka. Menyebabkan mereka perlu menyiapkan diri, untuk mempastikan mereka akan mencukupi syarat-syarat untuk mendapat lesen. Pengenaan itu juga menyebabkan timbul rasa rendah diri antara yang ada lesen dan yang tidak ada. Memberi lesen sahaja dengan tujuan menandakan seseorang itu profesional tidak mengubah keadaan kalau orang atau bidang itu tidak diterima masyarakat sebagaia profesional yang harus dihormati.

Juteru daripada mengenakan cikgu dengan lesen-lesen yang sudah pasti mengandungi syarat tertentu, baik penaikkan gaji mereka. Guru lepasan maktab biarkan gaji permulaan hingga mencecah RM3,000 manakala guru ijazah pula biarlah mencecah RM5,000 berserta dengan pelbagai insentif. Dengan memberi kemudahan dan gaji lumayan akan lebih menjamin mutu pendidikan kita akan meningkat daripada memberi lesen penaikantaraf prifesionalisme mereka.

Selain itu guru-guru juga perlu diberikan penekanan mengenai tanggungjawab mereka dalam mendidik murid dan bukannya guru-guru diberi penekanan supaya melaksanakan agenda parti memerintah. Kebanyakan hari ini apa yang berlaku kepada guru, mereka bukan dibeban dengan tanggungjawab melahirkan insan kamil, atau mendalami pendidikan Lukman Hakim tetapi dipaksa menyerapkan fisafat pemimpin tertentu. Mereka ditekankan supaya memastikan kerajaan UBN tidak akan tumbang. Saya berani mengatakan suku dari jumlah 390,000 guru dikerah memastikan kemenangan UBN.

Apakah lesen itu nanti juga akan digunakan untuk memperkukuhkan kerajaan UBN? [wm.kl. 10:00 am 22/05/10]

Friday, May 21, 2010

NAK MENAIKAN MARTABAT GURU BUKAN PERLU ADAKAN LESEN.TINGKATKAN ILMU GURU BESAR..DAN TAMBAHKAN KEMUDAHAN SERTA KEBAJIKAN GURU

Lesen perguruan untuk guru

KOTA BHARU 21 Mei - Kementerian Pelajaran akan mengkaji cadangan supaya setiap guru di negara ini perlu memiliki lesen perguruan yang dikeluarkan oleh sebuah badan profesional seperti yang perlu dimiliki oleh doktor atau peguam.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, ia merupakan salah satu kaedah bagi mengekalkan integriti guru di negara ini dalam memastikan orang ramai tidak hilang kepercayaan kepada golongan tersebut.

Beliau bagaimanapun berkata, buat masa ini, jawatankuasa disiplin di kementerian sudah mencukupi untuk menjaga integriti tetapi pada masa sama cadangan itu masih perlu diberi perhatian serius.

"Isu integriti guru menjadi perhatian kementerian bagi memastikan profesion perguruan terpelihara imej dan martabatnya, kalau integriti tercemar, akhirnya orang hilang kepercayaan kepada guru," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Ke-18 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kemumin di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Pengerusi Majlis Sukan Negeri Kelantan, Dali Hussin yang juga Ketua UMNO Bahagian Pengkalan Chepa; Yang Dipertua PIBG SMK Kemumin, Mohd. Noor Abdullah dan Pengetua sekolah tersebut, Fauziah Mohamed.

Mohd. Puad mengulas laporan akhbar mengenai seorang guru lelaki yang didakwa mencabul lima murid perempuan berusia antara 11 hingga 12 tahun di sebuah sekolah rendah di Sibu, Sarawak ketika isterinya sedang menunggu waktu melahirkan anak sulung mereka.

Difahamkan, kegiatan guru berusia 32 tahun itu bermula Mac lalu sebelum kejadian terbaru dilaporkan berlaku di kediamannya pada minggu lalu membabitkan seorang murid tahun enam yang juga adik iparnya.

Mohd. Puad berkata, langkah untuk mengeluarkan lesen perguruan itu telah diamalkan di beberapa buah negara seperti di Kanada dan Australia.

"Cadangan ini perlu dilihat dengan teliti kerana kita mempunyai guru yang ramai kira-kira 390,000 orang.

"Saya secara peribadi bersetuju dengan cadangan ini dan merasakan sudah sampai masanya kita melihat lesen perguruan secara serius seperti mana yang diamalkan oleh beberapa buah negara," katanya.

Sementara itu, beliau merasa amat dukacita dengan kejadian yang berlaku di Sarawak itu dan pihaknya sedang menunggu laporan siasatan polis sebelum tindakan lanjut diambil.

Katanya, ia merupakan kes terpencil dan tidak mencerminkan keseluruhan sikap guru yang ada di negara ini.

1. ALASAN NAK MENAIKKAN MARTABAT PERGURUAN BUKAN MELALUI KESEN.DIMANA AKHIRNYA GURU DIPAKSA MEMBAYAR YURAN DAN KAD UNTUK MENDAPATKAN LESEN KERANA MEMPROSES.BAYANGKAN KALAU 390,000 GURU DENGAN YURAN PROSES RM 25 SEORANG.ITU PUN KALAU RM 25 KALAU RM 100, BANYAK JUGA DUIT KERAJAN KUTIP...DAH NAK BENGKRAP KE???????

2. NAK MENINGKATKAN PROFESIONALISME IALAH DENGAN MENINGKATKAN GRED GURU DIMANA GURU BESAR PERLU DI NAIKKAN GRED YANG LEBIH TINGGI .ADA GURU BESAR YANG TAK TAHU PUN GUNA INTERNET.BORANG YANG KELUAR DALAM INTERNET TAK PERCAYA..PERLU TUNGU BORANG DARI JPN. LAHABAU PUNYA GURU BESAR.

3. KEBAGAJIKAN GURU DIBANDAR-BANDAR BESAR TERUTAMANYA ANK-ANAK KAUM GURU. ADA SEKOLAH TERUTAMANYA DI PUTARJAYA DIMANA KAUM GURU TERPAKSA MEN JADI PENGASUH DAN GURU BESAR PULA BERSETUJU MENGARAHKAN KAUM GURU MENJAGA BUDAK-BUDAK SEKOLAH HINGGA JAM 5 PETANG.BANYAK PUNYA CANTIK..INI LAH YANG KONONYA NAK TINGKAT PRESTASI MURID.SEBENARNYA SUPAYA KAUM PEKERJA YANG LAIN , IBUBAPA APABILA PULANG DARI TEMPAT KERJA JAM 5 PETANG TERUS MENGAMBIL ANAK-ANAK MEREKA .BETAPA JIMATNYA ORANG LAIN AKAN TETAPI ANAK-ANK GURU TIDAK PULA DI JAGA.ANAK -ANAK GURU TERPAKSA PULA DI HANTAR KE TEMPAT ASUHAN DENGAN HARGA YANG MAHAL.

4. KAUM GUR PERLU PEKA DAN BUKA MATA LA.....JANGAN JADI MANDOM....

5. GURU BESAR PEREMPUAN BANYAK MENIMBULKKAN MASALAH KERANA PENAKUT DAN JUGA TIDAK TAHU BERTINDAK MENYELESAIKAN MASAALAH.MALAH ADA JUGA YANG TIDAK MENGHARGAI KAUM GURU.

POSTING OLEH : KAMARUL ILHAM

Thursday, May 20, 2010

GURU TERTINDAS MINTA PENJELASAN

Saya antara ribuan guru lepasan PJJ yang mula dikekalkan berkhidmat di sekolah rendah mulai tahun2004, tahun ini telah 20 tahun menjadi guru termasuk 13 tahun dalam skim PPPBS C1ke B10 dan diploma DG6.
Dalam usia mengjangkau 45 tahun dan layak mohon time base DG44 pda tahun 2011.
Dalam perkhidmatan di sekolah rendah GPK yang ada di kebanyakan sekolah rendah ialah DG32 KUP yang dihakikikan oleh BSMKPM,
GB pula majoritinya DG34 hakiki.walaupun dah ramai GB DG41 yang akan ke DG44 bila dah khidmat selama 3 tahun.
Kami merasa tertindas kerana tidak berpeluang untuk memohan jawatan GPK kerana BSM mengatakan syarat GPK mesti DG32. Bagi GPK yang yang berijazah ada yang diarahkan letak jawatan jadi guru biasa.
Dasar ini amat pincang kerana mengenepikan guru-guru yang berpengalaman seperti saya. Apakah nanti bila kumpulan kami ke DG44KUP 2011 dianggap sebagai guru biasa yang tidak diberi peluang ke jawatan pentadbiran?.
Bolehkan sekolah kebangsaan diperkasa oleh guru-guru bukan siswazah selama lamanya. Saya dapati GPK dan GB ada yang dipandang rendah oleh guru-guru sinior siswazah di sekolah rendah.
Kami disegani dalam beberapa hal tapi tidak dihormati kerana tiada kuasa.
Kata PSU BSMD ato K dalam taklimatnya kepda semua guru-guru di Putrajaya "tidak yang"
kekel melainkan quran dan hadis.
Saya berharap keadilan diberi kepada kami guru sinior siswazah di sekolah rendah yang akan ke DG44 KUP tak lama lagi.
guru tertindas BANGi/Putrajaya

Monday, May 17, 2010

SELAMAT HARI GURU


SELAMAT HARI GURU: Sekali menjadi guru, selamanya kita Guru

SELAMAT HARI GURU: Sekali menjadi guru, selamanya kita Guru
Riduan Mohamad Nor

Oleh: Riduan Mohamad Nor


“Selamat Hari Guru….jasamu tetap dikenang seumur hidup”.” Selamat menyambut hari guru, terimakasih kerana pernah menabur ilmu untuk kami”.

Inilah puluhan mesej yang saya terima hari ini dan mungkin ratusan untuk minggu ini, sempena Hari Guru, 16 Mei. Malangnya, tanpa hadiah kecil dan kuntuman bunga segar diatas meja .

Ada rasa hiba yang menerkam ruang sempit dada, malah mesej ringkas yang diterima menyeruak kembali pengalaman menjadi pendidik selama belasan tahun di Lembah Kelang ini.

Sayangnya ramai bekas anak-anak murid saya tidak tahu saya telah melepaskan jawatan secara rasmi sebagai guru, namun sekali kita menjadi guru, seumur hidup kita adalah guru.

Saya melepaskan jawatan untuk memberikan lebih perhatian kepada kerja amal Islami yang telah saya telusuri hampir dua dekad ini.

Hasan al Banna, Sheikh Ahmad Yasin, Said Ramadhan, Pak Natsir, HAMKA, Khalid Mas’al, Saed Siyyam, Said Hawwa, Dr Zulkifli Muhammad, Dr Burhanuddin , Ustaz Fadhil Noor dan ribuan yang lain aktivis Islam ialah para guru yang mendidik dan membina manusia. Mereka semua melepaskan jawatan demi dakwah dan perjuangan Islam.

“Saya akan terus mendidik selagi mana ada nafas, tetapi untuk masyarakat umum, pelbagai lapisan, jika rindu pada sekolah, masuk ke sekolah untuk program motivasi” janji saya pada kak Aminah sebelum melangkah girang, keluar daripada pagar sekolah.

Melepaskan seribu bebanan tugas rutin yang menambat potensi diri untuk mara sebagai aktivis. Menghela nafas merdeka dengan segudang pengalaman sebagai pendidik muda sekaligus aktivis dakwah.

Kepada teman-teman pendidik yang masih akrab dengan buku rekod, papan putih, kursus dalaman , folio pelajar, teruskan jihad kalian untuk memberikan pencerahan kepada generasi muda kerana ditangan mereka terletak masa depan Islam yang gemilang.

Saya diserbu kenangan yang menggamit perasaan yang bercampur , malah dihempap dengan segunung rasa bersalah apabila mengenangkan kembali masa silam terutama tahun-tahun awal sebagai pendidik.

Ya, seorang anak muda yang sarat dengan idealisme, yang melihat dunia dengan dikotomi hitam putih, iman dan kufur, Islam dan jahiliah.

1998: Goh : Remaja Hilang Bentuk, Melakar Masa Depan Niaga

“ Kamu ikut saya ke surau!” jerkah saya pada seorang pelajar Cina yang bernama Goh, mata saya melotot merah saga. “ kamu degil, kepala batu, ini semua sebab gemar makan bab……” hina saya pada Goh, tanpa berbasa basi.

Sebelum itu Goh dikurung dibawah meja saya didalam bilik guru lelaki. "Lokap ustaz Wan” gelar guru lelaki, tidak ada yang membantah dengan jeriji kecil impian saya di VI itu.

Sekolah yang juga bekas markas Jepun itu sangat sinonim dengan tradisi penderaan dan pemerkosaan hak.

Goh ketakutan seperti anak anjing yang tersimbah air longkang. Sinar matanya mendatar, egonya diluluhlantak dengan jerkahan keras saya, diringi hayunan kaki dan tangan.

Saya pula kepuasan seperti baru membentes kaki pesaing dalam acara tomoi sedunia dan melepaskan siku kencang ke muka pesaing. Pesaing pula berkubang darah, menggeletak kesakitan.

Dia, remaja yang polos, suka bercakap lepas , selekeh ala bohemian, tajam kata-kata pada sang guru. “dia belum kenal aku” raung saya dalam hati menyombong, anak Besut yang sesat di Kuala Lumpur, Bandar metpolis yang angkuh ini. Sebelum dikurung , Goh dibelasah ‘lembik’ seperti kain buruk, semua guru diam, tidak membantah dan tidak juga menyokong.

Goh terkenal sebagai ‘taiko’ muda di sekolah dengan jaringan yang meluas didalam dan luar sekolah .Goh gambaran tipikal remaja Lembah Kelang yang teruja dengan gaya hidup samseng Hong Kong yang disensasikan dilayar perak, generasi ‘young and furious’, dadah, bertetak, menebar pesona untuk mengangkangi gadis-gadis genit yang menyihir mata.

“Kamu tengok saya sembahyang, mengapa kamu tidak minat kepada Islam , Islam agama yang baik untuk kamu” ujar saya pada Goh dengan muka yang cemberut.

Goh hidup tanpa tuhan, anak remaja ini merayakan kehidupannya , seranggi mungkin, bebas bagai kelkatu mengintai kerdipan neon malam yang mempersona.

Goh menapak longlai ke Surau, dihujung bangunan sekolah berwajah kolonial, lusuh tapi elegan. Surau itu sebenarnya ‘pot’ saya, tempat melepas lelah setelah penat dengan aktiviti politik diluar sekolah, berlanglang buana ke seluruh negara untuk meruntuhkan hegemoni daulah.

Dengan dua bilik yang selesa untuk mengambil tenaga yang terkuras.Saya menyimpan rapi kuncinya, dengan sejadah lusuh sebagai bantal yang paling mendamaikan mimpi –mimpi rusuh aktivis politik oposisi.

Saya dan pelajar muslim solat zuhor berjemaah. Rutin kami jika saya tidak berkuliah zuhor di Lembah Kelang. Goh seperti taukeh getah kalah judi duduk terperuk dihujung pintu surau.
Terjelepuk sambil membilang jari, matanya terus meliar ke arah kami yang berzikir sebelum berdoa. Mata saya tidak terlepas memandang Goh, sesekali dia menguap kemalasan. Hati saya jengkel bercampur kasihan.

“ Ustaz, nanti besar saya mahu masuk Islam, boleh ke?” kata Goh bergetar. Saya merenung jauh kedalam mata sepet goh, seperti angin berlalu, saya tidak melihat ada kesungguhan melainkan untuk mencairkan hati saya, menjinakkan bongkah kemarahan.

“Boleh, nanti kamu belajar dengan kawan-kawan Melayu tentang Islam” jawab saya malas. Goh berkawan rapat dengan budak-budak Melayu, pengaruhnya besar terhadap pelajar menengah rendah.

Beliau pandai memposisikan diri sebagai kesatria barisan hadapan, jika ada acara kecoh bertumbuk maka dialah paling kehadapan.” Dah , pergi balik” herdik saya pada Goh, tergesa-gesa Goh menghilangkan diri, seperti keretapi ekspres malam.

Dia menciut dibelakang pelajar muslim lain. Pelajaran moral hari itu ialah jangan permainkan guru, Goh mendapat pengajaran yang membekas tajam, mungkin untuk seumur hidup. Itu pun , jika beliau tidak pernah diinterogasi pihak polis atas kesalahan jenayah berat.

“Mengapa ustaz mengamuk tadi, Goh buat apa?, memang budak tu selalu cari pasal” tanya Cikgu Zuraidi , anak muda kelahiran negeri ‘cik siti wan kembang’ itu menjaring soalan, menebak punca kekecohan di sekolah hari itu.

Dia guru penyokong tegar reformasi, setia di jalanan di hujung minggu. Sudah kalih dihambat aparat keamanan bertopi merah di Jalan Tunku Abdul rahman.

“Tak, budak itu , mengembek macam kambing kat hujung kelas, nak perli janggut ana la tu, kurang ajar sekali” jawab saya malas.

Bersusun kesalahan Goh sebenarnya jika nak disenaraikan, dia pesalah konsisten undang-undang sekolah.

Mempunyai bakat terpendam dalam menyusun makar paling sarkastik, terbit dari sisi gelap otaknya yang sentiasa merancang. Nanar sekali demi mencuri perhatian warga sekolah.

GOH menjelma kembali

Beberapa tahun selepas menamatkan alam persekolahan, Goh datang menziarahi saya kembali, penampilannya jauh berbeda. Dengan kereta bergengsi dan pakaian yang rapi , anak muda ini berjaya dalam perniagaannya yang pelbagai.

Perkataan yang keluar daripada mulutnya disusun rapi, santun dan bervisi. Goh sentiasa bertanyakan khabar saya pada guru yang lain, jika melawat sekolah.

Saya terharu, rasa tertampar dengan sikap ego dan mazmumah yang menggebu terhadap Goh.Saya gagal sebagai guru muslim untuk seorang pelajar Cina yang luarbiasa nakalnya. Kepongahan tidak membantu dalam berdakwah dan menarik manusia.

Pelajaran moral yang pertama ialah, jangan memandang rendah pelajar kita, apa pun kesalahn dan latar sosial mereka, semua manusia ada potensi untuk berubah dan berjaya dalam hidup.

Hari ini setelah berbelas tahun , saya sangat merindui sosok remaja seperti Goh. Beliau mengajar saya erti guru yang penyabar dan mendepangkan dada serta telinga untuk mendengar.

Kalaulah Goh hari ini menjadi salah seorang anak murid saya di kelas PERKIM setiap Ahad, saya akan tekun mendidiknya untuk menjadi kader dakwah, sayang kerana saya melepaskan peluang itu belasan tahun yang lalu.

Tololnya saya pada masa itu, tanpa hikmah dunia ini kehilangan sinarnya yang indah meranum.

“Selamat Hari Guru” kepada semua pendidik, saya merindui dunia keguruan, merindui barisan anak murid yang tenang ingin menyerap ilmu. Kalaulah masa boleh diundur, saya tidak akan berdiri sebagai guru yang pongah dan melulu.

**Penulis adalah Exco Dewan Pemuda Pas Pusat, Pendakwah dan Perunding Motivasi


Kerajaan Perlu Lebih Serius Kebajikan Guru

Tian Chua Menulis

Bersempena dengan Hari Guru pada 16 Mei 2010, saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua tenaga pengajar yang bergelar guru di semua institusi sekolah diperingkat Menengah dan Rendah, terutamanya di dalam kawasan Parlimen Batu.

Bersempena dengan Hari Guru pada 16 Mei 2010, saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua tenaga pengajar yang bergelar guru di semua institusi sekolah diperingkat Menengah dan Rendah, terutamanya di dalam kawasan Parlimen Batu.
Rakaman penghargaan dan tahniah ditujukan kepada para guru sekalian diatas kesungguhan dedikasi yang selama ini telah curahkan dengan penuh kesabaran dan keprihatinan dalam usaha membentuk kecemerlangan akademik dan keperibadian sahsiah anak murid sekolah masing-masing. Bersesuaian dengan tema tahun ini ‘Guru Pembina Negara Bangsa’, diharapkan semua guru budiman berterusan gigih meningkatkan khidmat pengajaran dan pendidikan yang telah dibuktikan berkualiti serta berjaya dengan ribuan murid lepasan sekolah menjadi warga Malaysia cerdik dan berakhlak.
Sebagai tanda sokongan moral atas jasa dan budi kepada guru-guru, saya berbesar hati sudi dan sedia mendengar pandangan para guru sekalian sekiranya ada sebarang permasalahan yang boleh diusahakan berkaitan dalam membantu menaikkan taraf keperluan martabat dan kebajikan para guru mahupun prestasi pembelajaran anak murid sekolah.
Berhubung dengan pengumuman Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyidin Yassin bahawa akan diumumkan sebuah dasar baru yang dikatakan komprehensif untuk para guru sempena hari guru di Pahang nanti, diharapkan ianya secara telus akan membela kebajikan para guru dan kakitangan institusi sekolah yang selama ini dilihat diabaikan. Adalah mengecewakan sekiranya dasar tersebut diumumkan semata-mata menarik undi dengan berlangsungnya kempen pilihanraya kecil kerusi Parlimen Sibu ketika ini. Masyarakat juga berharap dasar yang akan menyentuh skim kenaikan pangkat, elaun dan manfaat yang berkaitan adalah setimpal dengan dedikasi tugasan para guru terutamanya dengan bebanan kos sara hidup yang telah meningkat drastik.
Kerajaan terutamanya pihak Menteri Pelajaran tidak boleh menutup sebelah mata terhadap permasalahan keselesaan pengajaran para guru dan pembelajaran murid sekolah yang masih lagi belum diselesaikan. Sepertimana yang diumumkan oleh Unit Pengurusan Prestasi Dan Pelaksanaan (PEMANDU) Jabatan Perdana Menteri, keberhasilan pendidikan Malaysia kini telah ketinggalan berbanding negara-negara seperti Singapura, Hong Kong dan Korea. Malahan pendidikan asas seperti pelaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah (KSPK) bermula Januari 2010 yang sepatutnya dibangunkan dengan kerjasama agensi swasta juga belum memperlihatkan implementasi yang serius dan teratur.
Sekian,terima kasih.
SELAMAT HARI GURU.
Y.B. Tian Chua
Ahli Parlimen Batu
Bagi pertanyaan / makluman lanjut, sila hubungi :
En. Rozan Azen Mat Rasip ( 012 -657 7878)

Rakaman penghargaan dan tahniah ditujukan kepada para guru sekalian diatas kesungguhan dedikasi yang selama ini telah curahkan dengan penuh kesabaran dan keprihatinan dalam usaha membentuk kecemerlangan akademik dan keperibadian sahsiah anak murid sekolah masing-masing. Bersesuaian dengan tema tahun ini ‘Guru Pembina Negara Bangsa’, diharapkan semua guru budiman berterusan gigih meningkatkan khidmat pengajaran dan pendidikan yang telah dibuktikan berkualiti serta berjaya dengan ribuan murid lepasan sekolah menjadi warga Malaysia cerdik dan berakhlak.

Sebagai tanda sokongan moral atas jasa dan budi kepada guru-guru, saya berbesar hati sudi dan sedia mendengar pandangan para guru sekalian sekiranya ada sebarang permasalahan yang boleh diusahakan berkaitan dalam membantu menaikkan taraf keperluan martabat dan kebajikan para guru mahupun prestasi pembelajaran anak murid sekolah.

Berhubung dengan pengumuman Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyidin Yassin bahawa akan diumumkan sebuah dasar baru yang dikatakan komprehensif untuk para guru sempena hari guru di Pahang nanti, diharapkan ianya secara telus akan membela kebajikan para guru dan kakitangan institusi sekolah yang selama ini dilihat diabaikan. Adalah mengecewakan sekiranya dasar tersebut diumumkan semata-mata menarik undi dengan berlangsungnya kempen pilihanraya kecil kerusi Parlimen Sibu ketika ini. Masyarakat juga berharap dasar yang akan menyentuh skim kenaikan pangkat, elaun dan manfaat yang berkaitan adalah setimpal dengan dedikasi tugasan para guru terutamanya dengan bebanan kos sara hidup yang telah meningkat drastik.

Kerajaan terutamanya pihak Menteri Pelajaran tidak boleh menutup sebelah mata terhadap permasalahan keselesaan pengajaran para guru dan pembelajaran murid sekolah yang masih lagi belum diselesaikan. Sepertimana yang diumumkan oleh Unit Pengurusan Prestasi Dan Pelaksanaan (PEMANDU) Jabatan Perdana Menteri, keberhasilan pendidikan Malaysia kini telah ketinggalan berbanding negara-negara seperti Singapura, Hong Kong dan Korea. Malahan pendidikan asas seperti pelaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah (KSPK) bermula Januari 2010 yang sepatutnya dibangunkan dengan kerjasama agensi swasta juga belum memperlihatkan implementasi yang serius dan teratur.

Sekian,terima kasih.

SELAMAT HARI GURU.
Y.B. Tian Chua

Sunday, May 16, 2010

SELAMAT HARI GURU

Dr. Ibrahim Tokoh Kepimpinan Pendidikan 2010


MUHYIDDIN Yassin menyampaikan replika cek kepada Dr. Ibrahim Ahmad Bajunid pada Pelancaran Perayaan Hari Guru Ke-39 Peringkat Kebangsaan 2010 di Kompleks Sukan UMP, Gambang, semalam.


KUANTAN 16 Mei - Bekas Pengarah Institut Aminuddin Baki (IAB), Profesor Datuk Dr. Ibrahim Ahmad Bajunid dipilih sebagai Tokoh Kepimpinan Pendidikan 2010 sempena sambutan Hari Guru ke-39 peringkat kebangsaan di Kompleks Sukan Universiti Malaysia Pahang (UMP) Gambang di sini hari ini.

Penganugerahan itu membolehkanIbrahim menerima wang tunai RM10,000, pingat, trofi, dan sijil penghargaan daripada Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sementara itu, Tokoh Guru dianugerahkan kepada empat penerima iaitu bekas Yang Dipertua Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia (GMGBM), Awang Mohamad; bekas Pengetua Maktab Perguruan Rajang Sarawak, Encharang Agas; bekas guru dari Pulau Pinang, Datuk Chuang Keng Kung dan bekas Pengetua Cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Midin Kuala Terengganu, Ainun Jamilah Mohd. Ali.

Encharang yang kini berada di luar negara, diwakili oleh anaknya, Linggir Agas, 27, pada majlis tersebut.

Kesemua mereka turut menerima wang tunai RM10,000, pingat, trofi dan sijil penghargaan daripada Muhyiddin.

Ibrahim ketika ditemui menyifatkan anugerah itu sebagai penghormatan kepada guru di seluruh negara dan pencetus semangat kepada beliau dan warga pendidik untuk terus komited memajukan bidang pendidikan bagi pembangunan bangsa dan negara.

Beliau yang kini bertugas sebagai Naib Presiden/Timbalan Naib Canselor Kolej Universiti Inti berkata, anugerah itu juga merupakan satu tanggungjawab berat yang ditanggung bersama oleh warga pendidik.

"Anugerah ini sebenarnya untuk seluruh kaum guru. Walaupun kita beri anugerah untuk individu tertentu, itu hanya lambang sebab anugerah tersebut adalah di dalam bidang profesion pendidikan itu sendiri dan bila seseorang mencapai sesuatu, bukan dia sendiri yang mencapainya tetapi ramai orang lain yang membantu," katanya.

Beliau turut berpesan agar guru meningkatkan penguasaan ilmu berikutan cabaran kini yang semakin bertambah dari dalam dan luar negara.

"Guru tak hanya berada dalam zon selesa dan terima keadaan yang berubah. Kita sepatutnya bersama-sama pemimpin membawa perubahan kepada masyarakat dan negara," katanya.

Sementara itu, Ainun Jamilah, 62, menyifatkan anugerah yang diterima sebagai pengiktirafan ke atas pengorbanannya selama hampir 40 tahun dan juga warga pendidik seluruhnya.

"Jadi seorang pendidik merupakan tugas dan profesion sangat mulia terutama melihat kejayaan bekas-bekas pelajar walau pun ada yang kurang berjaya. Tetapi hakikatnya kita telah menabur jasa kepada mereka dan itulah satu puncak kepuasan dalam profesion perguruan," katanya.

Awang, 59, pula berasa terharu dan bangga dengan anugerah yang diterima serta menyifatkannya sebagai manifestasi pengiktirafan kerajaan kepada warga guru seluruh negara.

Beliau yang berkhidmat lebih 33 tahun pada masa sama mencadangkan supaya bilangan penerima tokoh guru diperluaskan bagi memberi lebih ramai guru yang berkaliber mendapat pengiktirafan sewajarnya.

Mengenai individu yang menjadikan profesion perguruan pilihan terakhir, Awang mencadangkan supaya silibus yang digunapakai di maktab dan institut perguruan dikaji semula bagi melahirkan guru cemerlang.

Keng Kung, 72, turut melahirkan rasa terharu atas penganugerahan yang diberikan oleh pihak kementerian ke atasnya yang telah berkhidmat lebih 34 tahun dalam bidang perguruan.

"Bukan mudah nak jadi guru. Nak jadi guru, mesti lengkapkan diri dengan ilmu selain mempunyai karismatik dan bersikap penyayang kepada murid-murid," katanya.

Add to Google

Saturday, May 15, 2010

SELAMAT HARI GURU

SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA KAUM PENDIDIK DI MANA SAHAJA ANDA BERADA

Friday, May 14, 2010

PM DI SARAN LIHAT GAJI KAKITANGAN PENDIDIKAN

Tekad naikkan gaji pekerja

PUTRAJAYA 14 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau tidak sampai hati melihat gaji penjawat awam rendah dan yakin kerajaan diketuainya mampu meningkatkan pendapatan per kapita negara dari AS$7,000 (RM22,400) kepada AS$15,000 (RM48,000) dalam tempoh 10 tahun ini.

Tegas Perdana Menteri, meskipun amat mencabar, usaha merealitinya boleh dicapai.

Kata beliau, tekad untuk meningkatkan pendapatan negara itu akan turut melibatkan para penjawat awam yang memperoleh gaji minimum sekitar RM1,024.

''Saya tidak suka melihat penjawat awam bergaji rendah.

''Apabila saya dengar baru-baru ini pekerja pos dapat gaji di bawah garis kemiskinan, saya minta ia dikaji semula, naikkan dan insya-Allah, gaji mereka akan naik Julai ini dengan 15,000 orang dapat gaji baru," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Penjawat Awam 2010 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini.

Hadir sama Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Omar Osman.

Omar baru-baru ini berkata, CUEPACS mahu kerajaan melakukan semakan semula gaji kakitangan awam, bukannya membuat penyelarasan gaji.

Menurutnya, CUEPACS tidak menuntut penyelarasan gaji sebaliknya mahu semakan gaji kakitangan awam membabitkan kenaikan antara 20 dan 40 peratus kepada 1.2 juta kakitangan awam di seluruh negara.

CUEPACS, kata beliau, akan menolak sebarang cadangan untuk membuat penyelarasan gaji kakitangan awam sebanyak 10 peratus kerana ia tidak akan dapat menyelesaikan masalah 400,000 kakitangan yang menerima gaji terlalu rendah iaitu antara RM480 dan RM690 sebulan.

Perdana Menteri berkata, konsep negara perlu berteraskan kepada modal insan jika mahu menjurus kepada ekonomi inovatif dan berpengetahuan.

''Kalau nak membangun, rakyat yang berpengetahuan tinggi mesti diberi gaji yang setimpal, ini termasuk penjawat-penjawat awam.

''Dengan ini akan berlaku anjakan di mana kita iktiraf dari segi kemampuan ilmu, kemahiran dan kebolehan supaya apa yang kita beri dari segi gaji dan kemudahan sama ada dalam sektor awam atau swasta biarlah setanding dengan negara-negara maju yang lain," katanya.

Kata beliau: ''Dalam aspek ini, kita akan lakukan dengan tingkatkan produktiviti. Produktiviti ini penting sejajar dengan semangat yang diberikan penjawat awam."

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=26571:naikkan-kain-rentang-selamat-menyambut-hari-guru&catid=1:utama&Itemi

KUALA LUMPUR, 14 Mei: Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) menyeru semua ahli Dewan Muslimat negeri, kawasan dan cawangan agar menaikkan kain rentang (banner) mengucapkan ’Selamat Menyambut Hari Guru’ bagi meraikan barisan pendidik serta mengiktiraf pengorbanan mereka selama ini.

Pengerusi Lajnah Pendidikan DMPP, Wardatul Jannah As-Soffea berkata, perjuangan para guru dalam merealisasikan pendidik berjiwa rabbani amat penting demi kelangsungan generasi masa hadapan.

“Justeru, pengiktirafan untuk para pendidik amat perlu untuk membangkitkan momentum perjuangan ke arah mendidik masyarakat demi mencari keredhaan Ilahi,” ujarnya dalam kenyataan yang dimuatkan di dalam laman web DMPP hari ini.

Beliau menambah, berazimatkan firman Allah di dalam Surah al-Maidah, ayat 56, yang bermaksud: Dan sesiapa yang mengambil Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman menjadi penolongnya, maka sesungguhnya pengikut (agama) Allah itulah yang pasti menang", maka lajnah itu ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Guru kepada semua barisan pendidik dan tenaga pengajar di seluruh Malaysia khususnya yang menjadi aktivis parti demi menjana modal insan yang bakal menerajui kepimpinan negara pada masa akan datang.

Katanya, semua warganegara Malaysia seharusnya menghargai segala jasa dan pengorbanan para guru dan barisan pendidik di seluruh Malaysia kerana merekalah muaddib, murabbi dan mualim dalam mendidik pelajar, bukan sekadar menguasai ilmu akademik semata-mata malahan yang lebih penting lagi ialah didikan dari aspek pembangunan rohani dan pemantapan jati diri pelajar.

Justeru, ujarnya Lajnah Pendidikan DMPP berharap dan ingin menyeru agar semua ahli Dewan Muslimat Negeri, Kawasan dan cawangan agar menaikkan banner mengucapkan ’Selamat Menyambut Hari Guru’ sempena tarikh bersejarah 16 Mei 2010 dan meraikan barisan pendidik serta mengiktiraf pengorbanan mereka selama ini.

Menurutnya, program seperti 'Majlis Jasamu Dikenang' khusus untuk meraikan para guru dan barisan para pendidik juga boleh dianjurkan oleh Dewan Muslimat Negeri masing- masing manakala contoh banner boleh di muat turun di website DMPP agar selaras antara semua negeri.

Beliau menjelaskan, antara objektif dan rasional banner ini dinaikkan di tempat-tempat strategik adalah bagi menghargai pengorbanan dan jasa pendidik dalam memberi sumbangan kepada generasi masa hadapan, pengiktirafan kepada golongan pendidik dalam memacu kecemerlangan negara.

Di samping itu, tambahnya, sebagai salah satu usaha untuk meningkatkan motivasi bekerja di kalangan pendidik agar sentiasa sedar betapa murninya tanggungjawab mereka dalam menggalas cabaran pendidikan semasa.

Jelasnya lagi, tema yang dipilih di peringkat Lajnah Pendidikan Dewan Muslimat PAS Pusat ialah 'Pendidik Pencetus Transformasi Modal Insan' ini dipilih berdasarkan hasrat untuk melahirkan generasi yang seimbang dari aspek spiritual, intelektual, emosi dan fizikal melalui sistem pendidikan yang bersifat holistik dan global.

Menurutnya, di tangan para gurulah, terletaknya peranan untuk melahirkan pelajar yang memiliki sahsiah unggul dan berdaya saing di peringkat nasional dan antarabangsa bersumberkan sistem ‘pendidikan rabbani’.

Ini, kata beliau, tentunya 'transformasi sistem pendidikan' dan 'transformasi budaya' yang dicetuskan oleh para guru bakal melahirkan modal insan yang berbahagia hidup di dunia dan di akhirat.

“Akhir sekali, saya mewakili Lajnah Pendidikan DMPP ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Guru tahun 2010 kepada guru-guru yang bertugas di institusi pendidikan yang dimiliki oleh ahli-ahli PAS, institusi pendidikan yang dimiliki oleh NGO Islam, di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia, guru-guru Pasti serta guru-guru, pensyarah dan pegawai yang bertugas di institusi pengajian tinggi dan Kementerian Pelajaran Malaysia,” ujarnya lagi.

Thursday, May 13, 2010

JANGAN GUSAR SEKIRANYA TUAN TIDAK HADIR

Makluman:- terkini - 2.5.2010

GOTONG ROYONG PERDANA

Pada 15 Mei 2010 Sempena Hari Guru tidak mencerminkan Profesionalisma Guru sebaliknya memberi gambaran bahawa tugas guru beralih ke pembersihan.KPPK cadangkan pada 15 Mei 2010 sebagai sekolah ganti untuk Hari Raya Aidilfitri.

Wednesday, May 12, 2010

GURU BESAR BERI MARKAH RENDAH KEPADA GURU WANITA YANG BERSALIN

PULAU PINANG- Sebuah sekolah di Pulau Pinang yang di ketuai oleh seorang guru besar wanita telah dengan sengaja memberikan markah rendah kepada kakitangan wanita yang bersalin atas alasan kerana tidak bekerja semasa dalam pantang.

Menurut pengadu yang mengirim email kepada blog ini , beliau merasa begitu sedih sekali apabila diberikan markah rendah dan apabila di tanya kepada guru besar wanita tersebut kenapa markah yang diberikan agak rendah, maka beliau dengan selamba menyatakan bahawa markah rendah ini di sebabkan kerana guru terbabit di dapati cuti bersalin selama 2 bulan.


KAH...KAH...KAH//BINAWE PUNYA GURU BESAR....SENDIRI PUNYA KAUM PUN NAK DI TINDASNYA....MENURUT PENGIRIM INI GURU BESAR INI TAK BERWIBAWA KERANA SERINGKALI PULA TIDAK PANDAI BERTINDAK BERSENDIRIAN DAN SERINGKALI MERUJUK PPD ATAU JPN...

KAH...KAH...KAH SESUAI..SESUAI GURU MANDOM BANYAK KAT SEKOLAH ITU....

TOGETHER WE STAND..DEAR TEACHERS....

Dear teachers, we have been taken for a ride for far too long.It's time we put our foot down.Boycoot this Saturday's gotong royong and please pothostat any circular by HM stating that it's compulsory and fax to NUTP Penang.United we stand!!!!





kiriman : Cikgu anti kerja Sabtu



kah..kah..kah///berapa bayak cikgu-cikgu yang akan boikot bila kegedik-gedik takut untuk tidak menghadirkan diri...

KERJA LEBIH MASA MENGANCAM NYAWA

Memo to boss: 11-hour days are bad for the heart

LONDON
Tue May 11, 2010 3:15pm EDT

LONDON (Reuters) - People working 10 or 11 hours a day are more likely to suffer serious heart problems, including heart attacks, than those clocking off after seven hours, researchers said on Tuesday.

U.S. | Health | Lifestyle

The finding, from an 11-year study of 6,000 British civil servants, does not provide definitive proof that long hours cause coronary heart disease but it does show a clear link, which experts said may be due to stress.

In all, there were 369 cases of death due to heart disease, non-fatal heart attacks and angina among the London-based study group -- and the risk of having an adverse event was 60 percent higher for those who worked three to four hours overtime.

Working an extra one to two hours beyond a normal seven-hour day was not associated with increased risk.

"It seems there might a threshold, so it is not so bad if you work another hour or so more than usual," said Dr Marianna Virtanen, an epidemiologist at the Finnish Institute of Occupational Health and University College London.

The higher incidence of heart problems among those working overtime was independent of a range of other risk factors including smoking, being overweight or having high cholesterol.

But Virtanen said it was possible the lifestyle of people working long hours deteriorated over time, for example as a result of poor diet or increased alcohol consumption.

More fundamentally, long hours may be associated with work-related stress, which interferes with metabolic processes, as well as "sickness presenteeism," whereby employees continue working when they are ill.

Virtanen and colleagues published their findings in the European Heart Journal.

Commenting on the study, Gordon McInnes, professor of clinical pharmacology at the University of Glasgow's Western Infirmary, said the findings could have widespread implications for doctors assessing patients' heart risks.

"If the effect is truly causal, the importance is much greater than commonly recognized. Overtime-induced work stress might contribute to a substantial proportion of cardiovascular disease," he said.