Wednesday, February 29, 2012

NUTP Syor Guru Bersara Ganti ETA

NUTP Syor Guru Bersara Ganti ETA

Dialek bahasa Inggeris AS sukar difahami

KESATUAN Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mendakwa tindakan menempatkan Peace Corps atau Pembantu Guru Bahasa Inggeris Fullbright (ETA) selama beberapa bulan tidak banyak membantu meningkatkan penguasaan pelajar.

Presidennya, Hashim Adnan, berkata maklum balas daripada guru di Terengganu yang mempunyai ETA menunjukkan pelajar terpinga-pinga mendengar dialek bahasa Inggeris Amerika Syarikat (AS) kerana sebutannya sukar difahami.

Beliau berkata, ETA juga mungkin bukan guru BI atau jika mereka guru terlatih sekalipun, kaedah yang berjaya di AS tidak semestinya berkesan jika diterapkan di negara ini kerana tahap penguasaan pelajar berbeza.

Di AS katanya, bahasa Inggeris ialah bahasa ibunda tetapi di negara ini, bahasa berkenaan ialah bahasa kedua atau bahasa asing.

“Adalah lebih wajar jika Kementerian Pelajaran mengambil semula guru Bahasa Inggeris yang sudah bersara bagi mengatasi masalah itu yang sekali gus membantu meningkatkan penguasaan pelajar.

“Sebagai penyelesaian jangka panjang, mereka juga beranggapan melatih warga negara tempatan yang fasih dalam bahasa berkenaan lebih baik daripada menaja sukarelawan atau penutur jati dari negara lain,” katanya.
Baru-baru ini, seramai 50 rakyat AS tiba di negara ini dan mereka ditempatkan di beberapa sekolah di Terengganu, Pahang dan Johor sebagai kumpulan pertama ETA. Masing-masing adalah sebahagian daripada 300 ETA yang dibiayai kementerian.

Adnan berkata, kedatangan ETA juga boleh mewujudkan pertembungan budaya yang mungkin tidak disenangi pelajar.

Sepanjang tempoh beberapa bulan pertama, ETA perlu menghabiskan masa menyesuaikan keadaan tempatan kerana mereka perlu belajar budaya dan mesra dengan murid.

Sementara itu, Presiden Kirkby International College, Bismillah Khatoon Abdul Kader, berkata hasrat membawa ETA supaya pelajar meniru percakapan penutur asli mengelirukan pelajar.

Katanya, slanga penutur dari AS berbeza dari United Kingdom (UK), bahkan UK mempunyai beberapa slanga seperti Irish, Scotland atau Welsh.

Beliau berkata, AS juga menggunakan sistem ejaan berbeza berbanding UK yang dianggap standard di negara ini.

“Lagipun, ada banyak lagi negara lain yang menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa ibunda selain UK atau AS dan mereka juga boleh dianggap sebagai penutur jati,” katanya.

—–

Tuesday, February 28, 2012

MUDAH PULA MENJADI JUTAWAN....

Wan Izzana Fatimah Zabedah - Kini bergelar jutawan segera NFC!

SKANDAL NFC:
DANA RAKYAT TERDEDAH KEPADA RISIKO KERUGIAN PERNIAGAAN PASARAYA MEWAH DI SINGAPURA

KEADILAN pada hari ini boleh mendedahkan bahawa selain dari perniagaan 3 buah restoran mewah di Singapura dan pelaburan berjumlah RM44 juta dalam 3 kondominium mewah di sana, pengurusan NFC juga terlibat di dalam perniagaan pasaraya mewah di republik itu.

Ia dikendalikan melalui sebuah syarikat bernama Farmhouse Supermarkets Pte Ltd yang sahamnya dimiliki bersama oleh keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil seperti berikut:

Dato’ Seri Salleh Ismail S$666,667

Wan Shahinur Izran Salleh S$666,667

Wan Izzana Fatimah Zabedah S$666,667

(Maklumat korporat syarikat seperti yang dilaporkan kepada pihak berkuasa Singapura ada disertakan. KEADILAN berjaya menjejaki syarikat ini melalui carian penglibatan perniagaan Wan Izzana Fatimah Zabedah yang menyenaraikan kesemua syarikat yang dimiliki beliau, seperti yang disertakan.)

Farmhouse Supermarkets Pte Ltd dipercayai dibiayai oleh Malayan Banking Berhad dan United Overseas Bank Limited, melalui kaedah yang sama yang digunapakai untukmembiayai pembelian 2 kondominium mewah di Marina Bay Suites berharga RM34 juta yang didedahkan baru-baru ini.

Sejak tahun 2011, syarikat ini aktif mengambil pekerja melalui pengiklanan yang dibuat (sila rujuk Lampiran A), dipercayai sebagai persediaan bila mana pasaraya itu bakal dibuka dalam tahun 2012 kelak.

Siasatan KEADILAN menunjukkan bahawa Farmhouse Supermarkets Pte Ltd telah pun menjadi anchor tenant kepada sebuah kompleks pasaraya mewah yang bernamaStar Vista beralamat 35, Rochester Drive dan terletak di kawasan elit berdekatan dengan Nanyang Technology University. Pasaraya yang diusahakan oleh Farmhouse Supermarkets Pte Ltd ini dijangka mula beroperasi dalam suku ketiga tahun ini, apabila kompleks Star Vista siap.

Siasatan KEADILAN juga menunjukkan bahawa Farmhouse Supermarkets Pte Ltd telah menandatangani perjanjian sewaan (tenancy agreement) dengan CapitalMalls(pemaju) bagi 28 unit ruang kedai di tingkat 2 kompleks tersebut, dari unit #02-08 hinggalah unit #02-35.

Semakan dengan harga pasaran bagi ruang kedai komersil di pasaraya di Singapura menunjukkan julat kadar sewa bagi satu meter persegi adalah di antara S$350 hingga S$500 sebulan, bergantung kepada lokasi (berdasarkan kajian Competition Commission of Singapore). Oleh itu, jika keluasan 28 unit dianggarkan sekitar 3,000 meter persegi, tanggungan sewaan bulanan yang terpaksa dibayar oleh Farmhouse Supermarkets Pte Ltd adalah sekitar S$900,000 sebulan atau RM 2.2 juta sebulan.

Sudah tentu perniagaan pasaraya ini akan dibiayai oleh dana awam yang disalurkan bagi tujuan penternakan lembu seperti yang dimandatkan oleh NFC, seperti yang berlaku di dalam pembelian-pembelian aset mewah lain sebelum ini. Kenyataan pengurusan NFC yang mempertahankan hak mereka berbelanja dana RM250 juta itu mengikut cita rasa mereka memperkuatkan lagi hujah bahawa sebahagian wang tersebut bakal di belanjakan bagi membiayai pasaraya mewah ini.

Oleh yang demikian, KEADILAN mendesak supaya NFC berterus terang mengenai komitmen kewangan yang telah dibuat melalui Farmhouse Supermarkets Pte Ltd ini, termasuklah perjanjian sewaan yang telah dimeterai.

Tindakan tegas perlu dilakukan segera untuk merampas kembali kesemua dana yang telah diselewengkan secepat mungkin dan mendakwa individu terbabit di mahkamah atas tuduhan pecah amanah dan jenayah perdagangan.

Jika ini tidak berlaku dalam minggu ini, KEADILAN akan melakukan pendedahan setiap minggu hinggalah Dewan Rakyat bersidang pertengahan bulan Mac ini.


MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN

HAJJAH ZURAIDA KAMARUDDIN
KETUA WANITA KEADILAN

SBPA :Pengumuman Ditunda 19 Mac

SBPA :Pengumuman Ditunda 19 Mac

Pekerja-pekerja kakitangan awam terpaksa menambah seminggu lagi waktu menunggu mereka berkiatan pengumuman penting yang akan disampai Najib. Sebelum ini pengumuman untuk kakitangan awam akan diumumkan pada 12 Mac, kini ditunda 19 Mac 2008.

CIVIL SERVANTS’ GATHERING ON MARCH 19

PETALING JAYA: The gathering of civil servants where the Prime Minister is expected to announce the Government’s decision on the Public Service New Remuneration Scheme (SBPA) has been postponed to March 19.

Cuepacs president Datuk Omar Osman said the gathering, organised by the congress, has been pushed back to a later date as Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak could not make it on March 12, the initial date.

He added that Cuepacs would discuss with officers from Najib’s office today about the programme for the gathering.

Omar said yesterday that the Prime Minister might announce the Government’s response to their proposed review of SBPA, including reviewing the maximum salary scale and the grade structures as well as the salary increase of between 7% and 13% at the gathering.

“About 15,000 civil servants are expected to turn up for the event at Stadium Putra, Bukit Jalil,” he said.

On Feb 23, it was reported in a Malay daily that nine senior officers from Cuepacs met the Prime Minister to convey the feedback they received after travelling around the country.

Cuepacs had voiced its disapproval pertaining to the implementation of SPBA, originally due on Jan 1, leading to the setting up of a special task force to recommend changes to the scheme.

Semakin ditunda semakin cerahlah apa yang diminta Cuepacs atau semakin ditunda semakin malap. Mungkin juga nak menghampirkan dengan tarikh PRU-13. Kakitangan awam juga berpengaruh besar dalam PRU, sebab itu Najib lebih berhati-hati.