Tuesday, April 19, 2022

KENAPA GURU BERUMUR BERSARA AWAL ?


1. TIDAK CEKAP MENGUNAKAN KOMPUTER- Ramai guruyang dah berumur tidak begitu cekap mengunakan komputer , dan malu pula untuk bettanya dari yang lebih muda. Guru muda pula kadangkala dilihat kurang ajar dengan olongan tua. Walau gred lebih rendah


2. KOMPLEN KUAT DARI IBUBAPA- Mak bapak pun satu hal. Kat rumah  hentam anak anak[[kat sekolah tunjuk kasih sayang lain macam. Ada sebuah sekolah di Buit Mertajam, satu kaum ini mendominasi sebuah sekolah tinggalann -enjajah Golongan ini paling kuat komplen guru guru. Anehnya anak anak golonganyang lebih bijak golongan profesional tidak pula banyak komplen, tetapi yang kelas bawahan ini banyak komlen .


3.  KEJA PENTADBIRAN EBIH DARI MENGAJAR- Ada gru besar dok gila nak masuk pertandingan itu ini. Asal ada sahaja pertandingan semua nak masuk. Cikgu letih..nak ajar budak ..nak latih budak.semua gru kena buat. Gila apa nama tah GB macam gini.


4. GURU KENA BUAT KERJA PENTADBIRAN- Macam macam la guru kena buat selain jadi guru aset,guru perpustakaan, guru PPDA, guru sukan , suru pengakap PBSM, kadet, guru didiplin, guru apa benda ka lagi ta tahu lah...kalau sekdar mengajar dan menanda buku kerja murid , itu tugas hakiki, tai kalau nak jaga itu ini , cikgu rasa terbeban dan tertekan dengan tugasan yang lain.Bagi yang dah berumur atau nak sampai delat pencen, baik pencen sahaja lah jawabnya. Carilah kerjaya lain sementara masih sihat atau duduk pondok mengaji.


5. HAL IBUBAPA- Ini satu lagi hal. anak anak kadang kala pandai menipu. Ada kes guru dituduh main dengan issteri orang, ada guru kena gempar nak saman, ada guru dipukul, ada guru tak boleh sentuh anak langsung atau marah..Bukan lagi menjadi pendiiduk atau pengajar , jadi robot saja kalau anak didik kurang ajar. kerenah ini paling tertekan.


6. Mengajar di kawasan pedaaman P3 lagi lah terbeban. Dengan perumahan tak ckup. guru duduk sebuah rumah  macam sardin..kes rumah elok sikit. Di pedalaman dengan keadaan rumah yang bcir sana sinni pun masih lagi kerajaan nak potong sewa rumah. Apa punya kerajaan.Tak percaya masuk lah kemana mana kawasan pedalaman. Rumah duduk ramai ramai kena bayar sewa rumah kuaters..Itu di pedalaman..yang  duduk di bangsal ,yang tinggal dalam kelas diubahsuai,  semua ada..tapi kementerian pejam mata..tak peduli pun ...punya la celakanya jumlah guru pun adakalanya tak cukup.


7. PEMBELAAN TERHADAP GURU YELLEK- kerja lah, kalau guru kena macam macam.NUTP..sembang kari..cuba kalau kau kena ugut dengan ibu bapa, kau dituduh yang bukab bukan oe=leh ibubapa.NUTP..pooodah sembang saja.. tak dapat selesai pun masaalah guru nih..takat masuk persatuan,,peguam  pun nutp tak boleh ak beri...lupakan lah,,,aku ketuunan guru..tapi insyAllah aku tak galak pun anak anak aku menjadi guru. Carilah kerjaya lain selain guru yang tak bawa beban alik rumah. banyak lagi kerjaya lainAlhamdulillah seorang menjadiGeologist dan seorang menjadi peguam..anak ketiga juga munbgkin menjadi peguam....maaf cakap...kalau setakat guru besar yang ada nak naikkan nama sekolah atau nak tunjuk lagak jadi guru besar..atau mengepak nak hentam guru , aku rasa kementerian patut pilih lah guru besar dan bagilah latihan yang wajar. Bagi mak bapak..kalau rasa sekolah tu guru tak pandai mengajar anak tukar sekolah lain atau ajar sendiri dirumah..panggil ja buat home school atau home personal...daftar ja anak ambil periksa secara persendirian..jangan belagak nak hentam guru sahaja..ajarlah sendiri anak,..sendiri paut tau la..



BANYAK LAGI DAN TULISLLAH PANJANG LEBAR MACAMANA NAK JADI GURUYANG BAIK PUN TETAP KENA KOMPLEN...

KERJAYA GURU BUKAN LAGI SESUATU YANG MENARIK KERANA KERENAH BIROKRASI

 


Ramai guru pilih bersara awal, Tok Mat gesa kerajaan campur tangan





Mohamad Hassan menggesa kerajaan campur tangan bagi mengelakkan negara kehilangan guru berpengalaman.

PETALING JAYA: Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan menzahirkan kebimbangan mengenai trend guru yang memilih untuk bersara awal dan menggesa kerajaan campur tangan bagi mengelakkan krisis pendidikan di negara ini.

Ini susulan anggaran Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) bahawa lebih 10,000 guru membuat pilihan persaraan awal sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Mohamad berkata, jumlah yang didedahkan NUTP itu jauh melebihi angka yang didedahkan oleh Kementerian Pendidikan (KPM) mengenai persaraan pilihan.

Menurut KPM, ia menerima 4,360 permohonan persaraan pilihan setakat November lepas.

“Jika anggaran yang dibuat oleh NUTP itu benar, maka ‘trend’ bersara awal mahupun berhenti dan meninggalkan perkhidmatan dalam kalangan guru ini adalah sangat membimbangkan.

“KPM wajar tampil menjelaskan angka sebenar dan menjelaskan dengan terperinci kegusaran NUTP itu,” kata Mohamad.

Beliau tidak menolak kemungkinan bahawa wabak Covid-19 mungkin menyumbang kepada trend ini, selain bebanan kerja perkeranian yang mengganggu tugas hakiki mereka.

Beliau menggesa kerajaan campur tangan bagi mengelakkan negara kehilangan guru berpengalaman.

“Sekiranya berlanjutan, negara bakal menghadapi krisis pendidikan yang lebih kritikal. Ia akan memberi kesan kepada kualiti dan kebolehsaingan sistem pendidikan kita,” katanya.