TANJUNG MALIM, 30 Dis: Kumpulan mahasiswa Pro kebajikan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) hari ini menyatakan sokongan terhadap Gabungan Mahasiswa Bantah E-Voting (BANTAH), selaku penganjur forum terbuka 'E-Voting dan Masa Depan Demokrasi Kampus' walaupun dihalang oleh pentadbiran Universiti Malaya. Wakil kumpulan tersebut, Akmal Bin Madzir memberitahu, mereka akan menghatar wakil untuk turut serta ke forum tersebut. “Kami berpendapat bahawa forum seperti ini tidak sepatutnya dihalang kerana ia membantutkan demokrasi dan keintektualan mahasiswa. Sepatutnya pihak pentadbiran universiti lebih terbuka dan menyokong penganjuran forum tersebut. “Kami juga akan menghantar wakil kami dalam forum tersebut sebagai tanda sokongan terhadap demokrasi kampus walaupun ianya tidak akan diadakan di APIUM,” katanya. UPSI antara yang telah mengamalkan kaedah pengundian secara elektronik atau e-voting pada beberapa Pilihan Raya Kampus (PRK) sebelum ini. Menurut Akmal, terdapat banyak kelemahan dan isu-isu yang boleh meragui sistem e-voting tersebut dan mencemarkan demokrasi kampus. “Kami berpendapat dengan penganjuran forum ini, kita dapat berbincang dan meneliti sejauh manakah ketelusan dan kebebasan dalam sistem e-voting yang dijalankan dan bagaimanakah masa depan demokrasi kampus di seluruh IPT pada masa akan datang. Semalam, pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP) Universiti Malaya didakwa telah mengarahkan Akademi Pengajian Islam (APIUM) untuk membatalkan tempahan Dewan Kuliah Utama APIUM bagi penganjuran forum terbuka 'E-Voting dan Masa Depan Demokrasi Kampus' anjuran BANTAH. BANTAH bagaimanapun bertegas utuk meneruskan hasrat mereka biarpun bukan di Dewan Kuliah Utama APIUM. Forum tersebut dijadual 1 Januari ini dan Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Dr Abdul Aziz Bari, wakil rakyat PKR Chang Lih Kang dan exco Persatuan Mahasiswa Islam UM Mohd Shafie Hashim dijemput sebagai panel di forum tersebut.. |
MAHASISWA UPSI DIHARAP MENJADI SUARA PENTING DALAM ORGANISASI PERGURUAN APABILA TAMAT PENGAJIAN NANTI.JANGAN JADI MACAM RAMAI GURU LELAKI YANG MANDOM DI LUAR SANA ...YANG TAHU MENJAGA PERUT MASING-MASING DAN DI BAWAH PERUT SEMATA-MATA....