Sunday, July 28, 2013
TENGOK WAJAH-WAJAH 2 MALAUN NI , AGAK-AGAK GOLONGAN KAYA RAYA KAH MEREKA INI?
INILAH WAJAH YANG MENYEBARKAN MAKLUMAT DAN MEMFITNAH GURU BESAR SEKOLAH KONONYA MENGANIYAI MURID BUKAN ISLAM. AGAK-AGAK MUKA DUA ORANG INI DATANG DARI GOLONGAN KAYA RAYA, ATAU MEREMPAT DI KUALA LUMPUR.
BILA MESYUARAT PIBG TAK DATANG, BAWA MULUT. MEMANG PATUT DI PULAU ANAK .ATAU BIAR MEREKA TUKARKAN ANAK MEREKA KE SEKOLAH LAIN ATAU KE SEKOLAH SWASTA , KALAU DAH KAYA RAYA......MANA PIMPINAN MELAYU UMNO YANG NAK TOLONG.....
Sejak dari itu, saya mula memandang setiap perkara dari sudut perspektif yang berbeza. Dengan bersikap secara adil, saya ingin berkongsi sesuatu info berkenaan sekolah sk Pristana mengenai isu yang tengah hangat diperkatakan oleh semua sekarang.
Saya telah pun pergi MELAWAT sekolah tersebut dan ini adalah hasil yang saya dapat:
- Kantin sekolah tersebut sebenarnya mengalami masalah dalam menampung sebanyak 350 pelajar yang keluar untuk waktu rehat pada masa yang sama. Hal ini berlaku semenjak Januari 2013 lagi.
- Pelajar- pelajar duduk disekitar kantin kerana kantin terlalu kecil dan tidak dapat menampung mereka yang lain untuk makan di dalam kantin itu sendiri.
- Pengetua yang melihat situasi ini memutuskan untuk mengunakan bilik PERSALINAN yang terletak BERHAMPIRAN dengan kantin.
- Bilik persalinan tersebut mempunyai beberapa buah kerusi dan meja yang telah dibuka sejak bulan MAC 2013. Ini adalah salah satu inisiatif dari Pengetua untuk mengelakkan pelajar-pelajar duduk di sekitar kantin dibawah terik dan panas matahari.
- Sehingga bermulanya Ramadhan, semua pelajar termasuklah pelajar MELAYU telah pun menggunakan bilik persalinan tersebut sebagai “kantin”
- Sebenarnya TIADA tandas berdekatan dengan bilik persalinan tersebut.
- Yang sebenarnya, ia hanyalah dua bilik persalinan untuk lelaki dan perempuan yang terletak bersebelahan.
- Kamu boleh mengatakan bahawa ada tanda “tandas” (gambar lelaki dan perempuan yang selalu kita lihat di depan pintu tandas) di situ. sebenarnya, itu bukan tanda “tandas” tetapi tanda yang membezakan bilik persalinan lelaki dan perempuan.
- Tiada sebarang MANGKUK TANDAS didalam bilik persalinan tersebut dan jika dilihat secara dekat, pelajar meletakkan KASUT mereka diluar bilik persalinan.
- Pengetua menggunakan bilik persalinan (lelaki) kerana ia mempunyai fasiliti seperti sinki. Tempat itu juga adalah tempat yang paling DEKAT dengan kantin. Bilik persalinan perempuan masih tidak di gunakan buat masa ini.
- Di sekolah tersebut mempunyai 3 orang guru BUKAN MELAYU (2 orang india dan seorang lagi orang asli) . Semua mereka sedar tentang hal ini dan mereka tiada masalah berkenaan dengan solusi sementara kerana masalah ruang kantin yang kecil dan tidak dapat menampung kesemua pelajar. Jika kamu berfikir bahawa pelajar INDIA di layan teruk, mestilah dua orang guru india juga akan bersuara dan marah tentang hal ini bukan? PIBG sekolah juga sedar akan hal ini .
- Ibu bapa yang telah menyebarkan gambar ini di facebook, hanyalah melawat sekolah setelah diberitahu oleh pemandu bas sekolah yang kononnya pelajar makan didalam tandas. mereka TIDAK TAHU perkara ini telah berlaku sejak bulan MAC 2013.
- Sekolah itu telah di arahkan untuk tutup “kantin sementara” dan telah menerima alternatif yang lebih baik dan telah dipersetujui oleh pengetua sekolah.
Ini adalah sebahagian daripada kisah sebenar yang GAGAL untuk difahami oleh sesetengah pihak.
Gambar diatas sudah cukup untuk menepis tuduhan bahawa sekolah ini memberi “layanan buruk” kepada pelajar bukan islam. Guru-guru sendiri pun menggunakan bilik tersebut sebagai tempat untuk menjamu
Sunday, July 7, 2013
UGUT GURU. TAHNIAH PRESIDEN NUTP
Sunday, July 7, 2013
UGUT GURU. TAHNIAH PRESIDEN NUTP
Dan selalunya juga Presiden NUTP belum pernah berani untuk mengeluarkan kenyataan sebegini berani.Tahniah ,anda mengekalkan keberanian dan juga kejujuran anda mewakili kaum guru.Jangan jadi macam yang dok ada sembah melutut membuta tuli.Harap Lok Yim Peng.Mampus la kaum Guru.Cakap tak serupa bikin,bikin tak serupa cakap.
Kalau nak dudk dalam kesatuan, mesti mau berani .Bukan beranbi membuta tuli , tetapi memperjuangkan hak kaum Guru.Ini jadi setiausaha , apa pun tak jalan....baik berhenti la lagi bagus.
TAHNIAH BUAT HASHIM ADNAN
Lt. Kdr. (B) Hashim bin Adnan
Presiden
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia
Guru-guru tidak seharusnya “diintimidasi atau diperas ugut" untuk mengundi mana-mana parti politik kata Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mengingatkan parti-parti politik.
Presidennya Hashim Adnan mengatakan ini sebagai respon kepada Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh yang menggesa guru-guru untuk mengundi Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil (PRK) akan datang sebagai melahirkan rasa terima kasih kepada kerajaan.
“Guru-guru boleh mengundi sesiapa yang mereka mahu. Saya tidak akan menuntut atau memaksa guru-guru untuk mengundi Barisan Nasional,” kata Hashim kepada The Malaysian Insider hari ini.
Beliau menambah: “Jika mereka gembira dengan apa yang diterima dan jika mahu mereka (BN) terus berkhidmat kerana telah melaksanakan tanggungjawab dengan baik, mereka boleh mengundi BN.
“Semuanya terpulang kepada mereka. Mereka tidak seharusnya diintimidasi atau diperas ugut.”
Hashim mengatakan kerajaan tidak seharusnya mengambil mudah terhadap guru-guru.
“Apabila anda terlalu lama berkuasa, adalah normal untuk membuat gesaan seperti itu... sudah menjadi kebiasaan orang dijawatan seperti itu akan lakukan,” tambah beliau, akan tetapi memberi amaran kedua-dua pihak agar tidak membuli guru-guru untuk mengundi mereka.
Semalam Idris berkata undi kepada BN adalah bagi melahirkan rasa terima kasih kepada kerajaan yang banyak memperjuangkan kebajikan mereka.
"Tidak ada sebab guru membiarkan kerajaan bersendirian dan kini sampai masanya mereka membantu kerajaan untuk memastikan BN mengekalkan kerusi di Kuala Besut sebagai ucapan terima kasih mereka kepada kerajaan," katanya kepada pemberita semasa beramah mesra dengan penduduk Kampung Kemunting dekat Kuala Besut semalam.
Gesaan Idris mengingatkan kembali mengenai pilihan raya kecil Tenang dahulu apabila pengarah pendidikan negeri Markom Giran dikatakan menyalahgunakan kuasa apabila mengarah guru-guru untuk memastikan kemenangan BN.
Pengarah Pilihan Raya PAS bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang Dzulkefly Ahmad membuat laporan terhadap Makom kerana melawat sekolah di Labis dan Tenang menyuruh guru-guru memastikan kemenangan BN.
Dzulkefly turut menyerahkan klip video empat minit yang dimuat naik ke Youtube menunjukkan Markom memberikan ucapan kepada guru-guru. – 7 Julai, 2013.
Saturday, July 6, 2013
GAJI SEORANG GURU DI PEDALAMAN SABAH
GAJI SEORANG GURU DI PEDALAMAN SABAH
Hari
ni aku saja ja nak kempen sikit kat bakal-bakal cikgu KPLI yang masih
bujang dan dah nak posting nanti...ni kira kiraan kasar gaji permulaan
yang hangpa boleh dapat kalau hangpa semua sanggup untuk pi mengajar kat
pedalaman Sabah nun..
Aku ambik contoh katakan hangpa
cikgu KPLI lulusan Kejuruteraan...kena posting kat pedalaman kategori 3
kat Sandakan..ni gaji tahun pertama hangpa akan dapat..
Gaji (DG41 P1T6) = RM 2148.10
EPW = RM 880.00
EKA = RM 300.00
BIP = RM 214.81
BKLP = RM 1500.00 (+)
-------------------
RM 5042.91
-------------------
Nota :
- EPW = Elaun Perumahan Wilayah
- EKA = Elaun Khidmat Awam
- BIP = Bayaran Insentif Pedalaman (10% drpd gaji)
- BKLP = Bayaran Khas Ikut Lokasi Pedalaman
So..hangpa
tunggu dok lagi..hat bujang2 tu baik hangpa mintak posting kat
pedalaman Sabah..tumpang tak dak komitmen lagi..boleh buat duit..dok
pedalaman 3 ka 4 tahun...lepas tu baru tukar semenanjung...time tu duit
pun dah penuh poket...
Tu tak campur manfaat lain
lagi..tiap2 tahun dapat elaun balik kampung sekali ikut bayaran
perbelanjaan sebenar...tambah pulak yang menteri KPM janji cikgu kat
pedalaman ni..mudah untuk naik pangkat..lagi menarik tu..hangpa pi kerja
4 ka lima tahun kat sana..lepas tu balik sini dah boleh apply naik
pangkat dah..kalau cikgu hat dok smenanjung ni..kena tunggu 10 tahun
baru bleh pakai DG 44..hangpa takat 5 ka 6 tahun dah boleh pakai DG 44
dah...
Tak cukup menarik lagi?..ha..ni
lagi satu..gaji hat kat atas tu tak campur lagi 2 elaun tambahan yang
pak menteri umum baru2 ni...kalau gaji yang dah banyak tu campur pulak
dengan 2 lagi elaun baru tu cuba bayang berapa banyak hangpa boleh
simpan..tambah lagi naik pangkat cepat...ni bukan lagi peluang keemasan
dah..ni kira peluang keberlianan dah ni...so pikir-pikirkan dan selamat
mengajar......
Teori Konspirasi : Kenapa Guru Interim 2013 Lambat Dilantik Tetap PPPS DG 41
dari blog cikgu rahman
Teori Konspirasi : Kenapa Guru Interim 2013 Lambat Dilantik Tetap PPPS DG 41
Dah lama bebenor aku tak buat teori konspirasi ni...dulu penah buat
cerita pasai konspirasi SBPA...ramai gila orang gomen yang maki hamun
aku...sebab tu kot antara alasan kenapa aku 'senyap' lama dari update
blog ni...tapi aku nak tegaskan sampai hari ni aku masih lagi tetap
penyokong tegar SBPA...sangat terkilan kerana skim tu
dimansuhkan...patutnya pebetoi hat 'kureng' tu ja....tapi nak komplen
banyak pun tak guna dah kan...bak kata hero filem melayu
dulu-dulu....."Barang yang lepas usahlah dikenang".
Bercakap pasai konspirasi kali ni pulak...tajuk kat atas tu aku main
letak ja...saja nak bikin gempak...sebenarnya idea teori konspirasi ni
bermula dengan isu pertukaran guru bagi sesi Jun 2013 yang ditangguhkan
tu....Cikgu-cikgu yang mintak pindah tengah tahun ni tahulah isu
ni...yang lain-lain mungkin tak tau....ni print skrin dari laman
e-GTtukar
Dari maklumat dalam e-GTukar tu....Keputusan pertukaran guru
ditangguhkan sebab nak sekalikan dengan penempatan guru baru...idea yang
sangat bagus sebenarnya....senang guru lama bertukar sebab tempat guru
lama tersebut boleh diganti dengan guru baru...cuma yang menjadi
persoalannya sekarang kenapa mengambil masa yang lama.?...kenapa tidak
dipostingkan saja guru baru tu masa buka sekolah lepas cuti tengah tahun
10 Jun hari tu?
Kalau ikutkan makluman dari Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) dalam Utusan...klik sini....
masa bulan Februari 2013, SPP tengah pertimbangkan seramai 7824 graduan
ISMP untuk dilantik ke jawatan tetap tahun ni...dan sebahagian daripada
7824 orang ni pun dah di lantik menjadi Guru Interim kat
sekolah-sekolah seluruh Malaysia....cuma pelantikan tetap ke Pegawai
Perkhidmatan Pendidikan Siswazah saja belum dilakukan dan ditangguhkan
sehingga selepas Julai 2013...Soalan lagi...Kenapa posting selepas bulan
Julai 2013?....Jawapannya mudah saja...Penjimatan Kos...semua ni sebab
pemberian kenaikan gaji tahunan yang diawalkan bulan Julai 2013 ni...ok tengok contoh ringkas kat bawah ni:
Kes 1 : Lantikan Sebelum 1 Julai 2013
Cikgu Karim ( bukan nama sebenar) seorang graduan Sarjana Muda Pendidikan Matematik dengan Kepujian.
Dilantik Guru Interim : 18 Februari 2013.
Dilantik DG 41 : 1 Jun 2013.
Gaji bulan Jun 2013 = RM 2222.94
Gaji bulan Julai 2013 = RM 2447.94
Gaji bulan Disember 2013 = RM 2447.94
Kes 2 : Lantikan Selepas 1 Julai 2013.
Kes 2 : Lantikan Selepas 1 Julai 2013.
Cikgu Kader (bukan nama sebenar) seorang graduan Sarjana Muda Pendidikan Sejarah dengan Kepujian.
Dilantik Guru Interim : 18 Februari 2013.
Dilantik DG 41 : 1 Julai 2013.
Gaji Bulan Julai 2013 = RM 2222.94
Gaji bulan Disember 2013 = RM 2222.94
So, hangpa nampak tak permainan depa kat situ?....berapa banyak gomen
dapat jimat bila depa tangguhkan posting cikgu-cikgu baru ni...jom kita
kira :
Cikgu baru x KGT x (Julai hingga Disember)
7824 x 225 x 7 = RM 12,322,800.00
Lebih 12 Juta tu gomen dapat jimat...tu pengiraan tahun ni saja...kalau
kira sampai bulan Julai tahun depan...hangpa kira la sendiri...sangat
banyak untung dia...lagi satu mungkin ada tak paham pasai pa guru
interim ni tak layak dapat kenaikan Julai tu..hat tu aku malas nak
explain dah...hangpa buat la bacaan sendiri kat sini dan sini....sampai sini saja dulu untuk kali ni...adios amigos!
Subscribe to:
Posts (Atom)