Wednesday, June 30, 2010

KERANI CELAKA

Pernah dengar perkataan ini. Kasar.namun lebih memedihkan warga guru apabila mendapat kerani celaka yang memang kertjanya nak membantai guru. Sebagai kerani memang di bayar untuk melayan kerenah birokrasi kaum guru, namun ada juga yang cuba tunjuk lagak mengarahkan cikgu itu ini begitu begini, malah ada yang bercakap kasar dengan kaum warga sekolah.

Hal ini berlaku apabila ada pula sekolah yang mempunyai CC atau ketua kerani yang punya tempat letak kereta lebih dari guru...wah bukan main naik tocang si kerani apabila mendapat satu parking letak kereta diberikan.

Tujuan di adakan kerani di sekolah ialah selain menguruskan hal guru-guru , juga bertujuan untuk menjaga kebajikan kaum guru,berkaitan gaji,permohonan perjawatan dan juga lain-lain. Kerani dibayar untuk melayan semua kerja-kerja ini dan bukan menyuruh guru membuat kerja-kerja yang sepatutnya kerani buat. Buat apa ada 3 ke 4 kerani disebuah sekolah jika tidak dapat menguruskan hal guru???Makan gaji buta atau berlagak boss.....tolong sikit...kerja anda adalah pecacai sama macam guru juga.Cuma kerja anda specialnya untuk melayan semua warga sekolah berkaitan urusan yang sepatutnya.


Sepatutnya juga kerani yang ada ini menggunakan bahasa yang bersopan santun.Bukan dengan menggunakan bahasa kasar.Jika ini di teliti saya kira ada sekolah-sekolah yang mempunyai kerani berperangai macam celaka????


Jika ada...jangan anda memberi muka kerana ianya akan menyebabkan anda stress dan juga membenci untuk berurusan di pejabat...........kepada guru besar, anda jangan biarkan kelakuan ini bermnaharajalela di sekolah anda..berikan teguran dengan bahasa kasar kerani cabok di sekolah anda.....jangan biarkan guru merasa tidak selesa bila beurusan di pejabat.

Monday, June 28, 2010

BETULKAH KAJIAN INI????

Ramai sokong mansuh UPSR, PMR

IPOH 28 Jun - Maklum balas awal diterima menunjukkan lebih ramai menyokong Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dimansuhkan.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, walaupun ramai yang menyokong cadangan tersebut, kerajaan masih memerlukan masa untuk mendapatkan pelbagai pandangan lain sebelum membuat keputusan.

"Kita tidak perlu terburu-buru memansuhkannya. Dalam hal ini, saya melihat secara positif lebih ramai menyokong daripada tidak bersetuju," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Konvensyen Pendidikan Kebangsaan Guru Besar Malaysia Ke-16 dan Persidangan Perwakilan Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia (GMGBM) Ke-28 di sini hari ini.

Dalam perkembangan sama, katanya, pemansuhan UPSR dan PMR tidak akan menyebabkan guru-guru merasa lebih selesa dan menjadi malas.

"Sebenarnya ramai yang keliru apabila ada cadangan untuk memansuhkan dua peperiksaan awam ini, seolah-olah kita (guru) tidak melakukan penilaian terhadap pelajar, tidak.

"Ini tidak akan menyebabkan guru-guru menjadi malas kerana mereka akan melakukan penilaian di sekolah untuk memastikan di mana tahap pencapaian pelajar-pelajar tersebut," katanya.

Menurut Mohd. Puad, lawatannya ke Finland baru-baru ini mendapati, menerusi kaedah penilaian yang dibuat pihak sekolah, guru-guru dapat mengenal pasti kelemahan para pelajar dan memberi tumpuan khusus kepada mereka bagi meningkatkan pencapaian.



APA YANG PASTINYA JIKA IANYA DI LAKSANAKAN BERDASARKAN KEPADA PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH, MAKA KITA TAHU YANG AKAN MENANGGUNGNYA IALAH GURU-GURU.DAN JIKA INI JUGA BERLAKU MAKA SOALAN JUGA SEHARUSNYA BERPUSAT.

SELAIN ITU, KITA AKAN DAPATI BAHAWA MURID-MURID BUKAN SAHAJA TIDAK DIUJI DENGAN PENCAPAIAN YANG LEBIH BAIK, MELAINKAN DIKATAKAN SAMBUIL LEWA.

PARA GURU SILA BERI CADANGAN ANDA DI RUANG KOMEN.

Wednesday, June 23, 2010

PARA YANG BERAGAMA






JANGAN MIMPI LAGI.HARAP PUN JANGAN....SEBAB EKONOMI TAK BAGUS BILA MINTA BONUS.BILA NAK BAGI TAU RAKYAT, EKONOMI BAGUS...

Cuepacs tuntut bonus 2 bulan tahun ini

June 23, 2010

MELAKA, 23 Jun – Cuepacs berharap kerajaan akan menimbang pemberian bonus dua bulan gaji kepada penjawat awam menerusi pengumuman Bajet 2011 pada Oktober depan.

Presidennya Omar Osman berkata permohonan pemberian bonus dua bulan gaji kepada kira-kira 1.2 juta penjawat awam telah dibuat oleh Cuepacs kepada kerajaan pada tahun lepas bagaimanapun ditangguhkan kerana masalah kegawatan ekonomi.

“Kini keadaan ekonomi negara kembali pulih, jadi seluruh penjawat awam amat berharap kerajaan dapat memberi bonus dua bulan gaji,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah pada forum anjuran Persatuan Pegawai Akademik Universiti Teknikal Malaysia Melaka di sini, hari ini.

Grab a Celcom Blue Bear(TM) and stand to walk away with RM10,000!

Omar berkata pemberian bonus itu akan menjadi motivasi kepada penjawat awam dalam menghadapi Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).

Beliau juga berkata pihaknya juga memohon kerajaan menaikkan bantuan kewangan menguruskan jenazah penjawat awam daripada RM1,000 kepada RM3,000 pada Bajet akan datang.

Sementara itu, beliau berkata Cuepacs akan mengemukakan cadangan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sama ada Peperiksaan Tahap Kecekapan (PTK) akan diteruskan atau digantikan dengan sistem lain dalam RMK-10.

Beliau berkata satu kertas kerja mengenai PTK akan dibentangkan pada prakonvensyen Cuepacs yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 17 dan 18 Julai ini.

“Ramai anggota Cuepacs bertanya adakah dalam Rancangan Malaysia Ke-10, PTK (yang diperkenalkan pada 2002) akan diteruskan atau perlu sistem baru yang lebih baik bagi menggantikannya,” katanya.

Beliau berkata sasaran kerajaan dalam RMK-10, penjawat awam antaranya mempunyai pemikiran yang kreatif, inovatif dan berintegriti tinggi. – Bernama

Tuesday, June 22, 2010

KALAU YA PUN NAK BODEK NAK DAPAT NKRA ATAU APA SAHAJA ANUGERAH..JANGAN BUAT GURU JADI PECACAI. KENAPA PENGETUA TAK PERGI TOLONG SEKALI.


Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat Pembaca “Abdul Razak Idris, Banting“ dalam ruangan Surat Kepada Pengarang dalam akhbar Harian Metro bertarikh 21 Jun 2010 – Guru tiada masa untuk keluarga.
Isu yang dibangkitkan oleh Abdul Razak ialah Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) menjadi faktor utama pendesak pengetua dan guru besar memperhebatkan usaha untuk mencapai tahap SBT. Guru perlu bekerja setiap hari Sabtu dan Guru tidak punya masa untuk mendidik anak dan masa berharga untuk keluarga.
Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) adalah sekolah yang bukan sahaja mencapai kecemerlangan akademik malahan memberi suasana yang selesa dan teratur serta elemen tanggungjawab terdapat dalam kalangan pihak pengurusan, guru-guru dan murid-murid bagi mencapai aspirasi yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara. Sekolah ini mempunyai tradisi budaya kerja yang sangat tinggi dan cemerlang dengan modal insan nasional yang berkembang secara holistik dan berterusan serta mampu berdaya saing di peringkat antarabangsa.
Kewibawaan pengetua dan guru besar di sekolah terutamanya di SBT selalu diperkatakan. Pelbagai pendapat dan pandangan telah diberikan. Namun terdapat banyak elemen yang berkaitan, seperti peranan persekitaran serta sosio-budaya masyarakat setempat juga memberi impak yang besar dalam perkembangan pendidikan. Sebaliknya jika masing-masing mengetahui dan menginsafi tugas dan tanggungjawab mereka, pasti semua persoalan dapat ditangani dengan berkesan.

Dunia pendidikan perlukan anjakan, kita sedang menuju era kecemerlangan ilmu. Kita perlu keluar daripada kepompong yang membatasi cara berfikir kita sekian lama. Matlamat untuk menjadikan pendidikan di negara ini bertaraf dunia harus direalisasikan agar anak-anak kita dapat mengecapi nikmat daripada pendidikan itu sendiri untuk kesejahteraan bangsa dan negara. Sehubungan itu, sedikit pengorbanan daripada pelbagai pihak khususnya warga pendidik diperlukan untuk mencapai matlamat tersebut.

Pengetua dan guru besar adalah orang yang memainkan peranan yang amat penting di sekolah. Mereka pentadbir, pengurus dan pemimpin. Sebagai seorang pentadbir yang melibatkan diri dalam pentadbiran pendidikan, maka pengetua perlu kepada proses kerjasama antara dua orang atau lebih yang berasaskan rasional yang tertentu untuk mencapai tujuan yang telah ditentukan khususnya berhubung dengan pembahagian kerja dan penyelarasan perhubungan untuk melahirkan kecekapan dalam organisasi. Sehubungan itu persefahaman , semangat dan kesedaran yang tinggi amat dituntut terutamanya dalam kalangan warga pendidik supaya tidak berlaku penafian atas hak individu.


Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengeluarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.8/2005 Pelaksanaan Bekerja Lima Hari Seminggu bertarikh 5 Disember 2005 dan Jabatan Perkhidmatan Awam juga telah mengeluarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 13 Tahun 2005 yang berkuatkuasa mulai 1 Julai 2005. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.8/2005 telah menjelaskan kedudukan dua hari Sabtu dalam sebulan sebagai hari bekerja. Dalam semua keadaan pihak sekolah perlu berpegang kepada punca kuasa tersebut dan persefahaman antara warga sekolah mungkin memainkan peranan yang lebih berkesan untuk menjana kecemerlangan di institusi masing-masing.



UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


BINAWE PUNYA PENGETUA.LAIN KALI CIKGU PERGI KETUK UMAH PENGETUA,AJAK DIA SEKALI KIRA BUKU.BARU DIA TAU SUSAH SENANG CIKGU TINGGAI ANAK BINI SEMATA-MATA NAK JAGA NAMA DIA DAN NAMA SEKOLAH.......KALAU PENGETUA BUTA PERUT MACAM INI DI LANTIK...DAN KALAU GURU SENDIRI YANG TAKUT UNTUK BERTINDAK NAK SALAH SIAPA CIKGU?????

SOALAN YANG DI TANYA KEPADA KPPK...SAMPAI SEKARANG DIAM.....NAK JADI MACAM KESATUAN GURU YANG LAIN KE?????

Persoalan yang masih belum terjawab:

1. Bila kemelut isu gaji DGA29/DG41 dapat diselesaikan berdasarkan
beberapa cadangan yang agak
munasabah:
i. berikan 4-5 HKG lagi
ii. Percepatkan DG44 kpd 5 tahun
sahaja (Lewat 2 tahun drp GB
,awal 2 tahun drp DGA32/DG41)
- abaikan formula 7+3
iii. Lulus PTK DG41 sekurang2nya
pada tahap III/III
iV. Mengambil kira tempoh
berkhidmat semasa di DGA29 &
DG41 yang sudah melebihi 10
tahun

2. Apakah perkembangan sebenar
setakat ini tentang usul NUTP
berkaitan skim gaji bersepadu ?

3. Adakah benar keputusan PTK 2009
bagi mereka yang lulus 3:4 / 4:3
ada semakan semula keputusan utk
diberi keputusan 4:4 ?

4. Apakah pendirian NUTP terhadap
tugas guru yang semakin trbeban
tidak seperti yang diwar2kan
oleh KPM / Menteri Pelajaran ?

Mohon jawapan segera, terima kasih.

Semua calon lulus kursus diserap guru tetap

Semua calon lulus kursus diserap guru tetap

PUTRAJAYA 22 Jun - Semua calon yang telah lulus kursus perguruan tidak akan lagi dilantik sebagai Guru Sandaran Terlatih sebaliknya diserapkan sebagai guru tetap tidak lama lagi.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ini kerana kerajaan bukan sahaja dapat menjimatkan kos dan masa tetapi juga memberikan status perjawatan yang lebih baik kepada guru terlatih itu.

''Dalam pengambilan yang akan datang, kita tidak perlu ada guru sandaran terlatih lagi dan kalau ada jawatan yang kita perlukan, penempatan boleh dibuat secara langsung ke mana-mana sekolah yang sesuai.

''Apa yang penting kita hendak guru yang cukup baik dan terpilih diberikan jawatan tetap selepas proses tapisan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Perkhidmatan Pendidikan 2010 anjuran Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) di sini hari ini.

Sehubungan itu, Muhyiddin berkata, bagi melaksanakan tindakan tersebut, sewajarnya perkongsian maklumat dari segi data pelatih antara Kementerian Pelajaran, Kementerian Pengajian Tinggi dan SPP dapat diperkemaskan.

Ini supaya proses pelantikan ke jawatan tetap itu dapat dilaksanakan dengan cekap, pantas dan berkesan.

''Buat masa ini pemilihan calon untuk mengikuti kursus perguruan dikendalikan Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran dan Unit Pusat Universiti Kementerian Pengajian Tinggi.

''Mereka yang telah lulus latihan kemudiannya akan dilantik sebagai guru oleh SPP," katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, beliau menggariskan lima syor yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan dalam usaha meningkatkan kualiti guru.

''Lima syor itu adalah mengadakan kempen merekrut calon-calon guru terbaik, memastikan guru-guru menumpukan sepenuhnya kepada tugas mengajar dan bukannya tugas perkeranian.

''Selain itu, meningkatkan akauntabiliti institut pendidikan guru melalui pengenalan sistem penarafan berdasarkan tahap kecemerlangan masing-masing, merekrut guru-guru berkualiti dalam bidang kritikal dan menambahbaik laluan kerjaya guru," katanya.



UNTUNG BANYAK LA GURU-GURU BARU....POSTING DEKAT, TAK PAYAH TAPISAN KELULUSAN..NAMUN REZEKI . APA SEKALI PUN GURU LAMA YANG BERPENGALAMAN JANGAN DI TINGGALKAN TERUS. BAGI KAUM GURU YANG BARU DILANTIK ATAU AKAN DI LANTIK KE JAWATAN KUP,HAKIKI ATAU SEBAGAINYA DIMINTA PIHAK KEMENTERIAN JUGA MEMPERCEPATKAN PROSES. INI PERMOHONAN DILAKUKAN TAHUN INI...3 TAHUN KEMUDIAN BARU DI LANTIK DAN DI SAHKAN.TAK KE DUNGU NAMANYA.....




Monday, June 21, 2010

IKLAN DG41 KE DG44 TELAH KELUAR DI WEB KEMENTERIAN

TIME BASE DG41 KE DG44 TELAH DIIKLANKAN KHAS UNTUK EX PPLD BAGI TAHUN 2011.LIHAT WEB KEMENTERIAN.(SEKEJAB ADA SEKEJAB TAK ADA)....

TUNGGU DI SEKOLAH ANDA SURAT DATANG....

MINTA LAH KALAU-KALAU DAPAT SEKUPANG DUA DI ATAS USAHA ANDA KAUM GURU MELANJUTKAN PELAJARAN.

Masih tali tak bergantung

Masih tali tak bergantung

tq kepada NUTP di atas segala usaha... walaupun isu DG29/41 dah lama tapi ia ibarat tali tak bergantung.. masih tiada kesudahannya. Saya antara yg menyahut seruan meningkatkan pengetahuan dlm bidang ijazah. Keluar maktab akhir 1992 dan pertengahan 2000 sambung degree. Untung 3 tahun! tapi kecewa apabila kawan dah masuk DG32 gajinya 3-400 beza dgn saya yg sambung belajar! namun tidak patah semangat kini sy sambung master tp tidak secara fulltime kerna bimbang pisang berbuah 2x! senioriti hilang n kerugian dr segi tangga gaji! Pun status master masih di awang2an berbanding penjawat awam lain akan naik pangkat dll. Apa yg saya nampak NUTP banyak memperjuangkan nasib guru2 di sekolah rendah berbanding mereka di sekolah menengah! masalah lama belum selesai isu baru ditimbulkan misalnya minta naik dg40 pula! sebenarnya NUTP membela nasib guru2 skola rendah aje ke? plz.... kami juga perlukan pembelaan...


SAMA JA STANDARD GURU MALAYSIA...BELAJAR PEQABIH DUIT BANYAK-BANYAK ...INGAT NAK TINGKATKAN PENDAPATAN KELUARGA DENGAN ILMU..PUNYA LA BELAJAR,TINGGAL ANAK BINI, AKHIRNYA APA PUN TARAK.BETUL NAK CARI ILMU PERLU PENGORBANAN...TAPI BUKAN UNTUK MENDAPATKAN ILMU DAN JUGA GANJARAN.

KALAU JAWATAN LAIN GRED 41 DAN 44 NI..DAH JADI KETUA JABATAN.TAK JADI PUN TAK APA ,TETAPI SEKURANG-KURANGNYA BERILAH SEDIKIT IMBUHAN....JOM SOKONG PAKATAN...SEBAGAIMANA UCAPAN DSAI...."KITA AKAN KAJI GAJI GURU-GURU DI ATAS PENGORBANAN MEREKA" SAMA ADA ANDA PERCAYA ATAU TIDAK SEKURANG-KURANGNYA ADA JANJI DAN USAHA KE ARAH ITU

KENYATAAN STANDARD....CAKAP DULU FIKIR KEMUDIAN

Mansuh UPSR & PMR: Pandangan guru, ibu bapa dikaji

21/06/2010 7:20pm

KUALA LUMPUR 21 Jun – Pandangan guru dan ibu bapa akan dikaji terlebih dahulu sebelum peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dimansuhkan, kata Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom.

Menurut beliau, cadangan pemansuhan yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam adalah satu langkah yang positif untuk perkembangan pendidikan di negara ini, namun persetujuan semua pihak harus dipertimbangkan terlebih dahulu.

"Kita akan mengumpul pandangan guru-guru dan ibu bapa terlebih dahulu melalui sumber seperti akhbar dan media, dan pandangan mereka akan dibawa kepada Tan Sri Muhyiddin untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Alimuddin juga berpendapat, pendidikan negara selama ini terlalu berorientasikan peperiksaan dan perubahan perlu dibuat selaras dengan falsafah pendidikan negara yang mementingkan pembangunan modal insan.

Sementara itu, beliau berkata, kemasukan pelajar ke sekolah menengah yang dinilai melalui UPSR sebelum ini akan diteruskan dengan penilaian akhir tahun sekolah sahaja.

"Kemasukan pelajar ke sekolah menengah akan dinilai melalui peperiksaan penilaian berasaskan sekolah,” katanya. – Bernama



TAKUT KENA HENTAM DAN TAKUT DI DEBATKAN MAKA KENYTAAN YANG DIBUAT AWAL SEBELUM INI KEMUDIAN NAK DIKAJI SEMULA.INILAH DIA KENYATAAN YANG BEGITU LEMAH.CAKAP DULU FIKIR KEMUDIAN.APA SALAHNYA DEBAT DAHULU,CADANG,ADAKAN SIARAN LANGSUNG BAIK BURUK BARU KELUAR KENYATAAN.BANYAK DAH DASAR YANG CAKAP DULU KANTOI KEMUDIAN.SAMA JA PENGARAH KA,SIAPA KA...MEMBISU.MULUT DI KANCING AGAR DAPAT MENJAGA PERUT DAN DI BAWAH PERUT.

Sunday, June 20, 2010

TUGAS GPMS SEKADAR ANGGUK SAHAJA....TAK LEBIH DARI ITU...

GPMS setuju UPSR, PMR dihapuskan

KUALA LUMPUR 20 Jun — Beberapa pihak berkaitan hari ini bersetuju dengan cadangan Kementerian Pelajaran untuk memansuhkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) bagi mengelakkan sistem pendidikan negara daripada terus berorientasikan peperiksaan.

Masing-masing juga berpendapat pemansuhan kedua-dua peperiksaan itu akan membolehkan pelajar menumpukan kepada peperiksaan yang lebih penting dalam menentukan hala tuju mereka.

Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung, Jais Abdul Karim berkata, langkah itu akan dapat memantapkan sistem pendidikan dan seterusnya melahirkan pelajar yang lebih fokus dan tenang.

"Sistem kita hari ini terlalu berorientasikan peperiksaan dan ini memberi tekanan kepada pelajar dan mereka belajar secara membuta tuli semata-mata untuk lulus peperiksaan tanpa memikirkan sama ada ilmu yang diperolehi boleh digunakan pada masa-masa akan datang," katanya kepada Bernama, di sini hari ini.

Pegawai Perhubungan Persatuan Bekas Perkhidmatan Pendidikan Malaysia, Abdul Karim Abdullah pula berkata, pemansuhan kedua-dua peperiksaan itu akan membolehkan pelajar dan guru menumpukan perhatian kepada kegiatan kokurikulum dan sukan.

Sebelum ini mereka anggap kegiatan sukan dan kokurikulum mengganggu masa pembelajaran kerana pelajar harus bersedia hadapi peperiksaan, tetapi apabila peperiksaan dimansuhkan kelak pelajar akan ada lebih masa untuk fokus kepada kegiatan kokurikulum dan sukan, katanya. - Bernama



LAMA DAH DENGAR GPMS NIH...KALAU PERSATUAN LAIN DAH BELAMBAK KEJAYAAN YANG DI CAPAI SELAIN DARI MENGGANGGUK DAN GELENG APA YANG KERAJAAN BUAT.PERKASA DILIHAT LEBIH LANTANG MENYUARAKAN PANDANGAN.KALAU SEKADAR JADI TUKANG ANGGUK SAHAJA ...BAIK BUBAR...

Kementerian mungkin mansuh UPSR dan PMR

Kementerian mungkin mansuh UPSR dan PMR
10 2:30pm
Kementerian Pelajaran membayangkan kemungkinan akan memansuhkan Ujian Pecapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di masa hadapan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau melihat ada kewajaran untuk berbuat demikian kerana aspek pembelajaran ketika ini dilihat lebih berorientasikan kepada peperiksaan sehingga tujuan utama untuk memberikan pendidikan holistik tidak dapat dilakukan sepenuhnya.

"Pihak kami sedang fikirkan sama ada akan kekalkan atau perlu hanya satu sahaja peperiksaan awam, seperti (contohnya) di peringkat SPM sahaja," katanya.

Muhyiddin yang juga menteri pelajaran memberitahu demikian ditemui selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Umno bahagian Pagoh di Muar hari ini, lapor Bernama.

Menurutnya, periksaan UPSR dan PMR mungkin akan diteruskan, tetapi sebagai penilaian pencapaian pelajar di peringkat sekolah sahaja, dan bukannya sebagai peperiksaan awam.

Katanya pihak kementerian tidak akan gopoh dalam membuat keputusan dan sentiasa mengalu-alukan pandangan daripada semua pihak mengenainya.

Muhyiddin berkata secara peribadi beliau berpendapat hanya perlu ada satu peperiksaan awam sahaja bagi menilai pencapaian pelajar iaitu di peringkat akhir persekolahan atau sebelum memasuki institusi pengajian tinggi kerana di dalam soal kerjaya pun hanya SPM sahaja yang digunakan.

Namun menurutnya UPSR dan PMR diperlukan untuk membuat penempatan pelajar ke sekolah berasrama penuh atau sekolah aliran tertentu.

Beliau berkata dengan hanya satu sahaja peperiksaan awam, guru dan pelajar boleh menumpukan usaha ke arah menggilap kreativiti, sifat interaktif dan aktiviti ko-kurikulum lain, serta sukan.

Kepada satu soalan, Muhyiddin berkata keadaan di mana jumlah pelajar perempuan cemerlang di dalam pelajaran meningkat bukan hanya berlaku di Malaysia sahaja tetapi di seluruh dunia.

"Kira-kira 70 hingga 80 peratus pelajar yang memasuki universiti adalah perempuan dan trend ini berlaku bukan hanya di Malaysia tetapi di seluruh
dunia," katanya.

Wednesday, June 16, 2010

KEMENTERIAN PELAJARAN KERAP TERTIDUR....MEMALUKAN TPM

24,000 guru diploma DGA belum sah jawatan

JERANTUT 16 Jun - Seramai 24,000 guru lulusan diploma yang dilantik sejak tiga tahun lalu perlu disahkan jawatan mereka dengan segera bagi mengelakkan timbul pelbagai masalah berhubung perjawatan pada masa akan datang.

Presiden Kesatuan Guru Lepasan Maktab Semenanjung Malaysia (KGLMSM), Jemale Paiman berkata, ada antara guru gred DGA29 itu belum pernah mengikuti kursus induksi yang diperlukan sebagai salah satu syarat pengesahan.

''Kementerian Pelajaran seharusnya melaksanakan kursus induksi seperti biasa tanpa menangguhkannya agar guru ini dapat mengikutinya bagi membolehkan jawatan berkenaan diperakui.

''Kementerian juga perlu memperuntukkan kira-kira RM100 juta untuk melaksanakan kursus induksi kepada guru yang dilantik pada tahun berkenaan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Jemale, sekiranya pengesahan lewat dilakukan, ia akan menggugat kenaikan gaji tahunan, kenaikan pangkat dan menjejaskan kekananan guru berkenaan.

''Selain itu, guru berkenaan tidak dapat menikmati kemudahan pinjaman perumahan dan pinjaman lain termasuk permohonan biasiswa sekiranya mereka berhasrat melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi.

''Mereka juga tidak akan menikmati kemudahan perubatan dan berhadapan dengan risiko terjejas kualiti serta produktiviti dalam kerjaya jika proses pengesahan dilewatkan," katanya.

Jemale menegaskan, pengesahan 24,000 guru itu bagi memberi peluang kepada mereka menduduki Peperiksaan Tahap Kecekapan (PTK) supaya dapat menunjukkan tahap kecemerlangan kerja masing-masing.

Selain itu ujarnya, kelewatan pengesahan jawatan akan menjejaskan maruah guru terbabit dan mencerminkan kelemahan Kementerian Pelajaran terutama dalam pengurusan perjawatan.

''Kebanyakan guru berkenaan merupakan lulusan institut pengajian tinggi awam (IPTA) yang menawarkan program perguruan peringkat diploma," tambahnya.




MANA KPPK??? LENA JUGA ???SAMA LENA DENGAN KEMENTERIAN PELAJARAN...KALAU MACAM INI CARANYA....MEMANG PENAYA KAUM GURU LAH...PERKARA KEBAJIKAN KAUM PEKERJA HARUSLAH DIBERI PERHATIAN.

JIKA ALASAN TIDAK PUNYA CUKUP KAKITANGAN..ADALAH ELOK JIKA DI TAMBAH KAKITANGAN.....SUPAYA KAUM GURU TAK TERANIAYA......

JANGAN JADI MACAM PPSMI, DAH LAKSANA 6 TAHUN JURUTEKNIK BARU SMPAI,DAH 5 TAHUN PPSMI DAN BERIBU KOMPUTER HILANG, PETIBESI BARU SAMPAI.....PA DAAAAA......

Tuesday, June 15, 2010

KENAPA TAK WAJIBKAN BAHASA ARAB?YANG ADA BAHASA MELAYU PUN HAMPIR PUPUS...INI SAH NAK RAIH UNDI.....

Wajib bahasa Mandarin, Tamil? — Mohd. Khuzairi Ismail

June 16, 2010

16 JUN — Nampaknya kedudukan bahasa Melayu dalam sistem pendidikan negara tercabar lagi. Dasar mewajibkan bahasa Mandarin dan Tamil di sekolah meletakkan status bahasa itu setaraf dengan bahasa Melayu dalam sistem pendidikan negara.

Kita boleh menerima bahasa Inggeris diwajibkan kerana ia adalah bahasa ilmu dan bahasa ekonomi antarabangsa. Bahasa Melayu pula adalah bahasa kebangsaan dan sewajarnya menjadi bahasa rasmi tidak hanya di sekolah malah dalam semua lapangan kehidupan.

Tetapi apabila bahasa Mandarin dan Tamil mahu diwajibkan, ia menimbulkan kecelaruan apa sebenarnya identiti bangsa Malaysia yang mahu diwujudkan?

Grab a Celcom Blue Bear(TM) and stand to walk away with RM10,000!

Memang tidak dinafikan rasional di sebalik dasar ini adalah untuk menarik minat ibu bapa bukan Melayu menghantar anak mereka ke sekolah kebangsaan. Ini kerana ada kebimbangan yang jelas di kalangan ibu bapa bukan Melayu bahawa anak-anak mereka tidak akan menguasai bahasa ibunda masing-masing di sekolah kebangsaan.

Maka dari sudut itu, pengenalan bahasa ibunda kaum masing-masing dilihat sangat wajar. Namun dalam membuat sebarang dasar terutamanya membabitkan pendidikan, ia tidak boleh hanya bergantung kepada sebahagian kecil asas sahaja.

Banyak yang perlu dipertimbangkan dan dikaji sebelum ia dimuktamadkan. Pertamanya ialah sejauh mana kita melihat kedudukan bahasa Melayu itu sendiri dalam konteks pendidikan negara hari ini.

Apabila dasar ini dikatakan akan menggalakkan perpaduan, kita sebenarnya sudah memberi takrifan bahawa bahasa Melayu gagal memainkan peranan tersebut. Sedangkan bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan, maka seharusnya menjadi bahasa pemersatu di kalangan masyarakat majmuk di negara ini.

Hakikat ini secara tidak langsung menjawab persoalan sama ada bahasa Mandarin dan Tamil wajar dijadikan subjek wajib atau sebaliknya. Dengan dua subjek bahasa yang perlu dikuasai pelajar ketika ini, maka adalah wajar sekiranya bahasa Mandarin dan Tamil hanya dijadikan subjek elektif kepada pelajar dan ibu bapa.

Ini juga seperti yang ditegaskan oleh pemerhati pendidikan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Anuar Ahmad, mengambil semangat Perlembagaan serta Laporan Pelajaran Razak (1956) yang menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan. Maka, sepatutnya kerajaan dan masyarakat umum memperkasakan bahasa Melayu dengan matlamat itu.

Dalam masa yang sama menggalakkan bahasa Mandarin dan Tamil untuk menjadi mata pelajaran pilihan di sekolah kebangsaan. “Jangan sampai bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan “hilang” status kerana dasar ini,” tegas Anuar.

Kemampuan pelajar-pelajar menyerap ilmu bahasa Mandarin dan Tamil di sekolah juga perlu dipertimbangkan dalam dasar ini. Subjek bahasa adalah antara subjek yang sukar untuk difahami dan dikuasai. Ia bukanlah subjek yang boleh dipupuk atau dilatih di luar bilik darjah terutama bagi pelajar yang bahasa itu bukanlah bahasa ibunda atau bahasa rasmi di rumah.

Ambil sahaja contoh bahasa Melayu di kalangan pelajar bukan Melayu dan bahasa Inggeris di kalangan pelajar Melayu. Meskipun bahasa-bahasa ini diwajibkan dari peringkat sekolah rendah, menengah sehinggalah ke peringkat universiti, namun berapa ramai di kalangan kita yang benar-benar menguasainya?

Barangkali perkara ini ada kaitan dengan persekitaran pembelajaran subjek bahasa di sekolah-sekolah. Subjek ini seperti yang dikongsi daripada pengalaman Anuar, tidak diajar dalam suasana yang ceria dan membangkitkan minat pelajar. Sebaliknya, ia menjadi mata pelajaran yang membosankan, tidak ada keseronokan dan kurang praktikal komunikasi di dalam bilik darjah.

“Kerana itu walaupun dasar ini baik untuk dilaksanakan, namun antara perkara yang paling kritikal untuk dilakukan ialah merombak kembali kaedah pengajaran bahasa di sekolah,” katanya.

Polemik di sebalik dasar ini juga mengingatkan kita kembali kepada apa yang berlaku terhadap dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Dasar ini akhirya terpaksa dimansuhkan kerana bantahan yang meluas selepas beberapa tahun dilaksanakan.

Bukan sedikit impak yang terpaksa ditanggung daripada perubahan dasar ini terutamanya dari sudut masa depan murid-murid yang menerima dasar ini. Sudah semestinya, kita tidak mahu dasar baru mewajibkan subjek bahasa Mandarin dan Tamil ini menjadi PPSMI yang kedua.

Memang dari sudut matlamatnya sangat jelas iaitu memperkasakan sekolah kebangsaan dan menggalakkan pelajar menguasai lebih daripada satu bahasa. Tetapi apa yang dibimbangkan ialah dari sudut mekanisme pelaksanaannya.

Adakah kita benar-benar bersedia? Apa yang dibimbangkan ialah perlaksanaan dasar ini boleh mewujudkan puak-puak kecil di dalam budaya sekolah tanpa disedari. Pada peringkat awal, dasar ini juga akan cuba untuk menarik kumpulan etnik lain untuk belajar bahasa Mandarin dan Tamil.

Tapi seperti pengalaman negara lain, akhirnya yang tinggal hanya kumpulan etnik tertentu sahaja. Ini tambah Anuar, adalah apa yang berlaku di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat (AS) apabila mata pelajaran bahasa etnik diperkenalkan di sekolah. Pada akhirnya, hampir semua kelas tersebut dihadiri oleh kumpulan etnik tertentu sahaja.

Mereka membina kelompok dan “ghetto” budaya tersendiri melalui kelas-kelas ini, dan ini biasanya tidak disedari oleh pentadbir sekolah. “Akhirnya, kita bukan sahaja akan ada sekolah vernakular pelbagai aliran seperti hari ini, kita juga ada kelompok kecil yang mengamalkan pengalaman vernakular di dalam sekolah kebangsaan,” jelas beliau.

Sebenarnya jika elemen perpaduan itu benar-benar mahu dilahirkan dari sistem pendidikan, kerajaan seharusnya menumpukan usaha untuk menjayakan sekolah satu aliran.

Pelaksanaan dasar mewajibkan subjek bahasa Mandarin dan Tamil tidak menjamin bahawa sekolah aliran akan digabungkan dengan sekolah kebangsaan. Apa yang akan berlaku ialah pengembangan secara besar-besaran kelas bahasa Mandarin dan Tamil di sekolah kebangsaan.

Dalam masa yang sama, sekolah-sekolah vernakular juga akan terus kukuh kerana adanya dana daripada kerajaan sendiri. “Inilah senario sistem pendidikan negara kita pada masa depan,” kata Anuar. — Utusan Malaysia

* This is the personal opinion of the writer or the publication. The Malaysian Insider does not endorse the view unless secified

Friday, June 4, 2010

WOII...SETAIP SABTU DAN AHAD MACAM PEGAWAI KERAJAAN YANG LAIN...

Guru wajib diberi rehat dua kali Sabtu sebulan

04/06/2010 11:47am

PASIR PUTEH 4 Jun — Pengetua dan guru besar Wajib memberi ruang rehat kepada guru pada setiap dua hari Sabtu dalam tempoh sebulan untuk mengurangkan beban tugas mereka, kata Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom.

Beliau berkata mereka tidak boleh memaksa guru-guru bertugas pada setiap hari Sabtu dengan aktiviti kokurikulum dan akademik.

"Surat pekeliling mengenainya sudah dikeluarkan kepada setiap sekolah,” katanya kepada pemberita selepas menutup Hari Kecemerlangan sekolah-sekolah berasrama penuh di Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh di sini malam tadi.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas rungutan guru yang dipaksa oleh guru besar dan pengetua masing-masing supaya mengajar kelas tambahan pada setiap hari Sabtu menyebabkan mereka tiada masa waktu rehat yang secukupnya.

Alimuddin berkata pihak sekolah boleh mengadakan aktiviti luar pada dua hari Sabtu setiap bulan dengan syarat ia hendaklah merancang jadual lebih awal untuk memberi ruang kepada guru merancang aktiviti rehat bersama keluarga.

Beliau berkata jika hari Sabtu jatuh pada hari kelepasan am sekolah sama sekali tidak boleh memaksa guru bertugas dalam sebarang aktiviti. — Bernama



DULU MASA AJAR SAINS DAN MATEMATIK MALAUN INI JUGA YANG SETUJU...KINI BILA DIARAHKAN MENGAJAR DALAM BAHASA MALAUN INI JUGA SOKONG .WOIII KESATUAN JANGAN NGANGA LA...


Wednesday, June 2, 2010

KENAPA GURU HARUS KE SEKOLAH SETIAP SABTU??

Ini pernah berlaku suatu ketika dahulu.Dimana minggu pertama dan minggu ke 3 guru di wajibkan ke sekolah sehingga jam 12 tghari. Namun guru malaysia sentiasa akur ketika itu memandangkan bahawa semua jabatan lain bekerja pada setiap sabtu.


Namun apabila waktu bekerja 5 hari seminggu telah di arahkan ke atas semua jabatan kerajaan, namun nasib guru menjadi berlainan pula.

malah ada sesetengah sekolah terutamanya di putrajaya..guru seolah-olah menjadi tukang pengasuh anak-anak pekerja lain. Maksudnya guru menjadi jaga anak-anak murid sehingga jam 4.30 petang atau 5 petang gara-gara ada guru besar yang simpati dengan budak-budak yang mana ibubapa lambat balik bekerja.

Ini dilihat tidak adil buat kaum guru. Bukan sahaja guru terpaksa bekerja dari jam 730 pagi sampai 5 petang tidak termasuk masa perjalanan, ini menjadi suatu bebenan kepada guru. Guru membawa balik semua kerja di rumah dan tidak seperti kerja-kerja lain.


Kita mahu kesatuan kerja yang betul-betul komited untuk memperjuangkan nasib guru. Bukan sahaja guru terpaksa belajar selama 2 1/2 tahun di maktab dan 4 tahun di Universiti atau 3 tahun di Universiti..untuk mendapatkan gaji ijazah, namun gaji guru pula ada yang terabaikan.

Kita mahu bab cuti dan jam bekerja guru di berikan perhatian oleh pihak kementerian dan juga kesatuan kerja guru terutamanya NUTP yang ditugaskan membantu kaum guru dan bukan hanya berdiam diri dengan apa yang telah cikgu alami.

Kita juga mahukan kaum guru dilindungi dari akta yang boleh membawa kaum guru ke mahkamah dengan sewenangnya jika menghukum murid yang bermasalah.Jika tidak guru jangan mengajar murid berkenaan.

Kita mahukan kaum guru sendir berubah dari hanya menjadi tunggul kayu yang hendak mampus dari memperjuangkan nasib sendiri.

Kita juga mahukan guru yang rasa mandom agar bangun dari mimpi dan angan-angan nak jaga perut dan di bawah perut agar prihatin dengan nasib rakan-rakan di sekolah lain yang di tindas oleh guru besar yang hanya tahu membodek sahaja.


akhir kata kita mahukan guru yang bersatu, berani menyatakan pendirin dan mahukan kesatuan yang betul-betul dapat membantu kaum guru dengan masalah yang di hadapi.


Guru harus sedar hak mereka .Betul kita bekerja tanpa adanya rasuah kecuali kita yang melakukan rasuh dengan mencuri masa, namun kebiasaannya kita "bayar" dengan mengadakan kelas tambahan secara sukarela.

Guru harus sedar bahawa gaji mereka bukan sahaja tertinggal ,malah terkebawah dari sistem gaji kakitangan lain di malaysia, walau menyambung belajar.


AKHIR KATA KAUM GURU HARUS BERSATU DAN MENUBUHKAN KESATUAN YANG LEBIH KUAT DARI APA YANG DI LAKUKAN OLEH NUTP.

NUTP mahu sistem 5 hari kerja untuk guru June 01, 2010

NUTP mahu sistem 5 hari kerja untuk guru

June 01, 2010

KUALA LUMPUR, 1 Jun — Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) memohon Kementerian Pelajaran mengkaji semula Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/2005 agar memansuhkan peruntukan yang membenarkan guru bekerja dua hari Sabtu setiap bulan.

Presidennya Hashim Adnan berkata guru juga perlu mendapat lima hari bekerja seperti penjawat awam yang lain dan mendapat hak yang sama rata seperti mereka.

Beliau berkata NUTP mendapati ramai guru dipanggil bekerja, mengikuti kursus dan sebagainya pada hari Sabtu.

“Pendirian kami (NUTP) masih tetap mengikut pekeliling yang lama iaitu kerja dari hari Isnin hingga Jumaat sahaja. Sekiranya berlaku (bekerja) hari Sabtu, kita rasa kita kaum pendidik seolah-olah dianaktirikan,” katanya pada sidang media di Wisma NUTP di sini hari ini. Turut hadir Setiausaha Agung NUTP Lok Yim Pheng.

Hashim berkata NUTP juga mahu kerajaan melihat secara serius mengenai isu penjawat awam wanita yang melahirkan anak keenam dan seterusnya, tidak menikmati cuti bersalin malah langsung tidak ada cuti bersalin.

Beliau meminta supaya penjawat awam yang melahirkan anak keenam dan seterusnya, diberi cuti bersalin yang sama seperti penjawat wanita yang melahirkan anak pertama.

“Kalau seorang wanita tidak diberi cuti bersalin 60 hari (masa ini) apabila dia melahirkan anak keenam, dia akan mengambil cuti seminggu, dua... kemudian bekerja semula.

“Ini akan menjejaskan kesihatannya. Dia ambil cuti tanpa gaji bermakna tiada pendapatan. Kenapa kita perlu bertindak sebegitu,” katanya sambil menyokong sepenuhnya perjuangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain yang mana pekerja wanita harus diberi 90 hari cuti bersalin.

Sementara itu, Hashim juga berkata NUTP tidak menyokong cadangan mensyaratkan guru memiliki lesen perguruan bagi meningkatkan integriti dan kualiti pendidikan.

Beliau berkata perkara tersebut akan membebankan para guru dan ia akan melibatkan kos yang amat tinggi. — Bernama