Monday, June 28, 2010

BETULKAH KAJIAN INI????

Ramai sokong mansuh UPSR, PMR

IPOH 28 Jun - Maklum balas awal diterima menunjukkan lebih ramai menyokong Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dimansuhkan.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, walaupun ramai yang menyokong cadangan tersebut, kerajaan masih memerlukan masa untuk mendapatkan pelbagai pandangan lain sebelum membuat keputusan.

"Kita tidak perlu terburu-buru memansuhkannya. Dalam hal ini, saya melihat secara positif lebih ramai menyokong daripada tidak bersetuju," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Konvensyen Pendidikan Kebangsaan Guru Besar Malaysia Ke-16 dan Persidangan Perwakilan Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia (GMGBM) Ke-28 di sini hari ini.

Dalam perkembangan sama, katanya, pemansuhan UPSR dan PMR tidak akan menyebabkan guru-guru merasa lebih selesa dan menjadi malas.

"Sebenarnya ramai yang keliru apabila ada cadangan untuk memansuhkan dua peperiksaan awam ini, seolah-olah kita (guru) tidak melakukan penilaian terhadap pelajar, tidak.

"Ini tidak akan menyebabkan guru-guru menjadi malas kerana mereka akan melakukan penilaian di sekolah untuk memastikan di mana tahap pencapaian pelajar-pelajar tersebut," katanya.

Menurut Mohd. Puad, lawatannya ke Finland baru-baru ini mendapati, menerusi kaedah penilaian yang dibuat pihak sekolah, guru-guru dapat mengenal pasti kelemahan para pelajar dan memberi tumpuan khusus kepada mereka bagi meningkatkan pencapaian.



APA YANG PASTINYA JIKA IANYA DI LAKSANAKAN BERDASARKAN KEPADA PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH, MAKA KITA TAHU YANG AKAN MENANGGUNGNYA IALAH GURU-GURU.DAN JIKA INI JUGA BERLAKU MAKA SOALAN JUGA SEHARUSNYA BERPUSAT.

SELAIN ITU, KITA AKAN DAPATI BAHAWA MURID-MURID BUKAN SAHAJA TIDAK DIUJI DENGAN PENCAPAIAN YANG LEBIH BAIK, MELAINKAN DIKATAKAN SAMBUIL LEWA.

PARA GURU SILA BERI CADANGAN ANDA DI RUANG KOMEN.

No comments:

Post a Comment