Tuesday, April 24, 2012

Rakyat tidak lagi hanya angguk dan terima

Pemerintah lazimnya gemar rakyat yang mudah mempercaya, senang diperdaya, dan kurang mempersoal.  Pastinya, aktiviti pemerintahan lebih senang dilaksanakan apabila golongan yang diperintah suka turut perintah.  Siapa yang suka memerintah orang yang tidak ikut arahan dan selalu sahaja menyampuk apabila arahan diberikan?

Sama jugalah keadaannya di Malaysia di mana pemerintah sudah berkuasa lebih setengah abad.  UMNO-Barisan Nasional pastinya berharap rakyat menerima bulat-bulat segala cogan kata mereka.  Antara cogan kata yang lebih mudah diserapi ialah "Satu lagi projek Barisan Nasional".  Slogan ini boleh ditemui di mana-mana tapak projek pembangunan yang ditaja kerajaan dan rakyat umum pun sudah menerima sebagai hakikat bahawa "projek" itu semestinya "BN".  Kalau bukan BN, siapa lagi?

Walau bagaimanapun, keberkesanan cogan kata BN tersebut ada buruknya juga.  Projek kerajaan tidak semestinya berjaya dan ada kalanya gagal dan terpaksa dilupakan begitu sahaja.  Namun, berapa lama lagikah rakyat harus turut perintah UMNO supaya terus lupa dan leka?  Persoalannya, sudahkah tiba waktunya untuk rakyat membilang kembali kegagalan dan bangkit melawan kebobrokan yang sudah keterlaluan?

Tahun 2008 terpahat dalam sejarah Malaysia (bergantung kepada siapa yang menulisnya) sebagai tahun rakyat menyuarakan hasrat untuk perubahan.  Harapan ini dimanifestasikan melalui keputusan PRU-12 yang melihat UMNO-BN hilang majoriti 2/3 dalam Dewan Rakyat dan parti-parti pembangkang dipilih menjadi kerajaan di empat negeri - Selangor, Perak, Pulau Pinang, dan Kedah - di samping Kelantan yang sekian lama menjadi kubu PAS.  Jangkaan bahawa UMNO-BN pastinya berubah juga tidak kesampaian kerana dalam tempoh empat tahun kemudiannya, pelbagai indikator menunjukkan rejim setengah abad ini tidak mampu mengubah tabiat zalimnya.  Kalau sudah 50 tahun memerintah tanpa perlu menghiraukan sesiapa, memanglah sukar untuknya berubah dan menjadi baik dengan tiba-tiba.

Jelasnya, motivasi UMNO-BN dalam politik negara adalah untuk mengekalkan kuasa, walau apa jua yang berlaku.  Terdapat kajian sejarah yang menafsirkan tragedi pada 13 Mei 1969 bukan sebagai konflik yang organik, tetapi sebenarnya dimanipulasi untuk menguntungkan pihak-pihak tertentu dalam merampas tampuk kuasa kerajaan persekutuan.  Akibatnya, mitos orang Melayu melawan bukan Melayu demi mempertahankan maruah bangsa dan negara telah dicipta semula berkali-kali untuk memperkasakan ideologi perkauman UMNO sebagai sesuatu yang semulajadi, seoalah-olah ia perintah Tuhan.  Struktur penghasilan dan pengekalan kuasa ini serupa jika tidak sama dengan konsep Dewaraja pada zaman feudal.

Untuk UMNO terus berkuasa, rakyat perlu percaya dan menerima tanpa syarat bahawa orang Melayu ditindas golongan bukan Melayu. Untuk UMNO terus relevan, rakyat perlu sentiasa dipecahbelahkan supaya sistem perwakilan politik kita terus bergantung pada kontrak perkongsian kuasa yang ditandatangani si bangsawan dan dimaktubkan sebagai kontrak sosial tanpa sebarang konsensus rakyat.  Maka, sesiapa yang berani mempersoalkan UMNO seringkali dilabel anti-Melayu, anti-Islam, atau anti-Raja.  Label-label ini barangkali alasan mudah untuk tindakan kekerasan diambil ke atas mereka yang tidak turut perintah.  Ramai juga yang terkena dan meringkuk bertahun-tahun dalam penjara.

Namun, tanpa disedari UMNO, zaman sudah berubah.  Rakyat biasa tanpa mengira kaum dan agama sudah menemui matlamat yang sama dalam tuntutan supaya negara dibebaskan daripada penyelewengan dan pentadbiran kotor.  Gerakan BERSIH 2.0 yang menuntut pilihanraya adil dan bersih adalah salah satu contoh rakyat mampu bersatu demi matlamat yang sama dalam melawan kerakusan UMNO-BN.  Tuntutan BERSIH bukan hanya supaya BN dikalahkan, sebaliknya BN harus menang dalam pilihan raya yang tidak dipersoalkan kesahihannya.  Kenapa BN takut pilihanraya bersih?  Kenapa tidak memberi hak mengundi secara automatik kepada sesiapa yang layak?  Kenapa daftar pengundi tidak telus dan bersih?  Kenapa boleh terjadi 300 orang pengundi dalam sebuah rumah?  Kenapa orang mati masih layak mengundi?  Kenapa orang asing boleh menjadi warganegara dan pengundi sah dalam satu hari?  Kenapa SPR tidak pernah mengenali penyelewangan pilihanraya?  Kenapa dakwat kekal yang dijanjikan tiba-tiba ditarik perlaksanaannya pada PRU-12?  Kenapa Najib Razak yang hampir kalah pada 1999 tiba-tiba menang dengan majoriti lebih 95 kali ganda pada 2004?

Soalan-soalan di atas bukan sahaja tidak mampu dijawab UMNO-BN, malah Perdana Menteri sendiri tidak kenal malu apabila menjanjikan demokrasi yang terbaik di dunia.  Tak sempat rakyat habis ketawa, Ketua Polis Negara mengumumkan hanya 1% anggota polis terlibat rasuah.  Terkini, Pengerusi SPR pula berkata daftar pengundi Malaysia adalah yang terbersih di seluruh dunia.  Saya ingin meminta maaf terlebih dahulu, tetapi tiada kata-kata yang lebih sesuai untuk menggambarkan respons saya selain ungkapan Bahasa Inggeris "What the hell!"

Adakah rakyat akan menerima penjelasan si pemerintah dengan begitu sahaja?  Ataupun kita turun ke ibukota pada Sabtu ini, 28 April, 2012 dan menghantar mesej yang jelas kepada bangsawan baru negara ini, iaitu kita tidak akan lagi tunduk dan menerima, kita akan bantah dan minta supaya yang rosak dibuang, yang jahat dipenjarakan, dan yang zalim dihancurkan.

Perubahan ini perlu bermula dari kesedaran rakyat bawahan sendiri.  Rakyat perlu memberanikan diri supaya tidak lagi angguk dan terima, duduk dan diam, atau putus asa dan lupa.  Rakyat boleh mengubah nasib negara dan masyarakat sekiranya kita berganding bahu dan bangkit melawan.  Demokrasi bukan lagi permainan yang dikawal si pemerintah dan rakyat tidak akan terus menerima arahan bahawa demokrasi hanya boleh terpakai di tempat-tempat tertentu.  Peristiwa perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai 2012 telah menunjukkan rakyat akan menang dalam pertarungan demokrasi jalanan walau apapun yang berlaku.  Meriam air kimia, gas pemedih mata, dan macam-macam lagi keganasan polis boleh menyakitkan dan mencederakan para peserta, tetapi pemerintah tidak berupaya menewaskan semangat rakyat yang perjuangkan keadilan.

428, kita jumpa di Kuala Lumpur.
*Ng Eng Kiat ialah aktivis sosial dan hak asasi manusia, kini berkhidmat dengan kerajaan negeri Pulau Pinang.

FANTASI MUHYIDDIN

Rakyat Malaysia berasa bingung sekali lagi dengan kenyataan fantasi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran Muhyiddin Yassin bahawa rakyat Malaysia memandang tinggi sistem pendidikan di negara kita.

Muhyiddin (gambar kiri) telah dilaporkan berkata demikian selepas keputusan kaji selidik baru-baru ini oleh Introspek Asia, yang kononnya menunjukkan bahawa 55% rakyat Malaysia dewasa percaya bahawa sistem pendidikan di negara kita setanding negara-negara lain, manakala 35% mengatakan bahawa ia adalah "lebih baik berbanding negara-negara maju".

Sebelum ini, Muhyiddin telah memilih untuk memetik sebahagian daripada Laporan 2011-2012 Global Competitiveness Index oleh World Economic Forum, dan menggunakannya untuk membuktikan bahawa kualiti pendidikan di Malaysia adalah lebih baik berbanding Amerika Syarikat, German dan United Kingdom.  Jika ini benar, beliau harus menjawab kenapa tidak pernah ada seorang pun pemenang Anugerah Nobel dari Malaysia dan kenapa tiada satu pun universiti Malaysia yang termasuk dalam kedudukan 200 universiti yang terbaik di dunia?  Atau kenapa, jika diberi pilihan, lebih banyak pelajar Malaysia memilih untuk belajar di Amerika Syarikat, UK dan German dan bukan di universiti tempatan?

Sekali lagi, Muhyiddin sekadar selektif dalam memilih statistik yang menyokong pandangannya.  Sebagai contoh, dalam laporan WEF, beliau telah memilih penunjuk yang mencerminkan kaji selidik ke atas 87 "eksekutif perniagaan utama" iaitu satu sampel golongan yang lebih besar kemungkinannya merupakan golongan kaya yang duduk di bandar dan menghantar anak-anak mereka ke sekolah-sekolah awam yang terbaik jika tidak ke sekolah-sekolah swasta.  Oleh itu, adalah tidak mengejutkan sekiranya mereka memandang tinggi sistem pendidikan tempatan.

Hakikat sebenarnya, realiti sistem pendidikan kita adalah jauh daripada gambaran cantik Muhyiddin.  Daripada laporan WEF yang sama, kedudukan Kemasukan Pendidikan Menengah kita berada di tangga ke-101, lantas menunjukkan bahawa terdapat ramai pelajar yang tercicir selepas sekolah rendah dan oleh itu tidak dapat memperolehi pengajian tinggi.  Kedudukan kita di tangga ke-101 ini meletakkan negara kita di bawah Thailand (94), Indonesia (91), Brunei (35) dan Singapura (17) di rantau ASEAN.

Perkembangan yang membimbangkan ini juga dicerminkan dalam Legatum Prosperity Index yang menunjukkan bahawa kadar kemasukan pendidikan menengah hanya 68%, dan meletakkan negara kita di tangga ke-81 di dunia.  Sementara itu, kadar kemasukan pendidikan tinggi pula adalah 36% ataupun tangga ke-59 di dunia, jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan negara-negara OECD yang mempunyai kadar purata melebihi 50%.

Prestasi Malaysia dalam kriteria objektif seperti kadar kemasukan pendidikan rendah, menengah dan tinggi seharusnya lebih ditekankan berbanding dengan penunjuk pendapat seperti Kualiti Pendidikan.  Oleh itu, tindakan untuk menguar-uarkan penunjuk-penunjuk subjektif dan mengabaikan penunjuk-penunjuk objektif adalah tidak bertanggungjawab dan mengalihkan perhatian daripada masalah-masalah dalam sistem pendidikan, termasuk kadar perciciran yang tinggi dan kadar kemasukan yang rendah di peringkat pendidikan menengah dan tinggi.

Statistik-statistik antarabangsa yang lain juga meletakkan sistem pendidikan di Malaysia di tahap yang rendah.  Sebagai contoh, dalam Program for International Student Assessment (PISA) bagi tahun 2009 yang melibatkan 75 negara, Malaysia menduduki tangga ke-55 dalam keupayaan membaca, 57 dalam keupayaan Matematik dan 52 dalam Sains.  Prestasi kita dalam Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) juga telah menunjukkan kemerosotan secara berterusan sejak 1999 hingga 2007.

Data dan statistik daripada laporan-laporan antarabangsa yang berprestij telah menunjukkan bahawa terdapat krisis dalam sistem pendidikan Malaysia.  Malah, rakyat Malaysia sebenarnya tidak memerlukan laporan untuk mengetahui bahawa terdapat masalah yang ketara dalam sistem pendidikan kita yang menghasilkan graduan-graduan yang tidak layak untuk mendapat kerja dan tidak mampu untuk berfikir secara kritikal.  Bagaimana pula dengan mereka yang tidak mendapat pendidikan tinggi?

Malangnya, daripada mengakui kelemahan dan mencari penyelesaian, Menteri Pelajaran kita lebih suka menafikan dan mencuba untuk memperdayakan rakyat Malaysia dengan data selektif dan subjektif untuk mengaburkan kebenaran keadaan pendidikan Malaysia.

Dengan berkeras menegaskan secara berterusan bahawa sistem pendidikan kita adalah lebih baik berbanding negara-negara maju, Muhyiddin bukan sahaja menunjukkan sindrom penafiannya tetapi juga terperangkap dalam alam fantasi serta menimbulkan keraguan tentang kecekapannya.

*Kenyataan media oleh Lim Guan Eng (gambar kanan) selaku Setiausaha Agung DAP dan Ahli Parlimen Bagan.

Sunday, April 8, 2012

Pekeliling Pelarasan Gaji Belum Keluar

Pekeliling Pelarasan Gaji Belum Keluar

Belum ada kepastian tentang pengiraan kenaikan gaji antara 7%-13% yang diumumkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini. Ada pandangan yang menyatakan pengiraan kenaikan dibuat berdasarkan tangga gaji T1, dan ada juga yang berpendapat pengiraan berdasarkan tangga gaji semasa penjawat awam berdasarkan gred.

CUEPACS mahu JPA segera keluarkan pekeliling gaji

CUEPACS menggesa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) supaya mengeluarkan pekeliling mengenai pelarasan gaji baru bagi kakitangan awam mengikut Skim Saraan Malaysia (SSM) selewat-lewatnya hujung bulan ini.

Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman, berkata pekeliling itu perlu diedar segera kepada semua kementerian, jabatan dan agensi kerajaan bagi membolehkan pembayaran gaji baru dengan kenaikan antara tujuh dan 13 peratus dibuat kepada semua kakitangan awam mulai bulan hadapan.

“Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) sudah mengumumkan pelarasan gaji baru kakitangan awam iaitu kenaikan antara tujuh dan 13 peratus tapi kita sedang tunggu pekeliling itu untuk membolehkan setiap agensi membuat kiraan gaji untuk dibayar pada bulan berikutnya.

“Selagi pekeliling itu belum keluar semua agensi belum boleh buat kiraan gaji untuk membayar dan kita harap hujung bulan ini pekeliling itu mesti selesai,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan wacana bertajuk “Mentransformasikan Skim Perkhidmatan Institusi Pengajian Tinggi Awam” pada Program Sumbangsaran Intelektual Peringkat IPTA di Nilai hari ini.

- Bernama

45 000 Budak Hidap Disleksia

45 000 Budak Hidap Disleksia

JOHOR BAHRU: Kira-kira 50 peratus daripada lebih 90,000 kanak-kanak negara ini yang menghidapi masalah pembelajaran sejak usia lima hingga enam tahun berpunca daripada masalah Disleksia.

Perangkaan diterima Persatuan Disleksia Malaysia daripada Kementerian Pelajaran mendapati nisbah menunjukkan lima daripada 100 orang kanak-kanak berpotensi mengalami keadaan itu dan ia amat membimbangkan

Presiden Persatuan Disleksia Malaysia, Sariah Amirin, berkata pihaknya kini dalam usaha merancang bersama kementerian bagi mewujudkan satu program khusus untuk kanak-kanak yang menghidap Disleksia supaya ditempatkan dalam kelas khas dan diajar guru khas.

Katanya, kebanyakan sekolah tidak dapat mengesan penghidap Disleksia selagi kanak-kanak itu belum menjalani pemeriksaan, justeru mereka cenderung meletakkan mereka dalam kelas pendidikan khas dengan alasan mengalami kesukaran dalam pembelajaran.

“Program dalam pendidikan khas kurang sesuai untuk penghidap Disleksia, sebaliknya mereka memerlukan program dan kaedah pembelajaran khusus bagi mengatasi masalah ini,” katanya ketika merasmikan Pusat Persatuan Dyslexia Malaysia kesembilan di Taman Melodies, dekat sini, semalam.

Difahamkan, ada sesetengah sekolah memberi kad Orang Kurang Upaya (OKU) kepada pelajar Disleksia, sedangkan mereka bukan mengalami penyakit yang kronik, tetapi hanya keadaan mereka yang sukar mengenal huruf, membaca, menulis, mendengar dan bertutur.

BANTULAH IBUBAPA BUDAK INI

Guan Eng: Malaysian education system in crisis

April 08, 2012

KUALA LUMPUR, April 8 — Lim Guan Eng today accused government leaders of being in "denial" over the country's education standards, insisting that it is in a state of crisis and requires immediate attention.

The DAP secretary-general's statement today comes after reports that Malaysian applicants had failed to gain admission to the world's most prestigious university - Harvard- for the second year in a row despite claims from the education minister that the nation's school system was better than that of the west.

Lim (picture), who is also Penang Chief Minister, told Education Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin that he should stop crowing over the World Economic Forum report that showed Malaysian children receiving a better quality of education than those in the United States, Germany and United Kingdom and that he should worry about losing out to Thailand and Vietnam instead.

"How wrong, misleading and out-of-touch Muhyiddin is has been brought home by the failure of any Malaysian to gain admission into Harvard University, the world’s most prestigious university, for the second year in a row," said Lim in statement here.

The Bagan MP noted that Malaysia was only fourth among Southeast Asian countries in terms of undergraduate enrolment in the Ivy League institution behind Singapore with 18, followed by Thailand with seven, Vietnam with six and Malaysia with five.

"In other words, instead of boasting that Malaysia’s education system is better than US, UK or Germany, Muhyiddin should be worrying about being overtaken by Thailand and Vietnam," said Lim.

He also called on Muhyiddin to answer why there were no Malaysian Nobel Prize winners and no Malaysian universities among the Top 200 Universities in the world.

He also asked the education minister to address the issue of Malaysian students preferring to study in Singapore, US, UK and Germany rather than in Malaysian universities when given a choice.

Lim said that in indexes such as the 2009 Program for International Student Assessment (PISA) involving 75 countries, Malaysia was ranked 56th in reading ability, 55th in Mathematics ability and 53 in Science.

He said the country's performance in the Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) has also seen a steady decrease from 1999 to 2007.

"Tan Sri Muhyiddin Yassin should stop boasting that Malaysian kids receive a better quality of education than United States, Germany and United Kingdom but admit that Malaysian education is in a state of crisis that requires immediate rescue if Malaysia does not want to lose out to Thailand and Vietnam," said Lim.

He urged Malaysia to establish an excellent education system capable of building talented Malaysians for the future.

"There is no doubt that availability of human talent is the new oil of the 21st century," said Lim.

Harvard University's selection panel chief for Malaysia was reported yesterday as saying that Malaysians failed to gain admission to the world's most prestigious university for the second year in a row due to deterioration in the quality of applicants.

This contrasts to previous years where at least one Malaysian had been admitted to Harvard every year from 1985 to 2010.

The last Malaysian to be accepted was SMK Damansara Jaya alumnus Avinaash Subramaniam, who was awarded a full scholarship.

Tuesday, April 3, 2012

HI-TEA WARGA PENDIDIK

PROGRAM : HI-TEA WARGA PENDIDIK

TARIKH 8 APRIL 2012

HARI; AHAD

MASA : 3 .30- 5.30 PETANG

TEMPAR: HOTEL QUALITY (BERHADAPAN BANGGUNAN MARA DAN KOMPLEKS PERTAMA

PRESIDEN: CIKGU MALA

ANJURAN PERSATUAN GERAKAN KEBANGKITAN PENDIDIK KEBANGSAAN.

Wahai Muhyiddin! Sistem pendidikan kita lahirkan "Zombi"

Baru-baru ini Muhyiddin Yassin yang entah mengapa masih tidak cukup dengan jawatan Timbalan Perdana Menteri tetapi mahu terus jadi Menteri Pelajaran mengatakan sistem pendidikan kita lebih baik dari Amerika Syarikat, Britain atau Jerman. Kita perlu menyambut kenyataan ini penuh seronok apatah lagi keputusan Sijil Perguruan Malaysia (SPM) sudah pun diumumkan minggu lepas dan seperti biasa, wajah-wajah sukses akan disiarkan di kaca televisyen dan akhbar tentang kehebatan pencapaian mereka.

Kecohlah sekolah dengan naik turun peratusan pencapaian pelajar, gred purata serta itu ini. Guru-guru kelam-kabutlah menyiapkan laporan jika subjek yang mereka ajar jatuh prestasinya. Akan dihempapkanlah segala kesalahan kepada mereka. Jika peratus lulus sesebuah sekolah meningkat maka akan naiklah nama pengetua, sekolah dan guru-guru sekaligus menjadi batu loncatan kenaikan pangkat atau jawatan.

Nanti dulu! Itu sahajakah yang difikirkan dalam sistem pendidikan kita? Statistik, angka atau gred sahajakah? Bagaimana dengan Falsafah Pendidikan Nasional yang objektifnya untuk melahirkan generasi yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI)? Apakah sekadar menjadi hiasan mural di dinding sekolah atau maktab sahaja? Jika seseorang pelajar mendapat 8A apakah itu petanda cemerlang tahap keintelektualan mereka? Bagaimana jika pelajar ini sekadar menghafal fakta ataupun menyeludup masuk nota kecil (biasanya ini dipanggil membawa toyol) ke dalam dewan peperiksaan untuk ditiru? Apa pula skala hendak digunakan bagi mengukur kecemerlangan emosi, rohani dan jasmani?

Inilah padahnya apabila sistem pendidikan juga dipolitikkan dengan tujuan untuk mencari nama. Apabila bertukar sahaja seseorang ketua atau menteri maka akan berubahlah sesuatu dasar sedangkan dasar yang lama belum pun dapat dilihat kejayaannya. Ikut kepala sahaja. Sekejap PPSMI sekejap mansuh. Sekejap aliran vokasional kemudian bertukar ke aliran teknik. Lepas itu berpatah semula menjadi vokasional. Tidak sampai tiga tahun diubah lagi. Yang menjadi mangsa eksperimen tidak berfaedah ini adalah pelajar.

Dasar tidak konsisten ini dicacamerbakan lagi di peringkat sekolah apabila pengetua dan guru-guru menjadikan peratusan sebagai matlamat pengajaran. Selain strategi untuk memajukan semua pelajar ada juga strategi "menyusun" pelajar di mana tumpuan sepenuhnya diberikan kepada pelajar-pelajar yang berpotensi mengharumkan nama sekolah. Yang kurang berpotensi, kuranglah perhatiannya. Hendak mendidik mereka menjadi seorang insan yang berprinsip, jati diri, mampu berfikiran kreatif dan kritis serta bertindak matang-tiada masa. Beban tugas terlalu banyak.

Pelajar-pelajar yang keciciran akan terus tercicir. Ibu bapa yang mampu boleh kemudiannya menghantar anak-anak yang kurang berjaya ini ke pusat pengajian swasta. Asalkan ada duit. Pusat pengajian swasta berlambak di pasaran meniagakan sekeping kertas dipanggil sijil. Yang tidak mampu terus masuk ke alam pekerjaan, makan gaji. Selamat! Hanya sedikit yang berbakat berjaya menempuh hidup dengan berani tanpa mengikut arus perdana.

Pelajar-pelajar yang berjaya telah diskripkan oleh sistem pendidikan kita untuk melanjutkan pelajaran ke kolej atau universiti. Disuruh mereka belajar dan mencari sekeping kertas bergulung bernama ijazah. Beri mereka PTPTN untuk beli telefon bimbit, motorsikal atau apa-apa dan ikat mereka dengan AUKU. (Sayugia disebutkan ada juga penuntut IPTA dan IPTS tidak tahu kewujudan AUKU dan apa tujuannya). Ini kerana generasi ini telah dizombikan oleh sistem pendidikan kita yang didalangi orang politik, bukan hendak memajukan bangsa, negara dan agama tetapi untuk kepentingan sendiri sehingga generasi rosak berkecai. Menjadi robot sekurang-kurangnya masih boleh bekerja mengikut apa yang diprogram, tetapi menjadi zombi langsung tidak berguna malah tambah merosakkan.

Kata orang Cina "Nang Bu Ti Nang, Kui Mu Ti Kui - Orang Bukan Orang, Hantu Bukan Hantu". Teruskanlah berpolitik. Marilah kita berbangga mempunyai seorang Menteri Pelajaran yang juga menduduki kerusi Timbalan Perdana Menteri dengan pencapaian pelajar yang ramai memperolehi A sebagaimana ramainya pelajar kita yang suka ponteng, buli pelajar lain, memukul guru, melibatkan diri di dalam gangsterisme, buang anak, lari dari rumah, dadah dan seribu satu masalah lagi.

*Ronasina dengan nama asalnya, Mohd Affandi Ramli adalah penulis dan kartunis, juga pengasas Kempen Hope2walk.

Jadual Gaji Baru SSM 2012

Jadual Gaji Baru SSM 2012

Petikan dari http://matkedah.com/blog/

Klik gambar untuk besarkan

KLIK SINI utk mengira gaji anda (RASMI WEB JPA)

PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2012 – PA

PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 2 TAHUN 2012 – PDRM

PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2012 – COLA