Wednesday, December 20, 2017

Sahsiah peribadi pelajar,tanggungjawab bersama!



PADA pertengahan bulan Ogos lalu, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyenaraikan sebanyak 402 buah sekolah yang terlibat dalam kategori masalah disiplin dan penyalahgunaan dadah.
Kes yang terbaru, seorang guru yang dikenali sebagai Cikgu Azizan didakwa menggunakan kekerasan (melempang) terhadap seorang pelajar yang didapati mempunyai masalah disiplin seperti menghidu gam, membuli rakan dan ponteng sekolah.
Saya tidak berpihak kepada sesiapa dalam mengenai kes ini memandangkan ini adalah tanggungjawab bersama oleh masyarakat.
Tugas memanusiakan manusia bukan sahaja tugas seorang guru, malah ibubapa atau penjaga perlu membentuk sahsiah keperibadian pelajar dengan jayanya. Dalam sebuah buku Siri Pengurusan Pendidikan: Pendidikan dan Masyarakat yang ditulis oleh Profesor Dr. Kamarudin Haji Kachar menyatakan masyarakat pada hari ini berbeza dengan masyarakat tradisi di mana masyarakat bersikap individualistik, anak sukar dikawal malah pihak keluarga menyerahkan sepenuhnya tanggungjawab mendidik anak mereka kepada pihak sekolah.
Profesor Dr. Muhaya, yang merupakan pakar transformasi diri, menyatakan bahawa kanak-kanak belajar daripada orang dewasa, sebab itulah seawal usia kanak-kanak lagi mesti diterapkan dengan nilai murni. Ini kerana kanak-kanak mempunyai minda bawah sedar yang terbuka luas. Apa sahaja yang ada depan mata akan diterima tanpa ada sebarang prejudis. Oleh sebab itu, kelompok dewasa harus membentuk satu persekitaran yang harmoni dan mempraktikan nilai murni untuk dijadikan sebagai satu panduan ajaran yang boleh diikuti oleh kanak-kanak.
Zaman teknologi pada hari ini bukan satu kesukaran untuk memperoleh ilmu pengetahuan, namun permasalahannya ialah apabila pendedahan yang tidak sepatutnya dilihat dan tidak dibimbing, maka kanak-kanak mudah mengikuti atas rasa ingin tahu. Secara tidak langsung, akan berlaku kehakisan moral dan nilai tradisi kekeluargaan. Berbeza dengan pendidikan tidak formal dahulu, budi bahasa masyarakat pada masa lalu begitu tinggi berbanding sekarang yang telah kehilangan kewibawaan moral.
Berdebat salah siapa tidak akan menyelesaikan isu masalah sosial dalam negara yang terjadi pada hari ini. Keruntuhan disiplin sekolah pada hari ini keruntuhan disiplin masyarakat. Mengamalkan sikap tidak peduli anak orang lain dan tidak mengambil tindakan bersama membendung masalah sosial adalah satu cerminan diri apa yang terjadi.
Jadi, bagaimanakah cara kita mengekang masalah sosial dalam negara yang bakal berlaku pada generasi muda kelak nanti?
Kedua-dua peranan mempunyai nilai yang tersendiri, baik guru mahupun ibubapa.
Kerumitan peranan guru bukan sahaja berpunca daripada perubahan masyarakat, tetapi juga daripada perubahan-perubahan sistem pendidikan dalam negara. Guru pada hari ini bukan sahaja mendidik mengikut sukatan pelajaran dan masuk pukul 7.00 pagi dan balik pukul 2.30 petang, tetapi fungsi sekolah semakin bertambah seperti Linus (Literasi, Numerasi dan Saringan), pelaksanaan program dan kelas tambahan, menghadiri kursus di luar, membentuk kurikulum-akademik dan bukan akademik, serta menghadapi masalah disiplin yang makin lama makin meningkat dalam sekolah.
Dengan kadar nisbah seorang guru bersamaan 12 orang anak murid, atau dalam satu masa berhadapan seramai 30 pelajar, akan menyebabkan guru sukar fokus. Namun begitu, seorang guru mempunyai pengaruh tinggi dalam menentukan tindak-tanduk murid.
Cabaran sistem pendidikan semasa dan gejala sosial yang kian meruncing dalam kalangan pelajar memerlukan kesediaan pemantapan rohani kuat dan kesabaran tinggi dalam kalangan pendidik. Justeru, guru perlu sentiasa bersedia dari segi mental dan fizikal bagi mendepani cabaran ini. Oleh itu, guru amat disarankan memahami psikologi kanak-kanak dan harus berdamping dengan masyarakat untuk memahami sosio-ekonomi pelajar.
Pihak kerajaan seharusnya mendengar keluhan guru dan tidak seharusnya merombak secara mengejut dasar dan sistem pendidikan sedia ada. Perubahan secara mengejut menyebabkan seorang guru sukar untuk mengejar pedagogi pendidikan (kajian pengajaran) yang berkesan. Tekanan yang dialami oleh pihak sekolah bukan sahaja mengenai isu masalah disiplin tetapi pelaksanaan dasar dan sistem pendidikan yang menguji keluaran persaingan kualiti pendidikan antara sekolah juga memberi tekanan kepada guru.
Dalam membentuk sahsiah, peranan penjaga tidak harus dikecualikan. Hal ini demikian, penjaga merupakan role-model bagi anak-anak mereka. Didikan, perhatian dan kasih sayang membentuk kemanusiaan dalam diri anak-anak mereka. Anak-anak yang hidup mesra dengan ibu bapa, merasakan ibu bapa sebagai sumber ilham, pakar rujuk, dan tempat mengadu. Dalam usaha memperoleh kehidupan yang harmoni, kerjasama ibubapa amat diperlukan.
Parents and Their Children’s Schools, buku yang ditulis oleh Martin Hughes, Felicity Wikeley dan Tracia Nash, menyatakan bahawa ibubapa tidak mengetahui perkembangan pengetahuan dan mental anak-anak mereka di sekolah. Di sini, jelas membuktikan hubungan antara ibubapa dengan guru mempunyai satu kelompongan dalam membentuk pendidikan yang bersifat kemanusiaan dalam negara ini.
Maka, kebergantungan antara kedua-dua pihak ini amat penting dalam menjamin kualiti pendidikan dan keperibadian sahsiah yang tinggi. Guru bertugas untuk kemajuan dan keharmonian masyarakat, manakala ibubapa atau penjaga harus memberi sokongan kepada guru sekurang-kurangnya mengawal disiplin anak-anak di rumah. – 21 Disember, 2017.
*Akwa Mahzan merupakan graduan Universiti Tun Abdul Razak dan alumni Mahasiswa Turun Parlimen.
* Ini adalah pendapat penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insight.

Badan guru gesa kod etika kawal interaksi ibu bapa di sekolah

Badan guru gesa kod etika kawal interaksi ibu bapa di sekolah

 | December 21, 2017nutp-ibu-bapa
Ia termasuk sejauh mana ibu bapa dibenarkan memasuki kawasan sekolah.
KUALA LUMPUR: Kod Etika Ibu Bapa/Penjaga yang dikemukakan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) harus menyeluruh supaya merangkumi aspek tatacara melawat sekolah dan interaksi bersama ibu bapa dengan guru dan pelajar, kata sebuah pertubuhan mewakili warga guru.
Presiden Guru Muda 1Malaysia, Rahmat Sholihin Mokhtar berkata kod etika itu merujuk kepada garis panduan lengkap yang menjelaskan peranan ibu bapa, guru, murid dan pihak sekolah.
“Contohnya, dahulu kebanyakan guru di sekolah lebih bertoleransi dengan memberi kelonggaran kepada ibu bapa yang mahu berjumpa anak-anak mereka di sekolah pada bila-bila masa kerana sudah menganggap mereka sebagai rakan sekolah.
“Bagaimanapun ibu bapa sekarang mengambil kesempatan atas ‘kebaikan’ itu sehingga ada kes seperti pencerobohan sekolah; ibu bapa masuk ke sekolah hingga mengganggu proses pembelajaran dan ada juga guru menerima ancaman melalui telefon,” katanya dihubungi Bernama hari ini.
Semalam, NUTP mengemukakan cadangan Kod Etika Ibu Bapa/ Penjaga kepada Kementerian Pendidikan dan meminta ia dilaksanakan segera bagi melindungi kebajikan guru.
Rahmat Sholihin berkata kod etika itu penting kepada guru bagi membolehkan mereka menjalankan tanggungjawab sebagai pendidik dengan berkesan tanpa anasir negatif yang boleh merencatkan kewajipan mereka.
Sementara itu, Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Zambri Mohd Isa berkata selain menyokong cadangan Kod Etika Ibu Bapa/Penjaga, pihaknya mahu penubuhan Suruhanjaya Pendidikan dipercepatkan bagi memperhalusi keseluruhan sistem pendidikan negara.
Beliau berkata, penubuhan itu sejajar dengan perubahan dasar pendidikan negara yang seiring berlaku dengan perubahan pimpinan di peringkat kementerian.
“Kita melihat masih ada lompong atau kelemahan dalam hala tuju pendidikan negara sekarang selepas menerima maklum balas daripada ibu bapa dan guru walaupun mempunyai Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2015-2025).
“Misalnya dalam kes Cikgu Azizan tiada prosedur operasi standard (SOP) yang dilakukan daripada kementerian untuk menilai dan menjalankan siasatan dalaman terlebih dahulu sebelum kes ini dibicarakan di mahkamah,” katanya.
Azizan, guru penolong kanan hal ehwal murid SK Taman Semarak di Nilai, didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan pada pipi kiri seorang murid lelaki berusia 11 tahun di hadapan tapak perhimpunan sekolah terbabit pada 7 pagi, 6 April lalu.
Semalam, Mahkamah Majistret Seremban membebas tanpa melepaskan beliau daripada pertuduhan tersebut.

Tuesday, December 19, 2017

IBU PELAJAR TERBABIT NAK SAMAN CIKGU AZIZAN. KES CIKGU AZIZAN BELUM SELESAI

Dugaan Cikgu Azizan belum berakhir

       
 
Keluarga seorang murid yang ditampar guru lelaki Sekolah Kebangsaan Taman Semarak, Nilai di Negeri Sembilan bercadang memfailkan saman terhadap guru tersebut kerana mencederakan anak mereka, lapor media tempatan.
Ibu murid itu yang hanya mahu dikenali sebagai Mas, 45, dipetik Utusan Online sebagai berkata, mereka terkilan dengan keputusan mahkamah melepaskan guru tersebut, Azizan Manap atau Cikgu Azizan, namun menimbang untuk mengemukakan saman sivil selepas ini.
Katanya, mereka mempunyai bukti kecederaan serius dialami anak bongsu daripada lima beradik tersebut termasuk gambar dan laporan perubatan, petik laporan itu.
"Pipi anak saya merah (cedera) manakala telinganya berdesing akibat ditampar. Pegawai perubatan yang merawatnya juga mencadangkan supaya membuat laporan polis kerana kecederaan itu.
"Kami akan dedahkan semua bukti berhubung kecederaan itu dalam sidang akhbar yang akan diadakan esok," katanya dalam laporan itu.
Mas mendakwa, pihak sekolah tidak pernah memaklumkan kepadanya dan suaminya bahawa anak mereka mengalami masalah disiplin selama ini.

"Kami hanya tahu anak kami dikatakan ada masalah disiplin selepas kejadian dia ditampar oleh cikgu berkenaan. Itu pun selepas kami bertanya mengapa tampar anak kami sampai begitu sekali," katanya, dipetik laporan itu.
Mahkamah Majistret Seremban hari ini melepas tanpa membebaskan Azizan Manap, 44, atau Cikgu Azizan daripada pertuduhan mencederakan muridnya, pada Oktober lalu.
Majistret Mohd Zaki Abdul Rahman memutuskan demikian selepas Jabatan Peguam Negara mengarahkan kes terbabit ditarik balik.

Kes Cikgu Azizan: Kami Sekeluarga Tertekan, Kami Akan Jelaskan Semuanya Esok - Waris Pelajar


Bapa kepada murid lelaki berusia 11 tahun yang didakwa menghadapi masalah disiplin sehingga menyebabkan Azizan Manap, 44, atau Cikgu Azizan diheret ke mahkamah masih belum bersedia untuk memberi sebarang kenyataan.

Menurutnya, dia mendakwa menerima banyak tekanan daripada pelbagai pihak selepas kes berkenaan menjadi tular di Facebook (FB).

"Saya akan menjelaskan mengenai apa sebenar yang berlaku, esok. Sekarang ini kami sekeluarga menerima terlalu banyak tekanan," katanya.

Disamping itu, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Semarak Md Fakarudin Ab Rahman, memohon agar orang ramai tidak terus menyalahkan keluarga murid terbabit dan melakukan sebarang spekulasi berkenaan isu tersebut.

“Bapa murid terbabit membuat laporan polis apabila diminta pihak hospital berbuat demikian selepas anaknya dibawa mendapatkan rawatan.

“Dia sebenarnya hanya mengikut prosedur undang-undang sehingga kes dibawa ke mahkamah. Bukan bapa murid itu yang menyaman Cikgu Azizan di mahkamah," katanya.

Jelasnya, mereka sekeluarga berserta murid tersebut harus diberi peluang untuk meneruskan hidup dengan tenang dan masyarakat harus berhenti menyalahkan mereka.

Tambahnya, pihaknya bersedia menyelesaikan kes di luar mahkamah, namun tetap bersyukur kes berkenaan sudah selesai.

Hari ini Mahkamah Majistret Seremban, melepas tanpa membebaskan Azizan daripada pertuduhan mencederakan muridnya itu pada 6 April lalu.

Sumber - Harian Metro

SKETSA CIKGU MURID DAN CITA CITA


Sketsa cikgu, murid dan cita-cita

Sketsa cikgu, murid dan cita-cita


Seorang guru sekolah bertanya tiga anak muridnya tentang cita-cita mereka.


Murid kedua, seorang pelajar berbangsa Cina pula ditanya: “Apa pula cita-cita kamu? Murid itu menjawab “Sama cikgu, saya juga nak jadi Perdana Menteri.” Dengan muka masam dan kelat, cikgu itu membalas “Kamu tidak boleh bercita-cita jadi Perdana Menteri.”
Murid itu pening dan tidak puas hati “Tapi cikgu, tadi kenapa Dogol bin Bedol boleh, cikgu” Cikgu itu menjawab, “Sebab Dogol bin Bedol itu Melayu dan Islam sedangkan kamu orang Cina dan bukan Islam.”
Murid itu masih tidak puas hati. “Tapi cikgu, dalam Perlembagaan, tak ada tulis orang yang nak jadi PM mesti orang Melayu/Islam cikgu. Dan satu lagi Dogol ni jahat cikgu, selalu curi duit kawan-kawan.”
Dengan selamba cikgu tu jawab, “Kenapa kamu nak lawan cikgu dan tak mahu walak kat cikgu. Tahu tak kamu, Perlembagaan negara ni parti yang perintah yang tulis, jadi bila-bila mereka boleh padam semula. Lagi satu Dogol tu sedang berlatih mencuri kecil-kecilan, bila jadi PM nanti bolehlah pula dia rompak harta negara besar-besaran pula.”
Kemudian cikgu itu bertanya secara kuat kepada seluruh kelas “Apa namanya rompakan besar-besaran hartabenda orang, murid-murid?”. Dengan kuat dan satu nada, seluruh murid dalam kelas jawab “Kleptokrasi, cikgu !”. Cikgu rasa bangga dan sebut dalam hati “ada harapan dapat CGPA 3.8”
Akhirnya cikgu tanya murid yang ketiga, seorang pelajar wanita, namanya Wan Sosma binti Wan Pota.
Cikgu tanya Wan Sosma “Apa pula cita-cita kamu?” Sosma menjawab “Saya hanya bercita-cita nak jadi bini Dogol, cikgu, jika dia berjaya jadi PM nanti”. “Kenapa?” cikgu bertanya. “Saya nak hidup kaya-raya cikgu dan kalau boleh nak tidur di penthouse di New York atau di dalam kapal layar mewah dan dikelilingi beg tangan berjenama mahal cikgu.”
Cikgu senyum dan kata “Bagus Sosma, inilah yang dikatakan “ibu segala cita-cita” ( “mother of all ambitions” ).

Monday, December 18, 2017

Selepas kes Cikgu Azizan, NUTP desak segerakan kod etika ibu bapa

Selepas kes Cikgu Azizan, NUTP desak segerakan kod etika ibu bapa

KEMENTERIAN Pendidikan mesti segera melaksanakan kod etika ibu bapa bagi mengelak tindakan semberono ibu bapa terhadap guru yang mendidik dan mendisiplinkan murid, seperti dialami seorang guru di Negeri Sembilan, kata persatuan guru.
Azizan Manap, penolong kanan hal ehwal murid di sebuah sekolah rendah di Nilai, hari ini akan dibicarakan di Mahkamah Majistret Seremban atas dakwaan mencederakan anak muridnya.
Azizan, 44, dituduh dengan sengaja mencederakan seorang murid Tahun Lima di sebuah sekolah rendah yang didakwa melakukan kesalahan disiplin yang serius dan berulang antaranya menghidu gam, bergaduh, ponteng kelas dan membuli pelajar lain.
Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Kamarozaman Abd Razak berkata kod etika ibu bapa itu perlu dilaksanakan tanpa ditangguhkan lagi kerana tanpanya guru tidak mampu untuk melindungi diri jika "diserang" oleh ibu bapa.
"Kita (NUTP) dah setahun tunggu kementerian, kita nak kod etika ibu bapa mesti dilaksanakan.
"Sekarang ini kod etika tak ada. Mak ayah ikut dia saja nak buat apa. Jadi guru memang tak boleh nak protect (lindungi) diri," katanya kepada The Malaysian Insight.
NUTP tahun lalu menyerahkan cadangan kod etika berkenaan kepada Kementerian Pendidikan untuk dilaksanakan tetapi sehingga sekarang badan itu mendakwa masih belum ada tindakan.
Kod etika itu antara lain memberi garis panduan kepada ibu bapa dan penjaga apabila masuk ke kawasan sekolah dan berurusan dengan guru dan pihak pentadbir sekolah.
Kod etika itu disusun selepas beberapa kejadian ibu bapa menyerang guru di sekolah, antaranya setelah anak mereka dikenakan tindakan disiplin.
"Kita nak ubah sistem pendidikan kita supaya lebih tertib ke arah negara maju," kata Kamarozaman.
"Jadi kita mengharapkan pihak kementerian memandang serius perkara ini sebab guru nak mengajar, jadi (tanpa kod etika itu) dia tak ada keselesaanlah lepas ini.”
Sengaja menyebabkan cedera
Laporan media menyebut Azizan dituduh di mahkamah pada 31 Oktober lalu atas dakwaan sengaja menyebabkan kecederaan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan. Dia dibebaskan dengan ikat jamin RM500 dan kes ditetapkan bicara hari ini.
Jika sabit kesalahan, dia boleh dipenjarakan setahun atau denda RM2,000, atau kedua-duanya.
"Jika kes ini kalah kita memang dukacitalah," kata Kamarozaman, menambah Azizan juga berdepan kemungkinan hilang pekerjaan.
Kes ini hangat apabila NUTP menyeru guru supaya hadir ke mahkamah di Seremban hari ini untuk memberikan sokongan moral kepada Azizan. Dijangkakan kira-kira 300 guru, ibu bapa dan masyarakat setempat akan hadir untuk menyatakan solidariti.
Menteri Pendidikan Mahdzir Khalid semalam berkata kementerian tiada halangan untuk guru berhimpun di mahkamah hari ini kerana ia tidak ubah sokongan "seperti kepada ahli keluarga sendiri".
BH Online melaporkan kes itu turut menarik perhatian Menteri Besar Negeri Sembilan Mohamad Hasan yang dijangka akan turut ke mahkamah hari ini, selain Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Azih Muda.
Setiausaha Agung NUTP Harry Tan Huat Hock dalam pada itu memberi jaminan tiada tunjuk perasaan sebaliknya hanya satu perhimpunan aman.
Ubah budaya sekolah
Kamarozaman memberitahu The Malaysian Insight, Azizan seorang guru baharu di sekolah berkenaan yang diberi tanggungjawab mengendalikan masalah disiplin.
"Cikgu Azizan ini seorang yang tegas untuk mengubah budaya sekolah itu daripada tidak berdisiplin kepada berdisiplin," katanya.
Kamarozaman berkata ketegasan Azizan dalam soal disiplin mendapat sokongan sesetengah ibu bapa tetapi ada juga ibu bapa yang tidak bersetuju, dan katanya, mereka inilah yang membuat laporan polis.
"PIBG (Persatuan Ibu Bapa dan Guru) support (sokong) dia. Bila PIBG support, ada di kalangan ibu bapa yang tak support, yang report polis… sedangkan anak dia tak cedera pun.
"Kita suruh berdamai tapi dia tak nak, dia buat report polis, maka terpaksalah dan cikgu Azizan masuk mahkamah," katanya.
Kamarozaman berkata pihaknya menawarkan seorang peguam mewakili Azizan hari ini, tetapi beliau kesal dengan sikap kementerian.
"Saya pun pelik dan pening. Sepatutnya sebagai ketua jabatan (kementerian), kita mesti mempertahankan anak buah.
"Sepatutnya kementerian support (pertahankan guru) tapi mereka (kementerian) kata ini kes jenayah. Tapi (kes berlaku) di sekolah," katanya.
Kamarozaman turut menepis sangkaan orang ramai kononnya lebih mudah mengendalikan murid sekolah rendah berbanding sekolah menengah kerana tanggapan itu bergantung kepada lokasi sekolah.
Katanya, banyak cabaran yang dihadapi oleh guru apabila kawasan perumahan berdekatan sekolah sememangnya terkenal dengan kegiatan gengsterisme dan dadah.
Kes Azizan ini turut mendapat perhatian pengguna media sosial yang menulis pelbagai komen dengan tanda pagar #PrayForCikguAzizan dan #AnakkuSazaliTidakAkanBerulang, merujuk kepada filem popular P. Ramlee bertajuk “Anakku Sazali” yang mengangkat tema pendidikan anak

KES CIKGU AZIZAN SELESAI. KELUARGA TARIK PERTUDUHAN

Tuduhan terhadap Cikgu Azizan ditarik balik

Tuduhan terhadap Cikgu Azizan ditarik balik

Ibu bapa murid tersebut sepatutnya berasa malu, kerana ada guru yang dapat mengesan.Ibubapa harus akui bahawa kelemahan mereka jugalah sehingga anak disekolah rendah tidak diketahui kegiatannya.



Pihak mahkamah telah menarik balik tuduhan terhadap Cikgu Azizan Manap bagi kes mencederakan seorang pelajar tahun lima di Sekolah Kebangsaan Taman Semarak yang dijadualkan mula dibicarakan di Mahkamah Seremban pagi ini.
Beliau yang merupakan seorang guru disiplin di sekolah berkenaan didakwa di bawah Sekyen 323 Penal Code kerana mencederakan mangsa.
Kes Cikgu Azizan mendapat perhatian dan simpati meluas dalam kalangan warga pendidik di negara ini sehinggakan NUTP menawarkan peguam bagi membela beliau dalam perbicaraan kes ini.
Magistret Mohd Zaki Abd Rahman ketika mengumumkan penarikan balik dakwaan tersebut turut mengarahkan mahkamah mengembalikan wang jaminan RM500 kepada beliau.
Sebagai seorang guru disiplin, Cikgu Azizan telah berhadapan dengan pelbagai kes disiplin pelajar termasu kes menghidu gam, bergaduh dan juga kes buli.
Menurut YDP sekolah berkenaan, Cikgu Azizan merupakan seorang guru yang tegas dalam disiplin pelajar dan dalam kes beliau ini warga pendidik sekolah berkenaan berada di belakang beliau memberikan sokongan moral.

Hak guru berhimpun sokong 'Cikgu Azizan', kata kementerian





       
 
Kementerian Pendidikan tidak akan menghalang mana-mana guru yang ingin berhimpun dan memberikan sokongan jika ada guru terlibat dalam kes mahkamah.
Menterinya Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai isu seorang guru yang dikenali sebagai 'Cikgu Azizan' yang dihadapkan ke mahkamah esok atas dakwaan menyerang pelajar.
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) dalam kenyataan 15 Disember lalu menggesa guru di seluruh negara memberikan sokongan kepada 'Cikgu Azizan' dengan hadir ke perbicaraan di Mahkamah Majistret Seremban, Negeri Sembilan, pada jam 8.30 pagi, 19 Disember ini.
Menurut laporan Bernama hari ini, Mahdzir berkata isu kehadiran di mahkamah adalah hak peribadi termasuk bagi guru.
"Saya tiada halangan jika guru ingin berhimpun bagi menyatakan sokongan kepada rakan mereka yang terlibat dalam kes mahkamah.
"Kalau jadi pada rakan kita, kita juga akan hadir, begitu juga dengan warga guru," kata Mahdzir yang turut mengongsikan kenyataannya itu di Facebook.

Guru tersebut didakwa menghukum pelajar atas kesalahan disiplin seperti menghidu gam, terlibat dalam pergaduhan dan membuli pelajar lain.
Dia didakwa bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan berhadapan hukuman setahun penjara atau denda RM2,000 atau kedua-dua sekali, jika didapati bersalah.
Isu tersebut menjadi tular dengan ramai pengguna laman sosial menggunakan #PrayForCikguAzizan bagi menyatakan sokongan mereka terhadapnya.

KRONOLOGI YANG DI SALIN SEMULA

Norhara Ahmad:


[1:10PM, 12/17/2017] +60 13-786 5510 : Assalamualaikum..utk pengetahuan sahabat semua..sy mendenda Murid tersebut atas kesalahan:1.menghidu Gam Dalam kawasan sekolah Dan mempengaruhi Murid lain ( 3 org) supaya turut Serta..kesalahan tersebut dilakukan sejak 2016...2. Buli...3. Memukul Murid lain..4. Ponteng dgn memanjat pagar sekolah.

[1:10PM, 12/17/2017] +60 13-786 5510 : YG mendakwa sy ialah parent Murid tersebut...tolong betulkan fakta jika Ada cerita selain drp di atas...t.kasih atas doa Dan sokongan sahabat semua..terima kasih... AZIZAN.

[1:10PM, 12/17/2017] +60 13-786 5510 : Anak bekas askar. Saman melalui peguam persatuan bekas tentera. Guru tu HEM. Dpt tangkap bdk tu sdg hidu gam dan sdg rekrut pelajar lain hidu gam dlm sekolah. Bdk tu melawan, berlaku pergelutan dan cikgu tu dpt tampar bdk tu. Bapak bdk tu x puas hati teruskan utk bawa ke mahkamah. KPPK sediakan peguam utk cikgu ni krn ada alasan kukuh. Kalah x apa tp peguam KPPK akan bw isu moral mengenai sikap KPM yg x membela guru dlm isu berat yg berlaku di sekolah

[1:10PM, 12/17/2017] +60 13-786 5510 : Kerana ketegasan seorang guru mengajar dan mendidik anak muridnya, beliau kini bakal dihadapkan ke Mahkamah pada 19 Disember 2017 Selasa ini.

Kami warga guru mendoakan agar Cikgu Azizan tabah menghadapi ujian ini, dan semoga kemenangan memihak kepada beliau.

Kepada guru-guru diharap memberi sokongan kepada beliau walau di mana sekalipun, biarpun tidak dapat hadir ke mahkamah, anda boleh nyatakan sokongan anda dengan mengundi dan share di media sosial atau group Whatsapp masing-masing.



CIKGU AZIZAN ADALAH WIRA KAUM PENDIDIK


PIHAK PENTADBIR KEMPEN GURU TERTINDAS MENGAMBIL SIKAP MELAKUKAN KEMPEN BAGI MENYOKONG TINDAKA 


Bagi pihak KEMPEN GURU TERTINDAS, tindakan NUTP dianggap sebagai stu tanggungjawab yang bukan sahaja ke atas Azizan, namun banyak kes lain. Guru difitnah, guru diugut, guru dipukul dan berbagai lagi ancaman yang harus guru hadapi dengan bukan sahaja fizikal , malahan dengankata kata yang menyakitkan.


Pelajar terbabit dikatakan dihukum kerana menghidu gam, bergaduh dan membuli pelajar lain.
Nasib dialami Cikgu Azizan itu turut mendapat perhatian Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) yang menggesa pendidik di seluruh negara memberi sokongan kepadanya dengan menghadiri perbicaraan di Mahkamah Majistret Seremban pada jam 8.30 pagi, 19 Disember ini.
NUTP juga menyediakan peguam bagi membela guru terbabit.
Menurut laporan New Straits Times, Azizan didakwa bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan. Jika disabitkan kesalahan beliau boleh dihukum penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-dua sekali.
Kisah Cikgu Azizan juga menjadi tular dan dikongsi ramai orang melalui media sosial sejak beberapa hari lalu.

KEMPEN GURU TERTINDAS JUGA  yang juga mengganggap ibu bapa pelajar terbabit bukan sembarangan orang kerana berani dan tahu akan  prosedur mahkamah, namun sikap mereka ibubapa yang membela anak yang menghadapi masalah ketagihan gam adalah sesuatu yang amat serius.
 Negara ini memang memerlukan lebih ramai "Cikgu Azizan" yang sanggup menghadapi apa saja demi menunaikan amanah sebagai pendidik.Sepatutnya kisah ini boleh diselesaikan diperingkat sekolah dan PIBG, namun sikap ibubapa murid ini telah hilang budi bicara. Mereka sebenarnya gagal mendidik anak mereka sendiri. Pihak sekolah sepatutnya menghubungi pihak polis dan pelajar terbabit sepatutnya di letakkan dibawah AADK dan ditempatkan di pusat pemulihan.
Sebenarnya Cikgu Azizan  itu boleh saja memilih untuk hidup senang dan tidak perlu memeningkan kepala memikirkan perihal anak murid atau mendiamkan diri kerana ianya bukannya saudara mara atau adik beradik atau keluarga sendiri. "Melingkup kau ;ah" jika sikap yang diambil sedemikian memang amat mudah. Namun keadaan itulah yang mengajar gruru-guru hari ini membiatrkan keadaan disiplin di sekolah tidak terkawal. Sebab utamanya ialah kerana sikap ibubapa sendiri yang terlalu memanjakan anak anak.
" Tanya lah guru guru di Pulau Pinang, Kula Lumpur dan seluruh negara , mereka sebenarnya pernah mengalami komplen tentang tindakan ke atas murid yang adakalanya cuba diajar agar tidak melangar disiplin . "JIka hanya dengan memulas telinga pun guru akan di serang , malahan jika merotan dengan pembaris pun akan diserang oleh ibubapa yang kononya terpelajar dan menjaga anak. Tetapi dirumah entah dijaga atau tidak keadaan anak mereka dan disemak atau tidak kerja rumah mereka" 

Namun , sebagai seorang guru yang dilatih dan dididik menjadi guru, semahunya anak murid bukan sahaja menyiapkan kerja sekolah, malah murid juga harus tahu membaca.

Jika nak mudah biar sahaja.. masuk kelas mengajar..sama ada murid mahu menyalin atau menyiapkan kerja sekolah itu adalah hak engkau . Jika semua guru mengambil sikap sebegii maka  kerja guru adalah lebih mudah. 

"SEKALI MENJADI GURU , MAKA SEUMUR HIDUP ANDA BERGELUMNAG DENGAN BUKU DAN TETAP MAHU MENJADI PENDIDIK DAN BUKAN SEKADAR GURU"