Teori Konspirasi : Kenapa Guru Interim 2013 Lambat Dilantik Tetap PPPS DG 41
Dah lama bebenor aku tak buat teori konspirasi ni...dulu penah buat
cerita pasai konspirasi SBPA...ramai gila orang gomen yang maki hamun
aku...sebab tu kot antara alasan kenapa aku 'senyap' lama dari update
blog ni...tapi aku nak tegaskan sampai hari ni aku masih lagi tetap
penyokong tegar SBPA...sangat terkilan kerana skim tu
dimansuhkan...patutnya pebetoi hat 'kureng' tu ja....tapi nak komplen
banyak pun tak guna dah kan...bak kata hero filem melayu
dulu-dulu....."Barang yang lepas usahlah dikenang".
Bercakap pasai konspirasi kali ni pulak...tajuk kat atas tu aku main
letak ja...saja nak bikin gempak...sebenarnya idea teori konspirasi ni
bermula dengan isu pertukaran guru bagi sesi Jun 2013 yang ditangguhkan
tu....Cikgu-cikgu yang mintak pindah tengah tahun ni tahulah isu
ni...yang lain-lain mungkin tak tau....ni print skrin dari laman
e-GTtukar
Dari maklumat dalam e-GTukar tu....Keputusan pertukaran guru
ditangguhkan sebab nak sekalikan dengan penempatan guru baru...idea yang
sangat bagus sebenarnya....senang guru lama bertukar sebab tempat guru
lama tersebut boleh diganti dengan guru baru...cuma yang menjadi
persoalannya sekarang kenapa mengambil masa yang lama.?...kenapa tidak
dipostingkan saja guru baru tu masa buka sekolah lepas cuti tengah tahun
10 Jun hari tu?
Kalau ikutkan makluman dari Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) dalam Utusan...
klik sini....
masa bulan Februari 2013, SPP tengah pertimbangkan seramai 7824 graduan
ISMP untuk dilantik ke jawatan tetap tahun ni...dan sebahagian daripada
7824 orang ni pun dah di lantik menjadi Guru Interim kat
sekolah-sekolah seluruh Malaysia....cuma pelantikan tetap ke Pegawai
Perkhidmatan Pendidikan Siswazah saja belum dilakukan dan ditangguhkan
sehingga selepas Julai 2013...Soalan lagi...Kenapa posting selepas bulan
Julai 2013?....Jawapannya mudah saja...Penjimatan Kos...semua ni sebab
pemberian
kenaikan gaji tahunan yang diawalkan bulan Julai 2013 ni...ok tengok contoh ringkas kat bawah ni:
Kes 1 : Lantikan Sebelum 1 Julai 2013
Cikgu Karim ( bukan nama sebenar) seorang graduan Sarjana Muda Pendidikan Matematik dengan Kepujian.
Dilantik Guru Interim : 18 Februari 2013.
Dilantik DG 41 : 1 Jun 2013.
Gaji bulan Jun 2013 = RM 2222.94
Gaji bulan Julai 2013 = RM 2447.94
Gaji bulan Disember 2013 = RM 2447.94
Kes 2 : Lantikan Selepas 1 Julai 2013.
Cikgu Kader (bukan nama sebenar) seorang graduan Sarjana Muda Pendidikan Sejarah dengan Kepujian.
Dilantik Guru Interim : 18 Februari 2013.
Dilantik DG 41 : 1 Julai 2013.
Gaji Bulan Julai 2013 = RM 2222.94
Gaji bulan Disember 2013 = RM 2222.94
So, hangpa nampak tak permainan depa kat situ?....berapa banyak gomen
dapat jimat bila depa tangguhkan posting cikgu-cikgu baru ni...jom kita
kira :
Cikgu baru x KGT x (Julai hingga Disember)
7824 x 225 x 7 = RM 12,322,800.00
Lebih 12 Juta tu gomen dapat jimat...tu pengiraan tahun ni saja...kalau
kira sampai bulan Julai tahun depan...hangpa kira la sendiri...sangat
banyak untung dia...lagi satu mungkin ada tak paham pasai pa guru
interim ni tak layak dapat kenaikan Julai tu..hat tu aku malas nak
explain dah...hangpa buat la bacaan sendiri kat
sini dan
sini....sampai sini saja dulu untuk kali ni...adios amigos!
No comments:
Post a Comment