Thursday, March 17, 2022

GURU SEBAGAI KERJAYA


 

APABILA PENTADBIR BERASA BAGUS. ANAK BUAH NAIK MELUAT

 




Disebuah sekolah di pedalaman...pemandangan yang bagus dan suasana tenteram, kemudiannya menjadi kecoh sikit la bila sang GB yang ditukarkan dan bertukar masuk menjadi pentadbir.
Di zaman serba maju ni GB kena peka..paling tak ada generasi baru ni GB hampir 90% dan punya segulung ijazah .Tapi bezanya antara ijazah dan tidaknya ialah stail pentadbiran.
Dah lama aku tak menulis sebab sibuk dengan blog dan kerja yang lain . Kali ini aku nak cerita sikit tentang pentadbir yang haru biru ni.


Mamat ni dia selalu bangga dengan kehebatan dia ..kononnya lah sebab berjaya mencari musuh dalam hidup dia. Dengan kontraktor dia gaduh kononnya bekalkan barangan yang tak berkualiti. Batul la ya...kenapa tak report saja SPRM ? itu jalan dia...dengan cikgu..hah kena report sampaikan kena tahan gaji setahun...hah ..nak kata apa ya stail gb macam ini...
Bukan itu sahaja...bab urusan kewangan ini ambil dulu bayar kemudian...ha..ha...lantak dia la bab itu yang dia nak kena tanggung. 

Kemudian dalam beberapa majlis, dia memang lah berminat menjemput orang orang besar melawat sekolah. Kononnya melihat sekolah apa yang dia dah buat...sebenarnya bukan dia yang buat. Dikerahnya cikgu cikgu buat..haaaa....cikgu bukan malas...tapi cikgu buat sahaja arahan yang diberikan.Cikgu sekolah ni baik baik sahaja...ikut aturan..bukan takut nak buat report NUTP, tapi cikgu cikgu ni semua keluar Universiti..mungkin pikiran lebih jauh matang dalam membuat keputusan. Adalah lebih baik ikut sahaja dari menentang arus...guru guru sedar tentang peranan mereka dan menjalankan tanggungjawab dengan sebaiknya.

Namun dalam diam diam guru, memang ramai yang merasakan si GB ni melampaui batasan. Dia suka menjemput orang orang besar ke sekolah semata mata nak tunjuk dia memang terkenal, memanggil pihak TV, menemuramah, memanggil pegawai pegawai ke sekolah untuk menunjukkan perubahan yang dia bawa....ya lah..ada la perubahan sebab guru guru jadi pecacai dia melakukan apa sahaja yang dia suruh.

Tiap minggu ada peruntukan sehari gotong royong..ya gotong royong mengecat, mencuci membasuh ...cikgu buat saja....cikgu ikut saja..sebab dia suruh...cikgu rajin bukan malas...cikgu buat apa yang disuruh...cikgu yang baik akan ikut sahaja sebab kita anggap itulah masanya menggantikan masa masa lain yang mungkin kita terlewat masuk ke kelas atau culas....kita ganti dengan masa bagi membantu murid.Betul juga kan...

kita masih menunggu apa pulak selepas ini.....setahun untuk menunggu dia pencen bagaikan menunggu buah durian yang tak gugur gugur...bukan apa kata orang takut takut lepas pencen ...belaga bahu pun orang buat tak kenal...itu sahaja....untuk kali ini ...belum lagi teratur bicara.. ..belum lagi bersemangat..cuma ya..akan ada lagi cerita menarik nanti...