Thursday, January 3, 2013
INI BUDAK-BUDAK CERDIK DAN BERANI
ADA YANG TAKUT BERI KOMEN TAK TINGGAL NAMA.DAH TU PUNYA LA NGOK MINTA GURU-GURU PAMER KELULUSAN UPSR DAN SRP OR PMR...ADOIIIII...NI TAK ADA AKAI NIH
CIKGU-CIKGI PUN MEMANG ADA YANG NGOK...PENAKUT...JAGA PERUT DAN BAWAH PERUT....
CIKGU-CIKGI PUN MEMANG ADA YANG NGOK...PENAKUT...JAGA PERUT DAN BAWAH PERUT....
Wednesday, January 2, 2013
49,000 cicir ke sekolah bukti pendidikan negara pincang
49,000 cicir ke sekolah bukti pendidikan negara pincang
KUALA LUMPUR 3 Jan: 49,000 kanak-kanak bertaraf warganegara dinafi Umno BN ke sekolah bukti pelaksanaan sistem pendidikan negara pincang, kata Naib Presiden KEADILAN, N Surendran.
Menurutnya, jumlah itu lebih tinggi jika digabungkan dengan kanak-kanak di Sabah dan Sarawak.
Sikap tidak bertanggungjawab kerajaan menyebabkan mereka keciciran kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri akibat kelemahan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
“Berdasarkan bancian dan statistik penduduk, dianggarkan lebih daripada 49,000 kanak-kanak di Semenanjung Malaysia yang dinafikan persekolahan. Angka ini menunjukkan krisis utama pendidikan di negara kita.
“Kanak-kanak ini tidak dapat ke sekolah ketika murid-murid lain mendaftar untuk sesi baru persekolahan mereka disebabkan kerana penafian sijil kelahiran atau kad pengenalan,” katanya pada kenyataan.
Tambah rumit, kanak-kanak yang tiada dokumen pengenalan diri berdepan halangan sukar untuk meneruskan persekolahan terutama dari kalangan miskin.
“Manakala kanak-kanak tanpa dokumen yang dibenarkan ke sekolah menghadapi halangan besar kerana dipaksa untuk mendaftar sebagai warga asing dan membayar yuran tambahan.
“Contohnya di Petaling Jaya, sepasang anak yatim, Hari, 12, dan Haran, 14, tidak pernah ke sekolah kerana JPN enggan mengeluarkan MyKad kepada mereka walaupun rumah perlindungannya berusaha untuk mendaftar mereka ke sekolah,” ujarnya.
Tambah Surendran, sikap membisu kerajaan itu menyalahi undang-undang kerana melanggar Perlembagaan Persekutuan.
“49,000 kanak-kanak ini adalah warganegara mengikut operasi undang-undang menurut kuasa Perkara 14 Perlembagaan Persekutuan.
“Mengapa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan melanggar Perlembagaan Persekutuan? Mengapa kanak-kanak dibuat untuk menderita? Najib, Menteri Pelajaran, Muhyiddin Yassin dan kerajaan mesti selesaikan krisis ini segera,” tegasnya.
Tuesday, January 1, 2013
CIKGU CIKGU..FAHAM INI
Bumiputera Warga Ekonomi Kelas Tiga
A Kadir Jasin
[SILA ambil perhatian, kalau mahu komen
saudara dan saudari disiarkan, sila guna Google Account, OpenID atau Name/URL
untuk mengulas. Terima kasih.]
KALAU kita dengar dan percaya
kepada perangkaan, sama ada awam atau swasta, ekonomi kita tidaklah seteruk
Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah.
Keluaran Dalam Negara Kasar
(KDNK/GDP) kita tahun ini dianggarkan 5% berbanding AS sebanyak 1.5% dan Zon
Euro dalam 0.3%. Tapi pertumbuhan ekonomi kita lebih rendah daripada China,
India, Indonesia dan banyak lagi negara di rantau ini.
Bukan sahaja pertumbuhan ekonomi
kita tidak lagi sepesat sebelum Krisis Kewangan Asia 1997/98, malah telah
mengalami beberapa krisis kecil selepas itu. Sejak krisis 1997/98, KDNK kita
berkembang di bawah paras 5% sedangkan kita memerlukan pertumbuhan purata 7%
setahun dari awal 1990-an hingga tahun 2020 untuk mencapai taraf negara maju.
Jurang Ekonomi Melebar Semula
Seperti saya nyatakan dalam
ruangan Kunta Kinte Original, Berita Harian 28 Disember bahawa perangkaan menunjukkan
pada 2009, jurang pendapatan antara kaum sudah berbalik kepada yang asal
yakni pada permulaan Dasar Ekonomi Baru atau lebih teruk. Jurang pendapatan bandar
dan luar bandar sudah kembali kepada waktu kita mencapai kemerdekaan pada 1957.
Walaupun jurang pendapatan
bulanan isi rumah Bumiputera dan Cina misalnya, telah menguncup pada1990, tapi ia melebar semula pada 2009.
Pada 1990, bagi setiap RM1
pendapatan Bumiputera, Cina memperoleh RM1.70. Menjelang 2009, jurang ini
meluas menjadi dua kali ganda.
Ambil contoh simpanan dalam Kumpulan Wang Simpanan
Pekerja (EPF) pula. Orang Cina menyimpan 2.4 kali lebih banyak daripada
Bumiputera. Orang Cina miliki 5.6 kali lebih banyak bangunan. Pada 2005, hanya
7.4 peratus syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia milik Bumiputera
berbanding 58.6 peratus oleh orang Cina. Jumlah ekuiti Bumiputera hanya 18
peratus berbanding 35.8 peratus oleh orang Cina.
Dalam pasaran buruh pula, pekerja Cina peroleh gaji
purata 1.77 kali lebih tinggi daripada Bumiputera. Ini tidak menghairankan kerana
majoriti Bumiputera bekerja dengan Kerajaan yang lebih rendah gajinya manakala
majoriti Cina bekerja dalam sektor swasta yang dikuasai oleh bukan Bumiputera.
Bumiputera Warga Ekonomi Kelas
Tiga
Kalau diukur mengikut pekali
Gini (Gini coefficient), orang Cina dan India secara purata makin jauh meninggalkan
Bumiputera dari segi pendapatan.
Saya tidak menolak ada orang Cina dan
India miskin, tetapi bilangan mereka jauh lebih kecil daripada Bumiputera.
Dalam konteks ekonomi, Bumiputera sudah menjadi rakyat kelas ketiga selepas orang Cina dan India.
Kerana ekonomi negara kini tidak
berkembang sepesat tempoh DEB Baru dan dasar pembahagian kekayaan melalui
pembasmian kemiskinan serta penyusunan semula masyarakat tidak lagi diamalkan
dengan serius malah sudah diganti dengan keterangkuman dan meritokrasi, maka
kesan lelehan (trickle-down effect) semakin perlahan.
Manifestasi kemunduran ekonomi
Bumiputera ini boleh dilihat di mana-mana saja. Beberapa hari lalu, ketika
bersarapan di sebuah kedai India bukan Islam, saya ternampak sekeluarga India
(yang tentunya kaya) masuk dengan diiringi seorang pengawal keselamatan Melayu
berpakaian seragam biru.
Kasihan pula melihat dia
berdiri terpacak di belakang majikannya sepanjang mereka bersarapan. Tetapi apa nak
buat, itu cara dia mencari rezeki halal dan itulah agaknya yang diperintahkan
oleh majikannya.
Boleh kata semua orang India dan Cina
kaya yang ada pesaing perniagaan dan takut diculik, apatah lagi yang ada musuh akan
mengambil orang Melayu, khususnya bekas anggota Unit Tindakan Khas polis sebagai
pengawal peribadi.
Ada
sesetengahnya sampai
berbelas-belas orang. Apabila mereka ke mana-mana, mereka akan bergerak
dalam konvoi
tiga atau empat buah kereta. Cermin kereta mereka tentulah gelap
gelemat. Kadang-kadang mereka tidak pun ada di dalam kenderaan. Sekadar
helah mengelak daripada ancaman.
Kerana Melayu Taat
Alhamdulillah, kerana ramai orang Cina
dan India kaya di negara kita ini dan kerap berlaku keganasan yang melibatkan
mereka maka ramailah bekas anggota polis dan tentera Melayu dapat kerja
jadi pengawal keselamatan.
Lagi-lagilah
sekarang apabila jenayah bunuh, culik, peras ugut dan rompakan makin
menjadi-jadi. Bukan tauke saja yang ketakutan, sengkeh pun ketakutan
juga.
Saya perhatikan tauke Cina
dan India yang saya kenali jarang sekali mengambil orang Cina atau orang India
jadi pengawal peribadi mereka. Ramai orang India jadi pemandu. Lagipun tidak ramai orang Cina yang mahu jadi
pengawal keselamatan – berbahaya dan gaji tidaklah besar mana. Lebih baik
buat kerja lain.
Tetapi
orang Melayu dan India yang rendah
pelajaran dan tidak pandai berniaga terpaksalah buat apa saja yang
mereka layak untuk mencari rezeki halal. Itu pun sudah ramai orang
Melayu dan India yang
menjadi penjenayah, khasnya bekas tahanan Ordinan Darurat yang
dimansuhkan. Dalam hal ini, saya salahkan Kerajaan dan Parlimen yang
memansuhkannya.
Tapi dalam jenayah pun, Melayu kalah kepada kaum-kaum lain. Ramai Melayu diambil menjadi
pegawai keselamatan dan pengawal peribadi tauke Cina dan India kerana orang
Melayu taat serta setia hasil pembabitan mereka dalam pasukan bersenjata.
Lagipun, jarang sekali Melayu terbabit dengan jenayah seperti culik dan peras
ugut. Kalau terbabit pun cepat kena tangkap.
Wallahualam, saya pun tidak tahu
sama ada orang Melayu dan Bumiputera seronok atau tidak menjadi warga ekonomi
kelas tiga serta mempertaruhkan nyawa sendiri untuk melindungi nyawa dan kekayaan orang lain.
Monday, December 31, 2012
BUAT TATAPAN CIKGU CIKGU
JIKA ANDA BELUM PERNAH MENGAJAR DI PEDALAMAN,NAK MANDI BERJALAN 200 METER AIR SUNGAI,MALAM HANYA TERANG MENGGUNAKAN BATERI KERETA.......ANDA KELUAR KE BANDAR HANYA BILA CUTI PERSEKOLAHAN......PANDAI LA BERCAKAP....
BARU KERJA....DAH PANDAI NGUTUK ORANG........MACAM BAGUS.TERUTAMA GURU PEREMPUAN.
Kejadian berlaku di Sibu, Sarawak.
Gambar : Sekumpulan pelajar sekolah di anggarkan kira-kira 20 orang [dalam gambar] sedang tidur, lelaki dan perempuan dalam satu bilik yang sempit...
Apa yang berlaku?
Awal tahun ini diberitakan bahawa bangunan kayu iaitu hostel yang menempatkan pelajar2 ini telah runtuh. Kejadian itu menyebabkan 5 pelajar perempuan cedera teruk, dan 13 mengalami kecederaan di tubuh badan mereka.
Sekolah tersebut ialah SK Punan Ba in Belaga. Hampir setahun berlalu namun bangunan mereka masih tidak siap. Tahun ini [2012] mereka telah melalui hari2 yang teruk [waktu persekolahan], di mana tidur di bilik yang sempit, bila hujan, mereka basah disebabkan bumbung bocor, tiada bantal, selimut apatah lagi terpaksa bersabar dengan kehadiran nyamuk.
Persoalannya, sampai bila pelajar2 ini harus berhadapan dengan suasana seperti ini?
Apakah langkah2 untuk menyediakan keadaan yang selesa untuk mereka benar2 memakan masa yang sangat panjang?
Untuk perhatian anda, ada sebahagian dari mereka tidur di quarters pengetua dan sebahagian lagi di quarters cikgu. Dan gambar ini merujuk kepada quarters guru. Jika quarters guru pun "seperti ini" bagaimana pula keadaan nya dengan hostel para pelajar ini agaknya?
Tolong la berbuat sesuatu untuk ubah keadaan mereka.
Artikel rujukan : http://www.theborneopost.com/ 2012/12/05/ packed-like-sardines/
BARU KERJA....DAH PANDAI NGUTUK ORANG........MACAM BAGUS.TERUTAMA GURU PEREMPUAN.
Gempar !!! Pelajar Tidur Macam Sardin, Sampai 20 Orang sebilik
Gambar : Sekumpulan pelajar sekolah di anggarkan kira-kira 20 orang [dalam gambar] sedang tidur, lelaki dan perempuan dalam satu bilik yang sempit...
Apa yang berlaku?
Awal tahun ini diberitakan bahawa bangunan kayu iaitu hostel yang menempatkan pelajar2 ini telah runtuh. Kejadian itu menyebabkan 5 pelajar perempuan cedera teruk, dan 13 mengalami kecederaan di tubuh badan mereka.
Sekolah tersebut ialah SK Punan Ba in Belaga. Hampir setahun berlalu namun bangunan mereka masih tidak siap. Tahun ini [2012] mereka telah melalui hari2 yang teruk [waktu persekolahan], di mana tidur di bilik yang sempit, bila hujan, mereka basah disebabkan bumbung bocor, tiada bantal, selimut apatah lagi terpaksa bersabar dengan kehadiran nyamuk.
Persoalannya, sampai bila pelajar2 ini harus berhadapan dengan suasana seperti ini?
Apakah langkah2 untuk menyediakan keadaan yang selesa untuk mereka benar2 memakan masa yang sangat panjang?
Untuk perhatian anda, ada sebahagian dari mereka tidur di quarters pengetua dan sebahagian lagi di quarters cikgu. Dan gambar ini merujuk kepada quarters guru. Jika quarters guru pun "seperti ini" bagaimana pula keadaan nya dengan hostel para pelajar ini agaknya?
Tolong la berbuat sesuatu untuk ubah keadaan mereka.
Artikel rujukan : http://www.theborneopost.com/
Sunday, December 30, 2012
KPPK PECACAI KERAJAAN
PLEASE MAKE SURE THESE SELECTED TEACHERS SPEAK CORRECT PRONUNCIATION AS THEY ARE THE ONE WHO WILL ASSIST ALL ENGLISH TEACHERS IN MALAYSIA. ARE YOU SURE THEY DONT USE THEIR INDIAN ASCENT.?????
KUALA LUMPUR - Cuepacs hari ini mahu kerajaan mengumumkan jadual gaji
yang lengkap untuk pekerja sektor awam secepat mungkin bagi memastikan
mereka dapat menikmati pergerakan gaji yang mantap.
Setiausaha Agungnya, Loke Yim Pheng berkata, dengan adanya jadual gaji yang baru, ia juga dapat mengatasi masalah pekerja yang akan menghadapi masalah mencapai tahap gaji maksimum atau 'gaji mati' tahun depan.
"Awal tahun depan, dianggarkan hampir 50,000 penjawat awam akan menikmati gaji maksimum, kalau mereka tidak ada jadual gaji yang lengkap, bermakna mereka tidak dapat pergerakan gaji," katanya kepada Bernama di sini.
Sementara itu, Loke yang juga Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) berkata, cadangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengambil guru dari India yang mahir dalam Bahasa Inggeris mengajar di sini merupakan cadangan yang baik.
Beliau berkata kemasukan guru dari negara luar dapat berkongsi kepakaran dan idea serta amalan baik dengan guru di negara ini bagi melahirkan pelajar yang kreatif dan inovatif.
"Tetapi, untuk jangka panjang, kita perlu membina dan membentuk satu kumpulan guru yang betul-betul berkualiti dan bertaraf antarabangsa, justeru mereka juga boleh berkongsi idea, kefasihan dalam Bahasa Inggeris dengan negara luar," katanya. -
Cuepacs mahu kerajaan umum segera jadual gaji

Saturday, December 29, 2012
KESIHAN GURU-GURU PECACAI UMNo
Ambil graduan M’sia yang menganggur, bukan guru dari India
Pada minggu lepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika lawatannya ke India mengumumkan bahawa Malaysia berminat hendak mengambil guru-guru dari negara tersebut untuk mengajar Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah kebangsaan tanahair.KEADILAN menyokong usaha-usaha untuk memperbaiki penguasaan Bahasa Inggeris khususnya dan sistem pendidikan kita umumnya. Pun begitu, Perdana Menteri hanya membuat pengumuman tersebut tanpa memberi alasan yang kukuh bagaimana mengimport guru-guru Bahasa Inggeris dari India ke Malaysia akan menambah sebarang nilai tambahan kepada sistem pendidikan kita.
Lebih-lebih lagi, Kerajaan sewajarnya mengambil graduan-graduan TESL (Mengajar Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua) tempatan.
Pengarah Strategi KEADILAN Rafizi Ramli baru-baru ini telah membangkitkan isu nasib graduan-graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) khususnya dari IPTS yang tidak menerima tawaran pekerjaan di sekolah-sekolah kebangsaan. Pada Mac 2012, Timbalan Menteri Pelajaran Dato Puad Zarkashi mengesahkan bahawa 7000 graduan ISMP belum diberikan tawaran kerja. Graduan ISMP daripada IPTS mendapati mereka tidak pun dipanggil ke temuduga meskipun mempunyai keputusan yang baik.
Saya biasa dengan isu ini memandangkan ramai graduan ini datang daripada UNITAR International University yang pernah berada di Kelana Jaya dan kini di Sunway, di mana kedua-duanya di dalam kawasan DUN saya.
Malah, tahun lepas, graduan TESL yang ditaja Kementerian PeIajaran sendiri mengadu tidak diberikan tawaran kerja walaupun selepas menunggu selama enam bulan.
Graduan ISMP turut menghadapi cabaran mendapatkan kerja di luar sekolah-sekolah kebangsaan. Sekolah-sekolah swasta mementingkan guru luar negara ataupun yang berpengalaman. Majikan bukan sekolah pula kurang berminat melantik graduan ISMP memandangkan mereka merasakan kelulusan ISMP suatu pengkhususan yang menyukarkan mereka bekerja di dalam bidang lain dan graduan-graduan ini akan meninggalkan majikan tersebut apabila menerima tawaran daripada Kementerian Pelajaran. Ramai di antara mereka akhirnya bekerja sebagai guru-guru tuisyen tanpa kestabilan bekerja sebagai guru di sekolah-sekolah kebangsaan.
Tambahan pula, graduan-graduan ini dibebani hutang PTPTN yang lebih besar daripada graduan-graduan IPTA memandangkan yuran pengajian mereka lebih tinggi. Namun, sehingga hari ini IPTS-IPTS dibenarkan menawarkan program ISMP, satu contoh lagi dasar pendidikan BN yang tidak masuk akal.
Pastinya ini akan menyumbang lagi kepada bilangan graduan ISMP yang menganggur. Sedangkan IPTS-IPTS ini akan membuat keuntungan yang besar manakala graduan-graduan mereka akan terus merana.
Justeru, mengimport guru-guru daripada India hanya akan mengeruhkan lagi keadaan daripada yang ada pada hari ini.
Kerajaan mestilah menimbangkan mengambil lebih ramai graduan ISMP yang berkebolehan untuk menambah bilangan guru-guru di sekolah-sekolah kebangsaan, lantas menurunkan nisbah pelajar-guru. Sekurang-kurangnya, kerajaan hendaklah tidak mendiskriminasi antara graduan ISMP IPTA dan IPTS dan membenarkan perlaksanaan sistem terbuka yang mana calon-calon berkebolehan tanpa mengira institusi diambil sebagai guru.
Nik Nazmi Nik Ahmad
Pengarah Komunikasi KEADILAN
Ambil guru dari India perlu kajian mendalam
Ambil guru dari India perlu kajian mendalam
| Nuruljannah Ismail, | 29 Dis 2012 |
Lebih kurang seminggu yang lalu, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri
Najib Tun Razak mencadangkan kepada Perdana Menteri India untuk menerima
sejumlah guru yang mahir bahasa Inggeris dari India untuk mengajar di
negara kita. Pada dasarnya, kita melihat cadangan ini mampu mewujudkan
kerjasama yang pelbagai dan menyeluruh antara Malaysia dan India, namun
jika diteliti, masih banyak faktor yang perlu ditekuni demi untuk
merealisasikan cadangan ini. Saya di peringkat mahasiswa yang merupakan
pelajar daripada Jurusan Pendidikan di Universiti Islam Antarabangsa
Malaysia, ingin menyuarakan ketidaksetujuan terhadap cadangan ini atas
beberapa hujah.
Hujah saya yang pertama ialah, lambakan graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) yang masih menganggur dan masih menunggu untuk ditempatkan ke sekolah-sekolah untuk mengajar. Tambahan lagi, baru-baru ini Gerakan Gabungan ISMP mengeluarkan kenyataan bahawa mereka turut menghadapi kesukaran untuk diterima di sektor swasta. Justeru, jika melihat kepada situasi ketika ini, amatlah mustahil untuk kita membawa masuk guru dari India, sedangkan masih ramai lagi graduan ISMP yang terkontang-kanting menunggu panggilan penempatan ke sekolah-sekolah. Cadangan ini seolah-olah menyempitkan peluang graduan ISMP terutamanya daripada jurusan Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL) untuk mendapatkan pekerjaan. Seterusnya, ia akan memburukkan lagi masalah pengangguran dalam kalangan graduan ISMP. Terdengar juga ura-ura bahawa pengambilan mahasiswa ISMP akan dihentikan buat sementara waktu bermula tahun hadapan kerana peluang pekerjaan yang tersedia tidak mampu menampung graduan ISMP yang sedia ada. Lantas, satu pertanyaan di sini, adakah berbaloi jika pengambilan mahasiswa dihentikan untuk mengatasi masalah pengangguran dan pada masa yang sama kita mengimport masuk guru-guru dari India?
Hujah saya yang kedua ialah, kita sudah mempunyai graduan dari jurusan TESL untuk mengajar dalam bahasa Inggeris. Bahkan, sehingga kini, masih ada ribuan mahasiswa di seluruh Malaysia yang sedang mengikuti kursus TESL dan dijangka akan menamatkan pengajian antara tahun 2013 hingga 2016. Jika diperhati keadaan ini, saya yakin negara kita tidak akan ketandusan guru-guru bahasa Inggeris untuk mengajar anak-anak watan. Atas dasar apa kami diberi latihan selama empat tahun sekiranya peluang untuk mengajar diberikan kepada mereka yang bukan warganegara? Saya yakin dengan kompetensi mahasiswa dan juga graduan TESL di Malaysia kerana proses untuk menjadi mahasiswa ISMP bukan mudah. Untuk mengambil jurusan TESL, kami harus memperoleh sekurang-kurangnya band 4 dalam Malaysian University English Test (MUET). Setelah melepasi ujian tersebut, kami menduduki pula Malaysian Educators Selection Inventory (MEdSI) dan seterusnya kami melalui proses temuduga. Dengan tapisan sebegini, adakah kerajaan masih belum yakin dengan kemampuan kami mengajar anak watan kami sendiri?
Hujah saya yang ketiga ialah dari sudut ekonomi. Kemasukan guru-guru dari India tidak dapat tidak memerlukan kerajaan untuk melaburkan sejumlah wang yang agak besar yang merangkumi kos yang pelbagai. Kita melihat situasi ini dari sudut kemaslahatan umum. Adakah pengambilan guru-guru dari India merupakan satu keperluan sehinggakan kita rasa berbaloi untuk melaburkan ke arah itu? Atau adakah dengan jumlah dan kualiti guru bahasa Inggeris di Malaysia masih mampu menyediakan servis pengajaran yang terbaik dan dengan ini kerajaan tidak perlu melaburkan banyak wang untuk menampung guru-guru di Malaysia? Saya memilih opsi yang kedua. Saya masih yakin dengan kebolehan dan kompetensi guru-guru bahasa Inggeris di Malaysia untuk mengajar, kerana dengan adanya saya disini pada hari ini adalah dengan hasil tunjuk ajar mereka. Justeru, lebih wajar kiranya jika wang kerajaan digunakan dan diperuntukkan untuk memperkasakan guru-guru bahasa Inggeris di Malaysia. Tambahan lagi, ketika ini kita sudah mempunyai 75 orang guru dari Amerika Syarikat untuk mengajar di Malaysia. Jadi, saya percaya, kita tidak perlu lagi menokok tambah bilangan guru import yang sedia ada, kerana ia akan meningkatkan kos yang perlu ditanggung kerajaan.
Saya menyokong penuh saranan Kesatuan Perkhidmatan Guru Kebangsaan (NUTP) untuk kerajaan membuat kajian dengan lebih mendalam terhadap isu ini dan juga mengadakan perbincangan dengan professor bahasa Inggeris di Malaysia. Semoga dengan perbincangan tersebut, dapat menghasilkan keputusan yang menguntungkan negara. Saya juga tidak sebulatnya menolak cadangan ini. Jika kerajaan mampu memberi sebab yang memuaskan bukan sekadar untuk membina hubungan, saya dan juga mahasiswa lain mungkin akan mempertimbangkan cadangan ini. Namun, untuk masa ini, saya tetap dengan pendirian saya untuk tidak bersetuju dengan cadangan tersebut.
Penulis ialah Majlis Perwakilan Pelajar UIAM.

Wednesday, December 26, 2012
KHAS BAGI NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR
| PERMOHONAN KE TINGKATAN EMPAT SEKOLAH KAWALAN NEGERI PAHANG BAGI SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2013 |
Tuesday, December 25, 2012
UNDILAH PAKATAN RAKYAT.
BEBERAPA ISU DARI PENDIDIK
INI SUARA DG294144! BN atau PR Dengarlah
8 December 2012
Teruskan
usaha sahabat sekalian. Nasib kita bukanlah akibat kesilapan tindakan
kita, tetapi disebabkan oleh kelemahan sistem yang dirangka. Kumpulan
kita teraniaya dan dibela sekadar asalkan ada. Mahu mengharap pada
siapa? Kerugian kita makin berganda-ganda. Bukan tidak bersyukur, bukan
tidak ikhlas…itu bukan persoalannya. Hak kita yang dinafikan oleh sistem
yang dirangka, malang lagi setelah diketahui ada kumpulan yang
teraniaya…susah pula mahu merombak sistem untuk membela nasib kumpulan
ini. Allah maha mengetahui dan maha mendengar. Kita tetap teruskan usaha
dengan kudrat yang ada. Kemas kini: 8/12/2012 Catatan awal: 3/12/2009
Kolum ini khusus untuk perbincangan isu DG2941. HARGAILAH PENGORBANAN
DAN KESUNGGUHAN GURU-GURU…
Read more »DG294144; Keluhan Guru yang disisihkan
8 December 2012
Sebenarnya,
kami tidak minta mahupun merebut apatah lagi merampas hak orang tetapi
biarlah dilayan dan diberikan hak yang seadil-adilnya. Adil sepertimana
orang lain dapat. Berlaku adillah untuk masa depan perkhidmatan kami.
——- Guru tersisih, Guru tersisihSaya adalah antara ribuan guru malang di
negara ini. Nasib kami jelas tidak dipedulikan apatah…
Read more »Pendidikan Aliran Cina Halang Perpaduan
5 December 2012
Oleh - Prof.
Dr. Teo Kok Seong Pendidikan aliran Cina di Malaysia, yang menjadi
sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan, mempunyai warisan
cemerlang yang sudah berusia dua abad. Ia sering dipuji kerana mutu
pendidikannya yang tinggi. Ini hasil daripada pengurusan yang cekap
serta pembabitan komuniti yang aktif. Kini terdapat 1,280 buah sekolah
jenis…
Read more »Peluang DG44/DG48 Menjawat Jawatan PK Sekolah Rendah
5 December 2012
Sila Rujuk http://nutp.org/new/sites/default/files/kpppsulit006310821.pdf
UNTUK CIKGU CIKGU...INI HADIAH UNTUK ANDA.KHASNYA GURU BAHASA INGGERIS.
UNTUK CIKGU-CIKGU YANG BANGGANG TAK SEDAR DIRI DAN JAGA PERUT DAN BAWAH PERUT.INI HADIAH UNTUK HANGPA.
'Nak import dari India, graduan ISMP menganggur'
Satu
memorandum akan dihantar kepada Kementerian Pelajaran bagi meminta
kerajaan menangani masalah pengangguran graduan Ijazah Sarjana Muda
Perguruan (ISMP) yang tidak ditempatkan sebagai guru di sekolah
kebangsaan.
Presiden Mahasiswa Keadilan, Haziq Abdul Aziz berkata, pihaknya yang merupakan satu sayap baru dalam PKR kini dalam perancangan untuk berjumpa kementerian pelajaran serta pelajar ISMP bagi menyerahkan memorandum tersebut.
"Kita dalam perancangan nak jumpa kementerian pelajaran untuk hantar memorandum dan berjumpa dengan pelajar ISMP dalam masa terdekat.
"Kita akan sampaikan memorandum dan akan tunggu respons daripada kementerian pelajaran kerana kami merasakan wujudnya diskriminasi terhadap pelajar ISPM di IPTS (Institusi Pengajian Tinggi Swasta)," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di ibu pejabat PKR hari ini yang turut dihadiri Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Sebelum ini Gerakan Gabungan ISMP membuat kenyataan bahawa ribuan pelajar ijazah tersebut gagal ditempatkan sebagai guru dan dalam masa sama sukar diterima di sektor swasta.
Penyelaras gabungan itu, Abdul Rahman Usman berkata, masalah itu berpunca daripada penempatan mereka sebagai Guru Sandaran Terlatih (GST) masih belum diumumkan.
Sehubungan itu, pada sidang media sama, Nik Nazmi meminta kerajaan khususnya kementerian pelajaran untuk mengambil lebih ramai graduan ISMP dari IPTS bagi menambah jumlah guru berbanding mengimport dari India.
Menurutnya, kerajaan juga seharusnya mengambil graduan Mengajar Bahasa Inggeri Sebagai Bahasa Kedua (TESL) tempatan sebagai guru yang akan mengajar bahasa inggeris di sekolah kebangasaan.
"Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa Malaysia berminat hendak ambil guru dari India untuk mengajar bahasa Inggeris di sekolah kebangsaan tanahair.
"Masalah graduan yang tidak bekerja masih lagi ada dan mereka nak ambil India pula. Bagi saya ini bukan penyelesaian. Graduan perguruan terutama IPTS tidak diberi kerja. Bagaimana dengan mereka? Kerajaan sewajarnya mengambil graduan TESL tempatan," katanya.
Selain itu, Nik Nazmi turut mempersoalkan adakah sistem pembelajaran bagi pelajar TESL bermasalah sehingga mereka tidak diambil menjadi guru di sekolah kebangsaan.
Katanya, kerajaan seharusnya mempertimbangkan graduan perguruan tempatan yang berdepan dengan masalah pengangguran dan dibebani dengan hutan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
"Kita ada pelajar TESL. Kalau setakat nak mengajar bahasa Inggeris di sekolah rendah sudah tentu tidak ada masalah. Kenapa tak ambil pelajar TESL? Mesti ada masalah dengan sistem kita. Dan kita perlu baiki sistem itu," katanya lagi.

Thursday, October 11, 2012
Minta balik elaun GURU PPSMI: Guru marah Muhyiddin
Minta balik elaun: Guru marah Muhyiddin
Bagaimana sebuah kementerian yang dijaga oleh Timbalan Perdana Menteri sendiri boleh meminta guru-guru di Pahang membayar balik elaun atas kegagalan PPSMI?
Kenapa kegagalan ‘projek tikus makmal’ itu mahu dibebankan ke atas bahu guru-guru?
Apakah ini bermakna kerajaan tidak ada wang tetapi hanya berlagak boros untuk membeli undi rakyat?
Sudahlah tidak mendapat insentif khas dalam bajet 2013, kini elaun yang dibayar pula mahu dituntut! Dah teruk sangat ke kerajaan BN? Surat daripada tuntutan Kementerian ini diedarkan di Pahang.
Di bawah ini komen guru-guru di facebook:
Abi Fathiah Insyirah: hok ni la kawe maroh boh.. dop oyak awal2.. kalo oyak awl sne kiro dop payoh pakai elaun tu.. memey gomm...
Master Nur Qasihku: keje gila bhai.... gua kena pulang 4 bulan pn dah semput... ni 9 bulan... kalau dah stop tu biar je la... kan tu ganjaran dari usha guru... semua nak amik balik... hak phuie
Jawahir Abd Rahaman: tu pun ramai lg cik gu cik gi sokong...la ni bru ada akai.
Asrol Affandi: bengong
Klose Max: cikgu cikgi kelu seribu satu bahasa, dalam hati (OMG JANJI D CAPATI)
Saru Yama: berat66 dh ni
Abi Fathiah Insyirah dr awl thn boh... 2012.. kene byr blk.. gilo kejo
Zuhaili Jamaludin” hehe kerajaan dah xde duit..
Abi Fathiah Insyirah: knpa kene htr surat ke NUTP... takut NUTP bangkang ke ni... IDEA bongok yg myusahkan.. pastu soalan exam masih lg buat dwi bahasa...nk kata lbh kn memey keno byr doh...
Hamzah Rajali: ada cikgu cikgi kisah?????????????
Muhammad Saedi: tanda2 kerajaan dah takde duit ... nak undi umno bn lagi ker pru13 ni?
Nasyar Hetfield: duit tu nk bg kt pengundi import?
Khalid Amin: Dh bg mintak balik...
Azuwan Abū Bakr: NFC x byr balik x der tindakan pun....
Samsuri Tarmuji: boleh di rujuk dgn pibg sekolah masing2.....ydp boleh bantu bawa kes ni ke mahkamah jika perlu.....jgn risau kalau dah memang hak tetap menjadi hak kita.....pastikan jgn bg undi kat bn itu je....
Rosihan Pawnstar Amri Masa mula-mula PPSMI, cikgu bukan option Maths, Science, dibenarkan ajar sebab nak dapat elaun. Kami cikgu option katanya muda lagi, bagi peluang kat depa dulu. Apa kejadahnya??? Bukan pasal sapa dapat dulu. Depa bukan option. Kalau murid-murid gagal ada nak tanggungjawab? Corrupt!
Harzuki Bin Hasan: hancurkn umno/bn..pangkah PR dlm PRU 13 nnt...
Suzana Ganigan .... Buruk siku....
Luqman Hakim: yg mendidik di mintak balik, yg menyangak di bebas berleluasa...
Al-Khair Nuar Ibnu Manan: hohoho...duit dh habeh buat belanje, nak bayo balik cikgu2 kena buat personal loan lerrr...Bank Rakyat ade, RHB Easy cash ade, CIMB Fast Cash ade, gerenti lulus sbb kakitangan kerajaan hihi. Ramei ler yg tak pasei2 berhutang...mmg naye!
Aduka Taruna: macam gampang.. kerja nak sembelih rakyat aje..
Abu Bakar: buruk siku...
Pahang Selamat: Selepas ini jangan haraplah 400,000 undi guru-guru akan berpihak kepada BN!
Wednesday, May 16, 2012
Wan Azizah: Guru Mampu Martabat Mutu Pendidikan Negara
KUALA LUMPUR 16 MEI : Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yakin para guru yang ada pada hari ini mempunyai iltizam yang jitu dalam membela dan memartabatkan mutu pendidikan negara bagi mencapai sasaran pendidikan sempurna.
Keyakinan ini diungkapkan oleh Wan Azizah sempena perutusan hari guru yang jatuh pada hari ini.
“Setiap tahun, pada 16 Mei adalah suatu hari yang sungguh bermakna buat para pendidik terutamanya kepada guru-guru yang sentiasa tabah meneruskan tugas dan tanggungjawab untuk membina anak-anak bangsa yang madani. Begitulah besarnya bakti seorang guru dan sesungguhnya guru adalah penyuluh budi.
“Dikesempatan ini PKR mengucapkan Selamat Hari Guru kepada seluruh pendidik dari peringkat rendah hinggalah peringkat tertinggi. Tahniah buat guru-guru yang telah menjadi teras pembangunan negara dan persaudaraan rakyat.”kenyataan itu dipetik.
Wan Azizh juga memaklumkan dalam cabaran berdepan dengan gelombang globalisasi, kebajikkan guru-guru mestilah dipelihara. Termasuk memantapkan skim pengajian dan elaun guru yang meliputi kesihatan, keselamatan, keluarga dan persaraan mereka.
Jelasnya, inilah yang PKR akan perjuangkan agar kedudukan pendidik ini terbela seterusnya memperkukuhkan lagi sistem pendidikan negara.
Tambahnya lagi, PKR melihat kerjaya sebagai pendidik ini satu pekerjaan yang mulia dan mesti dipergiatkan untuk golongan muda agar minat kepada tenaga pengajar lebih mendalam disamping dapat membantu ekonomi diri, keluarga, masyarakat dan negara amnya.
“Guru adalah pencorak minda dan nilai kemanusian sepertimana di dalam Al-Quran Surah Al-Baqarah ayat ke 269 ada menyatakan bahawa “Allah memberikan hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendakiNYA (menurut aturan yang ditentukanNYA). Dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya,” katanya.
Maka, guru adalah insan yang dipilih untuk membentuk perkembangan minda agar kewarasan dan nilai anak-anak dapat dididik sebaiknya.
Oleh yang demikian, PKR bersama-sama rakan dalam Pakatan Rakyat bertekad dengan memastikan apa yang kita hebahkan dalam buku jingga itu akan kita perkotakan dan laksanakan dengan formula pentadbiran yang telus dan mantap.
Imbuhan RM500 sebulan kepada setiap guru itu merupakan satu dari 10 tawaran Pakatan Rakyat kepada rakyat Malaysia untuk dilaksana dalam masa 100 hari selepas diberi mandat sebagai Kerajaan Pusat baru pada pilihan raya umum akan datang. Tawaran itu turut diisytihar dan dicatat dalam Buku Jingga sempena Konvensyen Pakatan Rakyat pada November 2010.
“Guru Penjana Generasi Idaman, Guru Penyayang, Guru Disayangi.”
SHAH ALAM,15 MEI : Kerajaan Selangor memperuntukkan RM16 juta setiap tahun kepada kepada sekolah-sekolah agama rakyat, sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil untuk memperkasa bidang pendidikan di negeri itu.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam perutusan sempena Hari Guru 2012 yang disambut pada 16 Mei berkata selain daripada bantuan peruntukan itu, bantuan persekolahan seperti beg dan buku sekolah turut diberikan kepada mereka yang memerlukan.
“Tahun ini Kerajaan Negeri telah menetapkan Guru Penjana Generasi Idaman, Guru Penyayang, Guru Disayangi sebagai tema,” kata Abdul Khalid.
Abdul Khalid berkata , selain daripada persoalan tanah, kerajaan negeri Selangor juga turut sama mengadakan beberapa inisiatif berhubung pendidikan misalnya dengan mengadakan kolej serta universiti.
” Bantuan-bantuan ini diberikan untuk membolehkan pihak sekolah terbabit menambah-baik kemudahan dan kualiti pengajaran. Sekolah-sekolah terbabit adalah jenis sekolah yang tidak mendapat bantuan khusus daripada Kementerian.
“Oleh kerana wujud permintaan daripada ibu bapa di samping adanya kesediaan para guru untuk mengajar, kerajaan negeri Selangor dengan keterbatasan kewangan yang ada berpendapat bantuan kecil yang sesuai wajar diberi,” kata Abdul Khalid.
Jelas Abdul Khalid lagi, elaun guru KAFA juga telah ditingkatkan dengan adanya peruntukan zakat bagi menggalakkan guru terbabit terus berkhidmat dengan cemerlang.
“Pendidikan kini tidak lagi terhad kepada keupayaan membaca dan mengira tetapi membentuk keperibadian manusia untuk menghargai hidup dengan nilai-nilai yang betul.
“Situasi rumit yang pelbagai ini tentulah menjadikan profesion perguruan cukup penting dalam memberi suntikan bermakna buat bekal generasi muda mendepani cabaran zaman,” ujar Abdul Khalid.
Friday, May 11, 2012
SURAT DARI SEORANG GURU YANG BERANI DAN BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP NEGARA
Tuan Pengetua,
Mesyuarat tergempar dipanggil pada petang itu. Maka terpaksalah saya memohon cuti daripada anda, kerana sememangnya saya tidak dapat menghadiri mesyuarat itu. Anda tanyakan saya, ke mana saya pergi? Malah mengatakan bahawa keesokannya Sabtu, ke mana saya nak pergi sehingga tergesa-gesa pula? Saya berdolak-dalih. Saya berkata saya telah memohon cuti lebih awal lagi, dan anda telah luluskan. Anda tidak mendesak lagi. Namun saya telah merancang dalam hati saya. Seandainya secara terus-terang anda tanya, adakah saya menghadiri BERSIH 3.0, saya akan mengakui secara jujur.
Tuan pengetua, saya telah memohon cuti pada 5 April. Dalam borang permohonan cuti, saya mengisi "urusan peribadi". Mungkin anda tidak akan mengaitkannya dengan BERSIH. Sememangnya ia adalah urusan peribadi. Dan ia juga hal negara yang mustahak. Bukankah pihak sekolah suka berkongsi teori Maslow dengan pelajar? Ya, saya mempunyai keperluan sosial saya. Malah saya mahu merealisasikan diri saya. Pada saat-saat yang genting ini, sememangnya saya tidak sanggup mengurung diri saya di sekolah hanya kerana mahu mengajar pada hari itu. Sememangnya saya tidak sanggup untuk berkongsi dengan pelajar saya, apa itu BERSIH, dan kemudiannya, kembali duduk di depan komputer dan mengalirkan air mata saya, setelah melepaskan ketidakpuasan.
Tuan Pengetua, tahukah anda? Setiap hari, kita bekerja dalam keadaan yang sejahtera di sekolah, berulang-alik dari bilik guru ke bilik darjah. Pelajar bersopan-santun di depan kita. Suasana sekolah aman dan sentosa. Sebagai seorang guru, saya memilih untuk ke jalan raya pada hari ini. Tak takut saya kepada mentari yang terik mahupun hujan yang lebat. Tak gentar saya berdepan dengan gas pemedih mata dan meriam air berkimia. Tak takut juga andainya saya ditangkap polis... Namun saya takut pula untuk memaklumkan anda bahawa saya nak hadir perhimpunan BERSIH 3.0. Ini kerana saya takut anda tidak meluluskan pemohonan cuti saya. Bukankah ia sesuatu yang memilukan? Mengapa saya anggap anda tidak benarkan? Kerana anda mungkin tidak faham betapa besar maknanya keputusan ini untuk diri saya.
Negara kita sudah jatuh sakit. Saya tidak mahu melihatnya sakit tenat, sehingga tidak terubat...
Saya tidak mahu mendidik anak murid saya untuk cintai bumi ini, buatlah kerja untuk menjaga alam ini, meleter ini dan itu - tetapi tercengang menatap pembinaan kilang Lynas di tanahair kita. Saya tidak mahu menjelaskan apa itu "melayan nyawa manusia bagai lalang" (peribahasa cina), namun saya gagal menjelaskan kepada pelajar saya bagaimana Teoh Beng Hock menemui ajal. Saya tidak mahu berkuliah, mengajar apakah keistimewaan yang ada dengan bangunan bersejarah di negara kita, tetapi saya perlu membaca al-fatihah untuk Jalan Sultan yang mungkin dirobohkan.
Saya tidak mahu hanya meminta pelajar kita untuk menyanyi lagu Negaraku, berulang-kali di perhimpunan mingguan - sebagai tanda hormat dan cinta kepada negara, tetapi tiada cara lain untuk saya membuktikan bahawa ini negara saya, mengapa perlu saya mencintainya? Banyak persoalan yang tidak berani saya jawab secara terus apabila diajukan pelajar. Banyak peristiwa yang berlaku di negara kita, dan nilai yang kami pegang amat berbeza. Tiada gunanya kita mengajar banyak tanpa sebuah negara yang bersih. Semakin banyak kita mengajar, anak murid kita akan membalas, "Kau bohong!" Jadi, saya mesti menyumbang apa yang mampu, meskipun sikit tetapi bermakna. Jangan kita tunggu sehingga berambut putih, barulah kita menyesal tanpa boleh berbuat apa-apa. Tuan pengetua, saya tidak mahu lagi mendidik anak murid kita dengan teladan yang negatif.
Tuan pengetua, bukankah aktiviti yang bermakna seharusnya digalakkan? Kitar semula bahan buangan, menghiasi dinding rumah orang tua, menyambut Hari Kanak-Kanak di rumah anak yatim... Bukankah kita sering menggalakkan agar anak murid kita bergiat aktif untuk menyertai aktiviti yang bermakna? Mengkayakan pengalaman hidup kita, belajar untuk berbakti. Lebih baik jika ibu bapa hadir bersama anak-anak dalam aktiviti sedemikian.
Saya juga terserempak dengan ibu bapa di tempat berhimpun. Mereka mendidik anak dengan jasad dan jiwa mereka tentang apa itu keadilan. Sememangnya tiada alasan untuk kita melarang mereka daripada memohon cuti untuk hadir. Hanya satu hari kita tidak belajar di sekolah, biar kita keluar sekolah - belajar sesuatu yang tidak dapat diajar guru. Semestinya pengalaman itu akan memahat di hati sepanjang hayat mereka.
Saya berharap agar anda juga sama seperti tuan pengetua sekolah lain, menyeru guru membeli baju kuning untuk menyokong pilihan raya yang bersih. Saya berharap anda boleh turun ke jalan raya sebagaimana yang dilakukan pengetua sekolah lain.
Saya lebih berharap anda mengumumkan cuti satu hari, memberi kelapangan kepada guru dan pelajar untuk memilih agar turun ke jalan raya pada saat-saat yang bersejarah ini. Namun, jelas, saya terlebih fikir. Untuk puluhan tahun pendidikan Cina ditindas, kita cuba berdikari, tabah untuk berdepan dengan situasi yang sukar ini. Namun selama ini kita hanya menjerit, kita menuntut sijil peperiksaan sekolah menengah Cina swasta diiktiraf, menginstitusikan peruntukan dana kepada sekolah Cina. Jeritan tetap jeritan selepas puluhan tahun. Seandainya kita tidak mempunyai pilihan raya yang bersih, tiada satu kerajaan yang akur kepada suara rakyat - mereka tidak akan mendengar meskipun betapa lantang kita menjerit...
Tuan pengetua, saya akan menebus kelas yang dilapangkan kerana cuti saya. Jangan bimbang. Tetapi seandainya saya tidak turun ke jalan raya kali ini, saya rasa untuk seumur hidup saya tidak dapat menebusnya. Akhir kata, saya merakamkan penghargaan kerana anda meluluskan permohonan cuti saya.
Mesyuarat tergempar dipanggil pada petang itu. Maka terpaksalah saya memohon cuti daripada anda, kerana sememangnya saya tidak dapat menghadiri mesyuarat itu. Anda tanyakan saya, ke mana saya pergi? Malah mengatakan bahawa keesokannya Sabtu, ke mana saya nak pergi sehingga tergesa-gesa pula? Saya berdolak-dalih. Saya berkata saya telah memohon cuti lebih awal lagi, dan anda telah luluskan. Anda tidak mendesak lagi. Namun saya telah merancang dalam hati saya. Seandainya secara terus-terang anda tanya, adakah saya menghadiri BERSIH 3.0, saya akan mengakui secara jujur.
Tuan Pengetua, tahukah anda? Setiap hari, kita bekerja dalam keadaan yang sejahtera di sekolah, berulang-alik dari bilik guru ke bilik darjah. Pelajar bersopan-santun di depan kita. Suasana sekolah aman dan sentosa. Sebagai seorang guru, saya memilih untuk ke jalan raya pada hari ini. Tak takut saya kepada mentari yang terik mahupun hujan yang lebat. Tak gentar saya berdepan dengan gas pemedih mata dan meriam air berkimia. Tak takut juga andainya saya ditangkap polis... Namun saya takut pula untuk memaklumkan anda bahawa saya nak hadir perhimpunan BERSIH 3.0. Ini kerana saya takut anda tidak meluluskan pemohonan cuti saya. Bukankah ia sesuatu yang memilukan? Mengapa saya anggap anda tidak benarkan? Kerana anda mungkin tidak faham betapa besar maknanya keputusan ini untuk diri saya.
Negara kita sudah jatuh sakit. Saya tidak mahu melihatnya sakit tenat, sehingga tidak terubat...
Saya tidak mahu hanya meminta pelajar kita untuk menyanyi lagu Negaraku, berulang-kali di perhimpunan mingguan - sebagai tanda hormat dan cinta kepada negara, tetapi tiada cara lain untuk saya membuktikan bahawa ini negara saya, mengapa perlu saya mencintainya? Banyak persoalan yang tidak berani saya jawab secara terus apabila diajukan pelajar. Banyak peristiwa yang berlaku di negara kita, dan nilai yang kami pegang amat berbeza. Tiada gunanya kita mengajar banyak tanpa sebuah negara yang bersih. Semakin banyak kita mengajar, anak murid kita akan membalas, "Kau bohong!" Jadi, saya mesti menyumbang apa yang mampu, meskipun sikit tetapi bermakna. Jangan kita tunggu sehingga berambut putih, barulah kita menyesal tanpa boleh berbuat apa-apa. Tuan pengetua, saya tidak mahu lagi mendidik anak murid kita dengan teladan yang negatif.
Saya juga terserempak dengan ibu bapa di tempat berhimpun. Mereka mendidik anak dengan jasad dan jiwa mereka tentang apa itu keadilan. Sememangnya tiada alasan untuk kita melarang mereka daripada memohon cuti untuk hadir. Hanya satu hari kita tidak belajar di sekolah, biar kita keluar sekolah - belajar sesuatu yang tidak dapat diajar guru. Semestinya pengalaman itu akan memahat di hati sepanjang hayat mereka.
Saya lebih berharap anda mengumumkan cuti satu hari, memberi kelapangan kepada guru dan pelajar untuk memilih agar turun ke jalan raya pada saat-saat yang bersejarah ini. Namun, jelas, saya terlebih fikir. Untuk puluhan tahun pendidikan Cina ditindas, kita cuba berdikari, tabah untuk berdepan dengan situasi yang sukar ini. Namun selama ini kita hanya menjerit, kita menuntut sijil peperiksaan sekolah menengah Cina swasta diiktiraf, menginstitusikan peruntukan dana kepada sekolah Cina. Jeritan tetap jeritan selepas puluhan tahun. Seandainya kita tidak mempunyai pilihan raya yang bersih, tiada satu kerajaan yang akur kepada suara rakyat - mereka tidak akan mendengar meskipun betapa lantang kita menjerit...
Tuan pengetua, saya akan menebus kelas yang dilapangkan kerana cuti saya. Jangan bimbang. Tetapi seandainya saya tidak turun ke jalan raya kali ini, saya rasa untuk seumur hidup saya tidak dapat menebusnya. Akhir kata, saya merakamkan penghargaan kerana anda meluluskan permohonan cuti saya.
*Surat ini ditulis oleh seorang guru sekolah menengah Cina, Kathy Kee dan disiarkan melalui Facebook. Diterjemah dengan keizinan daripada penulis.
Subscribe to:
Posts (Atom)