Risiko kerjaya guru - Nak jadi cikgu? baca pesan ini dahulu.....Lebih baik jadi PTD
Dengan merujuk berita berita harian di
http://www.bharian.com.my/m/BHarian/...35711/Article/
bertajuk ‘Pelajar cedera ditampar guru’ yang disiarkan dalam akhbar ini
pada 14 Mei 2003, menarik minat saya untuk berkongsi pandangan dan
pengalaman dengan pembaca lain mengenai nasib guru.
Saya tidak ingin membicarakan berita berkenaan kerana ia sudah
dilaporkan dan dalam siasatan polis. Sebaliknya, saya ingin
membangkitkan perbandingan di antara guru dulu dan sekarang serta
pelajar dulu dan sekarang.
Pada zaman saya menjadi murid sekitar 1970-an, guru paling dihormati
selepas ibu dan bapa. Bukan orang Melayu saja, malah di kalangan bangsa
lain di Malaysia dan dunia, guru mempunyai kedudukan yang tinggi dalam
masyarakat.
Kepada orang Melayu khasnya, ada dua jenis guru iaitu guru sekolah dan
guru agama. Jika murid bersekolah waktu pagi, selepas masa sekolah, dia
akan diserahkan kepada guru agama pula untuk diajar. Begitu juga jika
murid bersekolah petang, dia akan belajar kelas agama pada waktu pagi.
Dalam sesebuah kampung, guru dianggap antara orang yang sebaris dengan ketua kampung atau penghulu.
Kebiasaannya, apabila bertembung atau berselisih, orang akan menegur
atau menyapa ‘cikgu’. Setiap kali murid mendapat buku rekod sekolah,
guru akan menjadi orang yang diburu untuk mendapatkan tandatangan
pengesahan rekod sekolah seseorang pelajar.
Kalau ibu bapa menghantar anak mereka untuk pertama kali ke sekolah atau
rumah guru agama, ibu bapa akan berkata mereka menyerahkan anak kepada
guru itu. Kata mereka: “Buatlah apa saja yang cikgu rasakan perlu,
asalkan jangan patah kaki dan tangan sudahlah” Sampai begitu sekali
kepercayaan ibu bapa kepada guru pada zaman dulu.
Di sekolah, guru sangat dihormati dan disanjung. Tiada bantahan daripada
murid. Semua perintah guru akan diikuti tanpa sebarang soalan. Murid
sanggup menerima apa saja balasan jika didapati bersalah.
Jika ibu bapa mendapati anak mereka melakukan kesalahan dan dipukul
guru, ibu bapa sendiri akan menokok-tambah lagi dengan memukul anak
mereka. Ini kerana mereka berasa guru itu tidak cukup memukul anak
mereka yang melakukan kesalahan.
Pada zaman sekarang, guru hanya untuk mencukupi kuota sesuatu sekolah.
Tiada apa yang dapat dilakukan oleh seseorang guru jika murid melakukan
kesalahan. Kalau dimarah, walau pun sedikit, murid akan melawan balik.
Kenderaan guru dirosakkan. Keesokannya, ibu bapa pula akan menyerang
guru itu dengan kata-kata yang tidak sedap didengar.
Jika di sekolah swasta, ada ibu bapa yang akan mengatakan bahawa mereka
yang membayar gaji guru itu. Jadi guru kena ikut kata mereka dan hormat
kepada anak mereka. Jika guru memukul anak mereka, ibu bapa atau murid
itu sendiri akan membuat laporan kepada polis dan Kementerian
Pendidikan. Kadang-kadang ada yang sanggup mengambil tindakan mahkamah
ke atas guru.
Akhirnya guru yang dipersalahkan dan diambil tindakan.
Murid sekarang memang berani melawan dan tidak menghormati guru. Kalau
ada yang menghormati guru pun, bilangannya sedikit saja. Kini, guru
terpaksa menghormati murid dan mengikuti kemahuan murid. Jika tidak,
guru boleh hilang pekerjaan.
Saya tahu ramai guru yang mengalami keadaan sedemikian terpaksa menelan
pahit maung bersendirian kerana ingin menjaga periuk nasi mereka.
Akibatnya, kita boleh lihat keadaan remaja sekarang yang sering terbabit
dengan gejala sosial.
Guru akan menjadi salah satu pihak yang dipersalahkan kerana masalah
ini. Jika murid berjaya, pujian dan tahniah akan diberikan kepada murid
itu kerana kepandaian dan daya usahanya. Tetapi jika murid gagal, guru
akan dipersalahkan dan dikatakan tidak pandai mengajar.
Itulah hakikat yang harus diterima oleh guru. Kata orang, zaman berubah,
maka kita kena ikut peredaran zaman. Itu betul, tetapi tidak semua yang
baru atau moden itu baik belaka. Kadang-kadang kita perlu melihat ke
belakang dan renung sejenak sebelum melangkah ke depan. dipetik dari
tulisan
tokey ayam
Kenapa kerja guru teruk?
Sejak sekian lama kita selalu membaca tentang masalah guru. Masalah
mereka yang sering diutarakan adalah beban kerja perkeranian yang
terpaksa mereka lakukan selain tugas berkaitan pengajaran.
Antara tugas-tugas guru yang dipertanggungjawabkan ialah;
-menyediakn rekod mengajar
-mengajar
-menanda buku
-melaksanakan peperiksaan(mencipta soalan, menanda kertas, merekod markah secara bertulis dan online)
- ujian bulanan
- peperiksaan penggal
-pbs (tekanan baru untuk guru (gua pun tak tahu apa itu pbs tapi rata2 rakan guru menyatakan pbs sangat membebankan)
-melaksanakan tugasan ko kurikulum
-menghadiri kursus dalam perkhidmatan (ada jumlah jam yang perlu dipenuhi)
Dan BANYAK LAGIIIIIIII... tak larat nak tulis
Jom bincang
Purata guru-guru di Malaysia mendapat 28-30 waktu mengajar seminggu.
Jumlah itu didarabkan dengan 35 minit setiap waktu. Kita ambil guru yang
mengajar 30 waktu seminggu. setiap hari guru ini mengajar 6 waktu
selama lima hari iaitu isnin hingga jumaat. Dalam sehari persekolahan
terdapat sepuluh waktu. bermakna guru ini ada 4 waktu terluang. atau 2
jam 20 minit. 20 minit adalah waktu rehat khas untuk makan dan solat.
Enam waktu yang dilaluinya (mengajar) memerlukan dia menanda buku
latihan dan nota pelajar.. Andaikan guru itu mengajar empat kelas sehari
dan setiap kelas ada 35 orang pelajar. Masa untuk menanda sebuah buku
adalah 2 minit. 2 X 140 buku =280 minit. Ini bermakna masa terluang
guru tersebut habis begitu sahaja untuk menanda buku malah tidak
mencukupi, Begitulah keadaannya setiap hari.
Pada hari sabtu guru akan mengadakan ko kurikulum 2 kali sebulan atau
dua kali sabtu. Dua sabtu yang berikutnya guru perlu menghadiri kursus
dalam perkhidmatan. Bermakna guru bertugas 6 hari seminggu walaupun
kerajaan menggezetkan sabtu adalah hari cuti.
bagi guru yang lebih malang mereka terpaksa menghabiskan hari ahad
mereka untuk menjalankan tugas seperti pertandingan permainan peingkat
negeri yang memerlukan mereka keluar daerah. Perkhemahan anjuran pejabat
pelajaran atau pejabat pendidikan daerah. tugas ini tiada bayaran
overtime dan tidak juga diberi cuti khas sebagai ganti cuti hari minggu
mereka.
Cuba bayangkan anda berada di tempat mereka.... bukankah anda akan
terpaksa melakukan kerja sekolah di rumah unruk memastikan tugasan
berwarna kuning di atas dapat diselesaikan?
Kekurangan kerjaya guru
1. kenaikan pangkat yang lambat berbanding jabatan lain iaitu 10 tahun
untuk naik pangkat ke level 2 mengikut gred. (PTD hanya perlu 4 tahun)
2. Kerja yang keterlaluan dan membebankan hanya menguntungkan ketua jabatan.
3. Tiada bayaran lebih masa untuk kerja hari cuti termasuk hari ahad
4. Berlaku penyalahgunaan kuasa oleh ketua jabatan
5. Banyak guru sakit jiwa.(ikut kajian tahun berapa tah..tak ingat. wakaka)
6. Tiada pembelaan untuk guru disiplin yang dituduh melakukan jenayah
terhadap pelajar.(selalunya fitnah sahaja. pelajar sekarang pandai
mengenakan cikgu. Kes cikgu cabul 10 murid perempuan keturunan cina di
KL 2 tahun lepas apa jadi?)
Tahun lepas beberapa blogger PR menyiarkan rungutan guru tentang PBS. Beberapa yang ditemui adalah seperti yang ini;
 |
sumber
Dan juga yang ini
Kepada anak muda terutama lelaki yang
hendak menjadi guru , elok fikirkan masak-masak bebanan kerja seorang
guru seperti yang dinyatakan di atas. Kerja guru sentiasa bertambah dari
masa ke semasa. Janji untuk meringankan tugas guru hanya janji kosong
sahaja. Buktinya PBS dirancang untuk menambah beban kerja guru. Tak caya
? cuba tanya pakcik dan makcik yang kerja cek egu.... wakaka
ELOK MOHON KERJA KERAJAAN DALAM BIDANG
LAIN. KALAU DAPAT JAWATAN PTD TERSNGATLAH BAIK. KEBANYAKAN PTD
BERJAWATAN JUSA C DAN KE ATAS.... Jusa c dalam perguruan hanya
pengarah.
Kenapa gua tau banyak? Sebab 'mem' gua cek egu....
wakaka
|