| ||||||
|
Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 7.0 atau Mozilla Firefox atau Safari dengan resolusi 1024 x 768. Dibangunkan bersama Altfa Solution
Hakcipta terpelihara © 2009 Haraka
KEMPEN INI ADALAH UNTUK MENYATAKAN BAHAWA GURU-GURU YANG MELANJUTKAN PELAJARAN AKAN TETAPI MENDAPAT IMBUHAN YANG LEBIH SEDIKIT DARI YANG TIDAK BELAJAR...
| ||||||
|
A.Nuri |
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan mengumumkan bermula 1 Ogos ini, pegawai pendidikan perkhidmatan siswazah Gred DG41 hingga DG48 akan dibenarkan melibatkan diri dalam politik. |
Posted on the July 20th, 2010 under Berita, Tempatan by Syedz
Kesatuan guru setuju mansuh UPSR, PMR... | ||
|
Makluman:- terkini - 7.4.2010
ISU DGA29/41
Saudara/ Saudari
Masalah DGA29/41 merupakan perkara yang amat rumit dan kompleks kerana terdapat pelbagai kategori dalam kumpulan DGA29/41, antara masalahnya :
1. Guru berkenaan tidak menduduki PTK
2. Guru gagal PTK
3. Guru tidak berpeluang menduduki PTK kerana telah berada di DG41 sebelum PTK dilaksanakan oleh Pihak Kerajaan
4. Memberi keuntungan yang banyak atau sedikit oleh kumpulan DGA29/DGA32/DG41
5. Masalah tidak cukup tempoh 10 tahun di DGA29
Isu ini masih dalam perbincangan dan Pihak NUTP akan cuba menyelesaikan dan membuat rayuan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mengubah tarikh penempatan DG41 atau bayaran secara one-off.
Harap MaklumMELAKA 8 Julai - Dua daripada tiga pelajar yang dipaksa menjadi pelacur oleh satu sindiket yang beroperasi di dua buah hotel bajet di bandar raya ini telah berhenti bersekolah sebelum kes itu dibongkar.
Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Melaka (JPNM) Juliah Leman berkata, salah seorang daripada mereka terpaksa berhenti sekolah atas permintaan ibu bapanya kerana menghadapi masalah disiplin pada 28 Jun lalu sementara seorang lagi pelajar berhenti tanpa sebarang sebab kira-kira tiga tahun lalu.
Katanya, daripada kesemua mangsa sindiket pelacuran itu, hanya seorang daripada mereka yang masih bersekolah di salah sebuah sekolah menengah di bandar raya ini.
"Hasil siasatan pegawai JPNM mendapati dua daripada pelajar yang diselamatkan oleh polis adalah dari Melaka, manakala seorang lagi pula bekas pelajar dari Tangkak, Johor," ujarnya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kejayaan polis negeri menumpaskan satu sindiket pelacuran melibatkan pelajar sekolah menengah di dua hotel bajet di bandar raya ini yang dipercayai beroperasi sejak Mei lalu.
Tiga remaja tersebut, dua daripadanya berusia 15 tahun dan seorang lagi 14 tahun, mendakwa telah diperdaya oleh sindiket tersebut diselamatkan oleh pihak polis manakala seorang ibu ayam bersama dua pembantunya diberkas.
Dalam dua serbuan yang dilakukan oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah (D11) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri di hotel bajet dan sebuah rumah di Duyung di sini, polis menemui tiga remaja yang mengaku dipaksa menjual tubuh dengan bayaran antara RM60 hingga RM80.
Mengulas lanjut Juliah berkata, ibu bapa tiga mangsa yang dipaksa menjadi pelacur itu telah dihubungi oleh JPNM dan telah dimaklumkan mengenai perkara tersebut.
Sehubungan itu katanya, pihaknya telah menjalankan siasatan lanjut mengenai kejadian tersebut dan laporan lengkap telah pun dihantar kepada Kementerian Pelajaran petang semalam.
"JPNM hanya menunggu arahan lanjut daripada kementerian sebelum sebarang tindakan susulan diambil,'' ujarnya lagi.
Sambil melahirkan rasa dukacita mengenai pembabitan pelajar sekolah menengah di negeri ini yang terpedaya dengan sindiket pelacuran, Juliah berkata, JPNM telah menjalankan pelbagai program di setiap sekolah bagi membendung gejala sosial ke atas golongan pelajar.
Menurutnya, program yang kerap diberikan tumpuan oleh pihaknya ialah mengenai isu pelajar ponteng sekolah.
WFauzdin NS |
MASALAH remaja dengan berbagai ragam dan kegiatan negatif mereka bukan sahaja wajib ditangani oleh kedua ibu bapa mereka sahaja.Semua pihak mesti memainkan peranan agar masalah yang semakin kritikal ini dapat dikurangkan walaupun agak mustahil untuk dihentikan. |
KUALA LUMPUR, 3 Julai — Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia Grab a Celcom Blue Bear(TM) and stand to walk away with RM10,000!
Walau bagaimanapun dengan syarat satu mekanisme baru perlu diwujudkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) bagi menilai prestasi para pelajar, kata presidennya, Hashim Adnan kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco NUTP keenam di sini hari ini.
Beliau berkata mekanisme itu penting bagi mengukur serta menilai tahap pelajaran yang diterima oleh para pelajar di sekolah rendah dan sekolah menengah, dan sekaligus mengelakkan para pelajar dan guru hilang tumpuan dan arah tuju.
“Pihak LPM juga perlu melakukan pemantauan bagi memastikan pihak sekolah melaksanakan arahan supaya tidak lari dari kurikulum yang telah ditetapkan bagi memastikan kualiti pembelajaran para pelajar juga tidak terjejas,” katanya.
Sementara itu Hashim juga berkata NUTP turut mengalu-alukan pelaksanaan dasar satu murid satu sukan, yang dapat memastikan pelajar yang cenderung dengan satu jenis sukan akan lebih fokus pada sukan yang diminati mereka, dan sekaligus menjadikan mereka ahli sukan yang lebih mahir dalam bidang yang diceburi.
“Kalau seorang pelajar itu fokus dalam satu sukan contohnya bola sepak, pasti setelah main beberapa tahun dia akan lebih mahir berbanding bermain dalam semua bidang sukan yang akhirnya tidak ke mana,” katanya.
Hashim berkata untuk itu, para guru sukan yang mempunyai sijil dan kemahiran untuk mengajar bidang sukan tertentu perlulah diiktiraf oleh sekolah dan diberi elaun khas kerana pada masa ini terdapat banyak guru sukan yang mempunyai sijil dan kemahiran yang tidak mendapat pengiktirafan pihak sekolah.
Di samping itu, Majlis Sukan Negara dan Majlis Sukan Negeri perlu mengadakan kursus dan latihan kepada para guru sukan bagi memantapkan lagi kemahiran mereka, katanya.
Beliau juga turut meminta Kementerian Pelajaran dan Jabatan Perkhidmatan Awam mengkaji semula gaji permulaan para guru lepasan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) memandangkan ia tidak bertepatan dengan skop pekerjaan mereka berbanding gaji yang diterima oleh guru-guru lepasan Institut Perguruan Malaysia (IPGM).
“Ada antara guru-guru (KPLI) ini yang berkelulusan perakaunan contohnya tetapi mengajar prasekolah mempunyai gaji permulaan yang lebih tinggi dari guru-guru IPGM, walhal tugas dan tanggungjawab mereka (guru IPGM) lebih berat,” katanya.
“Perkara ini bukan sahaja menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan mereka tetapi ia juga melambatkan proses kenaikan pangkat guru-guru IPGM kerana guru-guru KPLI telah melangkau tangga gaji lebih cepat walaupun mereka dilantik pada waktu yang sama dengan guru-guru IPGM,” katanya.
Dalam pada itu, beliau mahu kursus induksi untuk para guru dipercepatkan atau ia akan melewatkan pengesahan jawatan mereka.
NUTP juga meminta supaya Jabatan Pelajaran Negeri Melaka tidak mengarahkan guru-guru untuk bekerja pada hari Sabtu kecuali untuk aktiviti kokurikulum sahaja. — Bernama
DAH JADI MACAMERBA BAB GAJI.....LIHAT JUGA KERJA KAUM GURU DI KAWASAN PUTRAJAYA?????ADAKAH PIHAK NUTP MEMBUAT KAJIAN KERJA-KERJA KAUM GURU DI SEKOLAH DI PUTRAJAYA????
KUALA LUMPUR, 3 Julai — Kumpulan Tindakan Ibu Bapa bagi Pendidikan (Page) hari ini mengumumkan gerakan mereka untuk mendapatkan sokongan peringkat kebangsaan bagi mendesakn kerajaan mengekalkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).
Page juga mahu mendapatkan sokongan Majlis Perundingan Melayu (MPM), badan induk pertubuhan bukan kerajaan Melayu yang dilancarkan Mac lalu, untuk mendesak kerajaan mengkaji semula keputusannya dan kembali kepada sistem asal mengajar kedua-dua mata pelajaran itu dalam Bahasa Malaysia Grab a Celcom Blue Bear(TM) and stand to walk away with RM10,000!
Pengerusi Page, Datin Noor Azimah Abdul Rahim (gambar) berkata matlamat utama pihaknya adalah membawa suara ibu bapa berhubung dasar-dasar pendidikan nasional memandangkan badan ini sudah mendapat status rasmi.
“Kami mahu Page, bukan sahaja menjadi suara masa depan dalam isu PPSMI, tetapi juga dalam isu-isu pendidikan yang lain. Sekarang kami sudah didaftarkan, kami memutuskan untuk menangani perkara-perkara nasional,” kata beliau sambil menambah, badan ini akan menjadi platform bagi ibu bapa untuk menyuarakan pendirian mereka.
“Sebagai contoh, kini topik panasa ialah pemansuhan peperiksaan UPSR dan PMR. Jadi kami mahu ibu bapa memberitahu kami pandangan mereka... justeru, kami boleh mengadakan perbincangan meja bulat dengan Kementerian Pelajaran,” kata beliau kepada pemberita selepas mengumumkan status baru Page hari ini.
Page ditubuhkan selepas kerajaan memutuskan untuk memansuhkan PPSMI Julai tahun lalu.
Badan ini meminta kerajaan mengekalkan opsyen bagi PPSMI dengan menyediakan pilihan mempelajari kedua-dua subjek berkenaan dalam Bahasa Malaysia, Tamil atau Mandarin.
Pada Julai lalu, dasar kontroversi PPSMI diumumkan oleh Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa akan dimansuhkan sepenuhnya pada tahun 2012.
Muhyiddin memberitahu di sekolah kebangsaan, Bahasa Malaysia akan menggantikan bahasa Inggeris untuk mengajar dua mata pelajaran itu.
Sementara Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil akan menggunakan bahasa ibunda masing-masing.
Pemansuhan itu dijalankan berperingkat-peringkat sehingga semua pelajar yang terlibat dengan dasar itu tamat peringkat masing-masing pada 2014.
Dasar yang diperkenalkan sejak 2003 itu mendapat semakin banyak bantahan, khususnya sejak awal tahun ini apabila sekumpulan aktivis bahasa berjaya menggerakkan ribuan orang berarak ke Istana Negara.
Mengulas sokongan Perkasa dan MPM, Noor Azimah berkata, pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan kedua-dua badan tersebut.
“Mereka dengan kami (sekarang). Kami sudah mengadakan perbincangan dengan mereka, dan mereka telah bersetuju untuk mengaturkan satu pertemuan dengan Gapena dan (tokoh komuniti Prof Diraja) Ungku Aziz.
“Ia adalah sesi pertemuan tertutup dengan mereka. Kami ingin menjelaskan kepada mereka mengapa PPSMI harus diteruskan di sekolah yang mahu berbuat demikian,” katanya.
Beliau juga mengesahkan Page akan mengemukakan memorandum kedua kepada Muhyiddin Khamis ini.
“Kami tidak mendapat respons berhubung memorandum pertama. Memorandum yang memasukkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 7 Mei lalu bahawa PPSMI tidak bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan akta bahasa kebangsaan,” katanya.
Timbalan Pengerusi Page Sulaiman Mahran juga melahirkan rasa kecewa dengan Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri.
“Perdana Menteri mengatakan bahawa beliau akan memberikan pertimbangan tetapi yang berkuasa ialah Menteri Pelajaran dan beliau tidak mahu mendengar kami dan enggan mendengar pandangan kami dari awal-awal lagi.
“Kami berharap kami akan mendapat sokongan lebih banyak ibu bapa dan berharap bilangan ini akan meningkat,” katanya.
Noor Azimah menambah, kerajaan berhadapan dengan kemungkinan mengetepikan pengundi kawasan bandar jika terus enggan menerima pandangan orang ramai.
“Kami memberitahu mereka bahawa kami hendak mereka tetapi jangan menjadikan keadaan sukar bagi kami. Mereka terdesak untuk mendapatkan pengundi kawasan bandar dan ini kemungkinan mengalihkan (sokongan) mereka,” kata beliau.
Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; Akhirnya ia menjadi hancur bersepai dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu) dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat) dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. (surah al hadid 57;20)