Saturday, July 3, 2010

PPSMI: Page mahu terus desak kerajaan

PPSMI: Page mahu terus desak kerajaan

July 03, 2010

KUALA LUMPUR, 3 Julai — Kumpulan Tindakan Ibu Bapa bagi Pendidikan (Page) hari ini mengumumkan gerakan mereka untuk mendapatkan sokongan peringkat kebangsaan bagi mendesakn kerajaan mengekalkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Page juga mahu mendapatkan sokongan Majlis Perundingan Melayu (MPM), badan induk pertubuhan bukan kerajaan Melayu yang dilancarkan Mac lalu, untuk mendesak kerajaan mengkaji semula keputusannya dan kembali kepada sistem asal mengajar kedua-dua mata pelajaran itu dalam Bahasa Malaysia mulai 2012.

Grab a Celcom Blue Bear(TM) and stand to walk away with RM10,000!

Pengerusi Page, Datin Noor Azimah Abdul Rahim (gambar) berkata matlamat utama pihaknya adalah membawa suara ibu bapa berhubung dasar-dasar pendidikan nasional memandangkan badan ini sudah mendapat status rasmi.

“Kami mahu Page, bukan sahaja menjadi suara masa depan dalam isu PPSMI, tetapi juga dalam isu-isu pendidikan yang lain. Sekarang kami sudah didaftarkan, kami memutuskan untuk menangani perkara-perkara nasional,” kata beliau sambil menambah, badan ini akan menjadi platform bagi ibu bapa untuk menyuarakan pendirian mereka.

“Sebagai contoh, kini topik panasa ialah pemansuhan peperiksaan UPSR dan PMR. Jadi kami mahu ibu bapa memberitahu kami pandangan mereka... justeru, kami boleh mengadakan perbincangan meja bulat dengan Kementerian Pelajaran,” kata beliau kepada pemberita selepas mengumumkan status baru Page hari ini.

Page ditubuhkan selepas kerajaan memutuskan untuk memansuhkan PPSMI Julai tahun lalu.

Badan ini meminta kerajaan mengekalkan opsyen bagi PPSMI dengan menyediakan pilihan mempelajari kedua-dua subjek berkenaan dalam Bahasa Malaysia, Tamil atau Mandarin.

Pada Julai lalu, dasar kontroversi PPSMI diumumkan oleh Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa akan dimansuhkan sepenuhnya pada tahun 2012.

Muhyiddin memberitahu di sekolah kebangsaan, Bahasa Malaysia akan menggantikan bahasa Inggeris untuk mengajar dua mata pelajaran itu.

Sementara Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil akan menggunakan bahasa ibunda masing-masing.

Pemansuhan itu dijalankan berperingkat-peringkat sehingga semua pelajar yang terlibat dengan dasar itu tamat peringkat masing-masing pada 2014.

Dasar yang diperkenalkan sejak 2003 itu mendapat semakin banyak bantahan, khususnya sejak awal tahun ini apabila sekumpulan aktivis bahasa berjaya menggerakkan ribuan orang berarak ke Istana Negara.

Mengulas sokongan Perkasa dan MPM, Noor Azimah berkata, pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan kedua-dua badan tersebut.

“Mereka dengan kami (sekarang). Kami sudah mengadakan perbincangan dengan mereka, dan mereka telah bersetuju untuk mengaturkan satu pertemuan dengan Gapena dan (tokoh komuniti Prof Diraja) Ungku Aziz.

“Ia adalah sesi pertemuan tertutup dengan mereka. Kami ingin menjelaskan kepada mereka mengapa PPSMI harus diteruskan di sekolah yang mahu berbuat demikian,” katanya.

Beliau juga mengesahkan Page akan mengemukakan memorandum kedua kepada Muhyiddin Khamis ini.

“Kami tidak mendapat respons berhubung memorandum pertama. Memorandum yang memasukkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 7 Mei lalu bahawa PPSMI tidak bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan akta bahasa kebangsaan,” katanya.

Timbalan Pengerusi Page Sulaiman Mahran juga melahirkan rasa kecewa dengan Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri.

“Perdana Menteri mengatakan bahawa beliau akan memberikan pertimbangan tetapi yang berkuasa ialah Menteri Pelajaran dan beliau tidak mahu mendengar kami dan enggan mendengar pandangan kami dari awal-awal lagi.

“Kami berharap kami akan mendapat sokongan lebih banyak ibu bapa dan berharap bilangan ini akan meningkat,” katanya.

Noor Azimah menambah, kerajaan berhadapan dengan kemungkinan mengetepikan pengundi kawasan bandar jika terus enggan menerima pandangan orang ramai.

“Kami memberitahu mereka bahawa kami hendak mereka tetapi jangan menjadikan keadaan sukar bagi kami. Mereka terdesak untuk mendapatkan pengundi kawasan bandar dan ini kemungkinan mengalihkan (sokongan) mereka,” kata beliau.

No comments:

Post a Comment