Sunday, January 23, 2011

SATU , DUA TIGA LEKUP.KEPALA GURU KENA KETUK


SUDIKAH ANDA SEBAGAI PENDIDIK MENJADI PECACAI HANYA UNTUK MENGUNDI PEMERINTAH YANG TIDAK TAHU MENJAGA KEBAJIKAN KAUM GURU.BAYANGKAN SEORANG POLIS BERPANGKAT KOPERAL,ASKAR BERPANGKAT SARJAN,DAN JUGA NURSE BERJAWATAN JURURAWAT MEMPUNYAI GAJI LEBIH TINGGI DARI GURU YANG MELANJUTKAN PELAJARAN KE UNIVERSITI.....


APA PEMIMPIN ANDA BUAT UNTUK ANDA??

Muhyiddin: Elok bagi guru setia kepada kerajaan

Kerajaan tidak pernah mempersoalkan kesetiaan guru-guru di negara ini tetapi selain kesetiaan kepada negara, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata, adalah elok bagi guru juga supaya setia kepada kerajaan.

"Kita tidak akan mempersoalkan. Selain dari setia kepada negara, elok juga kita setia kepada kerajaan. "Sebab guru merupakan penggerak utama dalam masyarakat, masih dihormati, diberi penilaian yang tinggi.

Guru jadi pemimpin dalam masyarakat, maka kita mahukan supaya sikap untuk kebersamaan antara kerajaan dan tenaga yang penting seperti guru selalu ada di situ,” katanya kepada Bernama.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, guru sebagai seorang pemimpin perlu sentiasa mempunyai sikap kebersamaan kepada kerajaan supaya dapat menjayakan agenda pembangunan negara terutamanya Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dalam bidang pendidikan.

Muhyiddin berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran program Bangkit Guru Untuk Negara (B-GUN) peringkat Johor, di Pagoh, hari ini. Hadir sama, Pengarah Pelajaran Johor, Markom Giran.

Markom menimbulkan kontroversi awal bulan ini apabila kegiatannya berkempen untuk BN di Tenang dirakamkan dan disiarkan melalui Youtube.

Dia bagaimanapun menafikan tuduhan tersebut dan mendakwa beliau hanya mahu mengenalpasti kecenderungan politik para guru untuk memastikan mereka "menyokong dasar kerajaan".

Kata Markom, beliau tidak berkempen tetapi berucap kepada kakitangan bawahannya dan tindaklan itu merupakan "hak kami untuk mengenalpasti (parti politik) yang guru kami sokong,".

Tambahnya lagi, jika guru-guru didapati menentang kerajaan, maka mereka akan dihantar mengikuti kursus supaya mereka faham bahawa sebagai kakitangan awam, mereka tida boleh menentang dasar kerajaan.

Markom menjelaskan bahawa sebagai kakitangan awam, mereka merupakan pelaksana dasar kerajaan dan kerana itu, mereka mesti mengikuti apa sahaja dasar yang dibuat oleh kerajaan yang memerintah.

Katanya, mereka makan gaji dengan kerajaan dan oleh itu, mereka tidak seharusnya menentang kerajaan, tetapi mematuhi apa juga dasarnya.

Akibat tindakannya itu, PAS Johor pada 7 Januari lalu, membuat laporan polis mendakwa Pengarah Pelajaran Johor itu mengajak pengetua dan guru sekolah di sekitar DUN Tenang merayu undi untuk membantu BN dalam pilihan raya kecil hujung bulan ini.


Ulasan GB

Sebenarnya TPM dan Ketua Pengarah Pelajaran Johor adalah dari golongan bermentaliti kuno dan ketinggalan di dalam arus globalisasi.

Tatkala orang sedunia sedang membicarakan "langit terbuka", "k-workers", "globalisasi", "era digital" dan seumpamanya, masih terdapat dari kalangan menteri dan pegawai awam yang masih tersangkut di dahan rasisma dan politik kepartian sempit yang mengharapkan kaum guru menjadi pak dan mak angguk.

Guru-guru selama ini hendak dijadikan buaya-buaya yang diketuk kepalanya supaya sang kancil itu dapat menyeberang sungai untuk menelan buah-buahan di seberang.

Begitulah tamsilnya, guru-guru hendak dijadikan "aset berguna" dan "aset tetap" di dalam pemilihan nanti supaya TPM itu bakal kekal sebagai Timbalan Presiden UMNO, kalau tak pun untuk bertanding jawatan Presiden dengan menjadikan Ketua Pengarah Pelajaran Negeri sebagai sang jenderal buaya yang akan mengarahkan buaya-buaya lain beratur di belakangnya, bersedia untuk diketuk kepala oleh sang muhyiddin.

Sumber: GreenBoc: Muhyiddin Jadikan Guru Sang Buaya Untuk Diketuk Kepalanya

No comments:

Post a Comment