Saturday, April 16, 2011

NUTP DIAM MEMBISU SOAL GAJI GRED 41/44-SUA BERI ALASAN KPM TIDAK MAHU BERJUMPA

BloggerMATROS71 said...

Puan SUA,

03-00241461

Hai Puan SUA mengapa membisu,nak tahu juga tentang perkembangan terkini kertas cadangan untuk memberikan fast track kepada golongan guru DGA29/DG41.

Pada fikiran saya adalah lebih rasional dan lebih adil sekiranya tempoh kenaikan gred khusus untuk guru-guru DGA29/DG41/DG44 ke DG48 disingkatkan agar tangga gaji golongan kami ini dilihat lebih setara dengan golongan guru DGA32/DG41/DG44.

Sekiranya menjadi kenyataan,ini sekaligus merupakan satu penghargaan yang tinggi pihak KPM kepada golongan guru yang lebih awal sambung belajar dan lebih awal berada di gred DG41. Kembalilah kepada hukum alam yang sebetulnya di mana mereka yang lebih senior berada di gred yang lebih tinggi sepatutnya mengecapi tangga gaji yang lebih tinggi bukan seperti apa yang berlaku sekarang ini. Mereka yang berada di gred yang lebih rendah dapat bermewah-mewah dengan tangga gaji yang jauh lebih tinggi.

Kami hanya manusia, cuba hayati betul-betul sekiranya perkara ini berlaku pada diri Puan SUA, Apa agaknya perasaan puan pada masa itu. Bermula daripada ketidakadilan pada Julai 2007 sampai sekarang hati kami cukup terluka dan sudah bernanah. Jadi sekiranya isu ini tidak diselesaikan dengan segera maka pihak KPM perlu ingat mereka telah membunuh puluhan ribu komitmen guru-guru DGA29/DG41 yang lebih senior dari segi perjawatan dan pengalaman. Dengan ini apa jua yang diperkatakan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan tidak bererti lagi buat golongan kami ini akibat kebajikan kami diabaikan.

Mohon respon daripada pihak Puan SUA tentang pandangan saya ini dan adakah masih ada sinar bagi golongan kami ini atau terus gelita sampai bila-bila dengan isu yang tidak berkesudahan ini. Berilah pembelaan yang seadil-adilnya kepada golongan guru DGA29/DG41 yang dilantik ke DG41 sebelum 2007.

1 guru DGA29/DG41, 1 pembelaan yang cukup adil dan 1 penghargaan serta 1 pengiktirafan kepada golongan guru yang terus menerus rugi ini, terutama daripada YAB. Perdana Menteri kita. Semoga menjadi kenyataan, itulah harapan kami semua sejak dari tahun 2007 lagi.

TQ

BloggerSetiausaha Agung said...

Sdr MATROS71,

Saya ingin memberitahu isu DGA29/41/44 guru tidak mengalami kerugian, hanya ada lebih untung dan ada kurang untung.

Kita telah berusaha menyelesaikan masalah ini mengikut kumpulan kerana menyedari tidak dapat membuat secara blanket.

Beberapa wakil sekolah ahli terlibat telah kita jemput bersama untuk berunding mengenai isu ini.

Kementerian Pelajaran Malaysia hanya akan menyelesaikan secara kumpulan.

contoh :

Kes guru senior DGA29/41 terlepas DGA32 dan terlepas peluang ke DG48

Beberapa perkara teknikal kita masih sedang berbincang.

Sila beri maklumat diri ke blog@nutp.org

Apabila mesyuarat kedua diadakan kita akan menjemput saudara bersama.

Tue Feb 08, 10:14:00 PM 2011

BloggerSetiausaha Agung said...

Sdr Matros71,

Bukan membisu tetapi sedang berusaha
untuk berjumpa dengan KPM. Mereka cuba mengelak untuk berjumpa.
Jika ada mesyuarat akan datang kita hendak berjumpa dengan saudara untuk memberi makumat diri mengenai perkara ini.

Sat Feb 12, 10:28:00 AM 2011

BloggerMATROS71 said...

Sukar untuk berjumpa dan berunding dengan KPM tidak boleh dijadikan satu alasan, malah keikhlasan dan komited NUTP perlulah lebih realistik dan jangan asyik nak memenangkan golongan guru DGA32/DG41 sahaja, sudah masuk tahun yang keempat bermula ketidakadilan tahun 2007 tapi sampai sekarang masih belum ada perkembangan yang positif bagi golongan kami. Apa salahnya tempoh masa timebased bagi golongan guru DGA29/DG41/DG44 disingkatkan kepada 3 atau 5 tahun sahaja agar kadar pergajian kami lebih berbaloi sekaligus dapat memperbaiki ketidakadilan yang lepas.Tambahan pula pekeliling baru yang agak tidak munasabah di mana guru DGA32 dilantik ke DG41 sebelum tarikh lulus temuduga. Apa sudah jadi sekarang ? Apa pendirian NUTP dalam hal ini, permasalahan ketidakadilan terus bertambah. Mana perginya pembelaan NUTP ......?????

Sepatutnya ini yang berlaku :

1 GURU 1 PENGORBANAN 1 KEIKHLASAN 1PENGHARGAAN 1 PENGIKTIRAFAN 1 KEADILAN 1 SOKONGAN

Tapi sekarang ini yang sedang berlaku :

1 GURU 1 PENGANIAYAAN 1 KRONILISM
1 PENGANAKTIRIAN 1 KETIDAKADILAN
1 SOKONGAN ( KENA BERFIKIR 2 KALI )

Hayati dan berilah respon yang lebih positif yang memungkinkan pergajian dan senioriti kami diadili serta diberi pembelaan dengan seadil-adilnya

Monday, April 11, 2011

Pelajar Kurang ajar mengaku salah tumbuk guru disiplin wanita

RASAKAN ENGKAU AKAN DIHUKUM......ELOK BERHENTI BELAJAR PERGI JADI SAMSENG....


Gambar fail cikgu Mariati Ali (kiri) ditemani rakannya selepas ditumbuk oleh seorang pelajar Khamis lalu.
KANGAR, 11 April – Seorang pelajar lelaki tingkatan dua mengaku salah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini kerana menumbuk seorang guru wanita di sekolahnya sehingga mendatangkan kecederaan, Khamis lalu.

Pengakuan itu dibuat tertuduh yang berusia 14 tahun, dari Sekolah Menengah Dato Jaafar Hassan, Bukit Keteri, ketika prosiding di kamar Majistret Nur Shahida Abdul Rahim.

Pelajar itu didakwa sengaja menyebabkan kecederaan parah ke atas Mariati Mat Ail, 37, dengan menumbuk bahagian hidung mangsa sehingga menyebabkan tulang hidung guru wanita itu retak.

Nur Shahida kemudian menetapkan wang jaminan RM3,000 ke atas tertuduh manakala 4 Mei ini sebagai tarikh untuk menjatuhkan hukuman.

Berita Harian Online melaporkan bahawa mahkamah akan membuat keputusan berpandukan Akta Kanak-kanak 2001 kerana mengambil kira status tertuduh sebagai pesalah juvana.

Guru wanita itu cedera parah selepas tulang hidungnya dilaporkan retak akibat ditumbuk seorang pelajar tingkatan dua di Bukit Keteri selepas mangsa yang juga guru disiplin sekolah menegur pelajar terbabit yang dikatakan bergaduh di pekarangan sekolah.

Thursday, April 7, 2011

Muhyiddin jangan temberang, selesai tuntutan guru



Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 7 April: PAS bersimpati dengan nasib guru-guru Kementerian Pelajaran yang lambat menerima tuntutan.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad menyatakan demikian sebagai mengulas pendedahan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) bahawa ada Jabatan Pelajaran Negeri belum membayar tuntutan perjalanan pegawai pendidik walaupun selepas lebih setahun tuntutan dibuat.

Ia membabitkan tuntutan perjalanan ke program dan kursus anjuran Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) sejak Februari serta Mac tahun 2010.

Difahamkan perkara itu berlaku kerana peruntukan Kementerian Pelajaran dikurangkan.

“Fenomena ini amat memalukan ketika Timbalan Presiden Umno yang juga Menteri Pelajaran sibuk temberang rakyat Sarawak dengan berbagai projek sempena pilihanraya Negeri Sarawak,” kata Idris dalam satu kenyataan.

Justeru, katanya PAS hendak menasihatkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ke Sarawak, selesai dahulu nasib guru-guru di bawah kementeriannya.

Di dalam Islam, jelasnya kalau hendak bersedekah kepada orang lain biarlah anak sendiri tidak mengemis kepada orang lain.

“Nampaknya Tan Sri Muhyiddin sibuk buat amal sunat, perkara wajib diabaikan. Nampaknya Kementerian Pelajaran sejak di bawah beliau semakin bercelaru,” katanya.

Sebelumnya, katanya berlaku lambakan lebihan guru Sains dan Metematik seramai 26,000.

Menurutnya, mungkin Muhyiddin pening hendak menjawab tawaran Pakatan Rakyat yang dianggap satu cabaran kepadanya apabila guru-guru akan diberikan imbuhan khas sebanyak RM500 setiap bulan.

Untuk melindungi kelemahan, katanya maka Muhyiddin memberi kenyataan jika mengikut tawaran Buku Jingga negara akan bankrap.

Soalnya, sekarang siapa yang bankrap sehingga guru-guru tidak mendapat tuntutan perjalanan walaupun hampir satahun.

“PAS menasihatkan Timbalan Presiden Umno jagalah kebajikan anak kandung dulu sebelum mempedulikan anak orang,” ujarnya.

Menurutnya, negara akan runtuh jika memperolehi kerajaan yang tidak mengambil berat kepada guru-guru kerana mereka ialah orang yang bertanggungjawab menyediakan sumber tenaga manusia pada masa akan datang.

Sunday, April 3, 2011

Prosedur nilai prestasi guru wajar diperbetul

Penulis terima banyak aduan sama ada melalui percakapan tidak formal mahupun menerusi persatuan dan kesatuan guru sama ada semasa lalu mahupun hingga kini, tentang rasa tidak puas hati warga pendidikan terutama di kalangan guru-guru atau pegawai perkhidmatan pendidikan; baik yang bertugas di sekolah-sekolah, maktab-maktab perguruan (kini lnstitut Pendidikan Guru Malaysia/IPGM) dan pejabat-pejabat pendidikan daerah.

Penulis tidak mahu menyentuh selok-belok di kementerian-kementerian lain. Tetapi memadailah bahagian-bahagian di Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).ltupun bukan semua aspek; sekadar secebis atau sekelumit isu ketidakpuasan hati para penjawat ini.

Rata-ratanya menzahirkan rasa tidak puas hati; bukan sahaja di kalangan mereka yang sedang berkhidmat atau mengajar tetapi ramai juga yang berstatus mulia sebagai pesara kerajaan Malaysia; meliputi mereka yang bersara wajib dan bersara pilihan kerana kelayakan dan hak-hak mereka yang tidak boleh dipertikaikan sesiapapun.

Ketidakpuasan ini bagaikan rumah siap pahat berbunyi.Walaupun kini situasi dan peluang kenaikan pangkat amat cerah dalam KPM kerana 'sesiapa yang rasakan dirinya layak boleh memohon sendiri' adalah adil dan bijak tetapi kisah-kisah masa lalu wajar penulis catatkan agar menjadi peringatan untuk generasi pendidik hari ini dan masa akan datang.

Semua pihak menyedari bahawa melalui beberapa skim/sistem yang diperkenalkan oleh kerajaan masa lalu seperti Sistem Saraan baru (SSB) dan Sistem Saraan Malaysia (SSM) pada idea asalnya baik dan ada beberapa yang boleh diterima pakai. Tetapi yang menjadi permasalahan pokok ialah pada peringkat perlaksanaannya.

Tanyalah guru-guru di sekolah atau pensyarah-pensyarah di mana-mana IPGM rata-ratanya (tidak semua) tidak berpuas hati dengan markah prestasi yang diperolehi, pemilihan kuota yang menimbulkan ketidakadilan dan kronisme yang diamalkan.Walaupun ini bukan tuduhan tetapi penulis cuma terima reaksi yang menzahirkan sedemikian.

Walaupun begitu penulis cuma mahu bertanya; apakah pihak ketua pejabat atau jabatan seperti Pengarah atau Pengetua ataupun Guru Besar dan Timbalan atau Penolongnya benar-benar mematuhi prosedur yang ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) ketika melaksanakan memberi markah dan penilaian ke atas maklumat/borang Sasaran Kerja Tahunan (SKT) yang menetukan prestasi penjawat di bawahnya?

Maksudnya adakah Penilai Pertama, Penilai Kedua atau sesiapa yang telah dipertanggungjawabkan berjumpa,bersemuka dan berbincang dengan stiap staf ketika markah prestasi diberikan agar pihak/individu yang dinilai itu bersetuju?

Sebenarnya pertemuan bersemuka adalah salah satu prosedur telus dalam pemberian markah. Jika penjawat atau guru yang dinilai itu bersetuju atau tidak bersetuju adalah tidak salah mereka memberi sebab dan alasan-alasan konkrit yang mana akhirnya mereka boleh bersetuju atau menolaknya.Soalnya; adakah prosedur seperti ini ada dilakukan?

Penulis tidak menafikan, tidak semua Ketua Jabatan bersikap semborono atau tangkap muat sahaja. Namun sikap ambil mudah dan lepas tangan ini bukanlah mustahil ada terjadi.Yang mendukacitakan,implikasi dan impak ketua atau penolong ketua seperti ini yang bersikap 'tutup sebelah mata' adalah umpama parasit yang menjahanamkan sesuatu sistem dalam sesebuah organisasi.

Walhal tujuan kerajaan; khususnya Kementerian Pelajaran Malaysia adalah baik dan murni. Namun ada juga segelintir warga KPM pada masa lalu yang iri hati, dengki dan cemburu sesama sendiri. Natijahnya siapakah yang rugi jika ada di kalangan warga KPM khususnya di sekolah dan IPGM yang hilang keyakinan dan hilang kepercayaan yang mana menjejaskan prestasi kerjaya mereka?

Justeru penulis menyeru jika fenomena atau senario ini masih berlaku atau terjadi, kepada warga KPM silalah buat aduan terus ke pihak atasan KPM atau melalui kesatuan-kesatuan dan persatuan perguruan. Ketahuilah hak-hak anda sebagai seorang penjawat awam!


Penulis ialah presiden Persatuan Pengamal Pendidikan Malaysia.