Saturday, January 5, 2013

CIKGU CIKGU....AWAS IBUBAPA YANG ANGKUH

JIKA  GURU-GURU BERJUMPA IBUBAPA YANG ANGKUH, AJAR ANAK MEREKA DENGAN KEANGKUHAN.....LANTAK PI ANAK DEPA ATAU BERAMBUS KE SEKOLAH SWASTA...

 

  DARI BLOG YONG SUKA KUNING.

CIKGU, PENSYARAH DAN PELAJAR - JOM UNDI PAKATAN RAKYAT DEMI MENGUBAH KUALITI HIDUP ANDA!

PUPUS!

Maaf, bahasa N3 Yong kali ini mungkin kasar!
Dasar Pendidikan Negara ibarat dinosaur yang kepala kecil tetapi berbadan besar. Dasar ini langsung tiada unsur intelleual. Ia dilakar semata-mata untuk kehendak industri. Itupun tidak menjadi kerana sektor itu kini penuh dengan pendatang asing!
Cikgu mengeluh kerana beban kerja yang terlampau. Ibu bapa mengeluh kerana beg sekolah anak teramat berat. Itupun ibubapa masih terpaksa keluar wang untuk bayaran tuisyen tambahan kerana anak masih tak faham apa yang diajar di sekolah. Pensyarah tiada masa membuat penyelidikan kerana dibebankan dengan kerja-kerja "kualiti" yang mengarut. Pelajar tiada masa beriadah dan bergiat dalam persatuan kerana terbeban dengan kerja kursus untuk memenuhi keperluan OBE!
Apa itu OBE?
OBE ialah Outcome Based Education. Ia satu sistem jaminan kualiti paling mengarut yang pernah diamalkan oleh universiti tempatan. OBE pernah diamalkan di negara maju seperti di US, Australia dan Jepun. Tetapi ia mendapat tentangan dari kalangan aktivis pendidikan.

Kenapa menentang kalau ia bagus?
Kepada pendukong OBE Yong ingin bertanya:
  • Bagaimana anda mengukur kematangan minda pelajar? 
  • Bagaimana anda mengukur etika pelajar? 
  • Bagaimana anda mengukur "continuous learning?" 
  • Bagaimana anda mengukur kepimpinan pelajar? 
  • Bagaimana anda mengukur keberadaban pelajar? 
  • Bagaimana anda mengukur daya kreativiti pelajar? 
  • Bagaimana anda mengukur nilai? 
  • Bagaimana anda mengukur seseorang pendidik itu telah mencapai objektif pengajarannya? 
Semua itu anda tidak boleh ukur, lalu anda letak sahaja sebagai "not-measured" atau "non-measurable." 
Sesungguhnya OBE telah membunuh daya kreativiti pendidik dan pelajar kerana skop pendidikan hanya diasaskan kepada apa yang "measurable" atau boleh diukur dalam objektif suka-suka buat yang kebanyakannya mengarut!
Objektif pengajaran mengarut kerana keperluan memenuhi syarat berikut: 
  • Dalam kelas pendidik tidak boleh mengkritik dasar kerajaan. 
  • Dalam kelas pelajar tidak boleh menjawab soalan dengan mengkritik dasar kerajaan. 
Oleh itu, Yong menyeru cikgu, pensyarah dan pelajar yang boleh mengundi. Pilihlah Pakatan Rakyat demi meningkatkan kualiti pendidikan Negara.
Sebagai bekas auditor kualiti akademik, Yong tahu di mana letaknya kepincangan akademik dan kenapa graduan kita sekarang ramai macam robot.
Maaf graduan-graduan semua. Anda telah diuji secara tidak adil oleh sistem yang tidak adil!
TAK PERLU ANDA KOW-TOW PROFESOR KANGKUNG ANDA HANYA KERANA INGIN MARKAH YANG TINGGI!
JOM UBAH!

TOLAK UMNO. TOLAK BN.




ADA NANGOI CEMBURU GURU-GURU DAPAT BELAJAR PERCUMA.NAK MURAH MASUK JE USM DENGAN KELULUSAN STPM,
INI SAH KENA BAYAR BERBELAS RIBU BARU DAPAT IJAZAH....TAK BALIK MODAL BEB....SOH BELAJAR PANDAI-PANDAI TAK MO...AKHIRNYA BERJAKI KE ORANG YANG DAPAT IJAZAH...BIAR LAH..REZEKI MASING-MASING.
AKU SEJAK KECIL TAK DAPAT PUN BIASISWA SEBAB MAK BAPAK AKU BEKERJA...TAK LAYAK DAPAT BIASISWA DAN BAPAK AKU BERTANGGUNGJAWAB BAGI BUKU KEPADA YANG LEBIH LAYAK.

   

No comments:

Post a Comment