Tuesday, January 8, 2013

UPSR DAN PMR BUKAN TIKET MENJADI GURU

Saya sebenarnya malas untuk melayan orang yang bodo sombong yang sentiasa memberikan komen dan mempertikaikan tentang guru-guru yang mengajar di negara ini.Kelayakkan memasuki maktab dan sekarang kursus kursus ke maktab lebih ketat lagi bidang kelayakkannya .

Di zaman saya memohon untuk memasuki maktab Perguruan,  selain mempunyai kemahiran dan wajib lulus kepujian  BM,Matematik,Sains, Bahasa Inggeris  guru-guru perlu menduduki kursus selama 3 tahun dan 2 tahun setengah yang padat dengan kerja kursus yang berbagai,Latihan menjadi guru sukan yang diajar serta juga bidang yang di berikan tawaran untuk dididik sebagai seorang pendidik.

Banyak yang mempertikaikan tentang KPLI yang cuma setahun berkursus.Ini sama ada tidak ada pilihan bekerja atau memang nak menjadi seorang gur, .bab ini jika nak diulas panjang sekali.Hanya yang menjadi guru sahajA tahu bagaimana untuk menjadi guru.sebab itu dilatih menjadi guru untuk mendidik murId-murid UPSR untuk mendapat cemerlang.

Untuk nak mempertikaikan kelayakkan guru lulus UPSR 5A  PMR 8A baru layak menjadi guru, saya kira ianya terhad.malah yang menjadi guru-guru hari ini ialah guru-guru yang bukan semuanya mendapat 5A dan UPSR 5A  atau  Peperiksaan Penilaian dan  atau LCE,SRP  sebelumnnya.kerana Perdana Menteri pun tidak di tetapkan kelayakkan mendapat PMR,UPSR cemerlang.Malah kalau di lihat kepada kelayakkan menteri sekarang ini seperti orang kebanykkan yang tak banyak pun lulus tinggi.Ada yang lulus tinggi tapi otak macam selut pun banyak.jadi penyamun lembu,penyamun harta minyak negara,menjadi parasuah tegar dan banyak kes yang dilaporkan.Itu menteri.mentadbir negara.

Begitu juga kelayakkan menjadi seorang bapa atau ayah mesti mendapat upsr 5a atau pmr 8a baru boleh menjadi bapa untuk mendidik anak cemerlang?????.kita lihat anak seorang penoreh getah yang tak berkelulusan, mendidik anak dirumah,dan di sekolah guru-guru tadi mendidik anak penorah getah tadi menjadi seorang jurutera atau doktor atau guru dan sebagainya.Kelayakkan mendidik ibubapa ialah apabila ibubapa itu boleh mendidik anak-anak tadi atau menyerahkannya di pusat tution atau guru-guru sekolah.
mempertikaikan kelayakkan 350,000 guru sekolah yang mempunyai 5A dalam UPSR atau Penilaian tadi sama juga mempertikaikan kelayakkan ibubapa yang mendidik anak-anak supaya menjadi semerlang,atau sebaliknya.

Seorang doktor tidak mampu untuk mendidik anak sendiri dan sebahagian besarnya menyerahkan kepada sekolah dan pusat-pusat tution untuk di didik guru tadi, dan guru-guru ini bukan semuanya lulus cemerlang di UPSR dan  PMR , malah menjadi pendidik tadi dengan kelulusan SPM  atau STPM dan sekarang Ijazah bagi kemasukkan ke KPLI.Latihan diberi untuk memahirkan dengan sisitem pendidikan dan pengurusan murid-murid di sekolah rendah dan menengah.

Saya sendiri mempunyai anak-anak yang cemerlang dalam UPSR dan di ketika PMR, tidak mendapat 8A, namun hampir kepada itu iaitu 7A dan 6A walau dahulunya mendapat 5A di  dalam peperiksaan UPSR.Adakah saya nak menyalahkan guru-guru sekolah menengah yang mengajar anak saya sendiri atau kerana saya tidak menjaga jadual belajar anak dan tidak melihat mereka di sekolah berasrama penuh?Hanya kerana kedua-dua anak saya mendapat cemerlang di dalam UPSR dan kurang cemerlang dalam peperiksaan UPSR?

Di pendekkan cerita lah..saya tidak akan melayan lagi manusia yang bodoh sombong yang berhati busuk untuk memperlekehkan guru-guru di Malaysia kerana saya sendiri diperigkat rendah tidak cemerlang, Namun kerana usaha saya, minat saya dalam bidang yang saya ambil,diajar,kursus,maklumat,pembacaan yang banyak,kajian yang mendalam,saya dianugerahkan dengan doktor falsafah, bergelomang dengan kajian dan juga pendedahan di luar negara,lawatan,kursus,bengkel dan segala macam merba bidang pendidikan dan usaha ini dan hasil yang saya bukukan menjadi panduan,kajian,selidik,menelaah,membaca,seribu patah perkataan hasil dari diasuh,dididik,dibantu,tunjuk ajar,pengalaman,kajian,tessis....

Memperjuangkan nasib guru-guru dari sikap ibubapa yang lupa daratan hari ini  adalah perlu kerana ibubapa adalakanya tidak semuanya bijak secara seulajadi.Mungkin yang bijak itulah yang diajar oleh guru yang tidak cemerlang upsr dan pmr tadi.Kerana itu saya amat menghargai guru-guru yang mendidik saya dan anak-anak saya menjadi insan cemerlang, walau guru yang engajar saya dulunya tidak ada pun SPM,STPM, tetapi guru itu umpama lilin,mendapat pendedahan maklumat dari kursus,bengkel,latihan dalaman,latihan perkhidmatan yang diberikan sehingga mampu melahirkan insan yang menjadi guru,doktor,jurutera  dan bidang kemahiran lain

Jangan jadi sombong dan bodoh atau bahlol,kerana yang menjadi polis,tentera pun bukannya cemerlang untuk menjadi seorang pegawai polis yang cekap dan anggota tentera yang berdisiplin.Janganlah memperlekekehkan orang lain kerana cara kita memperlekekhkan orang menunjukkan kita sendiri tidak cerdik.Buat yang suka sangat mempertikaikan guru yang tak cemerlang, didik lah anak anda sendiri atau diri sendiri supaya menjadi seorang yang bijak dan insan yang cemerlang budi bahasa dan sememangnya anda layak di maki hamun dan dianggap bodoh.

No comments:

Post a Comment