Monday, January 7, 2013

Rasuah punca sekolah Lawas dikunci?

Rasuah punca sekolah Lawas dikunci?

KUALA LUMPUR 7 Jan: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didesak menyiasat insiden Sekolah Kebangsaan (SK) Pusat Lawas yang dikunci ekoran pertikaian kontraktor projek sekolah itu.
“Ia tidak sepatutnya berlaku dalam keadaan sesi persekolahan baru bermula. SPRM perlu siasat jika ada unsur rasuah. Kita menuntut demikian kerana rakyat mahu tahu keadaan sebenar,” kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Sarawak, Ahmad Nazib Johari.


Inilah sekolah tersebut.


Beliau mengulas tindakan subkontraktor projek mengunci sekolah 2 Januari lalu berikutan belum membuat bayaran kepada mereka selain menanggung kerugian RM2 juta.

Nazib juga menuntut Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak, Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud memberi penjelasan.


“Jika saluran kewangan negara telus, tiada salah guna kuasa dan rasuah, kita yakin insiden memalukan ini tidak berlaku,” katanya kepada Keadilan Daily.



PENJILAT UMNO YANG DOK KOMEN....HANG JAWAB LA APA CITA NI....KAH..KAH...KAH...
HIDUP CIKGU....DAPAT GAJI BANYAK...PI BELAJAQ FREE....ADA OARANG CEMBURU....


 

1 comment:

  1. Salam.

    Rasuah itu haram.

    Islam mementingkan keadilan. Adil ertinya mletakkan sesuatu pada tempatnya.

    Adakah dkira mletakkan ssuatu pd tmptnya bila mengambil org bodo akademik ke dlm bidang akademik? Logikkah org xskor upsr dan spm di ambil mengajar murid2 skor upsr dan dpm?

    Kemudian beri mereka degree percuma? Sedangkan org lain terpaksa skor spm 10A bru dpt biasiswa. Apa istimewa puak bodo upsr pun x skor jauh skali spm hingga d beri degree percuma tanpa skor spm dulu?

    Adakah itu adil? Tuan2 pk lah sendiri kerja buat kerajaan kita ni.

    ReplyDelete