Sunday, January 20, 2013

MEMANG LA GURU-GURU DITUKARKAN KALAU SOKONG PAKATAN RAKYAT

Hanya 6 daripada 290,457 guru siswazah mohon sertai politik

January 20, 2013

MENGARUTNYA KENYATAAN PUTAR BELIT UTUSAN MELOYA INI. BANYAK SUDAH GURU-GURU DITUKARKAN KE NEGERI LAIN KERANA AKTIF DALAM PAKATAN RAKYAT.KONONNYA ANTI KERA JAAN. KALAU DALAM UMno MENGHADIRI MESYUARAT AGONG PUN MENDAPAT CUTI DAN KELEPASAN INTIMEWA  .PUNYA LA BAGUS.


Oleh ZAINAL AZHAR MOHAMED


BATU PAHAT 20 Jan. - Kementerian Pelajaran mendedahkan hanya seramai enam orang daripada 290,457 guru siswazah memohon untuk terlibat dalam politik walaupun kerajaan telah membenarkan tenaga pengajar yang menepati syarat terlibat dalam politik.

Timbalan Menterinya, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, jumlah permohonan yang sedikit itu dipercayai berpunca kerana guru-guru masih bimbang mereka dikenakan tindakan akibat terlibat dalam politik.



Menurutnya, selain itu, para guru turut bimbang identiti mereka yang terlibat dalam politik dan parti didedahkan oleh kementerian dan boleh menjejaskan tugas mereka.



"Para guru dinasihatkan tidak perlu bimbang sekiranya ingin mengemukakan permohonan untuk terlibat dalam politik kerana kebenaran yang diberikan oleh kerajaan telah menjamin identiti mereka dirahsiakan dan tiada tindakan diambil.


"Cuma mereka perlu mengikut syarat yang ditetapkan iaitu guru yang mempunyai jawatan penting dalam sekolah seperti guru besar dan pengetua tidak dibenarkan terlibat dalam politik," katanya selepas merasmikan majlis penutup Forum Penyatuan Islam bersama pesara guru peringkat negeri Johor di Hotel Pine Tree, di sini hari ini. - UTUSAN


No comments:

Post a Comment