Friday, January 18, 2013

YAH.....UNTUNG BAH....

Cuepacs : Elaun Tetap Perumahan ETP Naik (Selaras RM480), COLA Naik (RM400)?

Sekarang ini rata pemegang Ijazah yang memohon dengan sektor awam rata-rata ditawarkan gaji pokok sekitar RM2,200 dan kalau dicampurkan elaun semuanya adalah RM800++. Ini kiraan secara kasar.
Secara lebih tepat lagi, jikalau skim bukan beruniform seperti S41, M41 dan lain-lain lagi pokok adalah RM2145, campur elaun semuanya menjangkau RM3000. Kenaikan tahun sekitar RM225. Tetapi apabila sudah naik gred 44, 48, dan sebagainya gaji pokok pun akan turut sama naik.
Bagaimana pula dengan gaji doktor hospital kerajaan?
Jikalau UD41 “fresh houseman” boleh dapat sekitar RM3,800 dicampur sekali dengan elaun. Manakala UD44 fresh MO (Medical Officer) boleh dapat sehingga RM5,000. Tak tolak cukai, tak campur “on call”. Kadar “on call” naik banyak sebulan biasanya antara RM1,200 sehingga RM2,000 boleh dituntut. Manakala “Houseman” pula boleh dapat sekurang-kurangnya RM1,000 sebulan untuk “on call”. Jadi macam-macam warna taburan gaji yang ditawarkan untuk penjawat awam berdasarkan gred, kepakaran dan lapangan di sektor awam yang dipilih  mereka.
Walaubagaimanapun, Cuepacs merasakan ada beberapa pelarasan yang perlu dilakukan dan tuntutan yang perlu dilaksnakan sesegera mungkin bagi menjaga kebajikan 1.4 juta kakitangan di Malaysia. Oleh itu mereka tampil dengan beberapa dan berharap ia dilaksanakan sesegera mungkin. Antaranya ialah :
  1. Elaun tetap perumahan kepada RM480 sebulan untuk semua penjawat awam sepatutnya mesti diselaraskan kepada semua (KLIK SINI)
  2. Kadar pinjaman perumahan daripada 4 peratus, mestilah diturunkan kepada 1 peratus sahaja dikenakan kepada penjawat awam
  3. Elaun bantuan sara hidup (COLA) kepada RM400 sebulan berbanding RM150 dan RM300 hendaklah diselaraskan
  4. Cuepacs juga mencadangkan kenaikan elaun tetap keraian supaya dilaksanakan sesegera mungkin
Paling penting, tuntutan elaun tetap perumahan kepada RM480 sebulan. Ini kerana sudah 5 tahun sudah berlalu namun tuntutan itu masih tidak dilayan. Sewa rumah tidak sama dengan kadar yang dikenakan pada 5 dahulu. Semakin meningkat…Besarlah harapan Cuepacs supaya Imbuhan tetap perumahan dinaikkan kerana :
“Jika diluluskan (elaun tetap perumahan RM480), sudah tentu tahap perkhidmatan anggota dapat dipertingkatkan,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan Gaza daripada penjawat awam Kementerian Pertahanan Melaka di Dewan Perwira, Kem Terendak
P/S : Ada yang mengatakan dikala negara Malaysia sedang menempuh satu lagi pertarungan sengit dalam Pilihanraya UMum ke 13, inilah waktu terbaik untuk membuat tuntutan kepada pihak kerajaan. Apa respon balas dan cadangan mengenai tuntutan yang dibuat Cuepacs ketika ini untuk anda semua..

-berita semasa

No comments:

Post a Comment