Thursday, October 29, 2009

BLOG NUTP DI TUTUP

adakah blog nutp di tutup??hai takkan tutup.benarkan kaum guru membaca dan melepaskan geram .Nutp harus berani

Sunday, October 25, 2009

INSENTIF UNTUK SEKOLAH?????

PUTRAJAYA 25 Okt. - Sebanyak tiga hingga empat peratus daripada pengetua atau guru besar dan guru di sesebuah sekolah bakal menikmati insentif istimewa sekiranya mereka berjaya memacu kecemerlangan sekolah bermula tahun depan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tawaran baru berbentuk pemberian insentif itu merupakan salah satu Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) yang ditetapkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Bajet 2010 Jumaat lalu kepada pengetua atau guru besar.

Bagaimanapun, kata beliau, bentuk insentif tersebut belum diputuskan lagi dan hanya akan dimaklumkan sebelum akhir tahun ini.

''Tawaran baru ini diberikan supaya pengetua dan guru besar memberi lebih perhatian kepada kepimpinan di sekolah yang tidak hanya bersandar kepada keputusan peperiksaan.

''Pemberian istimewa ini mungkin sama ada berbentuk sebulan atau dua bulan gaji bukan sahaja akan diberikan kepada pengetua atau guru besar tetapi juga untuk guru-guru lain. Ini kerana kejayaan sesebuah sekolah tidak terletak kepada pengetua atau guru besar sahaja tetapi usaha bersama," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Pertandingan Akhir Mighthy Minds National Challenge 2009 anjuran akhbar The Star dan RHB Bank, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, kementeriannya sedang menggubal kurikulum baru supaya pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik lebih holistik, interaktif dan menyeronokkan.

''Kita akan memberi lebih tumpuan kepada soal kokurikulum, sukan dan aktiviti luar daripada mata pelajaran biasa supaya pelajar lebih menguasai bukan sahaja ilmu tetapi beberapa kemahiran lain supaya dapat membangunkan perwatakan pelajar yang seimbang," katanya.

Mengenai pemberian biasiswa nasional kepada 30 pelajar terbaik berasaskan merit untuk melanjutkan pelajaran ke universiti tersohor dunia, Muhyiddin berkata, ia akan dimulakan tahun depan berdasarkan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini.

Add to Google

Saturday, October 24, 2009

KENAIKAN GAJI 2007 -GURU SISWAZAH TERTEKAN

Puan SU yang dihormati, rakan2 29/41 & 29/32/41,Seandainya NUTP mengatakan bahawa permasalahan berkenaan isu gaji ini adalah sangat rumit dan bercabang-cabang masalahnya, kemungkinan kerana setiap aduan dan luahan yang diterima itu banyak daripada setiap individu terlibat, maka saya ingin menarik semula perhatian kita semua agar kembali kepada punca masalah agar kita tetap berada di landasan yang betul untuk menyelesaikan masalah.


Saya hairan, bagaimana masalah hendak diselesaikan sekiranya kita tidak mengambilkira punca kepada masalah tersebut. Sebagai contoh, punca kepada masalah jurang gaji ini ialah oleh kerana pelarasan gaji yang tidak seimbang pada 2007 tetapi penyelesaiannya ialah dengan memperkenalkan status 7+3 dan 1 HKG? Kenapa tidak mengembalikan semula 10% lagi yang TERKURANG dalam pelarasan gaji 2007 yang lepas. Oleh kerana itu saya beranggapan penyelesaian yang digunakan tidak merujuk kepada punca kepada masalah tersebut.Oleh sebab itu saya cadangkan beberapa soalan yang mungkin terlepas pandang yang boleh difikirkan oleh NUTP untuk menyelesaikan kemelut isu gaji ini seterusnya membuat keputusan yang mungkin boleh melegakan banyak pihak.1.

2. Bilakah masalah ketidakseimbangan gaji ini mula timbul? (SEJAK PELARASAN GAJI 2007)* Jadi rujuk balik pelarasan tersebut.

3. Adakah sebelum palarasan gaji dibuat, terdapat sebarang masalah yang serius seperti sekarang?(TIDAK SAMA SEKALI, KALAU ADAPUN KES TERPENCIL SAHAJA)* Terang lagi bersuluh puncanya.


4. Apakah masalahnya dalam pelarasan gaji tersebut?(25% KENAIKAN UNTUK KUMPULAN SOKONGAN & 15% KENAIKAN UNTUK KUMPULAN P&P)* Inilah puncanya secara spesifik.

4. Apakah kesannya?(a. GAJI KUMPULAN SOKONGAN MELEBIHI KUMPULAN P&P WALAUPUN SENIORITINYA SAMA ATAUPUN LEBIH JUNIOR DARI KUMPULAN P&P)(b. KENAIKAN TAHUNAN KUMPULAN SOKONGAN LEBIH TINGGI DARI KUMPULAN P&P)* Sungguh tidak adil & semberono.

5. Mengapa terjadi sebegitu?(a. HILANG SENIORITI & TIDAK MENDAPAT TIMEBASED 32)(b. PERBEZAAN 10% KENAIKAN)Saya cadangkan penyelesaian secara berperingkat: a. Memberikan 10% lagi kenaikan kepada kumpulan 29/32/41 berdasarkan gaji asas sebelum pelarasan 2007b. Memberikan timebased 32 kepada kumpulan 29/41 (Backdated) & 10% lagi kenaikan berdasarkan gaji asas selepas mendapat 32 sebelum 2007.c. Kenaikan gaji tahunan sama dengan kenaikan DG32 sekurang2nya.d. Memberikan 10% bayaran BISP sama seperti DG32 sebelum BISP dimansuhkan pada 2012.Semoga sedikit sebanyak membantu. Sekian. Harap maklum.
Fri Oct 23, 11:56:00 AM 2009

Wednesday, October 21, 2009

ADAKAH GAJI GURU DIZALIMI???

En. A dilantik dg29 : 1987
MERASA DG32 (dapat kenaikan 25% tahun 2007 bersama beribu-ribu RM tunggakkan)
Lantikan DG41 : tahun 2008
Gaji sekarang: RM 4044.73

Saya umur hampir setengah abad
Lantikan dg29 : 01.05.1982
Lantikan dg41 : 01.10. 2005 (dapat 15% dari Tragedi 2007)
Masih lagi dg41 (InsyaAllah 2012 – DG44)
Gaji sekarang : RM 2871.70
Pencen : 2016 (Pada usia 56 tahun).

Pn. SU

Saya yang lebih senior menerima gaji yang lebih rendah gaji saya RM 2871.70, sedangkan En. A gajinya RM 4044.73. Beza saya 5 tahun lebih senior dari En. A dan perbezaan gaji ialah RM4044.73 – RM2871.70 = RM1173.30 (SERIBU SERATUS TUJUH PULUH TIGA DAN TIGA PULUH SEN )

Bayangkan kalau 2 tahun 24 x RM1173.30 = RM28,152.72

Sedih, kecewa, terhina oleh kerana gara-gara dg32 dan mereka menerima kenaikan 25%. Menyebabkan gaji saya lebih rendah berbanding orang yang lebih junior dari saya, lantikan 1987.

Cukup ZALIM, 20 tahun sebagai guru dg29 Cuma dpt 7 + 3
Saya TERANIAYA BANYAK KALI

1. Terlepas dg32
2. Kenaikan dari dg29 ke dg41 hanya sebanyak RM5.00
3. Beza gaji lantikan 1982 dan 1987 ialah RM1173+
4. Gaji Ijazah sangat rendah dari sijil SPM

Pn. SU ,
.cubalah rasai apa yang kami tanggung…….perit, benci, kecewa,
lihatlah apa yang dah jadi. Tolong selesaikan masalah ini dalam masa sisa-sisa tempoh perkhidmatan saya dan rakan-rakan guru-guru tua yang berbaki hanya beberapa tahun saja lagi.Saya rasa sangat-sangat malu bila menghadiri kursus dll, ramai guru-guru muda ingat saya dg48, ada pangkat dan bergaji besar.
Ini adalah kerana penampilan saya yang agak berumur tapi masih lagi dg41.

Pn SU.
Tolonglah guru-guru dg2941 yang TERANIAYA ini. Bagaikan GEMPA BUMI dan HALILINTAR apabila guru-guru dg32 mendapat durian runtuh -ribuan ringgit padahal mereka tidak perlu bersusah payah menyambung pelajaran. Sungguh KEJAM !!!!!!!!
Sekian. Terima-kasih.

NO Ahli: 048591

KENYATAAN NUTP BERHUBUNG DENGAN KES DG29/41.BAIK RAMAI-RAMAI HUBUNGI NUTP

Kumpulan Guru DGA29/41
Saudara/ Saudari perlu sedari bahawa pihak NUTP telah berusaha
menyelesaikan masalah guru DGA29/41. Pihak kerajaan pun telah bersetuju
melaksanakan 7 + 3 untuk mengatasi masalah jurang gaji kumpulan guru ini.
Dalam pada itu, kita mesti sedari bahawa kumpulan DGA29/41 mempunyai
pelbagai kategori. Sekiranya NUTP cuba menyelesaikan secara “blanket”
masalah tetap tidak akan selesai.Kita cuba menyelesaikan masalah kumpulan ini
secara berkelompok.

Antara masalah yang timbul kini :-

1. Terlepas DGA32 kerana tidak lulus PTK sebelum ke DG41.

2. Tidak mengambil peperiksaan PTK semasa mengikuti program PJJ/OUM
tetapi selepas itu terlewat.

3. Tarikh lantikan DGA32 ditawarkan lebih lewat dari tarikh lantikan DG41.
Kumpulan ini, Bahagian Sumber Manusia bersetuju NUTP kemukakan kes-kes
rayuan dengan kertas kerja.

4. Gaji guru DGA29/41 masih rendah walaupun telah ditawarkan 7 + 3
( kumpulan ini sila kemukakan surat kepada NUTP untuk buat kajian).

5. Sekumpulan masih menunggu giliran ditawarkan 7 + 3. Kumpulan ini diharap
bersabar kerana prosesnya berterusan tetapi Bahagian Sumber Manusia perlu
sedikit masa untuk menguruskan bilangan yang besar.

6. Kumpulan guru tarikh lantikan jatuh pada/sebelum 15.5.2008 dan ditawarkan
DG44 pada 16.5.2008 tidak menikmati 7 + 3 boleh menolak DG44 KUP saluran
ExPPPLD dan mohon saluran biasa KUP. 3 tahun ( pengalaman mengajar )
boleh digunakan untuk urusan DG44 ExPPPLD ke DG48.

7. Kemungkinan ada kes-kes yang kita masih tidak dapat kesan.
Harap beri respond.

Terima Kasih.

NUTP TELAH MEMINTA MAKLUMAT INI SEJAK 2007 DAN 2008 DAHULU

Pd 2008 pihak kesatuan dah minta justifikasi lengkap guru-guru DG 2941 yg kerugian sebab tak sempat dpt 32.(mana pergi rekod tu).

Skrg yg paling teruk rugi ialah guru DG2941 yg tak dapat 32 (tapi dah 10 thn servis dlm DG 29) SEBELUM 1.7.2007 (pelarasan gaji oleh kerajaan).

Jadi nak atasi masalah ini dahulukan gologan ini. KPM boleh dptkan data dgn JPN atau PPD atau hantar pekeliling biar sekolah isikan terus maklumat guru-guru dalam kumpulan ini.

Saya percaya kita boleh keluar daripada kerumitan ini.

Bukan KPM merupakan kementerian paling ramai yang cedik

Monday, October 19, 2009

SUARA HATI




Aku mau wajar wajar saja
Aku mau apa adanya
Aku mau jujur jujur sajaBicara apa adanya
Aku mau sederhanaMau baik baik saja
Aku hanya tahuBahwa orang hidup
Agar jangan mengingkari hati nurani

CEPATNYA PTD NAIK PANGKAT

Ada tidak sesiapa di luar sana yang mengetahui tentang skim gaji PTD? Tentang gaji permulaannya, pelantikannya, tempoh masa kenaikan pangkat, dan apa-apa sahaja yang berkaitan dengannya.Adakah mereka sama dengan golongan pendidik yang memiliki ijazah? Bermula dengan 41 kemudian ke 44 dan seterusnya ke 48, ke 52, ke 54 dan selanjutnya… JUSA.

Kalau ada tolonglah kongsi bersama-sama. Bukan apa. Saya ada seorang rakan PTD yang belum 10 tahun berkhidmat tetapi telah pun berada di gred 48. Nampaknya golongan PTD yang berada JPA dan SPP memang menjaga kroni mereka. Saya pun tidak berapa faham atas keperluan apakah yang mereka ini terlalu cepat naik pangkat. Kepada pihak yang berkaitan tolonglah siasat.

DARI AZWANDY- PERJUANGAN BELUM SELESAI BUAT KAUM GURU 29/41

Terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak NUTP yang telah memperjuangkan masalah guru 29/41. Persetujuan pihak kerajaan untuk memberi 7 + 3 dan +1 kenaikan gaji untuk mengatasi masalah jurang gaji nampaknya juga menguntungkan kumpulan guru 29/32/41.Sekarang ini rata-rata ahli NUTP dan pihak NUTP telah sedar bahawa kumpulan DGA29/41 mempunyai pelbagai kategori dan sekiranya NUTP cuba menyelesaikan secara “blanket”, masalah ini tetap tidak akan selesai.

Terima kasih NUTP kerana peka terhadap isu ini. Harap pihak NUTP membuat kajian dengan mendalam dan semasak-masaknya. Kajian yang separuh masak hanya akan menimbulkan ketidakpuasan pada kemudian hari.Isu gaji pensyarah yang memiliki master lebih rendah daripada gaji guru berijazah di sekolah yang dipaparkan dalam media bercetak baru-bari ini telah memeranjatkan pihak CEUPACS. Sebenarnya keadaan ini sedikit pun tidak memeranjatkan saya. Saya lebih terperanjat dengan gaji guru tidak berijazah 29/32 yang lebih tinggi daripada guru berijazah 29/41 sedangkan mereka ini mempunyai tahun perkhidmatan yang sama. Malah ada juga guru 29/32 yang kurang tahun perkhidmatannya daripada guru 29/41 tetapi mempunyai gaji yang lebih besar.Berkaitan isu gaji pensyarah tadi, di sekolah pun ada guru yang memiliki master tetapi gaji masih juga lebih kecil berbanding guru yang tidak berijazah iaitu guru 29/32.Mengapa perkara ini berlaku? Renung-renungkanlah.

ADAKAH PIHAK CEUPACS SEDAR MASALAH GAJI GURU BERIJAZAH LEBIH RENDAH????

Terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak NUTP yang telah memperjuangkan masalah guru 29/41. Persetujuan pihak kerajaan untuk memberi 7 + 3 dan +1 kenaikan gaji untuk mengatasi masalah jurang gaji nampaknya juga menguntungkan kumpulan guru 29/32/41.

Sekarang ini rata-rata ahli NUTP dan pihak NUTP telah sedar bahawa kumpulan DGA29/41 mempunyai pelbagai kategori dan sekiranya NUTP cuba menyelesaikan secara “blanket”, masalah ini tetap tidak akan selesai. Terima kasih NUTP kerana peka terhadap isu ini. Harap pihak NUTP membuat kajian dengan mendalam dan semasak-masaknya. Kajian yang separuh masak hanya akan menimbulkan ketidakpuasan pada kemudian hari.Isu gaji pensyarah yang memiliki master lebih rendah daripada gaji guru berijazah di sekolah yang dipaparkan dalam media bercetak baru-bari ini telah memeranjatkan pihak CEUPACS.


Sebenarnya keadaan ini sedikit pun tidak memeranjatkan saya. Saya lebih terperanjat dengan gaji guru tidak berijazah 29/32 yang lebih tinggi daripada guru berijazah 29/41 sedangkan mereka ini mempunyai tahun perkhidmatan yang sama. Malah ada juga guru 29/32 yang kurang tahun perkhidmatannya daripada guru 29/41 tetapi mempunyai gaji yang lebih besar.Berkaitan isu gaji pensyarah tadi, di sekolah pun ada guru yang memiliki master tetapi gaji masih juga lebih kecil berbanding guru yang tidak berijazah iaitu guru 29/32.Mengapa perkara ini berlaku? Renung-renungkanlah

Sunday, October 18, 2009

ADA PIHAK CUBA SINGKIRKAN WAKIL GURU DALAM MBJ????

PTD-PTD dalam JPA sengaja lambat-lambatkan tuntutan NUTP...sengaja selalu kiv kan tuntutan NUTP...

malahan ada pakatan oleh PTD-PTD dalam JPA untuk singkirkan NUTP dan Puan SUA daripada menganggotai Majlis Bersama Jabatan (MBJ) peringkat Kebangsaan....

so..kita kena support NUTP bukan tentang...yang kita kena tentang ialah PTD-PTD yang tak mahu skim PPPS lebih baik daripada PTD...

tu pun korang xpaham....kita sebagai pendidik kena sabar...dan tahu mana kawan dan mana lawan....

utk makluman..SPP juga dikuasai PTD-PTD

PERJUANGAN NUTP YANG BELUM SELESAI UNTUK GURU DG29/41

Saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas perjuangan NUTP selama ini. Banyak kejayaan yang telah pun dicapai dan tentunya semua warga NUTP turut berbangga dan bersyukur dengannya. Segala titik peluh dan pengorbanan kalian sangat kami hargai.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perjuangan NUTP yang masih belum selesai kerana tidak mendapat layanan yang sewajarnya daripada pihak JPA. Antaranya yang paling mendapat perhatian ialah:
i) Kerugian Guru DG29/41 dan DG29/32/41
ii) Pengiktirafan Guru Master dan PhD

Jika pihak NUTP merasakan dua tuntutan yang dinyatakan di atas adalah sukar diselesaikan atau diperjuangkan, maklumkanlah kepada kami dengan membalas respon yang dikemukakan oleh ahli. Maklum balas pihak NUTP amat berguna untuk kami membuat tindakan dengan menggunakan saluran yang lain pula.

Kami percaya NUTP telah melakukan yang terbaik untuk ahli-ahlinya. Cuma mungkin ada masalah pada pihak yang lain. Sat Oct 17, 02:58:00 AM 20

PTD KUASAI JPA-TUNTUTAN KAUM GURU DIBAKULSAMPAHKAN

1JPA IALAH PTD

2SPP JUGA DIKEPALAI OLEH PTD, TAK MUNGKIN DASAR PTD MERUGIKAN PTD.

3KITA RAMAI, TETAPI KITA TAK KUAT KERANA KITA TAK ADA KESATUAN YG TEGUH. YG ADA NUTP, PUN TAK SEBESAR MANA, YG LAIN CUMA KOPERASI DAN KOPERASI UNTUK MUDAH BERHUTANG KECIL-KECILAN.

4KITA TAK KUAT KERANA GOLONGAN KITA TERLEBIH PANDAI HINGGA MENJADI BODOH DAN DICUCUK HIDUNG ORANG LAIN DI MANA SHJ.

Saturday, October 17, 2009

MoU UKM dengan Universitas Airlangga

MoU UKM dengan Universitas Airlangga
SURABAYA 16 Okt. - Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Universitas Airlangga (Unair) di sini semalam.

UKM diwakili Timbalan Naib Canselor, Prof. Datuk Dr. Mohamad Abdul Razak, manakala Unair diwakili Naib Rektor I, Prof. Dr. H. M Zainuddin.

Majlis itu disaksikan oleh Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia di Indonesia, Datuk Dr. Junaidi Abu Bakar.

MoU itu membolehkan kedua-dua universiti bekerjasama di dalam bidang penyelidikan, program akademik, pertukaran maklumat, ahli fakulti, pelajar dan seminar serta persidangan.

Kerjasama itu membabitkan Pusat Perubatan UKM, Fakulti Sains dan Teknologi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Fakulti Farmasi, Fakulti Undang-Undang dan Institut Perubatan Molekul UKM dengan Unair.

Di pihak Unair, kerjasama itu digerakkan oleh Fakulti Kedoktoran, Fakulti Sains dan Teknologi, Fakulti Perikanan dan Kelautan, Fakulti Psikologi, Fakulti Farmasi dan Fakulti Hukum.

Timbalan Naib Canselor UKM, Prof. Datuk Dr. Mohamad Abdul Razak berharap, kerjasama itu akan dapat meningkatkan lagi prestasi dan imej kedua-dua universiti berkenaan.

Menurut beliau, MoU tersebut adalah selari dengan usaha mempromosi dan mengantarabangsakan kepakaran dan keunikan UKM.

''Justeru, saya berharap kedua-dua pihak dapat memulakan usaha merangka pelan tindakan untuk mencapai hasrat ini dan seterusnya melaksanakan agenda yang telah dirancangkan.

''Saya yakin dengan komitmen dan kesungguhan kedua-dua pihak, agenda-agenda yang dirancang itu akan menjadi realiti dan boleh memberi impak ke arah peningkatan imej serta prestasi kedua-dua institusi itu,'' katanya.

Tambah beliau, kerjasama itu juga dapat merapatkan hubungan kedua-dua buah negara berjiran.

Terdahulu, pada sebelah malam, satu jamuan makan malam diadakan bersama-sama dengan 150 ahli Alumni UKM dari Indonesia.

Setakat ini, terdapat kira-kira 5,000 ahli Alumni UKM dari negara jiran itu. - Utusan

JIKA DALAM PERSIDANGAN UMNO DI SEBUT ,DIMANAKAH NASIB KITA JIKA TIADA PEMBELAAN






Semalam dalam persidangan UMNO dinyatakan kerajaan prihatin dan amat peka terhadap permasalahan rakyat.Bagi golongan 2941 inilah permasalahan utama yang perlu diberi perhatian dan tidak patut dikesampingkan.Bayangkan golongan inilah yang menyahut cabaran kerajaan untuk meningkatkan tahap ilmu,malangnya dalam memberikan imbuhan golongan ini diketepikan dan sampai sekarang pihak berkenaan enggan mendengar keluhan dan kekecewaan yang dialami.Golongan masih setia dengan kerajaan dan masih dedikasi dengan tugas tetapi sebagai manusia biasa jika kekecewaan ini berterusan saya yakin golongan ini akan berpaling kepada pembangkang atau lebih teruk lagi 'burn out' dalam tugas mereka.Tolonglah golongan ini

Friday, October 16, 2009

PRINSIP BARU MENGUNTUNGKAN GURU BESAR

HTML clipboard






Berdasarkan PEMBERITAHUAN tentang (PRINSIP-PRINSIP BARU PENGISIAN JAWATAN GURU BESAR DI SEKOLAH RENDAH DAN PENGETUA DI SEKOLAH MENENGAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA) yang dipaparkan pada 30 September di laman web KPM, saya dapati bahawa guru DG29/41 dan DG29/32/41 yang berada di sekolah rendah akan berada dalam dilema beberapa tahun lagi.

Bermula pada 2004, guru 29 yang masuk ke 41, baik guru sekolah rendah mahupun sekolah menengah dikekalkan di sekolah masing-masing. Maka pengalaman tidak berbeza. Senioriti bagaimana? Tidak lama lagi akan wujud pula guru 44 di sekolah rendah. Maka pengalaman tidak berbeza. Senioriti bagaimana? 10 tahun berikutnya akan wujud pula guru 48 di sekolah rendah. Maka pengalaman tidak berbeza. Senioriti bagaimana?

Berdasarkan PEMBERITAHUAN di atas, satu perkara yang saya ingin sentuh di sini ialah golongan guru 29/41 dan guru 29/32/41 yang berada di sekolah rendah tidak mendapat perhatian. Golongan ini sepatutnya juga diiktirafkan keseluruhan senioritinya dari segi pengalaman di sekolah.


Gagasan ini berasaskan kepada realiti bahawa guru 29/41 dan guru 29/32/41 sudah dikekalkan di sekolah masing-masing selepas masuk ke 41, terutamanya di sekolah rendah tanpa digerakkan ke sekolah menengah seperti zaman dulu. Oleh itu pengalaman serta senioriti harus diambil kira dalam aspek kenaikan pangkat.

NUTP DIMINTA CADANG KELUAR DARI JPA DAN BERJUANG SENDIRI

saya cadangkan SPP di berikan kuasa untuk membuat semak tentang gaji,menjaga kebajikan guru dan sebagainya.Buat apa bergantung kepada JPA. Cikgu kan lebih ramai,tak kan lah kita selama ini di perbodohkan oleh JPA.Biar Suruhajaya perkhidmatan pendidikan(SPP) di beri kan kuasa yang lebih.....untuk berbincang degan kerajaan.Tak kan lah funsi SPP untuk membuat perlantikan aje.

KESATUAN DICADANG BERUSAHA UNTUK MEMBANTU GURU

Seperti yang saya sudah faham selepas PM mengumumkan 6 intensif buat guru, memang tiada kenaikan gaji buat kami guru DGA29/41 tetapi time based sahaja.

Nasib kami DGA29/41 tetap tidak terbela. Gaji pokok kami terus ketinggalan. Tahun 2009, guru DGA32 yang baru berijazah dan sudah ditemuduga untuk mengisi jawatan DG41 akan bergaji RM2809.30 akan dilantik ke DG41 akan mendapat 1 gaji terdekat dalam gaji DG41 iaitu menjadi RM2871.70 dan mendapat 1 HKG menjadi gaji terbaru ialah RM2962.15. Gaji pokok kami DGA29/41 hanya RM2509.90 bagi yang sama tempoh berkhidmat iaitu 15 tahun yang asalnya kami dari DGA29/DG6.

Tahun 2011, baru cukup 10 tahun saya berkhidmat iaitu 7 tahun DG41 sekarang ditambah 3 tahun dulu (9tahun DGA29) baru layak memohon DG44 tapi tiada jaminan untuk saya akan mendapat segera jawatan Gred DG44 sedangkan dan memandangkan masih lagi terdapat berpuluh ibu orang guru DG41 yang sudah cukup dan melebihi tempoh 10 tahun berkhidmat yang sudah lama reput menunggu pun, masih belum mendapat lagi lantikan DG44.

Tahun 2011, gaji pokok saya DGA29/41baru mencecah RM2690.80 tetapi DGA32/41 sudah mencecah RM3143.05. Perbezaannya ialah RM452.25. Tahun berikutnya kadar kenaikan gaji tahunan guru DGA32/41 ialah RM150 sebab sudah melebihi RM3143.05 tetapi saya masih lagi dengan RM90 kerana belum mencapai RM3143.05. Kami memerlukan 5 tahun lagi untuk mencapai RM3143.05. Sedangkan dalam masa 5 tahun itu gaji pokok DG32/41 sudah RM3894.45. Perbezaan di sini pula ialah RM751.40.

Seandainya kami murah rezeki dan mendapat segera jawatan DG44 pada tahun 2012, gaji pokok kami yang baru ialah P1T1/DG44 ialah RM2982.99 tetapi guru DG32/41 sudah RM3293.33. Perbezaannya ialah RM3293.33 - RM2982.99 = RM310.34. Kesimpulannya sampai mati pun kami tak dapat menyamai malah terus ketinggalan gaji yang ketara di belakang guru DG32/41. Pada hal kami sama-sama posting dan sama lama tempoh berkhidmat.

Untuk makluman tuan, insentif tempoh perkhidmatan DGA29 dulu diambil kira juga untuk time based buat guru DGA32/41 dan bukan untuk kami sahaja. Ini bermaksud tidak ada apa-apa yang istimewa tentang kami DGA29/41walaupun gaji pokok kami ketinggalan di belakang gaji pokok mereka.

Untuk makluman tuan juga, guru DGA32 yang akan dilantik ke DG41sekarang, Guru Cemerlang yang dipendekkan time based dari 7 kepada 5 tahun untuk kenaikan pangkat/gred ke peringkat ke seterusnya dan Guru Besar DG41 di sekolah rendah yang perlu 3 tahun dan bukannya 10 tahun lagi macam kami DGA29/41 untuk bakal mendapat DG44 langsung tidak mempedulikan isu ini tetapi tiba-tiba sahaja mendapat 'HADIAH' lagi tapi saya dan guru-guru DGA29/41 yang memerah otak dan berhempas pulas memperjuangkan nasib kami, rupa-rupanya kami hanya dapat penat sahaja malah dapat memberi keuntungan kepada guru lain yang sudah mencurah-curah rezeki.

Jika pihak NUTP ragu atau tidak percaya pada datadi atas, kena rajin-rajinkanlah diri menyemak dan mengkaji JADUAL GAJI BARU UNTUK SEMUA GRED GURU yang NUTP bekalkan kepada saya.

Thursday, October 15, 2009

GURU KATA PUNCA MASAALAH 29/41 AKIBAT KENAIKAN 25% GURU BUKAN SISWAZAH

Semua masalah gaji guru DG 41 (PJJ) timbul semenjak kenaikan gaji 25 % untuk guru DG32 tetapi hanya 15 % bagi guru DG41. (BISP 10% bagi DG32, hanya 5% bagi DG41 belum kira lagi.)

Saya dan kumpulan DG29/32/41 lantikan DG41 sebelum tahun 2007 telah menjadi mangsa. Bertambah rugi lagi saya di DG41, Saya:
Tahun 1992 lantikan DG29
Tahun 2004 lantikan DG32(timebased)
Tahun 2006 lantikan DG41( Selepas belajar PJJ)

Masalah (Kerugian) timbul sejak pengumuman kenaikan gaji 25 % bagi guru DG32 dan hanya kenaikan 15 % bagi guru DG41.

Tahun 2007 kalau saya di dg 32 Gaji pokok Rm 2710.99 (P1T4),
dg 41 gaji pokok Rm 2600.35 (P1T11)
(Rugi Rm 110.64 x 6= Rm 663,84 )

Tahun 2008 kalau saya di dg 32
gaji pokok Rm 2809.30 (P1T5),
dg 41 g.p Rm 2690.80 (P1T12)
(Rugi Rm 118.50 x 12 =Rm 1422 )

Tahun 2009 kalau saya di dg 32
gaji pokok Rm 2907.61 (P1T6)
dg 41 g.p Rm 2781.25 (P1T13)
(Rugi Rm126.36 x 12 = Rm 1516.32 )

Sudah beribu-ribu saya rugi,ini adalah realiti kerana berada di
dg41. Jika nak sentuh BISP bagi guru dg41 hanya 5 % shj.(Rugi lagi)

Masalah ini timbul sebab kenaikan 25 % bagi guru dg32 tetapi kenaikan hanya 15% bagi guru dg41.
Saya rasa bagi guru yang belajar PJJ dan dilantik ke dg41 sebelum 2007 adalah RUGI . (Guru PJJ 29/32/41 rugi, Guru29/41 lagi rugi.)

Kasihanlah kami Puan SU,pihak KPM, JPA, tolong buatlah sesuatu untuk baik pulih. Tolong !

ADA PENGETUA DAN GURU BESAR NAIK ATAS TITIK PELUH GURU-GURU

Saya fikir perlulah seseorang GB atau Pengetua dinilai -seadil dan seobjektif mungkin.
Bagaimana pun penilaian itu bukan ke atas sekolahnya tetapi terhadap individu GB atau Pengetua itu sendiri umpamanya kerja-kerja mengajar dan mentadbir, sikap profesionalisme dan keupayaan akademik.
Hasil pemikiran Pengetua atau GB tidak semesrtinya dapat dicerminkan melalui apa yang dia buat kepada guru-guru di sekolahnya. Penipuan dengan cara mempergunakan guru sekolah untuk mendapat markah tinggi sepatutnya dapat dikesan oleh penilai atau pentadbir yang lebih atas.
Konsep sinergi dan budaya kerja yang sihat dan beretika perlulah disemai di kalangan semua ahli organisasi.
Budaya kerja yang tidak sihat ialah memijak kepala orang untuk naik ke atas, bodek, salah urus dan salah guna kuasa, kronisme dll sepatutnya diperjelaskan terlebih dahulu nkepada semua ahli organisasi.
Kita mahu supaya sasaran yang mahu dicapai benar-benar berkualiti dan benar seperti apa yang benar.
Memanglah akan ada unsur mempergunakan guru dan pelajar dan jika ada rungutan maka perkara ini perlulah diberikan pertimbangan dalam proses penilaian Pengetua dan GB.
Seharusnya difahami Pengetua dan GB diberikan amanah untuk memimpin bukannya diberikan kuasa dan wang dan menjadikan mereka politikus dalam organisasi kecil mereka. Itu tidak betul!

PENGALAMAN DAN SENIORITI UNTUK PERJAWATAN DI SEKOLAH .KHASNYA SISWAZAH

Kebelakangan ini, saya jumpa seorang guru senior yang akan bersara 3 tahun lagi. Beliau telah masuk DG 41 pada 2000, menerima tidak melebihi RM3000 gaji pokoknya. Oleh itu, dapatlah kita bayangkan betapa hampanya golongan guru 29/41 ini.

Saya ingin mencadangkan supaya guru 29/32/41 yang cukup senioriti diberi peluang naik pangkat memegang GPK atau GB dan seterusnya diberi DG44 selepas 3 tahun di dg41 seperti yang diberikan kepada GB DGA 32/34/38 KUP DG41.
Dengan dinaikkan ke tangga gaji DG44, maka jurang perbezaan gaji dengan DGA32 (KUP) dapat dirapatkan.
Satu perkara yang saya ingin sentuh di sini adalah golongan guru 29/32/41 sepatutnya diiktirafkan keseluruhan senioritinya dari segi pengalaman di sekolah. Gagasan saya ini berasaskan kepada realiti bahawa guru 29/32/41 sudah dikekalkan di sekolah masing-masing selepas masuk DG41, terutamanya di sekolah rendah tanpa digerakkan ke sekolah menengah seperti zaman dulu.

Zaman dulu, guru 29 masuk DG41 digerak ke sekolah menengah, suatu suasana P&P yang berlainan di sekolah rendah maka pengalaman memang berbeza, dengan ini, senioriti disifarkan semasa masuk ke kategori DG41, agak munasabah,akan tetapi masa sekarang baik guru sek.rendah mahupun sek menengah dikekalkan di sekolah masing-masing, oleh itu pengalaman serta senioriti harus diambilkira dalam aspek kenaikan pangkat.

Dalam zaman moden yang mementingkan bakat dan merit perkhidmatan pendidikan, janganlah mengongkongkan sesuatu jawatan kepada segolongan guru yang berada di satu kategori sahaja. Sistem ini memang sudah out-dated dan bercanggah dengan keadilan dan leberisasi arena pekerjaan yang memang mementingkan daya persaingan dan keupayaan peribadi.

KESATUAN DIGESA BERI STATISTIK SEBENAR GURU 29/41 YANG TELAH MENDAPAT GRED DG44

berilah statistik yang betul, berapa ramai guru dg29/41 yang mendapat faedah daripada formula 7+3 ini berbanding tidak masih belum mendapat.
ini bermakna selepas pengumuman itu masih ramai lagi guru dg29/41 yang tertunggu-tunggu bilakah masalah ini berjaya diatasi dengan formula ini. Tolong jawab
tahukah puan, guru-guru ini masih menunggu dan mengharap masalah ini dapat diatasi dan mengembalikan maruah golongan profesional ini di tempat yang sewajarnya dengan kelayakan mereka. Tidakkah aneh bin ajaib pemegang ijazah dan master serta phd dibayar gaji lebih rendah berbanding mereka yang memegang sijil?. dan tidak kah memalukan profesion keguruan sendiri apabila guru yang berpengalaman lebih lama mengajar termasuk di dg 29/dg 6 dan dg 41 ( 2o tahun dan lbih)mendapat gaji yang lebih rendah berbanding guru yang baru mengajar di dg 41 selama 5 tahun? dan berbanding guru dg 32 yang baru mengajar 11 tahun. Anehkan? dan lebih pelik lagi guru yang mempunyai master dibayar gaji lebih rendh berbanding sijil perguruan? pelikkan? ini lah yang sepatutnya nutp perjuangkan dan bukannya mencari masalah baru untuk diselesaikan kerana isu dg29/41 adalah satu isu yang sangat besar dn merendahkan martabat guru yang ingin meningkatkan profesion keguruan....Perjuangkan, jangan mengaku kalah...selagi isu ini belum selesai kami tidak akan berhenti berjuang

Wed Sep 23, 09:18:00 PM 2009

ANTARA GURU CERDIK TAK PAYAH BELAJAR DAN GURU CERDIK YANG BELAJAR

BERI DATA YANG TEPAT BILANGAN GURU DG29/41 YANG TELAH MENDAPAT FAEDAH DARIPADA FORMULA 7+3 YANG HEBAT INI.DAN BERAPA ORANG YANG MASIH MENUNGGU DAN SENTIASA KERUGIAN. SETAHU SAYA FORMULA ITU DIWUJUDKAN UNTUK MENGURANGKAN JURANG ANTARA GURU YANG CERDIK DAN YANG TIDAK CERDIK. TETAPI TERNYATA GOLONGAN GURU YANG TAK CERDIK INI TIDAK MENDAPAT FAEDAH YANG SEPATUT, GAJI MEREKA MASIH TERUS KETINGGALAN. NAK TAHU BAGAIMANA? GURU 29/41 YANG ADA MASTER MASIH MENDAPAT GAJI RM 2509.90 BERBANDING GURU GURU DG32 YANG MENDAPAT KEPUTUSAN PTK 3,3 MENDAPAT GAJI 2909.90 BERBEZA RM 400 SEBULAN, SETAHUN RM4800, 10 TAHUN RM 48,000.TETAPI YANG LEBIH HEBAT LAGI GOLONGAN MEREKA INI AKAN DILANTIK KE DG41 DENGAGN MENDAPAT FORMULA 7+3 DAN HKG. KIRALAH BERAPA BANYAK MEREKA AKAN MENINGGALKAN KAMI. ELAUAN DAH SAMA, FAEDAH DAH SAMA CUMA GAJI SAJA YANG BERBEZA.
PN LOK, BAWALAH ISU INI KE PERINGAKT TERTINGGI, BERILAH PENERANGAN YANG SEWAJARNYA, KERANA KAMI YAKIN PM KITA SEORANG YANG MENGETAHUI PERASAAN KAMI, BERBANDING JPA.MINAT KAMI SEMAKIN KENDUR, MOTIVASI KAMI SEMAKIN KURANG.DAHLAH RAYA INI TAK DAPAT WANG EHSAN RM500. TOLONGLAH PERJUANGKAN

GURU MENGHANTAR KELUHAN KEPADA KESATUAN-BINCANG ISU GAJI DAN GRED PERJAWATAN

Buat masa ini ramai yang mengeluh kerana isu 29/41 tidak selesai. Golongan ini bolehlah dikira baru dekat Gred DG41. Puan, bagaimana dengan golongan PPPS lama yang macam terpinggir sahaja? Kami pun ada isu yang belum diselesaikan NUTP. Cuba bandingkan:
Sebagai contoh, golongan 29/41 dapat merasa faedah 7+3. Faedah ini dipanjangkan kpd mereka yang kini berada di DG44 untuk ke DG 48. Saya faham situasi mereka memandangkan servis semasa di PPLD harus diambilkira untuk senioriti. Bagaimana dengan guru senior/ lama DG44 yang telah berkhidmat lebih dari 10 hingga 18 tahun di bawah skim SSB tetapi di bawah SSM perlu menunggu 10 tahun baru boleh memohon DG48 KUP, jauh lebih lama berbanding dengan guru DG 44 junior yang genap 10 tahun sudah dinaikkan pangkat. Pengecualian khas yang diberi (tidak perlu tunggu 10 thn) hanya diberi untuk guru-guru yang hampir DG2 sahaja semasa SSM diperkenalkan.

Puan telitilah contoh di bawah
Guru A:
Tarikh lantikan pertama DG3/41: Dis 1989
Tarikh naik pangkat DG44 : Jan 2004
Tarikh naik pangkat DG48 : Jan 2014
Tempoh perkhidmatan : 25 tahun
(kalau ikut perkiraan tempoh perkhidmatan, pada tahun 2009/2010 pun sudah layak dapat Dg48)

Guru B:
Tarikh lantikan pertama D3/41: Jan 1995
Tarikh naik pangkat DG44 : Jan 2005
Tarikh naik pangkat DG 48: Jan 2015
Tempoh perkhidmatan : 20 tahun

Mohon jasa baik NUTP memperjuangkan nasib guru senior yang lama berkhidmat agar nasib kami terbela. Jika di bawah SSB, sudah pasti lama kami dapat DG2/ DG48. Kini, senioriti kami macam tidak diambil kira dan tarikh lantikan ke gred lebih tinggi adalah sama dengan guru junior kami. Bayangkan, guru junior yang masuk perkhidmatan lewat memprolehi gred jawatan sama padahal tempoh perkhidmatan jauh lebih pendek.

Cadangan saya, usulkan supaya kenaikan ke gred DG48 (KUP)bagi guru senior mengambilkira keseluruhan tempoh perkhidmatan di PPPS (di DG41 dan DG44). Ramai rakan-rakan saya dalam situasi yang sama. Terima kasih harap puan sudi memperjuangkan kes kami.

GURU BOSAN.BERHARAP KESATUAN JUMPA PM ATAU TPM SOAL GAJI

Saya agak bosan dengan perkembangan yang berlaku sekarang. Isu terbaru ialah bantuan kewangan khas RM500 kepada kumpulan sokongan dan dibayar 2 kali RM250/RM250. Difahamkan bantuan kewangan khas tersebut diberikan atas dasar kerajaan untuk membantu penjawat awam daripada kumpulan sokongan yg mana berpendapatan rendah. Kumpulan sokongan tu siapa? Betulkah semua kumpulan sokongan berpendapatan rendah? Siapa kata semua kumpulan sokongan berpendapatan rendah?? Tolonglah buktikan. Pada pendapat saya, mungkin lebih sesuai jika bantuan kewangan khas tersebut diberi kepada kumpulan sokongan yang berpendapatan rendah yang bergaji pokok RM1000 ke bawah contohnya. Barulah lebih sesuai dengan tujuan bantuan kewangan tersebut.

Saya juga setuju dengan saudara RED. Sebab itu saya pernah katakan tempoh hari bahawa guru-guru termasuklah guru DG29/41 sekarang seperti terabai. Sebenarnya kita yang berada dalam KPM seperti kurang mendapat pembelaan kerana Menteri Pelajaran kita melakukan dua tugas. Diakui bahawa beliau seorang menteri yang berwibawa. Walau bagaimanapun, kini beliau sangat fokus pada kerja TPM dan kurang fokus pada KPM.

Memandangkan pihak JPA menolak sebarang permintaan/rundingan mengenai masalah guru-guru DG29/41, nampaknya saluran biasa KPPK sudah tidak dapat membantu. Jadi KPPK perlu guna cara yang lain pula iaitu adakan pertemuan dengan TPM atau PM dan utarakan masalah guru DG29/41 ini. Kita dengar apakah respon beliau. Jangan lupa, dedahkan apa jua masalah yang dihadapi oleh guru GD29/41 dan berikan statistik dalam bentuk jadual dan sebagainya.

Saya juga bersetuju dengan saudara Azahari Mansor. Bagaimana jika gaji Pengarah JPA lebih rendah daripada gaji penolong pengarah JPA? Bagaimana jika gaji Pengetua lebih rendah daripada gaji Naib Pengetua? Bagaimana jika gaji PTD gred 41 lebih besar daripada gaji PTD gred 44? Bagaimana jika gaji PM lebih rendah daripada gaji TPM? Tentunya sesuatu yang boleh dijadikan bahan ketawa.

Jadi, saya memohon pihak KPPK segeralah mengadakan pertemuan terus dengan TPM atau PM untuk menyuarakan masalah ini.

GURU RASA TERHINA DENGAN SKIM GAJI

"Untuk makluman tuan, insentif tempoh perkhidmatan DGA29 dulu diambil kira juga untuk time based buat guru DGA32/41 dan bukan untuk kami sahaja. Ini bermaksud tidak ada apa-apa yang istimewa tentang kami DGA29/41walaupun gaji pokok kami ketinggalan di belakang gaji pokok mereka;

saya harap dapat dijawab dengan segera dari pihak NUTP.

adakah betul insentif tempoh perkhidmatan DGA29 terpakai juga buat guru DGA32/41 selepas semakan gaji terbaru pada tahun 2007.

Jika kenyataan tersebut adalah betul ia merupakan satu dasar yang menghina kami guru DGA29/41.

ini kerana saya dan rakan2 senasib telah dilantik ke dg41 pada tahun 2007 dan terlepas skim DGA32 yang sepatutnya layak pada tahun 2010.

dilantik ke Dga 29 pada 2000
dilantik ke Dg 41 pada o2.7.2007

jika ikut insentif kenaikan time base ke 44 dapat 2 kenaikan di Dg 41 untuk layak ke hanya perlu 8 tahun lagi di Dg 41.

rakan saya pula tengah sambung belajar di OUM dijangka tamat pada tahun 2010.

pada tahun 2010 beliau akan layak mendapat DGA32

dilantik ke DG29 sama seperti saya iaitu pada tahun 2000.

Ini bermakna apabila beliau mendapat Dg41 insentif ke 44 beliau cuma perlu menunggu 7 tahun lagi untuk ke DG44.

"JIKa DAKWAAN TERSEBUT BETUL INI BERMAKNA DASAR INSENTIF TIME BASE 3 + 1 INI HANYA "MEMPERBODOHKAN DAN MENGHINA GOLONGAN YANG NASIBNYA SEPERTI KAMI"

HARAP PERTANYAAN INI DAPAT MAKLUMBALAS SEGERA DARI PIHAK "NUTP"

PENGETUA DAN GURU BESAR HARUS BIJAK MENTADBIR.

Guru saman pengetua RM228,000

SEKOLAH Menengah Kebangsaan Seri Mahkota di Jalan Gambang, Kuantan tempat
Rozilah mengajar.

KUANTAN - Seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Mahkota, Jalan Gambang di sini mengemukakan saman RM228,000 terhadap pengetua sekolah terbabit kerana didakwa menjejaskan reputasinya.

Rozilah Abdullah, 37, yang memfailkan saman itu di pejabat Pendaftar Mahkamah Sesyen di sini melalui Tetuan Balkhis Alias & Co pada 12 Ogos lepas menamakan pengetua, Aluwiyah Osman sebagai defendan.

Kes itu ditetapkan untuk sebutan pada semalam, namun Hakim Hassan Abdul Ghani kemudian menetapkan 5 November ini sebagai sebutan semula selepas wakil Pejabat Peguam Negara memohon tempoh masa untuk memfailkan pernyataan balas terhadap tuntutan saman berkenaan.

Dalam pernyataan tuntutan itu, Rozilah mendakwa pada 24 Julai tahun lepas, defendan memalukannya di hadapan guru lain dengan menuding jari ke arahnya serta menyatakan beliau enggan mematuhi perintah defendan.

Rozilah mendakwa defendan telah membuat satu laporan terhadapnya dan berikutan itu seorang kaunselor daripada Pejabat Pelajaran Daerah Kuantan memanggilnya ketika beliau sedang mengajar memaklumkan satu laporan telah dibuat terhadapnya.

Rozilah, yang telah bertugas selama 13 tahun sebagai guru, mendakwa akibat laporan defendan, beliau telah menerima surat bertarikh 13 Februari 2009 yang menyatakan tiada pergerakan gaji bagi beliau untuk tahun 2009. - Bernama

Wed Oct 07, 12:28:00 PM 2009

GURU BERHARAP KESATUAN DAPAT MEMBANTU SELESAIKAN MASAALAH

Harap perbincangan dapat hasil yang menggembirakan.Pada masa kini, guru siswazah yang ditempatkan di sekolah rendah mengalami banyak kerugian dan ketidakadilan.
a) kehilangan senioriti
b) terlepas peluang dga32
c) terlepas peluang kenaikan pangkat walaupun berpuluh-puluh tahun berkhidmat di dga29.Sepatutnya perkara kenaikan pangkat harus memberi keutamaan kepada guru dg2941. Ini adalah disebabkan kami mempunyai pengalaman yang banyak dan mempunyai ijazah yang diserukan oleh kerajaan.
4) kenaikan gaji tahunan lebih rendah jika dibandingkan dengan gaji dga32. Memang tak logik kenaikan gaji tahunan guru siswazah lebih rendah jika dibandingkan dgn guru tidak bersiswazah.harap pn su dapat memperjuangkan untuk semua guru dg41.
5)kehilangan wang bantuan RM500.
6) terpaksa menerima seksaan drpd GB dgn ugutan markah prestasi utk naik ke dg44. Pernah kawan saya mendengar seorang GB yang menyatakan : Jangan ingat kamu guru dg41 akan naik ke dg44, jika saya memberi prestasi yang rendah, mampuslah kamu!jangan harap akan naik ke dg44!

GURU DISERU BERSATU

Kepada semua rakan-rakan guru dg41,saya berpendapat sudah tiba masanya kita bertindak dengan lebih agresif.Selama ini kita menggunakan cara yang berhemah dalam mengutarakan beberapa isu kepada nutp.Namun,hasilnya amat mendukacitakan.Saya pun dah letih nak menaip menghantar komen ke blog nutp ini dan air liur pun dah banyak yang terbuang apabila saban hari bercakap dengan guru-guru dg41 yang lain di sekolah membincangkan ketidakpuashatian dan malangnya nasib yang menimpa kita.Saya berpendapat dan dengan tegasnya menyatakan di sini bahawa nutp bukanlah lagi saluran yang dapat memperjuangkan masalah guru-guru dg41 lagi kecuali perjuangan itu hanyalah untuk guru-guru bukan siswazah sahaja.


Oleh itu,saya menyeru kepada semua rakan-rakan guru dg41,marilah kita beramai-ramai menulis dan menyampaikan ketidakadilan yang menimpa kita terutama dalam isu GAJI,PERJAWATAN DAN PENGIKTIRAFAN MASTER/PHD.Biar satu Malaysia tahu penindasan yang dilakukan kepada kita.Biar Menteri Pelajaran tahu.Dan biar juga Perdana Menteri tahu.Kita mesti berani kerana kita sudah lama kehilangan HAK yang sepatutnya kita perolehi.Hidup guru-guru dg41!!!!

GURU DG41/29 KECEWA

En. A dilantik dg29 : 1987
MERASA DG32
Lantikan DG41 : tahun 2008

Gaji sekarang: RM 4044.73


Saya
Lantikan dg29 : 01.05.1980
Lantikan dg41 : 01.06.1998
Lantikan dg44 KUP : 16.05.2008
Gaji sekarang : RM 3584.11

Pencen : 2014 (Pada usia 56 tahun).



Pn. SU
… saya yang lebih senior menerima gaji yang lebih rendah gaji saya RM 3584.11 sedangkan En. A gajinya RM 4044.73.

Sedih, kecewa, terhina oleh kerana gara-gara dg32 dan mereka menerima kenaikan 25%. Menyebabkan gaji saya lebih rendah berbanding orang yang lebih junior dari saya, lantikan 1987.


Bukan kerana dg32 sahaja saya terlepas TETAPI FORMULA 7 + 3 pun, tidak diguna pakai untuk saya, (kerana saya dilantik dg44 KUP genap sepuluh tahun di dg41).



Cukup ZALIM, 18 tahun sebagai guru dg29 langsung tidak diambil kira.
Kami TERANIAYA SEBANYAK 2 KALI

1. Terlepas dg32

2. Tidak dapat menguna pakai Formula 7 + 3.



Pn. SU ,
…….cubalah rasai apa yang kami tanggung…….perit, benci, kecewa,
lihatlah apa yang dah jadi. Tolong selesaikan masalah ini dalam masa sisa-sisa
tempoh perkhidmatan saya dan rakan-rakan guru-guru tua yang berbaki hanya beberapa tahun saja lagi, untuk diberi pertimbangan …….. Berilah kami laluan meninggalkan perkhidmatan perguruan ini deng

Thu Oct 01, 09:44:00 PM 200