Thursday, October 15, 2009

ADA PENGETUA DAN GURU BESAR NAIK ATAS TITIK PELUH GURU-GURU

Saya fikir perlulah seseorang GB atau Pengetua dinilai -seadil dan seobjektif mungkin.
Bagaimana pun penilaian itu bukan ke atas sekolahnya tetapi terhadap individu GB atau Pengetua itu sendiri umpamanya kerja-kerja mengajar dan mentadbir, sikap profesionalisme dan keupayaan akademik.
Hasil pemikiran Pengetua atau GB tidak semesrtinya dapat dicerminkan melalui apa yang dia buat kepada guru-guru di sekolahnya. Penipuan dengan cara mempergunakan guru sekolah untuk mendapat markah tinggi sepatutnya dapat dikesan oleh penilai atau pentadbir yang lebih atas.
Konsep sinergi dan budaya kerja yang sihat dan beretika perlulah disemai di kalangan semua ahli organisasi.
Budaya kerja yang tidak sihat ialah memijak kepala orang untuk naik ke atas, bodek, salah urus dan salah guna kuasa, kronisme dll sepatutnya diperjelaskan terlebih dahulu nkepada semua ahli organisasi.
Kita mahu supaya sasaran yang mahu dicapai benar-benar berkualiti dan benar seperti apa yang benar.
Memanglah akan ada unsur mempergunakan guru dan pelajar dan jika ada rungutan maka perkara ini perlulah diberikan pertimbangan dalam proses penilaian Pengetua dan GB.
Seharusnya difahami Pengetua dan GB diberikan amanah untuk memimpin bukannya diberikan kuasa dan wang dan menjadikan mereka politikus dalam organisasi kecil mereka. Itu tidak betul!

No comments:

Post a Comment