Monday, October 19, 2009

ADAKAH PIHAK CEUPACS SEDAR MASALAH GAJI GURU BERIJAZAH LEBIH RENDAH????

Terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak NUTP yang telah memperjuangkan masalah guru 29/41. Persetujuan pihak kerajaan untuk memberi 7 + 3 dan +1 kenaikan gaji untuk mengatasi masalah jurang gaji nampaknya juga menguntungkan kumpulan guru 29/32/41.

Sekarang ini rata-rata ahli NUTP dan pihak NUTP telah sedar bahawa kumpulan DGA29/41 mempunyai pelbagai kategori dan sekiranya NUTP cuba menyelesaikan secara “blanket”, masalah ini tetap tidak akan selesai. Terima kasih NUTP kerana peka terhadap isu ini. Harap pihak NUTP membuat kajian dengan mendalam dan semasak-masaknya. Kajian yang separuh masak hanya akan menimbulkan ketidakpuasan pada kemudian hari.Isu gaji pensyarah yang memiliki master lebih rendah daripada gaji guru berijazah di sekolah yang dipaparkan dalam media bercetak baru-bari ini telah memeranjatkan pihak CEUPACS.


Sebenarnya keadaan ini sedikit pun tidak memeranjatkan saya. Saya lebih terperanjat dengan gaji guru tidak berijazah 29/32 yang lebih tinggi daripada guru berijazah 29/41 sedangkan mereka ini mempunyai tahun perkhidmatan yang sama. Malah ada juga guru 29/32 yang kurang tahun perkhidmatannya daripada guru 29/41 tetapi mempunyai gaji yang lebih besar.Berkaitan isu gaji pensyarah tadi, di sekolah pun ada guru yang memiliki master tetapi gaji masih juga lebih kecil berbanding guru yang tidak berijazah iaitu guru 29/32.Mengapa perkara ini berlaku? Renung-renungkanlah

No comments:

Post a Comment