Sunday, January 31, 2010

BERSAMA TPM DAN MP-SEMOGA NASIB KAUM GURU BERUBAH DARI MENTERI YANG SEBELUMNYA YANG KERAP MENGHENTAM GURU DAN TAK TAU BUAT KERJA.

Program SOAL JAWAB BERSAMA YAB TIMBALAN PERDANA MENTERI merangkap MENTERI PELAJARAN MALAYSIA pada 1 FEBRUARI 2010 jam 10 MALAM di TV3



Program SOAL JAWAB BERSAMA YAB TAN SRI MUHYIDDIN BIN MOHD YASSIN
TIMBALAN PERDANA MENTERI merangkap MENTERI PELAJARAN MALAYSIA

1 FEBRUARI 2010 (ISNIN)
10 MALAM
DI TV3

PEGAWAI PPD BAWA CENDERAMATA PERWAKILAN UMNO KE PEJABAT

Al kisah si mamat nagoi ni....dah keja di PPD sebagai pegawai sukan.bukan bijak mana sangat pun..tapi sebab jadi penyokong umno la gamaknya di lantik sebagai pegawai sukan.nampaknya di katakan beliau ini suka mengubah jadual ikut suka dia...maklumlah dia ingat umno ni semua mak bapak dia punya la kot.

Orang macam ini biasanya tak berkembang. Macamana kalau cikgu-cikgu bawa bendera letak dalam keta apa pula yang akan kena nanti. Tapi zaman itu suidah berlalu.Nak tukar guru atas sebab politik tak tentu kalu...pun tidak boleh...guru sekarang sudah berani untuk menentang apa yang partut dan tidak....jangan jadi macam cikgu lah(bukan nama sebenar)bini tempek sikit lari masuk umah....bini pun cikgu juga.......kah...kah....kah.....jangan makan di kedai kopi...mahai....jangan makan di hotel....mahai..walau setahun sekali kelab guru buat jamuan...masih kata mahal......ishhh...ishhhh...ishhhh..awat nangoi sangat aihhhh mai kampung mana cikgu?????

Saturday, January 30, 2010

INI DIA NAK JAGA ETIKA PERGURUAN....APADIA????MEMARTABATKAN PROFESION PERGURUAN???KUTUK TAK BOLEH.PERANGAI GURU MACAM NI.??KAH...KAH...KAH

2 guru ‘bergusti’

BANTING: Memalukan apabila seorang ustazah dan guru wanita di sebuah sekolah rendah di sini bergaduh sesama sendiri dengan disaksikan pelajar dan guru lain di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi, ustazah berusia 40-an dan guru Matematik berusia 24 tahun dikatakan ‘bergusti’ selepas berlaku salah faham ketika berada di kantin sekolah. Difahamkan, guru muda terbabit terpaksa melarikan diri sambil dikejar sehingga ke padang sekolah sebelum ditampar dan bergelut dengan ustazah terbabit.

Sumber berkata, kejadian itu dipercayai berpunca daripada dendam ustazah berkenaan sejak setahun lalu selepas anaknya yang diajar guru terbabit dipukul dengan pembaris kerana melakukan kesalahan. Bagaimanapun katanya, tindakan guru itu menimbulkan perasaan tidak puas hati ustazah itu sehingga membawa kepada pergaduhan. “Guru muda itu dikatakan dikejar sehingga ke padang sekolah sebelum dia ditampar, dipukul dan bergelut dengan ustazah itu.

“Insiden itu berlaku beberapa minit dan dipercayai turut disaksikan pelajar yang sedang melakukan aktiviti luar sebelum beberapa guru lain berjaya mententeramkannya,” katanya di sini, semalam. Difahamkan, kejadian itu kali pertama berlaku di sekolah berkenaan, bagaimanapun kejadian itu boleh menimbulkan implikasi negatif kerana ia disaksikan pelajar. Susulan kejadian itu, guru Matematik itu kemudian membuat satu laporan polis kira-kira jam 10 pagi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat berhubung kejadian itu.

Kedua-dua guru berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan, bagaimanapun difahamkan mereka sudah dipanggil pentadbir sekolah untuk mendapatkan penjelasan mengenai kejadian itu kerana ia mula menjadi buah mulut. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohamad Radzi Ishak ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu. “Saya difahamkan kedua-dua guru terbabit pernah berselisih faham sebelum berlaku kejadian ini. “Bagaimanapun ia dapat dikawal dan diselesaikan secara baik oleh pihak sekolah,” katanya.

Thursday, January 28, 2010

IKLAN JAWATAN KOSONG

CIKGU-CIKGU.....BOLEH KOMEN SIKIT MENGENAI PENDAPATAN YANG MENTERI INI CAKAP.MIMPI KA APA KA????

Pendapatan per kapita perlu cecah RM52,347

KUALA TERENGGANU 28 Jan. - Malaysia perlu meningkatkan sekali ganda pendapatan per kapita negara daripada RM26,415 pada 2008 kepada RM52,347 pada 2020, bagi mencapai status negara maju sejajar Wawasan 2020.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (gambar) berkata, tahap minimum bagi mencapai status itu berdasarkan definisi Bank Dunia adalah RM50,556.

Justeru, katanya, ekonomi negara perlu berkembang dengan purata sekurang-kurangnya 5.4 peratus bagi tempoh 2011- 2020.

Beliau melahirkan keyakinannya, Malaysia mampu mencapai tahap pendapatan per kapita berkenaan berdasarkan rekod yang telah dicapai.

''Berdasarkan rekod pertumbuhan negara sejak merdeka, ekonomi Malaysia berkembang melebihi enam peratus setahun.

''Pengalaman lalu juga menunjukkan kita berupaya menggandakan pendapatan per kapita dalam tempoh enam tahun iaitu daripada AS$3,843 pada 2002 kepada AS$7,734 pada 2008," ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Dialog Rancangan Malaysia Ke-10 dengan Negeri Terengganu di Wisma Darul Iman di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Besar, Datuk Ahmad Said.

Nor Mohamed berkata, walaupun negara turut mengalami kesan kegawatan ekonomi global sehingga menyebabkan pertumbuhan negara menguncup pada suku pertama hingga suku ketiga 2009, suku keempat tahun lalu menunjukkan pertumbuhan positif.

''Ini menambah keyakinan kita selain beberapa kejayaan lepas yang dicapai oleh negara seperti transformasi ekonomi berdasarkan pertanian kepada pembuatan dan perkhidmatan berdasarkan modal sendiri.

''Malaysia juga berjaya mencapai kategori negara berpendapatan pertengahan tinggi berbanding negara-negara lain yang mencapai kemerdekaan pada tempoh yang sama," ujarnya.

Beliau berkata, bagi mencapai pendapatan ekonomi tinggi, negara perlu menumpukan pada aktiviti nilai tambah tinggi termasuk galakan pelaburan yang mempunyai teknologi tinggi dengan tumpuan khusus terhadap sektor yang mampu berkembang, berinovasi dan kreatif.

Add to Google

KES DI PULAU PINANG

Lapan Pelajar Keracunan Makanan Di Pulau Pinang

PULAU PINANG, (Bernama) -- Lapan pelajar perempuan yang ingin menganjurkan 'parti mengejut' kepada guru mereka pada Khamis mengalami cirit birit dan muntah-muntah selepas memakan kek yang dibawa seorang daripada pelajar itu.

Pengarah Jabatan Pelajaran Pulau Pinang Ibrahim Mohamad berkata berikutan itu, mereka yang terdiri dari pelajar Tingkatan Dua Sekolah Menengah Padang Polo di sini terpaksa dihantar ke hospital untuk rawatan.

"Kesemua mereka diberi dirawat sebagai pesakit luar dan dilapor telah pulih," katanya kepada Bernama di sini.

Beliau berkata kesemua pelajar terbabit dilapor mengalami keracunan makanan selepas memakan kek yang dibawa untuk dijamu kepada guru dan rakan-rakan pada kira-kira pukul 10 pagi.

"Kami mendapat maklumat punca keracunan makanan itu disebabkan kek dari luar yang dibawa oleh seorang daripada pelajar dan ia tiada kaitan dengan makanan di sekolah," katanya.


ADA CERITA DI SALAH SEBUAH SEKOLAH DIMANA TAUKEH KANTIN JAGA GURU BESAR.CIKGU LAIN LANTAK PI LA.CIKGU BESAR BOLEH MAKAN FREE. BERTAHUN-TAHUN PEGANG KANTIN.SAMPAIKAN NAK SAMBUNG KONTRAK KENA JUMPA AHLI PARLIMEN UMNO. NAK DI TAKDIRKAN CERITA TUHAN MAHA KAYA...SUATU HARI MAKANAN DI KANTIN TERCEMAR...BUDAK-BUDAK MUNTAH......NASIB BAIK BUKAN ANAK AKU...KALAU KENA ANAK PINAK AKU,ADIK BERADIK AKU...SAH AKU SAMAN.......BINAWE PUNYA TAUKEH KANTIN.DOA BUDAK-BUDAK TERANIAYA MUJARAB GAMAKNYA....MAKANAN SEDIKIT...MAHAL..TAK BERSIH....AKHIRNYA .



Wednesday, January 27, 2010

DUIT BOUCER TUSYEN HILANG

8 orang Guru telah mengajar Skim Baucar Tuisyen (SBT) pada tahun 2009 untuk tempoh 9 bulan. Setelah menerima bayaran bagi 4 bulan pertama, baki RM 1250 (setiap seorang) untuk 5 bulan seterusnya masih belum diterima dari pihak pentadbir sekolah.

Setelah 3 bulan berlalu dan hampir sebulan pertama bagi tahun 2010 akan berakhir, 8 guru tersebut masih tertanya-tanya apakah status duit tersebut. Sikap pihak pentadbir yang berdiam-diri seolah-olah perkara itu tidak wujud, merumitkan lagi keadaan.

Akhirnya setelah sekian lama bersabar tanpa sebarang maklumat, berita, makluman dari pihak pentadbiran, sebahagian dari guru-guru ini bertemu Guru Besar di biliknya untuk berbincang dan mendapatkan status duit tersebut.

PERSOALAN:

> Adakah sikap 8 orang guru ini dianggap 'mata duitan' ?

> Adakah pihak pentadbiran berhak menganggap perkara ini remeh-temeh ?

> Adakah patut Guru Besar untuk merasa 'KECEWA' dengan sikap guru-guru ini yang datang ke pejabatnya untuk mendapatkan penjelasan ?

> Adakah guru-guru tersebut sepatutnya tetap mendiamkan diri dan berserah saja sama ada duit tersebut dibayar atau tidak, kerana sebagai guru, pendidikan anak-anak murid mestilah menjadikan keutamaan ?

Tuesday, January 26, 2010

HUKUM GURU BESAR SALAH GUNA KUASA

MACAM AKU KATA...GURU BESAR PENENTU REZEKI GURU DAH JADI TERBALIK. PATUT ADA JAWATANKUASA MEMANTAU GRU BESAR DI PERINGKAT KELOMPOK DAN JUGA DAEARAH SERTA NEGERI.ADA GURU BESAR IKUT SUKA DIA SAHAJA MACAM SEKOLAH MAK BAPA DIA.ADA GURU BESAR TERLIBAT SALAHGUNA KUASA, SALAHGUNA KEWANGAN, SALAHGUNA PERALATAN SEKOLAH, SKODENG ANAK DARA DAN BINI ORANG,PIJAK GURU UNTUK DAPAT CEMERLANG.INI YANG HARUS KITA TENTANG,LAWAN,PERJUANGKAN DEMI MEMEARTABATKAN PROFESSION PERGURUAN.!!!!!!!!!!!!!INI LA YANG DI KATAKAN MEMARTABATKAN PROFESSION.BUKAN CAKAP SAHAJA MEMARTABATKAN PROFESSION, LEPAS TU PELUK BINI...KAH...KAH...KAH.....




"Bagi memastikan akses dan ekuiti bagi mewujudkan pendidikan berkualiti, sudah pastinya penyediaan guru mengikut opsyen yang cukup menjadi keutamaan Kementerian Pelajaran dan kaedah penempatan semula guru akan digunakan untuk mengatasi masalah ini," katanya ketika dihubungi Bernama Rabu.

Alimuddin berkata keadaan menjadi lebih ketara apabila Jemaah Menteri memansuhkan pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) di sekolah-sekolah dan menggantikannya dengan Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI).

Dalam konteks itu, katanya guru-guru yang mempunyai opsyen Bahasa Inggeris sebagai contoh, sangat diperlukan terutamanya di sekolah-sekolah luar bandar dan pedalaman.

Alimuddin berkata kajian yang dilakukan kementerian mendapati terdapat lebihan guru bagi opsyen mata pelajaran kritikal itu di sekolah-sekolah tertentu di bandar-bandar besar.

Katanya penempatan semula guru tersebut merupakan satu proses yang berterusan dan berperingkat-peringkat, sehingga masalah ketidakseimbangan ini selesai.

Beliau turut menjelaskan bahawa mulai tahun ini penempatan semula guru secara terhad akan dilaksanakan, di mana proses itu akan melibatkan penempatan guru-guru dalam negeri atau antara daerah sahaja.

Alimuddin berkata demikian sebagai mengulas isu pemindahan guru yang didakwa berpunca daripada penyalahgunaan kuasa di kalangan guru besar dan pengetua yang memindahkan guru tersebut akibat 'tidak sebulu' atau menimbulkan masalah kepada guru besar atau pengetua berkenaan.

Beliau turut meminta semua pihak tidak membesarkan isu tersebut selain menganggap program penempatan semula guru itu adalah proses biasa yang akan berlaku dalam perkhidmatan awam
.

NUTP Minta Garis Panduan Jelas Berhubung Isu Penugasan Semula Guru

NUTP Minta Garis Panduan Jelas Berhubung Isu Penugasan Semula Guru

KUALA LUMPUR, (Bernama) -- Kementerian Pelajaran diminta menyediakan garis panduan yang jelas berhubung isu penugasan semula guru-guru bagi mengelak berlakunya penyalahgunaan kuasa dalam proses penukaran seseorang guru.

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) Hashim Adnan berkata pihaknya menerima aduan terdapat segelintir guru besar atau pengetua mengambil kesempatan untuk mengeluarkan guru yang tidak disukai atau guru bermasalah di sekolah masing-masing.

Walaupun masih di peringkat awal pelaksanaan penugasan semula, NUTP telah menerima sejumlah 10 aduan di mana antara lima dan enam daripadanya membabitkan kes salah guna kuasa guru besar, katanya pada sidang media di pejabat NUTP di sini hari ini.

"Masalah besar timbul apabila berlaku penyalahgunaan kuasa di mana guru besar atau pengetua mengambil peluang untuk menukarkan guru sesuka hati sehingga menyebabkan berlakunya penganiayaan," katanya.

Selain salahguna kuasa disebabkan penugasan semula guru, NUTP turut menerima aduan berhubung bebanan kewangan yang terpaksa ditanggung oleh guru yang diarah berpindah dalam tempoh satu atau dua minggu, terutama bagi mereka yang telah berkeluarga dan menetap serta mengajar di sesebuah sekolah untuk tempoh 10 hingga 15 tahun, katanya.

Beliau berkata ada juga guru mengadu ditukarkan ke sekolah yang terlalu jauh sehingga menyebabkan mereka terpaksa mengambil masa dua jam ke tempat kerja setiap hari.

"NUTP mencadangkan supaya pampasan bulanan diberikan kepada guru-guru berkenaan seperti insentif yang ditawarkan kepada mereka yang sanggup bertugas di kawasan pedalaman," katanya.

Sehubungan itu, Hashim meminta kementerian turut memantau proses penugasan semula bagi memastikan pelaksanaannya dilakukan dengan lebih sistematik.

Hashim berkata perkara itu juga harus dilaksanakan secara berperingkat dan berhati-hati dengan mengambil kira faktor kemanusiaan seperti kepakaran seseorang guru yang telah mengajar sesuatu subjek sejak sekian lama.

"Kita mencadangkan supaya guru yang belum berkahwin atau mereka yang boleh dikategorikan sebagai `young family' atau baru berkahwin dan tidak mempunyai anak yang ramai, ditukarkan terlebih dahulu di bawah redeployment guru ini," katanya.

Selain itu, katanya, setiap pertukaran haruslah dilakukan berdasarkan keperluan subjek di sesebuah sekolah dan setiap kekosongan mesti diisi dengan segera.



GURU BANYAK SONGEL.TAK ADA KERJA MINTA JADI GURU. DAPAT JADI GURU NAK NGAJAR DEKAT UMAH.DUDUK BAWAH KETIAK MAK.MASUK KAWASAN PEDALAMAN BARU DAPAT BANYAK PENGALAMAN.MUDA-MUDA BERJALAN DULU.TAMBAH-TAMBAH YANG GURU-GURU KPLI.LEPAS DAPAT JADI GURU INGAT NAK KAWINNNNN JA.TAK INGAT BENDA LAIN DAH....KEMENTERIAN PUN SATU HAL.ADA AKU BERBUAL DENGAN SEORANG PENSYARAH YANG MENGAJAR KPLI MERUNGUT.MACAM NI PUNYA GURU-GURU KE SEKOLAH LINGKUP...BUKAN TAHU BUAT KERJA PUN.SEKEJAP SANGAT JADI PELATIH.....NAMPAK BUKAN PROFESIONAL SEBAB KURSUS 6 BULAN ...PRAKTIKAL 4 BULAN DAH BOLEH NGAJAR .....PENGALAMAN NI PENTING SEBELUM BERUMAHTANGGA DAN MENJADI MANDOM SEMULA.JADILAH GURU YANG TAHU MEMARTABATKAN PROFESSION.SANGGUP KE MANA SAHAJA DI ARAHKAN.PUNYA TANGGUNGJAWAB MENJADI GURU SATU MALAYSIA.


Penempatan Semula Guru Adalah Proses Biasa - Alimuddin KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Penempatan semula guru yang dilaksanakan...


TENGOK KETUA PENGARAH KAUM GURU CAKAP.MACAM AHLI POLITIK BN/UMNO PULAK CAKAP.PROSES BIASA.CUBA TANYA ALIMUDDIN NI...PERNAH KA DIA MENGAJAR DI PEDALAMAN SARAWAK KA...ATAU HANTAR KE ULU TEMBELING KA...ATAU KE SABAH KA.....BARU DIA TAU LANGIT TINGGI RENDAH.AMAT MAMAT KAT BAWAH KOMEN PASAL PPSMI KAT ALIMUDDIN NI.....MALAS CAKAP LA.......CIKGU....CIKGU.....

Conference on Education Malaysia 2010



Conference on Education Malaysia 2010

La Salle Centre

Jalan S.P. Seenivasagam

30000 Ipoh

Perak


Dear Sir/Madam,


Conference on Education Malaysia 2010

Greetings.

It is with great pleasure we announce the organizing of the Conference on Education Malaysia 2010. This conference is an initiative by La Salle Centre, Ipoh who wishes to play its role as a responsible stakeholder in the Malaysian education landscape.

The primary objectives of the Conference are to disseminate the UN report of the “Report of the Special Rapporteur on the Right to Education, VernorMuñozVillalobos Mission To Malaysia” and to use that report a means to discuss deeper the challenges of the present education system. We hope this 1-day conference will give a chance to all stakeholders to discuss important matters pertaining to education in Malaysia. We cordially invite yourself and your colleagues to participate in this conference.

Details of the Conference are as follows:

Date : 2nd March 2010 (Tuesday)

Time : 9.00am - 6.00pm

Venue : The Royale Bintang Hotel, Kuala Lumpur

This will be followed by a cocktail before the screening of the Movie “Gadoh”. Please see http://www.komas.org/gadoh/index.htm for further information.

Your participation as an important stakeholder in the education field in Malaysia would enrich this conference and be a valuable space to exchange ideas on Education Malaysia 2010.







Hoping that you would be keen to join us at this conference.

Looking forward to a favorable reply.

Attached are further details on the conference. Please feel free to visit our website at educationmalaysia2010.wordpress.com or contact us at 012-2861313 or 017-3401922. Your cooperation is much appreciated. The closing dateline for registrations is on the 22nd February 2010.


Thank You

Your browser may not support display of this image.


Yours faithfully

Jerald Joseph

Chairperson

Organizing Committee Education Malaysia 2010

Email: jjerald@pd.jaring.my

Tel: 012-2861715

MARKAH PRESTASI RENDAH BUAT GURU-GURU ,GURU BESAR TERIMA AMARAN SEMAK SEMULA MARKAH GURU-GURU

Inilah nasib kaum guru. Dapat guru besar yang makan jasa guru kemudian kedekut nak beri markah. Kawan-kawan yang pernah bertugas di sekolah cina , semua guru dapt markah yang tinggi. bukan kerana guru-guru cina semua rajin, tetapi PIBG bagi sokongan kuat. Bagi negeri yang kurang sekolah kebangsaan jenis cina SRJK(C) , mungkinmaklumat tidak sampai.

Aku nak cerita satu contoh supaya cikgu yang dok asyik nak memartabatkan kaum guru tanpa buat apa-apa , celik dan buka mata.Hang kerja 20 tahun nanti baru hang tau nak memartabatkan profesion hang.

1. Markah prestasi sekolah kebangsaan cina semuanya mencapai 90%.Prinsipnya mudah."Bukan kita punya duiit maaaa" . Itu bagaimana GB sekolah SRJK(C) bertindak.

2 Sekolah Melayu(Kebangsaan) markat 80-88%.macam ini nak memartabatkan profession perguruan?????pi mampoih dengan memartabatkan kalau yang bersiswazah,berstatus 44 , menjadi pecacai di sekolah rendah.Macam ni nak martabatkan profesion????Untuk memertabatkan kan profesiaon , bukan duduk diam,memartabatkan profesion ialah apabila hak kaum guru, kebajikan kaum guru, pekerjaaan priofesuional kaum guru tadi di angkat.Guru tak buat kerja kerani, guru tak buat kerja kutip duit yuran, guru tak buat kerja ambik kedatangan.Akan ada kerani yang berjalan ke kelas-kelas dan inilah sistem yang berlaku di negara maju.Kerja guru ialahmengajar dan memeriksa buku. Soalan pun guru tak buat.Ini lah yang di namakan memartabatkan profession.ngokkkkk.

3.Baru-baru ini NUTP.............NUTP????? berani ka???masuk ISA kottttttttttt, telah mengarahkan markah hampir 200 guru di salah sebuah negeri agar menyemak semula markah buat KUP 32 yang tidak boleh di lantik kerana kekurangan markah prestasi. Semua dari SK. Bula di siasat, ada sejarah tak setuju dengan guru besar, bodek tak cukup,ada ada saja lah ikut suka guru besar nak berikan.

Kononnya dengan bantuan NUTP untuk mengambil tindakan keatas guru besar ini, maka prestasi di beri semula.Masaalah pengetua dan guru besar yang boleh menjadi sebagai penentu rezeki sesorang perlu di ambil kira. Perlau ada jawatankuasa memberikan markah di peringkat sekolah dan juga di peringlat kelompok membincangkan beberapa perkara berkaitan dengan prestasi. Mencari keadilan memang sukar kalau di ambil contoh SRJKC.

Ada guru besar yang mendapat menjadi KUP Guru Besar cemerlang DG38 ,naik pangkat atas daya usaha guru, namun guru besar yang mendapat anugerah, namun markah untuk guru-guru di beri rendah.Kalau tak percaya cuba bawa banyak berkawan dan bergaul dengan kaum guru di serata negeri. Baru tahu nilai memartabatkan kaum guru.

4. Bagi yang berckap soal nak memeartabatkan kaum guru. aku nak beri satu video bagaimana kaum guru memartabatkan hak mereka.Bukan setakat bercakap sahaja nak memartabatkan kaum guru?????nak martabat apa kalau gaji guru ijazah lebih rendah dari gru bukan berijazah??????nak martabatkan profession apa kalau guru buatkerja kerani lebih dari mengajar????tak payah senarai banyak apa yang perlu ada dan perlu gru buat....tapi lihat contoh di bawah bagaimana kesatuan guru tahu hak mereka.....

Monday, January 25, 2010

DI PETIK DARI BLOG CINA ISLAM.KOMEN PASAL GURU.ELOK JUGA CIKGU-CIKGU BACA

SALAHKAH GURU?

11 Safar 1431H
Emel : Naninu Sakun

Assalamualaikum semua!

Tanggal 25 Januari 2010, muka hadapan kosmo telah meletakkan kes GURU SAMAN BEKAS GURUBESAR. Dalam kes ni guru berkenaan telah memfailkan saman terhadap 2 bekas gurubesarnya dan seorang pegawai di JPN Kedah. Semuanya ini terjadi ekoran guru berkenaan menghadapi tekanan yang teruk dek perbuatan mereka yang kena saman. Dalam hal ini siapa yang perlu dipersalahkan? Saya tidak sabar untuk melihat kes ini bila dibicarakan nanti. Segala2nya kita serahkan pada mahkamah. Yang saya nak ulas dalam kes ini BURUK SANGATKAH GURU hingga kes ini diletakkan dimuka hadapan akhbar sebagai tajuk utama. Di dalam akhbar tersebut juga mengulas kes2 guru menyaman di Malaysia ini. Secara kesimpulan bila saya membacanya menunjukkan guru2 berdosa besar. Kenapa ini terjadi? Kenapa Setiausaha KPPK tidak membela guru2 ini? Mana KPPK? Mana Presiden KPPK? Kenapa bila kes2 yang membabitkan guru2 hanya setiausaha KPPKje yang pandai bersuara di media kononnya anda pembela guru? Kenapa bila ada guru menghubungi anda, anda memarahi pula guru? Saya ada bukti dalam hal ini wahai setiausaha KPPK. Kita tinggalkan setiausaha KPPK biar beliau muhasabah diri.

Bila sebut sahaja kes yang membabitkan guru2 di Malaysia tidak kiralah betul ataupun tidak, saya lihat media akan menyalahkan guru2. Guru2 juga ada hati dan perasaan, takkanlah sebab nila setitik semua guru dihukum durjana. Guru2 sendiri telah terbeban dengan tugasan di sekolah yang memang dah mencabar etika profesional mereka. Bayangkanlah dari seawal jam 5 pagi mereka telah bangun untuk menyiapkan diri bagi menghadapi tugasan seharian mereka. Sesampai sahaja disekolah segala2 tugasan bermula dari yang wajib hinggalah yang sunat dan harus. dalam hal ini guru2 lebih faham maksud yang tersirat ini. Namun begitu kenapa media tidak nampak? Kenapa KOSMO tidak nampak? Didalam etika perguruan telah jelas seseorang guru tidak boleh menjatuhkan airmuka seseorang guru itu dihadapan guru2 lain dan murid serta orang sekeliling. Justeru, tidak salah kiranya guru boleh menyaman jika maruah sendiri telah tercabar seperti kes saman tersebut.

Dalam hal ini kepada para guru besar, pengetua dan pentadbir sekolah dan JPN hendaklah mengambil iktibar dan muhasabah tentang perkara ini. Janganlah terlalu bebankan guru2 dengan tugasan2 yang kadangkala tidak logik dek akal contohnya sekolah tamat jam 1.10 tengahari tetapi guru2 hanya boleh balik jam 2 petang. Alasan boleh guru2 menyiapkan kerja2lah dan bermacam2 lagi. Bagi guru2 yang ada anak di sekolah2 lain yang perlu mengambil anak2 mereka pulang sekolah bagaimana mereka? Apa yang terjadi kepada anak2 guru yang terpaksa menunggu ayah dan ibu mereka mengambil mereka disekolah? Bagaimana pula dengan anak2 guru yang terpaksa pergi ke sekolah agama petang pula yang bermula jam 2.30 ataupun jam 3petang? FIKIR2KANLAH WAHAI PENTADBIR.............jadilah orang yang berperikemanusiaan bukan memburukkan profesion yang mulia ini...wallahuaklam...

ANAK KOMANDO REJIMEN 1

2 ulasan:

2 ulasan:

Baha berkata...

tanah di sekitar kelantan ingin di jual http://klatehartanah.blogspot.com/

akulajuki berkata...

2 ulasan:

Baha berkata...

tanah di sekitar kelantan ingin di jual http://klatehartanah.blogspot.com/

akulajuki berkata...

Begitulah nasib guru-guru di Malaysia ni tetapi kalau difikir-fikirkan kenapa jadi begitu??? Jawapannya ialah kerana kebodohan guru-guru sendiri (maaflah kalau ada yang terasa). Bodohnya "KITA" ialah kerana tak pandai nak lawan langsung main pakai terima sahaja apa yang diarahkan oleh KPM, JPN dan pentadbir.

Ini bukan cakap-cakap kosong, cuba dapatkan statistik guru-guru yang mengalami tekanan jiwa dan mental yang teruk. Bukan seorang dua malah dah beribu guru-guru yang dah jadi "GILA".

Kepada guru yang menyaman bekas GB dan JPN Kedah tu saya mengucapkan syabas dan semoga anda akan berjaya di dalam saman tersebut.


Begitulah nasib guru-guru di Malaysia ni tetapi kalau difikir-fikirkan kenapa jadi begitu??? Jawapannya ialah kerana kebodohan guru-guru sendiri (maaflah kalau ada yang terasa). Bodohnya "KITA" ialah kerana tak pandai nak lawan langsung main pakai terima sahaja apa yang diarahkan oleh KPM, JPN dan pentadbir.

Ini bukan cakap-cakap kosong, cuba dapatkan statistik guru-guru yang mengalami tekanan jiwa dan mental yang teruk. Bukan seorang dua malah dah beribu guru-guru yang dah jadi "GILA".

Kepada guru yang menyaman bekas GB dan JPN Kedah tu saya mengucapkan syabas dan semoga anda akan berjaya di dalam saman tersebut.


INI KOMEN AKU PULAK:


CIKGU-CIKGU NI MACAM AKU KATA DALAM BEBERAPA POSTING YANG TERDAHULU. KUTUK AKU PUN ADA. TAPI MEMANG DASAR GURU-GURU YANG ADA HARI INI KUALITINYA PENAKUT DAN TIDAK MENONJOL.YANG BERANI TU BUKANNYA TAK ADA, TAPI KEBANYKKANNYA SEDIA BERKHIDMAT, SEDIA MEMBODEK, SEDIA DUDUK DIAM DAN DENGAR SEDIA MENJAGA PERUT SENDIRI DAN JAGA DI BAWAH PERUT JUGA.


AKU KATA BEGINI KERANA PENGALAMAN AKU DI KETIKA MENJADI GURU SEWAKTU MEMUNCAKNYA ERA REFORMASI, RAMAI DI TUKARKAN, TIDAK SIAPA PUN YANG MAHU BERKAWAN KERANA TAKUT. BERBEZA SEDIKIT DENGAN HARI INI KERANA GURU DAH DAPAT ILMU.RAMAI DAH DAPAT MAKLUMAT. TAPI MASIH SEDIKIT YANG BERANI...............

KUASA GURU KUAT DAN BANYAK.......SAYANGNYA TIDAK PUNYA KESATUAN YANG KUAT DAN KUKUH................NUTP???????HARAP MANGKOK YANG ADA DI ATASA TU PUN TAK BOLEH BUAT APA JUGA........

Sunday, January 24, 2010

CIKGU: SAMAN GURU DAN PEGAWAI YANG ANGKUH INI

Suami isteri saman pegawai pendidikan Kedah RM1.5 juta
24/01/2010 4:27pm


ALOR SETAR 24 Ja. - Sepasang guru menyaman dua bekas guru besar mereka dan seorang pegawai Jabatan Pendidikan Kedah berjumlah RM1.5 juta kerana mendakwa dianiayai menyebabkan mereka menghadapi masalah mental dan tekanan yang dahsyat.


Mohd Afandi Abdul Hamid, 39, dan isterinya, Roziaini Mohd Rozi, 38, menamakan Munajat Tamrin sebagai defendan pertama manakala Noriah Murad dan Abdul Aziz Hanifa, masing-masing defendan kedua dan ketiga.


Mohd Afandi selaku plaintif pertama munajat dan isterinya plaintif kedua mendakwa wujud konspirasi antara ketiga-tiga defendan untuk menyebabkan tekanan dan penderaan mental kerana ketidakpuasan hati mereka terhadap beliau dan isterinya.


Guru tersebut yang kini mengajar mata pelajaran Agama Islam di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Perdana selepas dipindahkan dari SK Iskandar, Alor Setar memf ailkan saman tersebut bersama peguamnya di Mahkamah Tinggi Alor Setar hari ini.


Mengikut writ saman, defendan pertama yang terlibat dengan pertukaran guru-guru sekolah di Kedah didakwa menghalang pertukaran plaintif kedua. - Bernama



GURU-GURU PERLU TAHU HAK SEBAGAI PEGAWAI YANG BEKERJA DI BAWAH LANTIKAN SERI PADUKA BANGINDA YANG DI PERTUAN AGONG.JIKA SESUATU BERLAKU KE ATAS ANDA AKIBAT KECUAIAN GURU BESAR DAN JUGA DI SEBABAKAN GURU BESAR ANDA MENGGUAKAN KUASA YANG DI AMANAHKAN UNTUK MENTADBIR DENGAN BAIK, NAMUN BERLAKU SEBALIKNYA, MAKA CIKGU-CIKGU JANGAN BERI PELUANG MEREKA INI MENGGUNAKAN KUASA MEREKA SEWENANG-WENANGNYA.

Thursday, January 21, 2010

GURU DAN KAKITANGAN KERAJAAN DALAM DILEMA

EKORAN BERITA KHABAR ANGIN ELAUNS COLA,ELAUNS RUMAH,ETEMS AKAN DI TARIK SEMULA

Kuala Lumpur - Kakitangan kerajaan kini dalam dilemma ekoran ada perkhbaran yang tidak sahih dimana elauns yang di berikan kerajaan akan di tarik semula kerana masalah ekonomi.Kerajaan dalam masa yang sama pula cuba membohongi rakyat dengan menyatakan bahawa ekonomi bertaraf tinggi akan di perkenalkan.Oleh yang demikian orang ramai khasnya kakitangan kerajaan meresakan bahawa slogan rakyat di iuatama adalah memang tepat kerana ianya bukan sahaja menunjukkan bahawa apa yang akan di terima ialah rakyat dahulu. misalnya jika harga barang di naikkan, yang akan menerimanya ialah rakyat.Begitu juga dengan elauns yang akan di tarik semula, rakyat akan menerima dahulu.

Sejak akhir-akhir ini, mood kaktangan kerajaan di katakan berada dalam keadaan yang amat tertekan.mana kan tidak, semua elauns yang di terima sebelum ini telah di gunakan bagi membuat berbagai pinjamn termasuk pinjaman peribadi, kereta dan juga pinjaman perumahan. Pihak peminjam khasnya bank dan juga syarukatpengedar kereta menggunapakai pendapatan elauns sebagai satu pendapatan tetap dalam urusan memberikan pinjaman.

Kini semua sedang runsing. Mana kan tidaknya jika dipotong sebuah keluarga di kalangan kakitangan kerajaan akan kehilangan 400 ke 500 sebulan ekoran apa yang di dakwa elauns cola akan di potong.

Bagi kaum guru pula, elauns "buta" mengajar bahasa inggeris dengan menggunakan bahasa melayu akan di tamatkan pada tahun hadapan. ini juga akan membuatkan golonganini akan kehilangan sebanyak rm 200 ke 400 sebulan ekoran langkah kerajaan menamatkan penggunaan bahasa inggeris di dalam P&P subjek ETems.Cuma guru bahasa inggeris sahaja akan di kekalkan dengan elauns kritikal bahasa inggeris.

Mulai sekarang kakitangan kerajaan di nasihatkan membawa nasi bungkus yang di masak di rumah dan juga bekalan nasi goreng ke tempat kerja kerena ianya di katakan akan menjadi kenyataan bahawa elauns ini akan di potong dan di tarik balik.


BOLEHLAH DAFTAR MENJADI AHLI UMNO KERANA HANYA AHLI UMNO SAHAJA YANG TIDAK AKAN DI POTONG ELAUNS KERANA MENYOKONG KERAJAAN. BAGI GURU-GURU YANG TERKENA TEMPIAS INI, DI HARAPKAN MENDAFTAR SEBAGAI AHLI UMNO.....KAH...KAH...KAH.........KINI BARU ANDA TAHU LANGIT TINGGI RENDAH. DULU SEMUA PEMBANGKANG BUAT TAK BETUL.AJAK TURUN PADANG PUN TAK MAHU, DENGAR CERAMAH PUN TAKUT.......................AMBIK HABUAN.....OPPPPPPSSS BAGI YANG MENYOKONG PEMBANGKANG........ANDA GOLONGAN YANG BIJAK DAN CERDIK........YANG MANDOM............BYE,BYE.......HANG TENGOK LA MUKA ANAK BINI HANG HARI-HARI.............

Wednesday, January 20, 2010

AKHIRNYA HAMPIR BERJAYA.

Utusan Malaysia bertarikh 20 Januari 2010 - KPM KOMITED TERHADAP MBMMBI

· MBMMBI: PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P) SAINS DAN MATEMATIK BAGI SEKOLAH RENDAH DAN SEKOLAH MENENGAH

CIKGU SEKOLAH CINA DAH LAMA TAK NGAJAR GUNA BAHASA INGGERIS.CUMA 2 WAKTU SAHAJA SEMINGGU. CIKGU MELAYU YANG PUNYA BANYAK KESATUAN AKHIRNYA IKUT MACAM.

PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P) SAINS DAN MATEMATIK BAGI SEKOLAH RENDAH DAN SEKOLAH MENENGAH



KENYATAAN AKHBAR
Y.BHG. TAN SRI DATO’ ALIMUDDIN HJ. MOHD DOM
KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P) SAINS DAN MATEMATIK BAGI SEKOLAH RENDAH DAN SEKOLAH MENENGAH
Kenyataan akhbar ini bertujuan menerangkan dengan lebih jelas kepada masyarakat mengenai pemansuhan PPSMI dan pelaksanaan Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris (MBMMBI).

Berdasarkan keputusan Mesyuarat Kabinet pada 8 Julai 2009 telah diputuskan bahawa dasar PPSMI akan dimansuhkan secara berperingkat-peringkat mulai 2012 bagi Tahun 1, Tahun 4, Tingkatan 1 dan Tingkatan 4.

Mesyuarat Jemaah Menteri pada 5 Ogos 2009 telah bersetuju melaksanakan mekanisme “soft landing” untuk P&P Sains dan Matematik bagi membantu pelajar-pelajar mengatasi masalah peralihan dasar berkenaan. Mekanisme “soft landing” adalah seperti berikut:
(i) P&P Sains dan Matematik boleh dilaksanakan dalam dwibahasa mulai tahun 2010 di sekolah rendah dan sekolah menengah. Dwibahasa bermaksud penggunaan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dalam P&P Sains dan Matematik di sekolah kebangsaaan dan sekolah menengah; dan penggunaan bahasa ibunda dan Bahasa Inggeris bagi SJK(C) dan SJK(T).
(ii) Pelaksanaan dasar ini bermula pada tahun 2012 bagi pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, Tingkatan 1 dan Tingkatan 4. Walau bagaimanapun mekanisme “soft landing” akan memberi ruang kepada pelajar-pelajar lain menyesuaikan diri dengan peralihan dasar di mana P&P boleh dilaksanakan dalam dwibahasa. Kohort-kohort yang terlibat adalah seperti berikut:
(a) Kohort Tahun 1 (2009) – boleh menggunakan dwibahasa sehingga 2014.
(b) Kohort Tahun 1 (2010) – boleh menggunakan dwibahasa sehingga 2015.
(c) Kohort Tahun 1 (2011) – boleh menggunakan dwibahasa sehingga 2016.
(d) Kohort Tahun 1 (2009) – boleh menggunakan dwibahasa sehingga 2013.
(e) Kohort Tahun 1 (2010) – boleh menggunakan dwibahasa sehingga 2014.
(f) Kohort Tahun 1 (2011) – boleh menggunakan dwibahasa sehingga 2015
PENTAKSIRAN
(a) Peperiksaan UPSR bagi matepelajaran Sains dan Metematik akan terus dilaksanakan dalam dwibahasa sehingga 2016.
(b) Peperiksaan PMR bagi matapelajaran Sains dan Matematik akan terus dilaksanakan dalam dwibahasa sehinggan tahun 2013.
(c) Peperiksaan SPM bagi matapelajaran Sains dan Matematik akan terus dilaksanakan dalam dwibahasa sehingga 2015.

Ini bermakna penggunaan Bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan dan bahasa ibund

CIKGU DI NASIHAT AMBIL PEGUAM MELALUI NUTP

sakit badan sakit poket jadi cikgu ni...


Ibu pelajar tampar guru

INILAH Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perlis di mana seorang guru Matematik ditampar oleh ibu seorang pelajar tingkatan satu kelmarin.

KANGAR - Sesi menjernihkan keadaan antara pihak sekolah dengan penjaga kepada seorang pelajar tingkatan satu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perlis di sini bertukar tegang apabila seorang ibu 'naik angin' dengan menampar seorang guru sekolah itu kelmarin.

Kejadian pukul 10.30 pagi itu berlaku di bilik pengetua sekolah berkenaan selepas ibu pelajar tersebut gagal menahan emosi lalu menampar pipi guru lelaki berusia 26 tahun tersebut.

Difahamkan, sehari sebelum itu, guru Matematik tersebut didakwa telah menampar pelajar terbabit selepas mendapati dia membuat bising di luar kelas sehingga mengganggu pelajar lain.

Ketua Polis Daerah Kangar, Supritendan Abdul Rahman Mohd. Noordin berkata, wanita berusia 40-an tersebut mengetahui mengenai kejadian itu selepas dimaklumkan oleh anaknya selepas pulang dari sekolah.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0121&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm

komen: dah la macam-macam tugasan, elaun itu ini nak dipotong, kena tampar pulak dengan mak bapak murid...sabar ajelah cikgu cikgi sekalian

Tuesday, January 19, 2010

KAUM GURU ????JIKA INI BERLAKU KEPADA ANDA ?BOLEHKAH ANDA FIKIRKAN SLOGAN UNTUK RAKYAT????

- COLA dan Elaun Rumah Sudah Pasti Akan Dipotong.

DATO NAJIB....POTONG SEMUA DATO.....BIIIOOORR PADAN DENGAN MUKA DEME.......ASYIK DOK NYODOK KAT UMAH JA.......BIOR DEME RASE ......UDAH LE MANDOM..PENAKUT PULAK....TAK JATUH NYE KERAJAAN DATO......POTONG GAJI PUN OK....ASYIK TUKAR KETA AJE DEME.MIKE NASIB MOTONG GETAH....UNTUNG JUGAK LE....DAPAT NENGOK PASARAN SAHAM NAIK TURUN HEGE GETAH YEOPPPP??????



RASAKAN NASIB KAUM GURU.MASIH DUDUK BERKEPIT DIRUMAH??????KAH...KAH....KAH.............





KUALA TERENGGANU – Para guru mungkin akan mengikuti jejak para cendekiawan, turun ke jalan raya bagi menuntut hak, ekoran beberapa keputusan kerajaan Umno dan Barisan Nasional(BN) yang tidak menepati slogan yang digembar-gemburkan.

Slogan yang dipopularkan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak, ”Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan” mungkin memakan ‘diri kerajaannya sendiri’ apabila gagal mengotakan kata-kata tersebut.
Menurut sumber sebuah laman forum awam internet 8 Januari lalu, seorang peserta forum itu telah memaklumkan bahawa, semua elaun kakitangan awam seperti elaun tetap khidmat awam, elaun tetap perumahan dan Elaun Sara Hidup (COLA) bermula pada Februari 2010.

Tulisan tersebut turut menambah, bukan sahaja elaun-elaun ini akan dihapuskan tapi semua gaji kakitangan awam dari semua gred akan dipotong sebanyak 35%.

Menurutnya lagi, perkara tersebut telah disahkan oleh seorang kakitangan Perbendaharan yang bertugas di Putrajaya.

Hari ini, 20 Januari, seorang guru dari sebuah sekolah menengah di daerah ini memaklumkan, keputusan kerajaan Umno/ Barisan Nasional(BN) untuk menghimpit lagi ekonomi Negara yang sudah ‘kemek’ akan menjadi realiti.

Menurutnya, bukan sahaja elaun sara hidup (Cost Of Living Allowence - COLA) akan dipotong, malah elaun perumahan para guru akan di kurangkan separuh.

”Saya akan kehilangan RM400 sebulan, elaun COLA akan dipotong sebanyak RM200 dan elaun perumahan dari RM400 sebulan akan menjadi RM200 sahaja,”ujarnya.

Katanya, perkara itu telah disahkan oleh rakan-rakan setugasnya disekolah-sekolah lain yang telah mendapat surat pekeliling dari Jabatan Pendidikan.

Beliau yang tidak mahu dikenali berkata, pihak sekolah juga turut terbeban dengan ‘cakap tak serupa buat’ pemimpin Umno/BN apabila mengarahkan caj penggunaan air dan elektrik, ditanggung sendiri oleh pihak pentadbir sekolah.

Sebelum itu, kata beliau, pengwujudan semula yuran sekolah bagi para pelajar yang telah dihapuskan beberapa tahun lalu, telah cukup memalukan.

”Kini pelbagai beban terpaksa ditanggung oleh pihak sekolah, krana banyak peruntukan yang biasa di berkian kepada pihak sekolah mula dpotong.

”sudahlah menanggung beban pelbagai masalah sosial dan disiplin murid, guru-guru disekolah kini diminta ‘menggalas’ kegagalan seorang Menteri Kewangan.”katanya dengan nada kesal.

Apabila ditanya, adakah para guru sanggup tuun ke jalanraya menuntut segala hak-hak sebagai warga pendiikan dari kerajaan Umno/BN beliau menjawab; “Tunggu masa dan ketika yang sesuai!”.

KITA PERCAYA KAUM GURU TIDAK AKAN MEMBANTAH. SEBAB BANYAK GURU YANG MANDOM.DAN YANG HANYA JAGA PERUT DAN DI BAWAH PERUT TERLALU RAMAI. OLEH SEBAB ITULAH SEKADAR MENJADI GURU SEMATA-MATA SUDAH DIKATAKAN BAGUS.MACAM LA BAGUS KAUM GURU NIH....

ZAMAN TOK NENEK AKU DULU,KAUM GURU DI BARISAN HADAPAN,KAUM GURU MENJADI CONTOH DENGAN KETEGASAN DAN BERANI KEHADAPAN. ORANG HORMAT KAUM GURU BUKAN KERANA DI GELAR GURU TETAPI SEMANGAT BERJUANG YANG ADA.

HARI INI, KAUM GURU.....KIAAAATUIHHHH....TAK BOLEH PAKAI.MACAM APA YANG DIKATAKAN TADI,LEMBIK,MANDOM,DAYUS,PENAKUT,IKUT PUNGKOQ ORANG,JAGA PERUT,JAGA BAWAH PERUT,BALIK DUDUK DALAM UMAH,BERKAWAN DENGAN ORANG PUN TIDAK,PI KEDAI KOPI PUN TIDAK,YANG TAU ...TUKAQ KETA....BELI UMAH.....HEIIIIII.......... ORANG LAIN PUN ADA JUGA ANAK BINI......TAK RASA MALU KA?????PADAN MUKA HANGPA KENA POTONG SEMUA NIHHHHH.....KAH...KAH...KAH...RASAKAN NASIB KAUM GURU KENA PENIPU......DAH TU CAKAP PANDAI..TAPI PENAKUT......

KAH..KAH.KAH TAK PERLU BELAJAR TINGGI-TINGGI UNTUK JADI GURU KANAN.



Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat “LALAK LILA, Sungai Petani, Kedah”, Kedah dalam ruangan Surat Kepada Pengarang dalam akhbar Berita Harian bertarikh 7 Januari 2010 (Pertimbang guru DG41 menjawat jawatan Penolong Kanan).

Untuk makluman, semua jawatan-jawatan Penolong Kanan dan Guru Besar di sekolah rendah merupakan jawatan-jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) Gred DGA32 dan DGA34. Memandangkan ia adalah jawatan-jawatan kenaikan pangkat bagi PPPLD, maka seharusnya keutamaan diberi kepada PPPLD yang layak dan telah diluluskan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran (LKPPP) bagi pemangkuan dari Gred DGA29 ke Gred DGA32 dan dari DGA32 ke DGA34 untuk mengisi kekosongan yang berlaku.

Walau bagaimanapun, terdapat Penolong Kanan/Guru Besar yang telah melanjutkan pelajaran secara PJJ bagi mendapatkan Ijazah Pertama dan mereka telah dikekalkan sebagai Penolong Kanan/Guru Besar di sekolah asal secara Khas Untuk Penyandang (KUP) setelah perlantikan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) Gred DG41. Keputusan pengekalan ini adalah sejajar dengan matlamat Kementerian untuk meneruskan kesinambungan kepakaran dan kepimpinan mereka di sekolah rendah. Oleh yang demikian, Guru-Guru Penolong yang telah dilantik sebagai PPPS Gred DG41 adalah tidak layak untuk mengisi jawatan Penolong Kanan/Guru Besar yang dinyatakan seperti di atas dan kerana tidak lagi berada di dalam skim perkhidmatan PPPLD bagi membolehkan dipertimbang mengisi jawatan Penolong Kanan/Guru Besar Gred DGA32/DGA34 di sekolah rendah.

Pihak Kementerian sedang berusaha dari masa ke masa untuk memantapkan lagi Profesion Keguruan agar guru-guru dapat berkhidmat dengan gigih untuk membangunkan modal insan anak bangsa bagi kepentingan akan datang. Kesungguhan dan keprihatinan penulis adalah amat dihargai dan diucapkan terima kasih.

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
18 JANUARI 2010
INILAH KENAPA BERLAKUNYA KETIDAK PUASAN HATI KAUM GURU.PERJAWATAN BOLEH DI PERTINGKATKAN DENGAN ADANYA KELULUSAN.NAMUN KEMENTERIAN LIHAT LAIN. TAK PAYAH BELAJAR DAN MENGAJAR DI SEKOLAH RENDAH.KERANA ANDA TETA MENJADI MACAM PECACAI WALAU GRED 44.......MALU....MALU...MALU...APA PUNYA DASAR......PATUT DI TAWARKAN,JIKA TIDAK MAHU BARULAH DIBERI KEPADA GRED 34.

TAK ADA KERJA ...GURU PILIHAN TERAKHIR

Calon mohon KPLI kini perlu ada ijazah pengkhususan
19/01/2010 6:46pm


KUALA LUMPUR 19 Jan. – Syarat Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) kini diperketatkan termasuk mewajibkan calon memiliki ijazah dalam subjek yang ingin diajar, kata Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Asariah Meor Sharuddin.


Beliau berkata, syarat itu yang bertujuan menghasilkan tenaga pengajar berkualiti dan guru pakar telah dilaksana sejak pengambilan tahun lepas.


"Kalau dahulu kita tak tekankan pada bidang pengkhususan pelajar semasa mereka di universiti kerana bagi kita memadai sekiranya mereka ada ijazah pertama. Tetapi sekarang mereka perlu ada ijazah dalam sesuatu subjek yang ingin diajar.


"Contohnya kalau mereka ingin mengajar subjek Matematik, mereka perlu ada ijazah dalam subjek itu bagi membolehkan mereka diterima mengikuti kursus ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Minggu Pengurusan Pelajar Baru KPLI pengambilan Januari 2010, di Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Ilmu Khas di sini, hari ini.


Mengenai jumlah pengambilan pelajar pada tahun ini, beliau berkata, seramai 1,473 orang daripada 60,000 pemohon dipilih untuk mengikuti 17 bidang pengajian di 27 buah kampus institut pendidikan guru yang pendaftarannya bermula semalam. - Bernama


TAK ADA KERJA GURU PILIHAN TERAKHIR.DAPAT MASUK MAKTAB PERGI KESEKOLAH TUNJUK LAGAK.SURUH BUAT KERJA TAK TAHU.BUANG DUIT KERAJAAN TAJA NAK JADI GURU SELAMA SETAHUN.MAIN TANGKAP MUAT.ADA YANG DATANG PRAKTIKUM, BALIK AWAL DARI GURU SEKOLAH......MACAM INI KELUAR GAJI BAYAR MAHAL...PAS TU MALAS DATANG SEKOLAH....TAKAT NAK DAPAT GAJI 2000 - 3000 , KEMUDIAN APA PUN TAK BUAT KAT SEKOLAH....

Sunday, January 17, 2010

GURU BESAR CEMERLANG, GURU KECIL TUNGGING LANGGANG

Seperti biasa , musim pembahagian markah tiba.Biasanya ada yang kecewa dan ada pula yang suka.Maklumlah manusia biasanya menerima dan adakalanya pula tidak berpuas hati dengan apa yang ada. Namun dalam mengejar semua nya ini, manusia juga mahukan anugerah di atas apa yang mereka sumbangkan,bukan sekadar mahukan pengiktirafan, namun pengiktirafan itu harusnyalah di susuli dengan usaha yang dikatakan berbaloii dan juga penilainya haruslah bersifat adil dan sepatutnya di terima kaum guru tadi.

Di ceritakan bahawa ada guru-guru besar yang mendapat kejayaan di sesebuah sekolah berkat usaha gigih kaum guru untuk mendapat ANUGERAH guru Besar Cemerlang. Tahniah kerana di lantik sebagai guru besar cemerlang di atas usaha gigih mencurah idea untuk guru kerjakan, mengarahkan guru melakukan itu ini , dan yang paling menarik ialah mengadakan mesyuarat sekerap mungkin sebagai satu jalan untuk mencapai kecemerlangan tadi.Soal kebajikan dan tanggungjawab guru terhadap keluarga guru, bidang kerja guru nanti kita ceritakan di bawah satu persatu.

Biasanya , kita tahu apabila guru besar cemerlang ini , apabila di lantijkk dan di katakan pula menjawat jawatan ini dengan baik sekali di atas kertas dan kejayaan yang di capai guru tadi menjadikan sekolah tersebut adalah sebuah sekolah yang berjaya, baik dalam bidang kurikulum dan juga ko kurikulum dan ini sudah tentulah menjadikan nama sekolah dan juga nama guru besar tadi melonjak naik diseantareo negeri,.

Guru Besar jenis ini biasanya jenis yang terlalu mementingkan diri sendiri, kedekut untuk memberi markah kepada guru lain, sukar untuk menerima idea dan juga sukar dan tidak pula berperikemanusiaan. Soal kebajikan guru diketepikan, malah sekolah menjadi hal yang paling utama bagi menaikkan nama sekolah dari apa yang di harapkan. semoga beroleh pula menjadi guru besar yang cemerlang terbilang dan juga gemilang.

Memang lah beliau telah di anugerahlan oleh jabatan dengan markah yang tinggi , tambahan pula dengan kedekut memberi markah kepada guru menjadikan mereka bukan sahaja berjaya menjinakkan kaum guru untuk mencapai dan kejayaan peribadi meraka , malahan dengan semua kerahan yang di kenakan keatas guru dan kaum guru bawahan meraka akhirnya menjadi angkuh seangkuhnya .Pemimpin jenis apa jika berkelakuan begini????

Kita lihat apa yang berlaku kepada kaum guru di bawah pentadbiran guru besar jenis ini.

Soal kebajikan guru, jauh sekali untuk di berikan perhatian. Ini di sebabkan kaum guru kebanyakkannya lebih berjaya dari beliau, walau beliau berjaya menjadi guru besar cemerlang, namun kaum guru yang bergraduan berjaya dengan keluarga masing-masing. Sebaliknya beliau bukan sahaja mempunyai sedikit masalah di dalam rumahtangga beliau, namun di lihat anak-anak beliau kurang berjaya, suami pula di buang kerja lama dahulu kerana kesalahan rasuah, dan kini mungkin bekerja lain,terutamanya menjadi hamba kepad parti politik pemerintah.

Disebabkan keadaan inilah, maka mungkin timbul satu perasaan bahawa kaum guru yang berada di bawah beliau harus di perah demi mencapai kegemilangan . Kebajikan guru, anak yang hendak di bedah, diberikan cuti sehari, kalau anda menjadi seorang guru besar, adakah sehari patut di berikan cuti, walau pada dasarnya 2 hari yang di berikan itu masih tidak mencukupi tambahan pula membawa anak ke Kuala Lumpur dari utara.Guru besar jenis apakah inii???tidak punya rasa perikemanusiaan dan juga begitu takut untuk membela kaum guru???

Ada di ceritakan juga bagaimaa seorang suami kepada kakitangan bawah nya memohon cuti kerana suami mahu melakukan pembedahan, tidak diberi sampai kesudah walau telah di beritahu untuk berada disamping suami tercinta dan juga akhirnya cikgu tersebut mengambil cuti walau dengan hati yang berat.

Pengajaran disini ialah adakah anda sebagai seorang ketua jabatan tidak punya pertimbangan peribadi dan perikemanusiaan dan sepatutnya mengucapkan simpati dan juga memberi sedikit kemudahan bercuti dimana kakitangan tadi bekerja di bawah anda sekian lama sehingga anda di lantik menjadi guru bear cemerlang.????inilah sikap angkuh seorang yang mendapat kejayaan di atas usaha orang lain.

Thursday, January 14, 2010

KAH...KAH..LAGI MASALAH GURU. MENTERI LAMA MEMANG LENA.APA PUN TAK TAHU KECUALI MENYALAHKAN KAUM GURU

Graduan guru tiada kerja, IPTA dipersalah
Jan 15, 10 8:39am
Institut pengajian tinggi awam (IPTA) tidak sewajarnya menawarkan program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sekolah Rendah),
memandangkan ia telah ditawarkan oleh Institusi Pendidikan Guru (IPG), kata Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi.

Beliau berkata, penawaran program berkenaan di IPTA menjadi salah satu punca masih ada guru lepasan ijazah yang menganggur tidak mempunyai tempat di sekolah-sekolah rendah.

"Graduan program berkenaan dari IPTA tak boleh mengajar di sekolah rendah sebab kita sudah ada lulusan dari IPG. Graduan IPTA sepatutnya mengajar di sekolah menengah, tapi bila ambil opsyen ini susah nak dapat tempat di sekolah rendah" katanya kepada pemberita selepas majlis perjumpaan dengan warga pendidik daerah Kubang Pasu, di SMK Megat Dewa, dekat Jitra semalam.

Bagi mengatasi masalah berkenaan, katanya, penyelarasan perlu ada antara kementerian pelajaran Malaysia (KPM) dan IPTA bagi memastikan kursus atau program yang ditawarkan benar-benar mengikut unjuran yang telah ditetapkan.

Mohd Puad berkata, lulusan IPG tidak mempunyai masalah penempatan kerana mereka telah dilatih untuk ditempatkan di sekolah-sekolah rendah, sebaliknya masalah hanya timbul apabila membabitkan guru lepasan IPTA.

Katanya, sebagai kementerian yang bertanggungjawab, pihaknya akan cuba menyelesaikan masalah penempatan berkenaan demi masa depan graduan terbabit.

"Saya menerima satu senarai yang mengandungi nama 20 graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang memilih program berkenaan, Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sekolah Rendah]) dan ada di antara mereka masih menganggur walaupun sudah hampir setahun tamat belajar," katanya.

Sementara itu, mengenai isu pendaftaran sekolah bagi anak-anak warganegara asing, Mohd Puad berkata masih ramai ibu bapa tidak memahami serta keliru dengan peraturan yang telah ditetapkan KPM.

Beliau menjelaskan, bagi warganegara Myanmar atau Rohingya yang mempunyai permit pekerjaan di negara ini, mereka boleh mendaftarkan anak mereka di sekolah kerajaan, tetapi mesti berpendapatan melebihi RM3,500 serta mempunyai dokumen yang sah dan dikenakan yuran sebanyak RM120 bagi sekolah rendah, manakala RM240 untuk sekolah menengah.

Katanya, bagi pelarian atau pemegang kad Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNCHR) pula, mereka tidak boleh mendaftarkan anak mereka di sekolah kerajaan, manakala bagi rakyat asing yang berkahwin dengan warganegara ini, dokumen pengesahan daripada ketua kampung atau penghulu sudah mencukupi, tetapi masih perlu membayar jumlah yuran yang sama.

- Bernama


MENTERI DULU HISHAMUDDIN HUSSEIN.APA DIA BUAT ENTAHLAH......


Tuesday, January 12, 2010

GURU PERLU KUASAI ICT-TAPI ADA GURU YANG TAK MAHU MENGGUNAKAN KEMUDAHAN UNTUK MEREKA

Penguasaan guru dalam ICT diutamakan - TPM

LONDON 12 Jan. - Malaysia yakin penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah mudah dilaksanakan dengan penumpuan kepada penguasaan di kalangan guru-guru.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pendedahan melalui kursus berterusan kepada pentadbir sekolah, pengetua dan guru-guru dalam mewujudkan golongan celik komputer telah menunjukkan kesan ketara kepada perkembangan ICT di Malaysia.

Menurutnya, kajian British Commonwealth Group (BCG) 2008 dengan kerjasama Unit Perancang Ekonomi (EPU) berkaitan Koridor Raya Multimedia (MSC) Malaysia menunjukkan wujudnya peningkatan kesedaran dan kreativiti di kalangan guru dan murid dalam penguasaan ICT.

"Malaysia mempunyai banyak inisiatif termasuk video pendidikan melalui web, EduWeb TV, dengan 9,331 sekolah mempunyai akses kepada lapan saluran projek School-Net melalui jalur lebar bagi mengurangkan jurang digital antara penduduk luar bandar dan bandar.

"Makmal komputer juga dibina di 6,633 sekolah. Pusat akses Internet sekolah dengan konsep kafe siber diwujudkan bagi kemudahan murid mencari maklumat di 3,029 sekolah di luar bandar," katanya.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran menyampaikan ucaptama di Forum Pembelajaran dan Teknologi Baru 2010 di Pusat Persidangan Queen Elizabeth II di sini hari ini.

Seramai 73 Menteri Pelajaran dan juga pemimpin serta pegawai-pegawai pendidikan dunia menghadiri forum tersebut yang membincangkan mengenai pembelajaran dalam bidang ICT.

Ia forum pendidikan terbesar di dunia yang memfokuskan pembangunan dan integrasi ICT dalam pembelajaran di sekolah-sekolah.

Forum ini memberi peluang kepada Menteri Pelajaran, pegawai kanan kerajaan dan pihak berkaitan bertukar-tukar pendapat serta pengalaman mengenai pengunaan ICT di negara masing-masing.

Tambah Muhyiddin, gabungan penggunaan ICT dalam sistem pendidikan Malaysia telah memperlihatkan banyak kerjasama antara sektor swasta dan awam dalam membentuk perkongsian pintar.

Timbalan Perdana Menteri berkata, kini menjadi cabaran kepada guru berperanan sebagai fasilitator bagi memastikan penggunaan ICT yang membawa kepada pelbagai bentuk kemajuan itu dapat dicapai.

"Pada masa sama, kita juga sentiasa mengingatkan para guru bahawa teknologi itu hanyalah alat.

"Interaksi di dalam kelas dengan murid-murid juga perlu diutamakan di samping penggunaan ICT dalam pembelajaran. Tiada teknologi yang boleh menggantikan guru," jelasnya.

Katanya, cabaran lain adalah kos yang tinggi dalam melaksanakan ICT terutama ketika negara menghadapi krisis ekonomi,

Bagaimanapun, tambahnya, kerajaan mendapat kerjasama baik daripada komuniti sekitar dan sektor swasta dalam menjayakan program ICT di sekolah.

Muhyiddin turut menyentuh mengenai keperluan menjadikan pendidikan sebagai pertahanan paling utama negara bagi keselamatan ekonomi dan memberi jaminan kesihatan termasuk membantu dunia memerangi kebuluran.

"Selain menjadikan forum ini sebagai medan perkongsian kemahiran mengenai teknologi, jadikan ia untuk menjalinkan kerjasama erat bagi keamanan dunia melalui komunikasi dan informasi teknologi yang lebih baik dalam ikatan persaudaraan pendidikan," katanya. - utusan

Add to Google

Monday, January 11, 2010

GURU PPSMI SAINS DAN MATEMATIK MAKAN GAJI BUTA

Benarlah kegagalan PPSMI di sebabkan ramai guru makan gaji buta???. Bukan semuanya tetapi di kebanyakkan sekolah rendah, kaum guru yang mendapat gaji dan elauns sebanyak 10% dikatakan makan gaji buta.Di sekolah menengah , boleh pula di laksankan waau laporan yang kita dapat itu menunjukkan betapa kegagalan ini tidak hanya di sekolah menengah namun semua sekolah di seluruh negara.

Sudah lah tidak pandai berbahasa Inggeris ketika mengajar, untuk menggunakan peralatan pun guru-guru ini masih terhegeh-hegeh untuk menggunakannya. Jika telus kerajaan mahu menyambung tugas ini , maka kerajaan harus mengadakan pemantauan yang berterusan.

Cuba tuan-tuan dan puan-puan melawat ke sekolah dan bertanyakan anak-anak tuan-tuan dan puan-puan.Adakah guru mereka menggunakn CD yang di bekalkan kepada kaum pendidik ini untuk mengajar PPSMI dengan baik.????Jawapannya tidak.malah ada sesetengah sekolah di kawasan kampung , ramai guru-guru ini makan gaji buta. Maka kerana itu kesalahan ini tidak boleh di letakkan kepada budak kampung dan ibubapa di kampung-kampung.Ini di sebabkan kaum guru yang menerima gaji buta ini , tidak mengambil sikap yang positif untuk berusaha meningkatkan tanggungjawab mereka untuk mengajar dengan lebih tekun .

Jika anda melihat CD yang di bekalkan ke sekolah, sebenarnya kaum guru hanya perlu menerangkan kepada murid mereka bahawa apa yang terdapat di dalam CD hanya perlu di perjelaskan sahaja. Guru hanya bertindak sebagai fasilitator untuk mengajar anak didik mereka.Namun sikap guru yang masih mahu menggunakan kaedah lama iaitu cakap dan tulis inilah yang menjadi punca kenapa gagalnya PPSMI.

Betul , kita terima hakikat bahawa negara maju menggunakan bahasa mereka,bahasa ibunda mereka, namun apabila perkara ini di ketengahkan , guru jenis ini mula mengambil kesempatan dengan makan gaji buta apabila hampir setiap guru matematik dan sains menggunakan duit imbuhan yang diterima sebagai satu sumber pendapatan mereka. Bayangkan duit ini mereka terima hampir 300 ke 400 sebulan tanpa perlu bersusah payah untuk menggunakan peralatan malah tidak perlu pun rasa bersalah makan duit hasil "menipu" anak didik sendiri.

Bayangkan duit ini, jika guru tadi punya inisiatif menyambung belajar dalam bahasa inggeris di luar, ianya bukan sahaja berjaya meningkatkan penggunaan bahasa Inggeris, malah sistem ini memudahkan guru.

Oleh kerana sistem ini tinggal setahun lagi mengikut kerajaan, maka kita lihat jika CD di perkenalkan dalam bahasa Melayu, guru yang sama akan juga mengambil sikap yang sama juga dalam pengajaran dan pembelajaran mereka.Golongan guru ini lebih suka menggunakan kaedah bercakap dan juga menulis bagi mengajar dalam kelas. Golongan guru ini tidak suka menggunakan peralatan kerana ianya di lihat betapa kegagalan ini sebenarnya berpunca dari sikap guru sendiri.Mengambil peluang mendapat pendapatan dengan mengajar tanpa perlu berbahasa inggeris dan juga tidak mahu menggunakan peralatan dengan cekap dan tidak mahu belajar.Guru pemalas!!!!!!!!Cuba pegawai pelajaran memantau apa yang sudah jadi dengan CD pengajaran PPSMI..sudah ada guru-guru yang menghilangkan CD...inilah bukti betapa guru-guru tidak mengambil berat dengan apa yang boleh memudahkan mereka berbanding mengambil sikap sambil lewa mereka untuk mengajar PPSMI.

TEPUK DADA TANYA FIKIRAN.

ALASAN YANG SAMA-SAMA SAHAJA SEJAK BERDEKAT LAMANYA

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat dalam ruangan Surat Kepada Pengarang dalam akhbar Berita Harian bertarikh 31 Disember 2009 & 3 Januari 2010 (PENGAMBILAN TAK SELARAS PUNCA LEBIHAN GURU & LANTIKAN GURU LEPASAN IJAZAH IKUT KEKOSONGAN).
Untuk pengetahun, isu lebihan guru tidak sepatutnya timbul kerana KPM telah membuat unjuran keperluan guru bagi bekalan Sekolah Menengah dan ianya dikemukakan kepada KPTM bagi tempoh 5 tahun mulai Ambilan 2007 – 2011. Walau bagaimanapun, semakan unjuran ambilan dibuat pada setiap tahun berdasarkan perkara-perkara berikut:
a. Kelulusan Anggaran Belanja Megurus Perjawatan oleh agensi Pusat (JPA) yang diperolehi dari setahun ke setahun.
b. Tambahan norma perjawatan 1.5 kepada 1.7 guru bagi setiap kelas dan 2.0 kepada 2.5 guru bagi setiap kelas dibuat secara berperingkat-peringkat. Sehingga tahun 2010, tambahan norma 1.5 kepada 1.7 guru bagi setiap kelas di peringkat Menengah telah diperolehi bagi Tingkatan 2 hingga Tingkatan 5 dan norma 2.0 kepada 2.5 guru bagi setiap kelas Tingkatan 6.
c. Perubahan dasar dari semasa ke semasa yang memberi implikasi keperluan guru seperti peluasan pra sekolah dan memperkasa mata pelajaran Teknik, Vokasional dan Kemahiran.
Ada guru yang lewat atau sukar ditempatkan di sekolah-sekolah dan ianya berlaku disebabkan perkara-perkara berikut:
a. Penempatan guru oleh BPSH, BPI, BPTV dan BP Khas dibuat secara berperingkat-peringkat mengikut kelompok graduan daripada pelbagai IPTA dan keperluan opsyen guru di sekolah. Hal ini berikutan ketidakseragaman tarikh tamat pengajian dan kelulusan Senat IPTA berkenaan. Untuk makluman akan terdapat Penempatan Lepasan Diploma Pendidikan dan B.Ed (TESL) pada 25 Januari 2010.

b. Guru Lepasan IPTA perlu melalui temuduga dan Ujian INSAK (Inventori Sahsiah Keguruan) sebelum dilantik sebagai Guru Sandaran Terlatih. Temuduga tersebut antara lain bertujuan memastikan guru-guru yang dilantik memenuhi semua syarat yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran. Guru yang mendapat CGPA terlalu rendah mungkin tidak akan dilantik.
c. Perlantikan guru dibuat dengan memberi keutamaan kepada opsyen yang kritikal terlebih dahulu.
d. Bagi peringkat rendah, sebilangan guru sukar/lewat ditempatkan berikutan keengganan Sekolah Jenis Kebangsaan menerima guru-guru yang tidak berkelulusan Mandarin walaupun bagi Tahap 2 (Tahun 4 hingga 6). Sebagai contoh, terdapat lebihan 7,580 guru opsyen Bahasa Melayu di sekolah kebangsaan sedangkan masih berlaku kekurangan 1,415 guru Bahasa Melayu di SJK(C) dan 545 guru Bahasa Melayu di SJK(T).
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
8 JANUARI 2010

PELAJAR ASRAMA DI KERAH PULANG SETIAP MINGGU

Mulai tahun 2010..pelajar asrama di kerah pulang ke rumah setiap minggu kerana kerajaan tidak mampu menampung kos makan pelajar ini.Memandangkan keadaan ini maka yuran makan dari rm 1 di naikkan ke rm 3 setiap hari bagi ibubapa yang mempunyai pendapatan rm5000 ke atas.

Adakah tindakan seperti ini dikatakan sebagai satu tindakan yang bijak apabila pentadbiran baru yang muncul , dengan slogan yang menarik tetapi melupakan apa yang seharusnya di lakukan terhadap rakyat????

beri komen anda....

Tuesday, January 5, 2010

APA NUTP BUAT???

Berbagai cara telah di lakukan berdasarkan dari apa yang di terangkan oleh NUTP bagi mengatasi masalah kaum guru.kaum Guru boleh melihat dan membaca sendri di laman blog NUTP dan kes yang sama di tanya dan berulangkali.Alasan dan jawapan ialah tidak dapat di selesaikan.Jika tidak dapat dio selesaikan, terangkan kepada kaum guru dan pastikan jawapan yang diberikan itu, lebih telus,jitu agar kaum guru tidk bertanya soalan yang sama.

Masalah utama sekarang selain isu kemudahan dan keselesaan dan garis panduan khas berhubung dengan perjawatan, isu utama ialah gaji.Sistem keperbagaian dan kelemahan menteri pelajaran lepas yang terlalu menyalahkan kaum guru dan berpolitik dari menyelesaikan masalah kaum guru , kini terbeban di bahu TPM Muhyiddin Yassin.Namun ini semua hanya boleh berlaku jika pihak NUTP kerap mengadakan perjumpaaan dengan pihak kementerian sendiri untuk berbincang.

Soal kemudahan untuk kaum guru di bandar mungkin selesai dan di kawasan pedalam seharusnya di berikan tumpuan dan ini adalah prinsip kementerian pelajaran sekarang ini.Namun dalam mengahadapi masalah ini ada masalah lain yang perlu di selesaikan bukan kerana ianya melibatkan gaji dan kerja.Namun sistem gaji yang berbagaininilah yang menjadikan isu gaji dan perjawatn ini di bangkitkan.

Selain gaji dan skim yang berbagai, sistem yang di perkenalkan tidak dapat meningkatkan golongan yang melanjutkan pelajaran ke tingkat yang lebih tinggi untuk mendapatkan sesuatu "hadiah" di atas usaha meningkat keilmuan dan di beri ganjaran yang sepatutnya sedangkan ada kelebihannya bagi sesebuah institusi tersebut mendapat pegawai yang punya lebih ilmu dan pengalaman.Namun usaha ini tidak berlaku di kalangan kaum guru kerana ianya di lihat agak berbeza , dimana guru yang mempunyai lebih kelulusan menjawat jawatan biasa, manakala yang kurang kelulusan di naikkan pangkat.

Sepatutnya NUTP membawa usul ini ke peringkat kementerian bagaimana sistem ini harus bermula sekarang, kerana jika tidak ianya akan meleret ke hadapan kelak.Peluang harus di buka.Misalnya guru yang punya gred ijazah yang mempunyai satu tempoh bertugas,pengalaman di sekolah rendah, kursus yang dihadiri,aktiviti yang dijalankan,di berikan tawaran untuk menjadi guru besar atau guru penolong kanan.Jika guru-guru menolak itu adalah perkara lain.

Cuba kita lihat apa pula akan berlaku jika guru sekolah rendah yang mempunyai kelulusan ijazah dan kemudiannya mendapat gred 44 di sekolah rendah,apakah golongan ini akan di pinggirkan sebegitu sahaja. Makin hari makin ramai yang layak untuk memohon gred 44 di sekolah rendah, dan di manakah mereka ini akhirnya.

Soal gred inilah yang menjadi punca masalah kenapa pihak NUTP mencari jalan penyelesaian buat masa kini.Soal gaji juga perlu di perjelaskan.Inilah punca kenapa makin ramai kaum guru berasa tidak puas hati kini.

Kenapa NUTP sahaja di persalahkan.Inilah kerana banyaknya kesatuan guru yang mandom untuk berani tampil kehadapan untuk membantu kaum guru. Hampir semua kesatuan ini lena di buai mimpi dan mengikut kerajaan.Selain NUTP kesatuan pendidikan bangsa Cian berani memperjuangkan hak dan agenda untuk kaum guru. Kesatuan lain bagaimana??????Yellekkkkk...elok bubar sahaja kesatuan guru yang ada .Buat menyemak sahaja jika tidak melakukan sesuatu untuk membela nasib golongan guru.

KGGMB
KGBS
KGS
KGLM
KGM
KGMB
KGAS
KGAKMB
KKGGAMB

berapa banyak kesatuan daaaaaaaaa....semua tak boleh pakai......auta saja.........atau mandom..,,bubar lagi baik

Saturday, January 2, 2010

GURU KURANG LAGI?????APA SUDAH JADI KEMENTERIAN LENA KA????

Pahang perlukan 400 guru sekolah menengah

02/01/2010 3:22pm

KUANTAN 2 Jan. - Pahang mengalami masalah kekurangan hampir 400 guru di 182 sekolah menengah di seluruh negeri ini walaupun sesi persekolahan akan bermula dua hari lagi.

Timbalan Pengarah Pelajaran negeri, Abdul Hamid Abu Bakar berkata, kekurangan itu kebanyakannya membabitkan guru mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah. - Utusan

Add to Google