Thursday, October 31, 2013

Nak integrasi SPPBS-SPS, tercirit jawabnya!!

Nak integrasi SPPBS-SPS, tercirit jawabnya!!

Kura-kura_SPPBSGuru nak mengajar. Guru tak nak jadi tukang, tukang masuk data ke komputer. Kini Kementerian Pendidikan nak integrasikan Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) dan Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) sebagai satu pengkalan data. Niat ‘baik’ kementerian bagi meringankan beban guru-guru.

Cuba bertanya kepada guru-guru di sekitar anda, berapa ‘kura-kura’kah sistem SPPBS. Ada ketikanya 2 minit menunggu pun belum tentu siap untuk sistem simpan dua digit angka markah. [Kasihan bini!!] Kalaulah sistem bank pun begini, orang berkata tauke babi boleh jual kandang!!


Masalahnya belanja yang dikeluarkan kementerian banyak.. tetapi mendapat sistem ‘har*m jad*h!!
Kini nak integrasi dua sistem ke dalam satu. Bayangkan berapa lembap lagi akan berlaku walaupun kata pihak kementerian bilangan maklumat yang perlu dimasukkan guru akan berkurangan daripada 130 maklumat kepada kira-kira 60 maklumat.


Kita tengoklah nanti. Guru-guru hanya mendoakan SPPBS ditamatkan sahaja…jangan ambil sistem yang telah gagal di negara orang untuk jadikannya berjaya di negara kita. Ambil yang berjaya di negara orang pun, hangpa boleh gagalkan di negara kita, apa cerita kalau ambil yang dah gagal!!


No comments:

Post a Comment