Wednesday, February 12, 2014

Kaji semula PBS: “Satu lagi projek BN...”

Keputusan kerajaan mengkaji semula Penilaian Berasakan Sekolah (PBS) menunjukkan kecelaruan sistem pendidikan negara.

Saya berpandangan, keadaan ini berlaku akibat tiada perancangan yang jelas daripada parti pemerintah dalam hala tuju pendidikan negara. Belumpun cerita PPSMI selesai sepenuhnya, kini anak-anak kita berhadapan dengan kecelaruan PBS pula.

Sepatutnya sebelum sesuatu dasar itu ditukar atau digubal, perlu suatu kajian yang menyeluruh dan mengambil kira pelbagai aspek sebelum dilaksanakan. Kajian tersebut mestilah juga mengambil kira kemampuan tenaga pendidik yang terbabit secara langsung dalam menjayakan sesuatu dasar tersebut.

Jika kajian mendapati dasar tersebut masih belum mampu ditanggung oleh para guru, kerajaan mestilah mempersiapkan dulu mereka, kemudian baru langkah percubaan dilakukan dalam skala kecil. Semasa tempoh tersebut kajian akan dijalankan untuk mengetahui kelemahan untuk diperbaiki.

Sepatutnya kita mengambil iktibar daripada kegagalan PPSMI dahulu. Dasar tersebut dilaksanakan tanpa kajian yang secukupnya dan akibatnya menyusahkan para pelajar dan guru serta ibu bapa. Dasar setengah masak itu akhirnya gagal di tengah jalan kerana tidak memahami masalah sebenar situasi pendidikan di Malaysia.

Terkini, PBS dilaksanakan tanpa mengambilkira kemampuan guru dan keperluan teknologi semasa. Terlalu banyak perkara yang berbangkit yang tidak dapat diselesaikan akibat kegopohan kerajaan melaksanakan sistem yang belum tentu sesuai dengan keperluan semasa pendidikan Malaysia.

Ditambah pula, kegagalan sistem ini turut diakibatkan oleh sikap pemerintah yang lebih melihat populariti memperkenalkan sistem berbanding memperbaiki kelemahan sistem yang ada.

Nampak, suatu lagi “projek Barisan Nasional” akan menjadi projek “sakit” seperti PPSMI dahulu. 

Sunday, February 9, 2014

AYUH KAUM GURU......JANGAN HANYA CAKAP KOSONG.TURUN KE PUTRAJAYA DEMI HAK ANDA

http://wrlr.blogspot.com/2014/02/demontrasi-guru-22-februari-kaum-guru.html


http://wrlr.blogspot.com/2014/02/persatuan-guru-tetap-akan-protes.html

Persatuan guru tetap akan protes walaupun kementerian ajak berunding

Persatuan guru tetap akan protes walaupun kementerian ajak berunding

 Sistem SPPBS adalah sebahagian daripada dasar reformasi pendidikan negara dan diperkenalkan bagi membentuk pelajar holistik yang bukan sahaja tertumpu kepada pembelajaran akademik. – Gambar fail. Sistem SPPBS adalah sebahagian daripada dasar reformasi pendidikan negara dan diperkenalkan bagi membentuk pelajar holistik yang bukan sahaja tertumpu kepada pembelajaran akademik. – Gambar fail.Sebuah persatuan guru tetap akan meneruskan protes di hadapan Kementerian Pendidikan bagi mendesak sistem pentaksiran pelajar yang baru dimansuhkan, walaupun kerajaan meminta mereka kembali ke meja dialog.

Mohd Nor Izzat Mohd Johari, jurucakap kepada Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM) berkata, mereka bertegas dengan pendirian mereka agar Sistem Pentaksiran Pelajar Berasaskan Sekolah (SPPBS) dimansuhkan sebelum ia dilaksanakan terhadap pelajar Tingkatan Tiga tahun ini.
Ini kerana pelajar tingkatan tiga seluruh negara akan menduduki peperiksaan penting Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada akhir tahun ini.
“Masa sudah kita berikan selama tiga tahun. Akan tetapi apa yang dibuat oleh kementerian yang dikatakan membuat penambahbaikkan kepada PBS bukan menyelesaikan masalah, tetapi menutup kelemahan PBS itu sendiri.

“Kenyataan (Menteri Pendidikan II) Datuk Seri (Idris Jusoh) yang menyatakan masalah ini boleh dibawa bincang itu saya sifatkan sebagai kenyataan hipokrit.

“Respon saya kepada Datuk Seri, kita tunggu 22 Februari 2014 ini. Saya jemput Datuk Seri untuk hadir bersama kalau beliau rasa mahu berbincang,” kata Mohd Nor Izzat, merujuk kepada tarikh protes tersebut.

Dilaporkan sebelum ini  SGMM berharap 200 guru akan turun bersama mereka bagi mendesak kementerian memansuhkan SPPBS, yang selama ini dilanda pelbagai kontroversi.
Protes oleh para guru itu boleh dikatakan jarang sekali dilakukan golongan itu, yang juga merupakan penjawat awam kerajaan persekutuan.

Protes tersebut dijadualkan akan berlangsung di hadapan pejabat kementerian di Putrajaya pada hari Sabtu, 22 Februari.

Ini supaya tidak menggangu perjalanan waktu sesi sekolah dan bagi memberi peluang guru di seluruh negara untuk hadir.

Di dalam respon beliau pada Februari 7, Idris meminta agar kumpulan tersebut menghentikan rancangan mereka selain menyuarakan pendapat mereka kepada kementerian melalui saluran yang lain.

“Jangan... tidak perlu (adakan bantahan). Apa masalahnya beritahu kami, kerana ini sistem yang dikehendaki, selepas dahulu berkata kami terlalu ke arah peperiksaan. Ini satu perubahan yang baik dan kalau ada yang tidak kena beritahulah dan kami akan baiki.

"Guru boleh beritahu apa masalah sebenarnya kepada Lembaga Peperiksaan dan Ketua Pengarah Pelajaran, malah dengan saya juga boleh. Kami berharap anda jangan gopoh dan beri masa kepada kementerian untuk laksanakannya (penambahbaikan PBS)," katanya dilaporkan Bernama.

SPPBS mula dilaksanakan pada peringkat darjah satu di semua sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan pada 2011.

Setahun kemudian, ia dilaksanakan pada peringkat tingkatan satu di semua sekolah.
Sistem tersebut adalah sebahagian daripada dasar reformasi pendidikan negara dan diperkenalkan bagi membentuk pelajar holistik yang bukan sahaja tertumpu kepada pembelajaran akademik.
Berbanding dengan sistem lama, tiada peperikasaan tahunan di bawah SPPBS.

Prestasi pelajar dinilai setiap hari dengan menggunakan satu garisan markah enam peringkat yang dinamakan “band”.

Pelajar di dalam Band Satu (paling rendah) diklasifikasikan sebagai memahami subjek yang diajar, manakala Band Enam (paling tinggi) diklasifikasikan sebagai “mithali”.

Data mengenai prestasi pelajar dimasukkan setiap hari oleh guru ke dalam satu pangkalan pusat.
Pelajar tingkat tiga tahun ini adalah kelompok pertama pelajar menengah yang melalui dua tahun SPPBS, mulai 2012.

Mohd Nor Izzat yang mengajar pelajar tingkatan tiga di sebuah sekolah di Pahang berkata, antara isu utama adalah bagaimana guru hendak menyediakan pelajar tingkatan tiga bagi menghadapi PMR, yang merupakan legasi sistem lama yang berasaskan peperiksaan.

Biasanya, PMR menilai pengetahun pelajar terhadap subjek yang dipelajari selama tiga tahun mulai tingakatan satu.

Tetapi persoalannya sekarang adalah adakah PMR kali ini akan mengikut sistem lama atau sistem baru.

Mohd Nor Izzat yang mengajar pendidikan seni berkata, taklimat terbaru oleh kementerian beberapa minggu lepas masih tidak dapat menjawab soalan ini dan menenangkan kekeliruan guru.

Taklimat tersebut menunjukkan kementerian masih tidak mengambil ketetapan berhubung format, bentuk dan jadual PMR.

“Mereka hanya mempunyai cadangan tetang tarikh PMR, format kertas peperiksaan, sistem penilaian dan sebagainya. Tetapi tiada ketetapan.


“Dan kita sudah berada dalam bulan kedua tahun persekolahan dan guru masih tidak mahu bagaimana hendak menyediakan pelajar dan apa yang patut diajar. Kita dah buang banyak masa.” – 9 Februari, 2014.

DEMONTRASI GURU 22 FEBRUARI . KAUM GURU SILA SERTAINYA

DEMONTRASI GURU 22 FEBRUARI . KAUM GURU SILA SERTAINYA

Demonstrasi Bantah SPPBS (PBS) 2014 oleh Guru-Guru Kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Respon Guru? Berminat?


SPPBS 2014
Demonstrasi Bantah SPPBS (PBS) 2014 : Aduan demi aduan diterima daripada kalangan guru (TERMASUK ADUAN PROF UNGKU AZIZ DI SINI) mengenai isu masalah berkaitan SPPBS.
Realitinya sebelum-sebelum ini, jarang sekali bantahan dari bidang perguruan itu menunjukkan rasa tidak puas hati warga pendidik yang semakin tinggi terhadap sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).
  • PBS mula dilaksanakan pada 2011 bermula dengan murid di tingkatan satu.
  • Sebahagian daripada usaha kerajaan melahirkan murid cemerlang pelbagai segi berbanding berorientasikan peperiksaan.
  • Tiada peperiksaan akhir tahun di bawah PBS.
  • Setiap hari guru menilai pelajar berdasarkan enam tahap bermula dari aras pemahaman sehingga tahap tauladan. Data direkodkan ke dalam sistem komputer berpusat.

Demonstrasi Bantah SPPBS (PBS) 2014 oleh Guru-Guru Kepada KPM

  1. Sasaran peserta bantah SPPBS 2014 : 200 orang guru
  2. Jangkaan peserta bantah SPPBS 2014 : Sekitar 50 orang guru
  3. Anjuran : Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM)
  4. Lokasi bantahan : Di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Putrajaya
  5. Tarikh : 22 Februari 2014 (Sabtu)
  6. Tujuan bantahan : Desak Putrajaya mansuh program penilaian tiga tahun pelajar SPPBS 2014
Melihatkan aduan dan rasa ketidakpuashatian kalangan guru-guru terhadap sistem PBS, Berita Semasa menjangkakan kalangan guru-guru yang akan terlibat dalam Demonstrasi Bantah SPPBS (PBS) 2014 agak besar, tetapi malangnya bilangannya sangat-sangat kecil jika dibandingkan saiz guru yang berjumlah ada 419,940 orang guru di Malaysia. Hampir setengah juta.
Ada yang mengatakan  guru jarang ke jalanan bagi menunjukkan tanda bantahan kerana bimbang diambil tindakan. Benarkah? 
SPPBS Guru 2014

Antara Isu SPPBS (PBS) 2014 Yang Berbangkit oleh Guru-guru

  1. Guru kecewa dengan komputer yang tidak cukup bagi memasukkan data SBA sehingga mengakibatkan masalah sistem.
  2. Guru terpaksa bangun seawal jam 3 pagi sewaktu trafik internet lancar bagi memasukkan data SBA ke dalam sistem pelayan kementerian.
  3. Guru-guru mendakwa Data PBS yang lepas tidak akan digunakan untuk menilai prestasi pelajar tingkatan tiga tahun ini ekoran arahan kementerian yang berbeza kepada guru untuk memasukkan markah pelajar tingkatan satu bermula 2012
  4. Nisbah pelajar dan guru tidak seimbang dan sistem penilaian pelajar yang masih belum jelas
Bantahan bukan untuk bebanan guru tetapi kepentingan anak didik kita. Murid diajar tanpa peperiksaan sebagai kayu pengukur kefahaman murid dan banyak lagi. Hanya guru saja yg faham sebab guru yang lebih terdedah kepada PBS ini.
Berita Semasa berpendapat keluhan guru adalah penting kerana mereka mendidik anak-anak kita. Mereka bukan mengeluh untuk diri sendiri sahaja tetapi untuk anak didik dan ibu bapa supaya tidak membebankan mereka juga. Jika guru tidak dapat menumpukan perhatian pada anak murid disebabkan sistem yang kurang efektif, siapa yang harus dipertanggungjawabkan?
P/S : Apa respon kalangan guru-guru, kalangan ibubapa mengenai prestasi sistem PBS 2014 setakat ini?