Saturday, April 16, 2011

NUTP DIAM MEMBISU SOAL GAJI GRED 41/44-SUA BERI ALASAN KPM TIDAK MAHU BERJUMPA

BloggerMATROS71 said...

Puan SUA,

03-00241461

Hai Puan SUA mengapa membisu,nak tahu juga tentang perkembangan terkini kertas cadangan untuk memberikan fast track kepada golongan guru DGA29/DG41.

Pada fikiran saya adalah lebih rasional dan lebih adil sekiranya tempoh kenaikan gred khusus untuk guru-guru DGA29/DG41/DG44 ke DG48 disingkatkan agar tangga gaji golongan kami ini dilihat lebih setara dengan golongan guru DGA32/DG41/DG44.

Sekiranya menjadi kenyataan,ini sekaligus merupakan satu penghargaan yang tinggi pihak KPM kepada golongan guru yang lebih awal sambung belajar dan lebih awal berada di gred DG41. Kembalilah kepada hukum alam yang sebetulnya di mana mereka yang lebih senior berada di gred yang lebih tinggi sepatutnya mengecapi tangga gaji yang lebih tinggi bukan seperti apa yang berlaku sekarang ini. Mereka yang berada di gred yang lebih rendah dapat bermewah-mewah dengan tangga gaji yang jauh lebih tinggi.

Kami hanya manusia, cuba hayati betul-betul sekiranya perkara ini berlaku pada diri Puan SUA, Apa agaknya perasaan puan pada masa itu. Bermula daripada ketidakadilan pada Julai 2007 sampai sekarang hati kami cukup terluka dan sudah bernanah. Jadi sekiranya isu ini tidak diselesaikan dengan segera maka pihak KPM perlu ingat mereka telah membunuh puluhan ribu komitmen guru-guru DGA29/DG41 yang lebih senior dari segi perjawatan dan pengalaman. Dengan ini apa jua yang diperkatakan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan tidak bererti lagi buat golongan kami ini akibat kebajikan kami diabaikan.

Mohon respon daripada pihak Puan SUA tentang pandangan saya ini dan adakah masih ada sinar bagi golongan kami ini atau terus gelita sampai bila-bila dengan isu yang tidak berkesudahan ini. Berilah pembelaan yang seadil-adilnya kepada golongan guru DGA29/DG41 yang dilantik ke DG41 sebelum 2007.

1 guru DGA29/DG41, 1 pembelaan yang cukup adil dan 1 penghargaan serta 1 pengiktirafan kepada golongan guru yang terus menerus rugi ini, terutama daripada YAB. Perdana Menteri kita. Semoga menjadi kenyataan, itulah harapan kami semua sejak dari tahun 2007 lagi.

TQ

BloggerSetiausaha Agung said...

Sdr MATROS71,

Saya ingin memberitahu isu DGA29/41/44 guru tidak mengalami kerugian, hanya ada lebih untung dan ada kurang untung.

Kita telah berusaha menyelesaikan masalah ini mengikut kumpulan kerana menyedari tidak dapat membuat secara blanket.

Beberapa wakil sekolah ahli terlibat telah kita jemput bersama untuk berunding mengenai isu ini.

Kementerian Pelajaran Malaysia hanya akan menyelesaikan secara kumpulan.

contoh :

Kes guru senior DGA29/41 terlepas DGA32 dan terlepas peluang ke DG48

Beberapa perkara teknikal kita masih sedang berbincang.

Sila beri maklumat diri ke blog@nutp.org

Apabila mesyuarat kedua diadakan kita akan menjemput saudara bersama.

Tue Feb 08, 10:14:00 PM 2011

BloggerSetiausaha Agung said...

Sdr Matros71,

Bukan membisu tetapi sedang berusaha
untuk berjumpa dengan KPM. Mereka cuba mengelak untuk berjumpa.
Jika ada mesyuarat akan datang kita hendak berjumpa dengan saudara untuk memberi makumat diri mengenai perkara ini.

Sat Feb 12, 10:28:00 AM 2011

BloggerMATROS71 said...

Sukar untuk berjumpa dan berunding dengan KPM tidak boleh dijadikan satu alasan, malah keikhlasan dan komited NUTP perlulah lebih realistik dan jangan asyik nak memenangkan golongan guru DGA32/DG41 sahaja, sudah masuk tahun yang keempat bermula ketidakadilan tahun 2007 tapi sampai sekarang masih belum ada perkembangan yang positif bagi golongan kami. Apa salahnya tempoh masa timebased bagi golongan guru DGA29/DG41/DG44 disingkatkan kepada 3 atau 5 tahun sahaja agar kadar pergajian kami lebih berbaloi sekaligus dapat memperbaiki ketidakadilan yang lepas.Tambahan pula pekeliling baru yang agak tidak munasabah di mana guru DGA32 dilantik ke DG41 sebelum tarikh lulus temuduga. Apa sudah jadi sekarang ? Apa pendirian NUTP dalam hal ini, permasalahan ketidakadilan terus bertambah. Mana perginya pembelaan NUTP ......?????

Sepatutnya ini yang berlaku :

1 GURU 1 PENGORBANAN 1 KEIKHLASAN 1PENGHARGAAN 1 PENGIKTIRAFAN 1 KEADILAN 1 SOKONGAN

Tapi sekarang ini yang sedang berlaku :

1 GURU 1 PENGANIAYAAN 1 KRONILISM
1 PENGANAKTIRIAN 1 KETIDAKADILAN
1 SOKONGAN ( KENA BERFIKIR 2 KALI )

Hayati dan berilah respon yang lebih positif yang memungkinkan pergajian dan senioriti kami diadili serta diberi pembelaan dengan seadil-adilnya

Monday, April 11, 2011

Pelajar Kurang ajar mengaku salah tumbuk guru disiplin wanita

RASAKAN ENGKAU AKAN DIHUKUM......ELOK BERHENTI BELAJAR PERGI JADI SAMSENG....


Gambar fail cikgu Mariati Ali (kiri) ditemani rakannya selepas ditumbuk oleh seorang pelajar Khamis lalu.
KANGAR, 11 April – Seorang pelajar lelaki tingkatan dua mengaku salah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini kerana menumbuk seorang guru wanita di sekolahnya sehingga mendatangkan kecederaan, Khamis lalu.

Pengakuan itu dibuat tertuduh yang berusia 14 tahun, dari Sekolah Menengah Dato Jaafar Hassan, Bukit Keteri, ketika prosiding di kamar Majistret Nur Shahida Abdul Rahim.

Pelajar itu didakwa sengaja menyebabkan kecederaan parah ke atas Mariati Mat Ail, 37, dengan menumbuk bahagian hidung mangsa sehingga menyebabkan tulang hidung guru wanita itu retak.

Nur Shahida kemudian menetapkan wang jaminan RM3,000 ke atas tertuduh manakala 4 Mei ini sebagai tarikh untuk menjatuhkan hukuman.

Berita Harian Online melaporkan bahawa mahkamah akan membuat keputusan berpandukan Akta Kanak-kanak 2001 kerana mengambil kira status tertuduh sebagai pesalah juvana.

Guru wanita itu cedera parah selepas tulang hidungnya dilaporkan retak akibat ditumbuk seorang pelajar tingkatan dua di Bukit Keteri selepas mangsa yang juga guru disiplin sekolah menegur pelajar terbabit yang dikatakan bergaduh di pekarangan sekolah.

Thursday, April 7, 2011

Muhyiddin jangan temberang, selesai tuntutan guru



Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 7 April: PAS bersimpati dengan nasib guru-guru Kementerian Pelajaran yang lambat menerima tuntutan.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad menyatakan demikian sebagai mengulas pendedahan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) bahawa ada Jabatan Pelajaran Negeri belum membayar tuntutan perjalanan pegawai pendidik walaupun selepas lebih setahun tuntutan dibuat.

Ia membabitkan tuntutan perjalanan ke program dan kursus anjuran Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) sejak Februari serta Mac tahun 2010.

Difahamkan perkara itu berlaku kerana peruntukan Kementerian Pelajaran dikurangkan.

“Fenomena ini amat memalukan ketika Timbalan Presiden Umno yang juga Menteri Pelajaran sibuk temberang rakyat Sarawak dengan berbagai projek sempena pilihanraya Negeri Sarawak,” kata Idris dalam satu kenyataan.

Justeru, katanya PAS hendak menasihatkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ke Sarawak, selesai dahulu nasib guru-guru di bawah kementeriannya.

Di dalam Islam, jelasnya kalau hendak bersedekah kepada orang lain biarlah anak sendiri tidak mengemis kepada orang lain.

“Nampaknya Tan Sri Muhyiddin sibuk buat amal sunat, perkara wajib diabaikan. Nampaknya Kementerian Pelajaran sejak di bawah beliau semakin bercelaru,” katanya.

Sebelumnya, katanya berlaku lambakan lebihan guru Sains dan Metematik seramai 26,000.

Menurutnya, mungkin Muhyiddin pening hendak menjawab tawaran Pakatan Rakyat yang dianggap satu cabaran kepadanya apabila guru-guru akan diberikan imbuhan khas sebanyak RM500 setiap bulan.

Untuk melindungi kelemahan, katanya maka Muhyiddin memberi kenyataan jika mengikut tawaran Buku Jingga negara akan bankrap.

Soalnya, sekarang siapa yang bankrap sehingga guru-guru tidak mendapat tuntutan perjalanan walaupun hampir satahun.

“PAS menasihatkan Timbalan Presiden Umno jagalah kebajikan anak kandung dulu sebelum mempedulikan anak orang,” ujarnya.

Menurutnya, negara akan runtuh jika memperolehi kerajaan yang tidak mengambil berat kepada guru-guru kerana mereka ialah orang yang bertanggungjawab menyediakan sumber tenaga manusia pada masa akan datang.

Sunday, April 3, 2011

Prosedur nilai prestasi guru wajar diperbetul

Penulis terima banyak aduan sama ada melalui percakapan tidak formal mahupun menerusi persatuan dan kesatuan guru sama ada semasa lalu mahupun hingga kini, tentang rasa tidak puas hati warga pendidikan terutama di kalangan guru-guru atau pegawai perkhidmatan pendidikan; baik yang bertugas di sekolah-sekolah, maktab-maktab perguruan (kini lnstitut Pendidikan Guru Malaysia/IPGM) dan pejabat-pejabat pendidikan daerah.

Penulis tidak mahu menyentuh selok-belok di kementerian-kementerian lain. Tetapi memadailah bahagian-bahagian di Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).ltupun bukan semua aspek; sekadar secebis atau sekelumit isu ketidakpuasan hati para penjawat ini.

Rata-ratanya menzahirkan rasa tidak puas hati; bukan sahaja di kalangan mereka yang sedang berkhidmat atau mengajar tetapi ramai juga yang berstatus mulia sebagai pesara kerajaan Malaysia; meliputi mereka yang bersara wajib dan bersara pilihan kerana kelayakan dan hak-hak mereka yang tidak boleh dipertikaikan sesiapapun.

Ketidakpuasan ini bagaikan rumah siap pahat berbunyi.Walaupun kini situasi dan peluang kenaikan pangkat amat cerah dalam KPM kerana 'sesiapa yang rasakan dirinya layak boleh memohon sendiri' adalah adil dan bijak tetapi kisah-kisah masa lalu wajar penulis catatkan agar menjadi peringatan untuk generasi pendidik hari ini dan masa akan datang.

Semua pihak menyedari bahawa melalui beberapa skim/sistem yang diperkenalkan oleh kerajaan masa lalu seperti Sistem Saraan baru (SSB) dan Sistem Saraan Malaysia (SSM) pada idea asalnya baik dan ada beberapa yang boleh diterima pakai. Tetapi yang menjadi permasalahan pokok ialah pada peringkat perlaksanaannya.

Tanyalah guru-guru di sekolah atau pensyarah-pensyarah di mana-mana IPGM rata-ratanya (tidak semua) tidak berpuas hati dengan markah prestasi yang diperolehi, pemilihan kuota yang menimbulkan ketidakadilan dan kronisme yang diamalkan.Walaupun ini bukan tuduhan tetapi penulis cuma terima reaksi yang menzahirkan sedemikian.

Walaupun begitu penulis cuma mahu bertanya; apakah pihak ketua pejabat atau jabatan seperti Pengarah atau Pengetua ataupun Guru Besar dan Timbalan atau Penolongnya benar-benar mematuhi prosedur yang ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) ketika melaksanakan memberi markah dan penilaian ke atas maklumat/borang Sasaran Kerja Tahunan (SKT) yang menetukan prestasi penjawat di bawahnya?

Maksudnya adakah Penilai Pertama, Penilai Kedua atau sesiapa yang telah dipertanggungjawabkan berjumpa,bersemuka dan berbincang dengan stiap staf ketika markah prestasi diberikan agar pihak/individu yang dinilai itu bersetuju?

Sebenarnya pertemuan bersemuka adalah salah satu prosedur telus dalam pemberian markah. Jika penjawat atau guru yang dinilai itu bersetuju atau tidak bersetuju adalah tidak salah mereka memberi sebab dan alasan-alasan konkrit yang mana akhirnya mereka boleh bersetuju atau menolaknya.Soalnya; adakah prosedur seperti ini ada dilakukan?

Penulis tidak menafikan, tidak semua Ketua Jabatan bersikap semborono atau tangkap muat sahaja. Namun sikap ambil mudah dan lepas tangan ini bukanlah mustahil ada terjadi.Yang mendukacitakan,implikasi dan impak ketua atau penolong ketua seperti ini yang bersikap 'tutup sebelah mata' adalah umpama parasit yang menjahanamkan sesuatu sistem dalam sesebuah organisasi.

Walhal tujuan kerajaan; khususnya Kementerian Pelajaran Malaysia adalah baik dan murni. Namun ada juga segelintir warga KPM pada masa lalu yang iri hati, dengki dan cemburu sesama sendiri. Natijahnya siapakah yang rugi jika ada di kalangan warga KPM khususnya di sekolah dan IPGM yang hilang keyakinan dan hilang kepercayaan yang mana menjejaskan prestasi kerjaya mereka?

Justeru penulis menyeru jika fenomena atau senario ini masih berlaku atau terjadi, kepada warga KPM silalah buat aduan terus ke pihak atasan KPM atau melalui kesatuan-kesatuan dan persatuan perguruan. Ketahuilah hak-hak anda sebagai seorang penjawat awam!


Penulis ialah presiden Persatuan Pengamal Pendidikan Malaysia.

Sunday, March 13, 2011

Hampir 20'000 Guru Dapat Ijazah Dibawah Program PPG Sejak 2006

13/03/2011 Share


SHAH ALAM 13 Mac : Hampir 20,000 guru berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Muda Pengajaran (SMP) di bawah Program Pensiswazahan Guru (PPG) yang dilaksanakan melalui kerjasama Kementerian Pelajaran dan Universiti Terbuka Malaysia (OUM) sejak 2006.

Naib Canselor OUM, Prof. Emeritus Tan Sri Anuwar Ali, berkata program berkenaan merupakan inisiatif Bahagian Pendidikan Guru (BPG) kementerian untuk memastikan semua guru sekolah menengah dan sekurang- kurangnya 50 peratus guru sekolah rendah memiliki ijazah.

Beliau berkata seramai 5,685 guru terpilih mengikuti program SMP pada sesi pengambilan khas semester 2011 dengan merangkumi 11 subjek utama termasi Bahasa Malaysia, Bahasa Cina, Pendidikan Islam, Matematik dan Sains.

"Pendaftaran selama empat hari bermula hari ini bagi mengikuti pengajian selama empat tahun di 20 pusat pembelajaran OUM di seluruh negara," katannya dalam sidang akhbar selepas majlis taklimat pendaftaran SMP ambilan 2011 di sini hari ini.

Melalui pengajian di OUM, guru akan didedahkan kepada aplikasi teknologi maklumat terkini dalam modul pengajian seperti belajar secara atas talian, nota-nota kuliah secara maya selain perjumpaan bersemuka dengan tenaga pengajar, katanya.

Program SMP itu mendapat akreditasi Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan diperaku oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Friday, March 4, 2011

Notis pemberhentian 13,000 guru sandaran dibatalkan


MACAN BAU-BAU PILIHANRAYA JA RASANYA....ISHHH...ISHHHH....ISHHHHH




Posted by admin | Friday, March 4, 2011


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, hari ini mengumumkan berita gembira untuk 13,000 Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) yang menerima surat pemberhentian tahun lalu bahawa notis itu ditarik balik.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, beliau telah meneliti keadaan itu dan membuat keputusan GSTT harus dikekalkan.

"Saya minta Ketua Pengarah Kementerian Pelajaran mengeluarkan surat pemberitahuan kepada mereka yang sudah berkhidmat dua, tiga hingga lima tahun, kita beri mereka peluang meneruskan perkhidmatan dan menempatkan mereka di tempat yang sesuai," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan dividen ladang Projek Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) Tongod dan Geran Komunal Lalampas Tongod di sini.

Beliau mengulas masalah 578 GSTT di Sabah yang ditamatkan kontrak dan terdapat pemintaan termasuk daripada Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, agar kontrak mereka ini disambung semula.

Muhyiddin berkata beliau sudah mengeluarkan arahan sejak dua bulan lalu bagi menarik balik surat pemberhentian itu dan mengekalkan khidmat GSTT terbabit.

Katanya, keputusan mengekalkan GSTT adalah bagi memberi mereka peluang menjadi guru yang terlatih.

"Jika mereka hendak diserapkan kepada guru terlatih dan tidak cukup kelayakan, pendekatan yang sesuai diambil adalah memberi mereka peluang mengikuti kursus lanjutan dan kursus dalam cuti," katanya.

Beliau berkata, pendekatan itu membolehkan GSTT meningkatkan keupayaan mereka dalam bidang mata pelajaran pilihan bukan am seperti Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, Sains dan Matematik.

Muhyiddin mengingatkan GSTT supaya bersedia untuk berkhidmat di mana sahaja mereka dihantar bertugas kerana mereka tidak semestinya dihantar bertugas semula di sekolah asal.

"Pengambilan GSTT yang baru jangan diisi dahulu tetapi disemak dahulu dengan Pengarah Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran," katanya.

Berita HaIRan

Monday, February 28, 2011

PULAKKKK.....YANG MANA SATU BETOIII NI????

PPSMI tak luntur semangat patriotik, kata Mahathir

February 28, 2011

PETALING JAYA, 28 Feb – Seseorang yang menguasai bahasa Inggeris tidak akan luntur semangat patriotiknya kerana kini bahasa itu merupakan bahasa ilmu, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Kita perlu menghadapi hakikat ini jika kita ingin memahami Sains dan Matematik untuk memperbaiki kehidupan kita, dan untuk membina negara ini menjadi sebuah negara maju, kita perlu berupaya memahami bahasa asing.

“Jika hari ini, kita buat keputusan untuk mempelajari Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris, ia tidak bererti kita kurang patriotik,” kata Dr Mahathir ketika menyampaikan ucap tama pada Forum Bioteknologi 2011 bertajuk, “Kebijaksnaaan Masa Lampau Untuk Menuju Masa Depan” di Subang Jaya dekat sini hari ini.

Beliau berkata Sains dan Matematik adalah mata pelajaran yang sentiasa berkembang hasil daripada pelbagai penyelidikan dan penciptaan manakala semua kertas kajiannya pula diahasilkan dalam bahasa Inggeris.

“Tanpa kebolehan menterjemah semua ini ke dalam ilmu baru, orang Melayu akan ketinggalan dalam sesetengah bidang penting,” katanya.

Beliau berkata mereka yang memahami mata pelajaran itu serta mampu membuat terjemahan, tidak akan berminat untuk menjadi penterjemah sepanjang hidup mereka, sedangkan Sains akan terus mengalami kemajuan selepas mereka meninggal dunia dan karya baru perlu diterjemahkan.

“Menguasai bahasa Inggeris sangat penting dan mereka yang tidak memahami bahasa Inggeris tidak akan dapat mengikuti penemuan baru dalam bidang Sains,” katanya.

Dr Mahathir berkata bahasa sesuatu bangsa akan hanya dipelajari orang asing sekiranya bangsa itu maju dan terkenal kerana ilmu pengetahuan dan hasil penyelidikannya.

Sebagai contoh, kata beliau, pada kurun ke-15, bangsa Eropah terpaksa mempelajari bahasa Arab kerana pada waktu itu, tamadun Islam begitu hebat dan amat dihormati.

Tahun lepas, kerajaan mengumumkan mata pelajaran Sains dan Matematik akan kembali diajar dalam bahasa Melayu di sekolah kebangsaan dan dalam bahasa ibunda pelajar (Mandarin atau Tamil) di sekolah jenis kebangsaan Cina dan sekolah Tamil mulai 2011 berikutan pemansuhan Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris.

Kerajaan juga mengumumkan strategi untuk memartabatkan bahasa Melayu dan memantapkan penguasaan bahasa Inggeris di sekolah. – Bernama

Sunday, January 23, 2011

ARTIKEL MENGENAI GURU

Sumber: GreenBoc: Muhyiddin Jadikan Guru Sang Buaya Untuk Diketuk Kepalanya

Berkaitan:

SATU , DUA TIGA LEKUP.KEPALA GURU KENA KETUK


SUDIKAH ANDA SEBAGAI PENDIDIK MENJADI PECACAI HANYA UNTUK MENGUNDI PEMERINTAH YANG TIDAK TAHU MENJAGA KEBAJIKAN KAUM GURU.BAYANGKAN SEORANG POLIS BERPANGKAT KOPERAL,ASKAR BERPANGKAT SARJAN,DAN JUGA NURSE BERJAWATAN JURURAWAT MEMPUNYAI GAJI LEBIH TINGGI DARI GURU YANG MELANJUTKAN PELAJARAN KE UNIVERSITI.....


APA PEMIMPIN ANDA BUAT UNTUK ANDA??

Muhyiddin: Elok bagi guru setia kepada kerajaan

Kerajaan tidak pernah mempersoalkan kesetiaan guru-guru di negara ini tetapi selain kesetiaan kepada negara, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata, adalah elok bagi guru juga supaya setia kepada kerajaan.

"Kita tidak akan mempersoalkan. Selain dari setia kepada negara, elok juga kita setia kepada kerajaan. "Sebab guru merupakan penggerak utama dalam masyarakat, masih dihormati, diberi penilaian yang tinggi.

Guru jadi pemimpin dalam masyarakat, maka kita mahukan supaya sikap untuk kebersamaan antara kerajaan dan tenaga yang penting seperti guru selalu ada di situ,” katanya kepada Bernama.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, guru sebagai seorang pemimpin perlu sentiasa mempunyai sikap kebersamaan kepada kerajaan supaya dapat menjayakan agenda pembangunan negara terutamanya Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dalam bidang pendidikan.

Muhyiddin berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran program Bangkit Guru Untuk Negara (B-GUN) peringkat Johor, di Pagoh, hari ini. Hadir sama, Pengarah Pelajaran Johor, Markom Giran.

Markom menimbulkan kontroversi awal bulan ini apabila kegiatannya berkempen untuk BN di Tenang dirakamkan dan disiarkan melalui Youtube.

Dia bagaimanapun menafikan tuduhan tersebut dan mendakwa beliau hanya mahu mengenalpasti kecenderungan politik para guru untuk memastikan mereka "menyokong dasar kerajaan".

Kata Markom, beliau tidak berkempen tetapi berucap kepada kakitangan bawahannya dan tindaklan itu merupakan "hak kami untuk mengenalpasti (parti politik) yang guru kami sokong,".

Tambahnya lagi, jika guru-guru didapati menentang kerajaan, maka mereka akan dihantar mengikuti kursus supaya mereka faham bahawa sebagai kakitangan awam, mereka tida boleh menentang dasar kerajaan.

Markom menjelaskan bahawa sebagai kakitangan awam, mereka merupakan pelaksana dasar kerajaan dan kerana itu, mereka mesti mengikuti apa sahaja dasar yang dibuat oleh kerajaan yang memerintah.

Katanya, mereka makan gaji dengan kerajaan dan oleh itu, mereka tidak seharusnya menentang kerajaan, tetapi mematuhi apa juga dasarnya.

Akibat tindakannya itu, PAS Johor pada 7 Januari lalu, membuat laporan polis mendakwa Pengarah Pelajaran Johor itu mengajak pengetua dan guru sekolah di sekitar DUN Tenang merayu undi untuk membantu BN dalam pilihan raya kecil hujung bulan ini.


Ulasan GB

Sebenarnya TPM dan Ketua Pengarah Pelajaran Johor adalah dari golongan bermentaliti kuno dan ketinggalan di dalam arus globalisasi.

Tatkala orang sedunia sedang membicarakan "langit terbuka", "k-workers", "globalisasi", "era digital" dan seumpamanya, masih terdapat dari kalangan menteri dan pegawai awam yang masih tersangkut di dahan rasisma dan politik kepartian sempit yang mengharapkan kaum guru menjadi pak dan mak angguk.

Guru-guru selama ini hendak dijadikan buaya-buaya yang diketuk kepalanya supaya sang kancil itu dapat menyeberang sungai untuk menelan buah-buahan di seberang.

Begitulah tamsilnya, guru-guru hendak dijadikan "aset berguna" dan "aset tetap" di dalam pemilihan nanti supaya TPM itu bakal kekal sebagai Timbalan Presiden UMNO, kalau tak pun untuk bertanding jawatan Presiden dengan menjadikan Ketua Pengarah Pelajaran Negeri sebagai sang jenderal buaya yang akan mengarahkan buaya-buaya lain beratur di belakangnya, bersedia untuk diketuk kepala oleh sang muhyiddin.

Sumber: GreenBoc: Muhyiddin Jadikan Guru Sang Buaya Untuk Diketuk Kepalanya

Monday, January 17, 2011

LAGI ISU PENGARAH CABUK:PECACAI YANG HUDUH PERANGAINYA




"I did not campaign. I was speaking to my subordinates. It is our right to identify which (political parties) our teachers are supporting," said Markom (right) when contacted today."If they are found to be against the government, we will call them up and send them for courses to let them understand that a government servant should not be against government policy."

"Saya tidak berkempen, cuma memberi ceramah kepoada para guru.Ianya menjadi hak kami untuk mengenalpasti guru-guru yang menyokong parti politik mana", Jika mereka didapati menyokong partimpembangkang dan menentang pihak kerajaan, kita akan memanggil mereka dan menghantar mereka berkursus supaya mereka memahami bahawa kakitangan kerajan tidak boleh menentang kerajaan", jelas PENGARAH CABUK ...kepada Malaysiakini.





"We are hired (makan gaji) by the government. So we should not go against the government. Whatever the policy is, we just follow."

"Kita dibayar gaji oleh kerajaan , maka kerana itu kita mesti menyokong kerajaan dan tidak menentang polisi yang di perkenalkan,kita hanya mengikutnya." demikian jelas PENGARAH CABUK LAGI

KALAU IKUT KATA MAT SABU....ORANG YANG CAKAP MACAM NI ADALAH ORANG JAKUN...


Inilah terjemahan sedikit sebanyak apa yang beliau ucapkan kepada wartawan Malaysikini.Beliau bercakap seolah-olah guru itu adalah robot dan buta tuli macam beliau juga.Pengarah semacam ini tidak akan membangunkan minda para pelajar dan juga kaum guru.


Pengarah seperti ini dilihat berat sebelah dan harus di ambil tindakan tatattertib ,perintah AM Bab C dan D, kerana melangar etika kerja penjawat awam yang jelas berkempen untuk parti politik.KGT mahukan mana-mana peguam mengambil tindakan undang-undang bagi menjelaskan maksud perintah AM Bab C dan D sebagaimana yang di kenakan kepada semua penjawab awam.

Pihak KGT mahu pihak peguam melihat kes ini sebagai serius kerana sehingga kini hanya beliau seorang sahaja yang terang-terangan mengeluarkan kenyataan seakan-akan menjadi wakil rakyat atau dengan lebih tepat lagi ADUN.


KGT juga mahu beliau melepaskan jawatan dan bertanding di atas tiket Umno di mana-mana kawasan di Johor atau di mana-mana negeri baik yang di perintah Pakatan Rakyat atau Barisan nasional.


KGT juga mahukan beliau memohon maaf secara terbuka kerana telah dengan sengaja mahu memindahkan guru ke kawasan yang jauh dari tempat tinggal dan secara lalai gagal menjalankan tugas kerana kawasan dan negeri di bawah pentadbiran beliau kekurangan sebanyak 450 dan ini membantut dasar kerajaan.

Sementara itu, Markom berkata, notis pertukaran tersebut tiada kaitan dengan politik tetapi kerana Pasir Gudang kekurangan 457 orang guru.(MALAYSIAKINI)


KGT juga mahukan ibubapa di kawasan Pasir Gudang tampil membuat laporan berhubung dengan ketidakcekapan pejabat pelajaran Johor kerana membiarkan sessi persekolahan di Pasir Gudang berjalan tanpa guru.Ini adalah kerana ianya terletak di bawah pentadbiran PENGARAH CABUK.


KGT juga mahukan pembelaaan diberikan kepada Makrof yang mengajar di SK Tenang dan dijangka ditukarkan kesekolah baru sekolah baru yang terletak kira-kira 200 km dari situ.

Wednesday, January 12, 2011

Pelajar tingkatan satu cedera dibuli senior

PELAJAR YANG MEMBULI INI HARUS DISINGKIRKAN DARI ASRAMA.







Maimun Mohd. Yusof menunjukkan leher Nur Arfah Mohd. Nordin yang terpaksa dipakaikan penyokong leher di rumahnya di Kampung Bukit Panau, Tanah Merah, Kelantan, semalam.


TANAH MERAH 12 Jan. - Keseronokan seorang pelajar perempuan tingkatan satu terpilih memasuki sebuah sekolah berasrama penuh di Pasir Puteh, tidak lama apabila dia menjadi mangsa buli pelajar senior, kelmarin.

Kejadian menimpa Nur Arfah Mohd. Nordin, 13, semasa program suai kenal di sekolah tersebut, menyebabkan remaja berkenaan trauma dan enggan ke sekolah.

Malah mangsa juga kini sakit leher, bengkak di dahi, lebam di beberapa bahagian badan serta sakit tekak sehingga terpaksa dihantar ke Hospital Tanah Merah (HTM) oleh ibu bapanya untuk rawatan.

Doktor yang merawat terpaksa memasang alat penyokong di leher Nur Arfah untuk mengelakkan kecederaan dialaminya itu bertambah serius.

Nur Arfah berkata, dia dan rakannya dipaksa empat pelajar senior yang tidak terlibat dalam program itu berlari dalam keadaan mata mereka ditutup dengan tudung.

Dia yang ketakutan, mengikuti arahan itu dan berlari menyebabkan dia terlanggar sebatang tiang besi sehingga cedera di mukanya.

"Empat pelajar senior itu tiba-tiba datang memegang tangan saya dan menyuruh berlari dalam keadaan membongkok dan mata ditutup.

"Masa berlari saya terhantuk sebatang tiang dan terjatuh. Ketika itu saya mula terasa sakit kepala dan pening," katanya ketika ditemui selepas menerima rawatan di HTM di sini, petang ini.

Katanya, seorang pelajar senior perempuan yang ditugaskan menjaga mereka kemudian datang dan memberi bantuan.

Menurut Nur Arfah, kakaknya, Noorazulaika, 15, yang turut belajar di sekolah itu telah diberitahu oleh rakannya mengenai peristiwa tersebut lalu segera menghubungi ibu bapa mereka.

Sementara itu, ibu mangsa, Maimun Mohd. Yusof, 39, yang terkejut dengan kejadian menimpa anaknya telah membuat satu laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Tanah Merah, semalam.

Menurutnya, Noorazulaika turut meminta adiknya itu dipindahkan ke sekolah lain.

"Saya dan suami telah merancang untuk memindahkan anak kami ke sekolah lain. Tiada gunanya belajar di sekolah berasrama penuh tetapi hati mereka tidak tenteram," katanya.

Maimun turut kesal kerana pihak sekolah tidak menghantar anaknya ke hospital untuk menerima rawatan meskipun kecederaan dialaminya teruk.

Sementara itu, Pengarah Pelajaran negeri, Hussain Awang ketika dihubungi hari ini berkata, beliau belum dimaklumkan kejadian itu dan akan mendapatkan penjelasan lanjut daripada pihak sekolah terbabit, esok.

KAH..KAH..KAH..SILAP LAGI LEPAS SEKOLAH 3 BULAN.......MALAYSIA BOLEH


12/01/2011 8:25pm

KUALA LUMPUR 12 Jan. – Buku teks KSSR English Year 1 Sekolah Kebangsan akan digantikan dengan cetakan baru selepas terdapat kesilapan dalam buku asal.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abdul Ghafar Mahmud berkata, pembetulan terhadap kesilapan itu akan lakukan manakala cetakan baru pula akan diedar ke sekolah-sekolah mulai Mac ini.

Menurut beliau, sementara menanti cetakan baru siap, guru-guru dinasihatkan supaya terus menggunakan buku teks sedia ada dalam proses pengajaran dan pembelanjaran mereka.

“KPM berasa kesal dengan kesalahan yang terdapat dalam buku teks KSSR English Year 1 Sekolah Kebangsaan itu.

“Oleh itu, kementerian telah menubuhkan satu Jawatankuasa Penyemakan Semula Buku Teks untuk mengatasi masalah tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. - Utusan

Saturday, January 8, 2011

PENGARAH CABOK KEMPEN UNTUK BN-DARI WRLR



PENGARAH CABOK KEMPEN UNTUK BN

Woii Pengarah kalau dah teringin nak berkempen..elok lah engkau masuk sahaja menjadi calon dalam pilihanraya yang ke 13.Apa kena mengena dengan pilihanraya sampai nak menggerak jabatan pelajaran negeri Johor.Eloklah engkau siap jadi calon dan pilihanraya akan datang.Ngok punya pengarah pelajaran.Macam ni standard pengarah pelajaran rupanya.Patut lah guru diperlekehkan.



Pengarah Pelajaran berkempen, PAS lapor polis
Harakahdaily

LABIS, 7 Jan: PAS Johor hari ini membuat laporan polis mendakwa Pengarah Pelajaran Johor, Markom Giran mengajak pengetua dan guru sekolah di sekitar DUN Tenang merayu undi untuk membantu BN dalam pilihan raya kecil hujung bulan ini.

Laporan polis itu dibuat oleh timbalan pesuruhjaya PAS Johor Zulkefly Ahmad di Balai Polis Labis kira-kira jam 10.45 pagi ini.

Turut hadir bersama-samanya, pesuruhjaya PAS negeri Datuk Mahfodz Mohamed dan ketua penerangannya Mazlan Aliman.

Mazlan memberitahu wartawan, dalam laporan polis itu Markom telah didakwa menyalahgunakan kuasa sebagai pengarah pelajaran Johor untuk berkempen secara terang-terangan untuk BN.

Antaranya berkempen untuk Barisan Nasional, memberi tekanan kepada semua Pengetua dan Guru Besar dalam Dun Tenang agar mengundi Barisan Nasional, memberi tekanan kepada guru-guru kaunseling daerah Segamat agar berkempen dan mengundi Barisan Nasional dan berkempen kepada guru-guru di SMK Munshi Ibrahim Labis, SK Kg Tenang, SK Pekan Air Panas, SK Felda Chemplak dan SMK Tenang Station agar mengundi Barisan Nasional.

Zulkefli juga turut menyerahkan rakaman video yang didakwa menunjukkan Markom berucap kepada para guru untuk tujuan tersebut.

"Bagi PAS, tindakan Haji Markom sangat bertentangan dengan etika sebagai penjawat awam yang tertakluk kepada peraturan 21 bagi pegawai pengurusan tertinggi dan profesional.

"Bagi (jawatan berpangkat) DG 54, mereka tidak boleh membuat kenyataan yang menyebelahi mana-mana parti politik atau menerbitkan risalah, atau merayu undi atau bertindak merayu dalam pilihan raya," kata Mazlan seperli dilapor Malaysiakini.

Mazlan yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat mendakwa Markom turut berkempen di beberapa buah sekolah di sekitar DUN Tenang.

"Semua pertemuan ini, (guru-guru) diminta menyokong BN," kata Mazlan.

"Kita mempunyai rakaman video bagaimana beliau memberi tekanan kepada guru merayu undi untuk BN dalam pilihan raya kecil DUN Tenang," katanya.

Sehubungan itu, katanya, PAS meminta polis menjalankan siasatan dan mendesak supaya Markom dirujuk kepada jawatankuasa tatatertib.

Ini kerana, katanya, Markom "menjejaskan reputasi Jabatan Pelajaran dan menunjukkan contoh yang tidak baik kepada guru-guru".

Dalam perkembangan berkaitan, Mazlan berkata pihaknya telah menubuhkan satu pasukan khas untuk memantau pegerakkan agensi kerajaan yang berkempen dalam pilihan raya kecil tersebut.

"Sebanyak 20 pemantau telah dilantik yang diletakkan di bawah (pengawasan) saya (sebagai ketua penerangan). Kita sudah mula memantau aktiviti jentera kerajaan.

"Kita guna maklumat (yang diterima) dan serahkan kepada polis, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setiap minggu," katanya.

Thursday, January 6, 2011

KOS PELAJARAN MENINGKAT