Ramai guru tidak faham dasar
Ketidakpuasan guru Gred DG 41 mengenai gaji guru Gred 32 telah berlarutan bertahun-tahun di akhbar, termasuk akhbar Utusan Malaysia. Kebanyakan para guru Gred DG 41 sebenarnya tidak tahu mengenai dasar kenaikan pangkat dan juga skim kenaikan pangkat anggota perkhidmatan awam
Untuk makluman guru Gred 41, semua skim kenaikan pangkat dalam perkhidmatan awam adalah sama, tidak kira di jabatan mana berkhidmat. Cuma kelebihan diberikan kepada guru untuk dinaikkan pangkat selepas 10 tahun berkhidmat selepas melepasi beberapa syarat yang telah ditetapkan dalam gred yang sama, berbanding kakitangan perkhidmatan awam yang lain 15 tahun.
Untuk makluman, Gred 32 dan Gred 38 adalah gred kenaikan pangkat bagi Gred 29 (berkelulusan diploma) sementara gred kenaikan pangkat bagi Gred 41 (berkelulusan ijazah) adalah Gred 44,48,52,54 dan seterusnya JUSA.
Jangan bandingkan gred kenaikan pangkat iaitu Gred 32 dengan guru yang baru masuk kerja di Gred 41 atau guru GredGred 41 atau guru Gred 41 yang belum dinaikkan pangkat atau tidak cukup servis dalam gred yang sama, sungguh pun guru baru itu bergred lebih tinggi. Semua pegawai di jabatan lain faham mengenai dasar tersebut kecuali kebanyakan para guru tidak faham.
Sepatutnya sebagai kakitangan awam, para guru wajib tahu tentang skim perkhidmatan awam dan begitu juga skim perkhidmatan mereka. Sudah semestinya gred lebih tinggi akan mendapat gaji lebih tinggi daripada gred bawahannya. Mana mungkin gred lebih tinggi itu mendapat gaji lebih rendah daripada pegawai gred lebih rendah.
Perlu diingat gaji maksimum guru Gred 41 yang belum dinaikkan pangkat jauh lebih tinggi daripada gaji maksimum guru Gred 32 atau pun Gred 38.
Oleh itu saya mengesyorkan supaya para guru diberi kursus khas atau taklimat khas mengenai skim-skim mereka dan juga skim kenaikan pangkat dan gred-gred dalam perkhidmatan awam sebelum diserapkan menjadi guru. Pada saya sebagai kakitangan awam para guru mesti tahu mengenai skim tersebut dan tidak perlu menghebohkannya di akhbar. Kementerian Pelajaran adalah jabatan yang bertanggungjawab untuk memberi penjelasan tersebut kepada staf mereka, terutamanya para guru sebelum para guru itu menjadi guru sebenar di sekolah.
Saya berasa sangat hairan kerana isu ini sering didedahkan di akhbar sejak beberapa tahun lalu tetapi tiada tindakan oleh pihak yang berkenaan, terutamanya Kementerian Pelajaran atau pun Institut Perguruan itu sendiri.
Cara yang paling baik dan berkesan untuk menerangkan mengenai skim ini kepada para guru adalah para Guru Besar atau Pengetua.
Pegawai Kanan Kerajaan
Putrajaya
UTUSAN MALAYSIA 9/11/2009
No comments:
Post a Comment