Thursday, November 12, 2009
PRESIDEN CEUPACS KECUT TELOQ
Dzulfikar Mashoor dan Mohd Hafeez Sabri
KUALA LUMPUR, 12 Nov: Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar semalam menasihatkan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak agar berdamai dan menarik balik kenyataan beliau terhadap Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CEUPACS) dalam isu tuntutan bonus untuk kakitangan kerajaan.Najib sebelum ini mengeluarkan kenyataan didakwa menghina CEUPACS sebagai tidak bermoral kerana menuntut bonus untuk kakitangan awam dari kerajaan."Saya minta Perdana Menteri berdamai dan tarik balik kenyataannya kata CEUPACS tidak bermoral bila mereka tuntut bonus," jelasnya.Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena menasihatkan Najib agar menjelaskan pertimbangan kerajaan menolak tuntutan CEUPACS itu."Dia (CEUPACS) nak tuntut itu haknya, kerajaan jelaskanlah kenapa tak boleh (beri bonus)...jelaskanlah kalau kerajaan hadapi penguncupan ekonomi,ketirisan, rasuah dan sebagainya kalau itu punca kerajaan tidak mampu beri bonus pada mereka." jelasnya."
Saya tidak mahu menuduh Najib tidak berupaya menyanggah tuntutan itu (tuntutan bonus) kerana dia adalah Perdana Menteri 1Malaysia, takkan dengan CEUPACS pun tak berani nak bersemuka. Kalau macam ini, 1CEUPACS pun tak layak."Tambahnya lagi, tindakan Najib menafikan hak CEUPACS itu turut dilakukan ke atas kerajaan negeri Kelantan, dalam isu royalti minyak."Saya nampak apa saja yang dituntut rakyat, Najib akan anggap sebagai tidak bermoral. Mungkin sebab itu, Najib menafikan hak kerajaan negeri (dan) rakyat Kelantan untuk dapat royalti minyak sekarang ini," ujarnya.
"Sedangkan ini (pemberian royalti minyak) adalah hak yang termaktub dalam perjanjian antara Petronas, kerajaan persekutuan dan negeri."Beliau juga menyifatkan tindakan Najib enggan bersemuka dengan CEUPACS sebagai cubaan menyembunyikan fakta, sama seperti sikap Najib dalam kes pembunuhan gadis Mongolia."Saya juga lihat Najib cuba sembunyikan fakta yang perlu kakitangan kerajaan tahu, tidak kira sama ada kes rasuah (dan) ketirisan yang libatkan beberapa individu yang dekat dengan Najib, atau juga siapa bunuh Altantuya, semua nak tahu," jelas Khalid lagi."Itu (sembunyi fakta) yang sepatutnya dilihat sebagai suatu kesalahan tidak bermoral apabila seorang wartawan akhbar Perancis dedah gambar-gambar Najib bersama Altantuya yang saya lihat cuba disembunyikan.
"Mewakili seluruh kepemimpinan PAS, Mahfuz juga menyokong tuntutan CEUPACS agar seluruh kakitangan kerajaan diberikan bonus demi menempuhi kemelesetan ekonomi tidak lama lagi.Dalam perkembangan berkaitan, Pesuruhjaya PAS Perak, Abu Bakar Hussain (gambar) turut mendesak Najib menarik semula kenyataannya, yang dianggap menghina kakitangan kerajaan di negeri Perak sendiri.Menurut Abu Bakar, Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) yang mengalami difesit untuk tahun ke-12 tahun ini mungkin menjadi punca kerajaan tidak boleh melunaskan tuntutan CEUPECS itu, seperti yang yang didedahkan Penyarah Universiti Malaya Profesor Rajah Rasiah sebelum ini.Ujarnya lagi, bonus kepada kakitangan kerajaan adalah antara piawaian umum untuk rakyat menilai sejauh mana kemampuan kerajaan.
Terdahulu, beberapa media melaporkan Najib enggan bertemu CEUPACS dalam isu tuntutan bonus kakitangan kerajaan kerana mengganggap tuntutan tersebut sebagai tidak bermoral.Tindak tanduk Najib itu dipercayai bukan sahaja mencalar peribadinya, malah slogan 1Malaysia - Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan
KAH...KAH...KAH CIKGU-CIKGU SAH TAK KATA APA......

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment