Wednesday, November 4, 2009

GURU 29/41-PERLU HANTAR APA???NUTP PERLU JELASKAN.....SESIAPA YANG TAHU SILA BERIKAN PANDANGAN UNTUK KAUM GURU

Kumpulan Guru DGA29/41


Saudara/ Saudari perlu sedari bahawa pihak NUTP telah berusaha
menyelesaikan masalah guru DGA29/41. Pihak kerajaan pun telah bersetuju
melaksanakan 7 + 3 untuk mengatasi masalah jurang gaji kumpulan guru ini.
Dalam pada itu, kita mesti sedari bahawa kumpulan DGA29/41 mempunyai
pelbagai kategori. Sekiranya NUTP cuba menyelesaikan secara “blanket”
masalah tetap tidak akan selesai.Kita cuba menyelesaikan masalah kumpulan ini
secara berkelompok.


Antara masalah yang timbul kini :-
1. Terlepas DGA32 kerana tidak lulus PTK sebelum ke DG41.

2. Tidak mengambil peperiksaan PTK semasa mengikuti program PJJ/OUM
tetapi selepas itu terlewat.

3. Tarikh lantikan DGA32 ditawarkan lebih lewat dari tarikh lantikan DG41.
Kumpulan ini, Bahagian Sumber Manusia bersetuju NUTP kemukakan kes-kes
rayuan dengan kertas kerja.

4. Gaji guru DGA29/41 masih rendah walaupun telah ditawarkan 7 + 3
( kumpulan ini sila kemukakan surat kepada NUTP untuk buat kajian).

5. Sekumpulan masih menunggu giliran ditawarkan 7 + 3. Kumpulan ini diharap
bersabar kerana prosesnya berterusan tetapi Bahagian Sumber Manusia perlu
sedikit masa untuk menguruskan bilangan yang besar.

6. Kumpulan guru tarikh lantikan jatuh pada/sebelum 15.5.2008 dan ditawarkan
DG44 pada 16.5.2008 tidak menikmati 7 + 3 boleh menolak DG44 KUP saluran
ExPPPLD dan mohon saluran biasa KUP. 3 tahun ( pengalaman mengajar )
boleh digunakan untuk urusan DG44 ExPPPLD ke DG48.

7. Kemungkinan ada kes-kes yang kita masih tidak dapat kesan.
Harap beri respond.

Terima Kasih.

No comments:

Post a Comment