Ketika dihubungi, Presiden NUTP Hashim Adnan memberitahu, walaupun secara purata potongan dana adalah dalam lingkungan 10 hingga 15 peratus, tetapi dilihat dari segi organisasi individu khususnya sekolah, pengurangan ini melibatkan 50 hingga 100 peratus. “Saya mengatakan 50 hingga 100 peratus kerana, sebagai contoh, di sesetengah sekolah pembekalan pakaian untuk pasukan berpakaian seragam dikurangkan dengan banyak, malah di sesetengah sekolah ia sudah tidak dibekalkan langsung.
“Ini menyebabkan ada pelajar sekolah tidak dapat menerima pakaian pasukan seragam seperti pengakap sebab sekolah memotong 100 peratus peruntukan... ini antara kesan akibat pengurangan perbelanjaan,” katanya.
Hashim juga mendakwa peruntukan penyediaan makanan untuk hari Sabtu dan Ahad di asrama juga dikurangkan.
NUTP menyatakan bahawa pemotongan dana persekolahan mungkin dalam lingkungan 50-100 peratus. — Gambar Reuters
KUALA LUMPUR, Feb 11 — Kesan kegawatan ekonomi dunia mula dirasai agensi-agensi awam yang kini berhadapan dengan bajet ketat ekoran pengurangan dana secara purata, dipercayai antara 10 hingga 15 peratus, sejak awal bulan lalu.
Kadar potongan dana bergantung pada nilai perkhidmatan agensi masing-masing.
Malah ada agensi kerajaan yang mengambil langkah untuk mengurangkan perbelanjaan mereka sehingga 20 peratus.
Difahamkan langkah itu diambil sejak awal bulan lalu ekoran langkah kerajaan yang memperkenalkan semula perbelanjaan berhemah selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membentangkan Bajet 2010 Oktober lalu.
Kerajaan pernah berbuat demikian ketika kegawatan ekonomi pada tahun 1997/98.
“Usaha kurangkan perbelanjaan sudah dilaksanakan sejak awal bulan lalu... walaupun tiada pekeliling rasmi mengenai potongan kadar perbelanjaan, tetapi kami difahamkan secara purata ia melibatkan 10 hingga 15 peratus.
“Tetapi bagi sesetengah jabatan, kadar itu boleh dikatakan melebihi 15 peratus, bergantung pada peranan dan fungsi agensi terbabit,” kata Presiden Cuepacs, Omar Osman kepada The Malaysian Insider.
Cuepacs merupakan badan induk bagi kesatuan sekerja awam negara ini.
“Berdasarkan pertemuan dengan jabatan-jabatan awam, kami pernah dimaklumkan banyak langkah perbelanjaan berjimat cermat dan berhemah diambil untuk mengurangkan kos sebagaimana disaksikan lebih 10 tahun lalu semasa kegawatan ekonomi,” kata beliau.
Beliau percaya bahawa kesan potongan perbelanjaan ini, banyak agensi awam mula mengurangkan penggunaan kakitangan kontrak.
“Kakitangan kontrak ini sudah lama bekerja, ada yang bekerja 10 tahun, ada yang lebih 10 tahun tetapi mereka mula dibuang,” katanya.
“Sehingga Disember 2009, kira-kira 5,000 kakitangan kontrak dihentikan dan perkhidmatan mereka tidak diperbaharui kerana mahu menjimatkan kos operasi,” katanya.
Malah menurut beliau, ada juga agensi awam yang mengurangkan bayaran kerja lebih masa.
Sebagai ganti kepada bayaran kerja lebih masa, ada agensi yang membayar dalam bentuk cuti gantian bukannya duit.
“Jadi dalam keadaan macam ini kami meminta kakitangan awam yang tidak dibayar elaun kerja lebih masa supaya lakukan kerja sambilan, bukannya bekerja lebih masa yang tidak dibayar gaji,” katanya.
Pengurangan kursus dan latihan kerja juga sudah mula diambil, malah di kebanyakan agensi ia diadakan sebagai program dalaman berbanding dulu diadakan di hotel dan di lokasi jauh dari pejabat.
“Malah ada organisasi tidak menyediakan minuman dan makanan ringan kecuali air mineral apabila mengadakan mesyuarat... malah bilangan mesyuarat yang diadakan juga dikurangkan,” katanya.
Dalam pekeliling dikeluarkan awal bulan lalu, Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Wan Abdul Azi Wan Abdullah mengarahkan pegawai pengawal kewangan setiap agensi agar memastikan perbelanjaan awam dibuat dengan cermat, berhemah dan “value for money”.
“Pelajar-pelajar digalak balik ke rumah masing-masing pada Sabtu dan Ahad. Keadaan ini menyebabkan ada ibu bapa yang kurang senang,” katanya.
Paling ketara ialah menurut Hashim, di peringkat Kementerian Pelajaran, kursus dan seminar untuk guru dikurangkan dan ada yang dibekukan.
“Ya, sesetengah kursus yang diiklankan baru-baru ini dibatalkan pada minit-minit terakhir disebabkan arahan mengurangkan perbelanjaan,” katanya.
Walaupun beliau melihat ia langkah sementara tetapi memberitahu dari satu sudut Kementerian Pelajaran membelanjakan sejumlah wang yang banyak, misalnya untuk 20 Sekolah Berprestasi Tinggi baru-baru ini.
“Walaupun langkah ini baik tetapi didapati ia tidak sesuai pada masa sekarang di mana ekonomi tidak mengizinkan... adalah lebih baik kita gunakan peruntukan ini untuk membantu semua sekolah yang memerlukan bantuan kewangan tanpa mengurangkan peruntukan,” katanya.
Sdr. Hang Kebun,
1. Terima kasih atas cadangan sdr. pihak NUTP ambil maklum atas cadangan sdr.
2. Menteri Pelajaran pun perlu rujuk pada JPA
Tue Nov 24, 08:16:00 AM 2009
Sdr. Chan,
ndingkan dengan DG32.
Thu Nov 26, 03:16:00 PM 2009
Sdri. Siti,
Sila kemukakan nama sekolah. Pihak NUTP perlu teliti negeri mana sekolah mana agar KPM boleh bertindak.
Thu Nov 26, 03:51:00 PM 2009
Salam sejahtera Pn. SUA,
Saya berpendapat masa depan guru Master/PhD memang gelap gelita jika terus berada di sekolah.Harapkan pagar,pagar pun dah berkarat.Jadi saya ingin memohon menjadi pensyarah di IPGM.Saya sentiasa melihat iklan di website.Tak ada pun iklan pengambilan pensyarah IPGM.Boleh bagi tau saya bila pengambilan pensyarah IPGM dibuat?Sekurang-kurangnya sebelum ijazah Master's saya pula yang berkarat.TQ
Thu Nov 26, 10:53:00 PM 2009
Pn SU,
Saya harap Pn SU dapat membantu
guru lama spt saya. Kami memang rugi setaip kali ada pertukaran mengenai gaji.
Contohnya kes saya:
Posting 1973 (dgn Sijil Guru Maktab Perguruan)
1973-1987: C2
1984-1987 (Univ dgn separuh gaji)
1988-2003: DG3/ DG41
2004 : DG44
2009 (Memohon kenaikan ke DG48 tetapi JPWP kata cuma layak 2012)
Betulkah pengiraan JPWP? Apa gunanya lulus PTK3 dan pengalaman selama lebih 35 tahun? Lebih-lebih lagi saya sangat aktif dalam pembentukan kurikulum, penulisan buku, LPM, MQA, dll.
Tidak adil benar bila dibandingkan dengan orang baru.
Peluang untuk dapat pencen lebih sikit hangus sebab saya akan bersara pada 2010!
YANG BERKHIDMAT UNTUK NEGARA!
Fri Nov 27, 03:07:00 PM 2009
Hadiah Kenaikan Gaji (HKG).
Cagangan:
1.Setiap guru yang mendapat Ijazah semasa perkhidmatan diberi 1HKG.
2.Setiap guru yang mendapat MASTER semasa perkhidmatan diberi 1HKG.
3.Setiap guru yang mendapat PhD. semasa perkhidmatan diberi 1HKG.
Cadangan ini munasabah dan tidak merugikan kerajaan.
Sat Nov 28, 11:45:00 AM 2009
Masalah Program Komputer di Sekolah:
Program Komputer yang dibuat oleh KPM, baik. Program yang dicipta oleh PK biasanya tanpa pengetahuan JPN menimbulkan masalah. Kelemahan yang jelas ialah tidak ada buku panduan. PK cuma beri taklimat yang tidak jelas. Pengetua pula sentiasa "backing" PK. Harap NUTP dapat selesai perkara "remeh" ini.
Cadangan:
Setiap program komputer yang melibatkan guru, perlu ada kertas kerja serta kelulusan JPN/KPM. Pastikan mesti ada buku panduan yang terperinci serta berISO dan di pantau oleh JPN/KPM.
Mon Nov 30, 09:19:00 AM 2009
Sdri. Siti,
1)Kalau tidak pasti jangan kata 'penipuan'. Apa yang dinyatakan bukan untuk hari ini tetapi formula yang digunakan berterusan bertahun-tahun.
2)Merujuk pada pekeliling terkini (selepas pihak NUTP tuntut dari KPM) jelas sama ada 20 tahun atau tanggagaji T18-T21. Harap faham dulu.
Mon Nov 30, 10:46:00 AM 2009
Sdri. Suriayani,
Sila kemukakan aduan secara rasmi beserta dengan surat-menyurat untuk tindakan pihak NUTP.
Mon Nov 30, 10:48:00 AM 2009
Sdr. yangman,
Tunggu sehingga 2010. Harap sabar.
Mon Nov 30, 10:50:00 AM 2009
Kepada Pn S/U
Sila beritahu sekolah mana dari negeri mana yang menggunakan program ini.
Tue Nov 24, 08:19:00 AM 2009