Tuesday, February 16, 2010

PPD TAK DAK AKAI-ORANG DAH SAMPAI BUAT UMAH KAT BULAN ,DIA SURUH CIKGU KUTIP DUIT...KAH...KAH...KAH......KESIAN CIKGU-KESIAN CIKGU

Berita Harian bertarikh 4 Februari 2010 – PPD TAWAU MENGARAHKAN BUKAN SAHAJA MURID MENGUTIP DERMA KAD JOGATHON, TETAPI JUGA GURU-GURU. MANA LETAKNYA MARUAH GURU MENGUTIP DERMA DARI PINTU KE PINTU




Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada SMS “IBUT:BHA21277”, dalam ruangan Surat Kepada Pengarang dalam akhbar Berita Harian bertarikh 4 Februari 2010 – PPD Tawau mengarahkan bukan sahaja murid mengutip derma kad jogathon, tetapi juga guru-guru. Mana letaknya maruah guru mengutip derma dari pintu ke pintu.
Untuk makluman, Pejabat Pelajaran Daerah Tawau tidak ada mengeluarkan arahan kepada guru-guru untuk membuat kutipan dari pintu ke pintu seperti isu/perkara yang ditimbulkan oleh penulis. Arahan yang telah dikeluarkan kepada pihak sekolah ialah menjelaskan bahawa kutipan hendaklah dilakukan oleh ibu-bapa yang menjadi ahli persatuan Ibu-Bapa dan Guru Sekolah.
Pihak PPD Tawau juga telah menjalankan pelaksanaan jogathon mengikut prosedur dan mendapat kebenaran daripada :-
i. Jabatan Ketua Menteri Sabah
ii. Mendapat Permit/Kelulusan Kutipan Jogathon daripada Polis Diraja Malaysia
iii. Mengeluarkan surat pemberitahuan kepada pihak sekolah berkenaan kutipan Jogathon.
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

No comments:

Post a Comment