Wednesday, March 3, 2010

NUTP SOKONG GURU KE PEDALAMAN

Guru sedia ke pedalaman - NUTP

KUALA LUMPUR 3 Mac - Penempatan guru di kawasan pedalaman bukan suatu masalah malah golongan itu telah menyahut cabaran tersebut sejak ia dilaksanakan awal 1970-an.

Walaupun terpaksa mengajar dalam keadaan serba kekurangan pada masa itu, guru-guru tersebut masih mampu memastikan anak didik mereka berjaya tanpa memikirkan soal ganjaran.

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan berkata, keadaan itu berlaku disebabkan semangat patriotisme yang tinggi di kalangan mereka untuk mendidik anak bangsa.

"Saya sendiri pernah ditugaskan mengajar di pedalaman Sarawak pada awal 1970-an dan mampu mengharunginya berbekalkan semangat tersebut," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi hari ini.

Tambahnya, semangat patriotisme yang tinggi juga secara tidak langsung membantu para guru bertugas secara lebih efektif di kawasan berkenaan.

Justeru, kata beliau, semangat itu perlu disemai sejak di bangku sekolah dan menjadi sebati apabila mereka menempuh alam pekerjaan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam berkata, guru akan diwajibkan bertugas di pedalaman dan luar bandar antara tiga hingga lima tahun dalam tempoh perkhidmatan sebagai salah satu langkah mengatasi kekurangan tenaga pengajar di kawasan itu.

Beliau berkata, Kementerian Pelajaran juga akan mewajibkan guru baru mengajar di pedalaman sekali gus mengelakkan sistem pendidikan negara dalam kepincangan berikutan keengganan guru bertugas di kawasan berkenaan.

Hashim menambah, para guru seharusnya menjadi contoh yang baik kepada anak didik mereka dengan menunjukkan semangat patriotisme yang tinggi dalam memberi pendidikan kepada anak bangsa walaupun terpaksa mengajar di pedalaman.

Menurutnya, hanya dengan semangat patriotisme rakyatnya yang tinggi, sesebuah negara itu boleh mencapai kemajuan.





YA...GAJI TINGGI DAN KEMUDAHAN DI PEDALAMAN PUN DAH OK. ELOK LA CIKGU-CIKGU INI DI HANTAR BERTUGAS DI SANA. GUNAKANLAH KEPAKARAN LAWYER,JURUTERA,ARKITEK,BIOLOGIS,AHLI FIZIK ATAU APA SAHAJA KEPAKARAN YANG ADA DEMI MENJADI GURU......HA....HA....HA.......


BARU TAU LANGIT TINGGI RENDAH......................




No comments:

Post a Comment