Tuesday, January 5, 2010

APA NUTP BUAT???

Berbagai cara telah di lakukan berdasarkan dari apa yang di terangkan oleh NUTP bagi mengatasi masalah kaum guru.kaum Guru boleh melihat dan membaca sendri di laman blog NUTP dan kes yang sama di tanya dan berulangkali.Alasan dan jawapan ialah tidak dapat di selesaikan.Jika tidak dapat dio selesaikan, terangkan kepada kaum guru dan pastikan jawapan yang diberikan itu, lebih telus,jitu agar kaum guru tidk bertanya soalan yang sama.

Masalah utama sekarang selain isu kemudahan dan keselesaan dan garis panduan khas berhubung dengan perjawatan, isu utama ialah gaji.Sistem keperbagaian dan kelemahan menteri pelajaran lepas yang terlalu menyalahkan kaum guru dan berpolitik dari menyelesaikan masalah kaum guru , kini terbeban di bahu TPM Muhyiddin Yassin.Namun ini semua hanya boleh berlaku jika pihak NUTP kerap mengadakan perjumpaaan dengan pihak kementerian sendiri untuk berbincang.

Soal kemudahan untuk kaum guru di bandar mungkin selesai dan di kawasan pedalam seharusnya di berikan tumpuan dan ini adalah prinsip kementerian pelajaran sekarang ini.Namun dalam mengahadapi masalah ini ada masalah lain yang perlu di selesaikan bukan kerana ianya melibatkan gaji dan kerja.Namun sistem gaji yang berbagaininilah yang menjadikan isu gaji dan perjawatn ini di bangkitkan.

Selain gaji dan skim yang berbagai, sistem yang di perkenalkan tidak dapat meningkatkan golongan yang melanjutkan pelajaran ke tingkat yang lebih tinggi untuk mendapatkan sesuatu "hadiah" di atas usaha meningkat keilmuan dan di beri ganjaran yang sepatutnya sedangkan ada kelebihannya bagi sesebuah institusi tersebut mendapat pegawai yang punya lebih ilmu dan pengalaman.Namun usaha ini tidak berlaku di kalangan kaum guru kerana ianya di lihat agak berbeza , dimana guru yang mempunyai lebih kelulusan menjawat jawatan biasa, manakala yang kurang kelulusan di naikkan pangkat.

Sepatutnya NUTP membawa usul ini ke peringkat kementerian bagaimana sistem ini harus bermula sekarang, kerana jika tidak ianya akan meleret ke hadapan kelak.Peluang harus di buka.Misalnya guru yang punya gred ijazah yang mempunyai satu tempoh bertugas,pengalaman di sekolah rendah, kursus yang dihadiri,aktiviti yang dijalankan,di berikan tawaran untuk menjadi guru besar atau guru penolong kanan.Jika guru-guru menolak itu adalah perkara lain.

Cuba kita lihat apa pula akan berlaku jika guru sekolah rendah yang mempunyai kelulusan ijazah dan kemudiannya mendapat gred 44 di sekolah rendah,apakah golongan ini akan di pinggirkan sebegitu sahaja. Makin hari makin ramai yang layak untuk memohon gred 44 di sekolah rendah, dan di manakah mereka ini akhirnya.

Soal gred inilah yang menjadi punca masalah kenapa pihak NUTP mencari jalan penyelesaian buat masa kini.Soal gaji juga perlu di perjelaskan.Inilah punca kenapa makin ramai kaum guru berasa tidak puas hati kini.

Kenapa NUTP sahaja di persalahkan.Inilah kerana banyaknya kesatuan guru yang mandom untuk berani tampil kehadapan untuk membantu kaum guru. Hampir semua kesatuan ini lena di buai mimpi dan mengikut kerajaan.Selain NUTP kesatuan pendidikan bangsa Cian berani memperjuangkan hak dan agenda untuk kaum guru. Kesatuan lain bagaimana??????Yellekkkkk...elok bubar sahaja kesatuan guru yang ada .Buat menyemak sahaja jika tidak melakukan sesuatu untuk membela nasib golongan guru.

KGGMB
KGBS
KGS
KGLM
KGM
KGMB
KGAS
KGAKMB
KKGGAMB

berapa banyak kesatuan daaaaaaaaa....semua tak boleh pakai......auta saja.........atau mandom..,,bubar lagi baik

No comments:

Post a Comment