SALAHKAH GURU?
Emel : Naninu Sakun
Assalamualaikum semua!
Tanggal 25 Januari 2010, muka hadapan kosmo telah meletakkan kes GURU SAMAN BEKAS GURUBESAR. Dalam kes ni guru berkenaan telah memfailkan saman terhadap 2 bekas gurubesarnya dan seorang pegawai di JPN Kedah. Semuanya ini terjadi ekoran guru berkenaan menghadapi tekanan yang teruk dek perbuatan mereka yang kena saman. Dalam hal ini siapa yang perlu dipersalahkan? Saya tidak sabar untuk melihat kes ini bila dibicarakan nanti. Segala2nya kita serahkan pada mahkamah. Yang saya nak ulas dalam kes ini BURUK SANGATKAH GURU hingga kes ini diletakkan dimuka hadapan akhbar sebagai tajuk utama. Di dalam akhbar tersebut juga mengulas kes2 guru menyaman di Malaysia ini. Secara kesimpulan bila saya membacanya menunjukkan guru2 berdosa besar. Kenapa ini terjadi? Kenapa Setiausaha KPPK tidak membela guru2 ini? Mana KPPK? Mana Presiden KPPK? Kenapa bila kes2 yang membabitkan guru2 hanya setiausaha KPPKje yang pandai bersuara di media kononnya anda pembela guru? Kenapa bila ada guru menghubungi anda, anda memarahi pula guru? Saya ada bukti dalam hal ini wahai setiausaha KPPK. Kita tinggalkan setiausaha KPPK biar beliau muhasabah diri.
Bila sebut sahaja kes yang membabitkan guru2 di Malaysia tidak kiralah betul ataupun tidak, saya lihat media akan menyalahkan guru2. Guru2 juga ada hati dan perasaan, takkanlah sebab nila setitik semua guru dihukum durjana. Guru2 sendiri telah terbeban dengan tugasan di sekolah yang memang dah mencabar etika profesional mereka. Bayangkanlah dari seawal jam 5 pagi mereka telah bangun untuk menyiapkan diri bagi menghadapi tugasan seharian mereka. Sesampai sahaja disekolah segala2 tugasan bermula dari yang wajib hinggalah yang sunat dan harus. dalam hal ini guru2 lebih faham maksud yang tersirat ini. Namun begitu kenapa media tidak nampak? Kenapa KOSMO tidak nampak? Didalam etika perguruan telah jelas seseorang guru tidak boleh menjatuhkan airmuka seseorang guru itu dihadapan guru2 lain dan murid serta orang sekeliling. Justeru, tidak salah kiranya guru boleh menyaman jika maruah sendiri telah tercabar seperti kes saman tersebut.
Dalam hal ini kepada para guru besar, pengetua dan pentadbir sekolah dan JPN hendaklah mengambil iktibar dan muhasabah tentang perkara ini. Janganlah terlalu bebankan guru2 dengan tugasan2 yang kadangkala tidak logik dek akal contohnya sekolah tamat jam 1.10 tengahari tetapi guru2 hanya boleh balik jam 2 petang. Alasan boleh guru2 menyiapkan kerja2lah dan bermacam2 lagi. Bagi guru2 yang ada anak di sekolah2 lain yang perlu mengambil anak2 mereka pulang sekolah bagaimana mereka? Apa yang terjadi kepada anak2 guru yang terpaksa menunggu ayah dan ibu mereka mengambil mereka disekolah? Bagaimana pula dengan anak2 guru yang terpaksa pergi ke sekolah agama petang pula yang bermula jam 2.30 ataupun jam 3petang? FIKIR2KANLAH WAHAI PENTADBIR.............jadilah orang yang berperikemanusiaan bukan memburukkan profesion yang mulia ini...wallahuaklam...
ANAK KOMANDO REJIMEN 1
2 ulasan:
2 ulasan:
-
tanah di sekitar kelantan ingin di jual http://klatehartanah.blogspot.com/
2 ulasan:
-
tanah di sekitar kelantan ingin di jual http://klatehartanah.blogspot.com/
-
Begitulah nasib guru-guru di Malaysia ni tetapi kalau difikir-fikirkan kenapa jadi begitu??? Jawapannya ialah kerana kebodohan guru-guru sendiri (maaflah kalau ada yang terasa). Bodohnya "KITA" ialah kerana tak pandai nak lawan langsung main pakai terima sahaja apa yang diarahkan oleh KPM, JPN dan pentadbir.
Ini bukan cakap-cakap kosong, cuba dapatkan statistik guru-guru yang mengalami tekanan jiwa dan mental yang teruk. Bukan seorang dua malah dah beribu guru-guru yang dah jadi "GILA".
Kepada guru yang menyaman bekas GB dan JPN Kedah tu saya mengucapkan syabas dan semoga anda akan berjaya di dalam saman tersebut.
-
Begitulah nasib guru-guru di Malaysia ni tetapi kalau difikir-fikirkan kenapa jadi begitu??? Jawapannya ialah kerana kebodohan guru-guru sendiri (maaflah kalau ada yang terasa). Bodohnya "KITA" ialah kerana tak pandai nak lawan langsung main pakai terima sahaja apa yang diarahkan oleh KPM, JPN dan pentadbir.
Ini bukan cakap-cakap kosong, cuba dapatkan statistik guru-guru yang mengalami tekanan jiwa dan mental yang teruk. Bukan seorang dua malah dah beribu guru-guru yang dah jadi "GILA".
Kepada guru yang menyaman bekas GB dan JPN Kedah tu saya mengucapkan syabas dan semoga anda akan berjaya di dalam saman tersebut.
INI KOMEN AKU PULAK:
CIKGU-CIKGU NI MACAM AKU KATA DALAM BEBERAPA POSTING YANG TERDAHULU. KUTUK AKU PUN ADA. TAPI MEMANG DASAR GURU-GURU YANG ADA HARI INI KUALITINYA PENAKUT DAN TIDAK MENONJOL.YANG BERANI TU BUKANNYA TAK ADA, TAPI KEBANYKKANNYA SEDIA BERKHIDMAT, SEDIA MEMBODEK, SEDIA DUDUK DIAM DAN DENGAR SEDIA MENJAGA PERUT SENDIRI DAN JAGA DI BAWAH PERUT JUGA.
AKU KATA BEGINI KERANA PENGALAMAN AKU DI KETIKA MENJADI GURU SEWAKTU MEMUNCAKNYA ERA REFORMASI, RAMAI DI TUKARKAN, TIDAK SIAPA PUN YANG MAHU BERKAWAN KERANA TAKUT. BERBEZA SEDIKIT DENGAN HARI INI KERANA GURU DAH DAPAT ILMU.RAMAI DAH DAPAT MAKLUMAT. TAPI MASIH SEDIKIT YANG BERANI...............
KUASA GURU KUAT DAN BANYAK.......SAYANGNYA TIDAK PUNYA KESATUAN YANG KUAT DAN KUKUH................NUTP???????HARAP MANGKOK YANG ADA DI ATASA TU PUN TAK BOLEH BUAT APA JUGA........
No comments:
Post a Comment