Sunday, January 17, 2010

GURU BESAR CEMERLANG, GURU KECIL TUNGGING LANGGANG

Seperti biasa , musim pembahagian markah tiba.Biasanya ada yang kecewa dan ada pula yang suka.Maklumlah manusia biasanya menerima dan adakalanya pula tidak berpuas hati dengan apa yang ada. Namun dalam mengejar semua nya ini, manusia juga mahukan anugerah di atas apa yang mereka sumbangkan,bukan sekadar mahukan pengiktirafan, namun pengiktirafan itu harusnyalah di susuli dengan usaha yang dikatakan berbaloii dan juga penilainya haruslah bersifat adil dan sepatutnya di terima kaum guru tadi.

Di ceritakan bahawa ada guru-guru besar yang mendapat kejayaan di sesebuah sekolah berkat usaha gigih kaum guru untuk mendapat ANUGERAH guru Besar Cemerlang. Tahniah kerana di lantik sebagai guru besar cemerlang di atas usaha gigih mencurah idea untuk guru kerjakan, mengarahkan guru melakukan itu ini , dan yang paling menarik ialah mengadakan mesyuarat sekerap mungkin sebagai satu jalan untuk mencapai kecemerlangan tadi.Soal kebajikan dan tanggungjawab guru terhadap keluarga guru, bidang kerja guru nanti kita ceritakan di bawah satu persatu.

Biasanya , kita tahu apabila guru besar cemerlang ini , apabila di lantijkk dan di katakan pula menjawat jawatan ini dengan baik sekali di atas kertas dan kejayaan yang di capai guru tadi menjadikan sekolah tersebut adalah sebuah sekolah yang berjaya, baik dalam bidang kurikulum dan juga ko kurikulum dan ini sudah tentulah menjadikan nama sekolah dan juga nama guru besar tadi melonjak naik diseantareo negeri,.

Guru Besar jenis ini biasanya jenis yang terlalu mementingkan diri sendiri, kedekut untuk memberi markah kepada guru lain, sukar untuk menerima idea dan juga sukar dan tidak pula berperikemanusiaan. Soal kebajikan guru diketepikan, malah sekolah menjadi hal yang paling utama bagi menaikkan nama sekolah dari apa yang di harapkan. semoga beroleh pula menjadi guru besar yang cemerlang terbilang dan juga gemilang.

Memang lah beliau telah di anugerahlan oleh jabatan dengan markah yang tinggi , tambahan pula dengan kedekut memberi markah kepada guru menjadikan mereka bukan sahaja berjaya menjinakkan kaum guru untuk mencapai dan kejayaan peribadi meraka , malahan dengan semua kerahan yang di kenakan keatas guru dan kaum guru bawahan meraka akhirnya menjadi angkuh seangkuhnya .Pemimpin jenis apa jika berkelakuan begini????

Kita lihat apa yang berlaku kepada kaum guru di bawah pentadbiran guru besar jenis ini.

Soal kebajikan guru, jauh sekali untuk di berikan perhatian. Ini di sebabkan kaum guru kebanyakkannya lebih berjaya dari beliau, walau beliau berjaya menjadi guru besar cemerlang, namun kaum guru yang bergraduan berjaya dengan keluarga masing-masing. Sebaliknya beliau bukan sahaja mempunyai sedikit masalah di dalam rumahtangga beliau, namun di lihat anak-anak beliau kurang berjaya, suami pula di buang kerja lama dahulu kerana kesalahan rasuah, dan kini mungkin bekerja lain,terutamanya menjadi hamba kepad parti politik pemerintah.

Disebabkan keadaan inilah, maka mungkin timbul satu perasaan bahawa kaum guru yang berada di bawah beliau harus di perah demi mencapai kegemilangan . Kebajikan guru, anak yang hendak di bedah, diberikan cuti sehari, kalau anda menjadi seorang guru besar, adakah sehari patut di berikan cuti, walau pada dasarnya 2 hari yang di berikan itu masih tidak mencukupi tambahan pula membawa anak ke Kuala Lumpur dari utara.Guru besar jenis apakah inii???tidak punya rasa perikemanusiaan dan juga begitu takut untuk membela kaum guru???

Ada di ceritakan juga bagaimaa seorang suami kepada kakitangan bawah nya memohon cuti kerana suami mahu melakukan pembedahan, tidak diberi sampai kesudah walau telah di beritahu untuk berada disamping suami tercinta dan juga akhirnya cikgu tersebut mengambil cuti walau dengan hati yang berat.

Pengajaran disini ialah adakah anda sebagai seorang ketua jabatan tidak punya pertimbangan peribadi dan perikemanusiaan dan sepatutnya mengucapkan simpati dan juga memberi sedikit kemudahan bercuti dimana kakitangan tadi bekerja di bawah anda sekian lama sehingga anda di lantik menjadi guru bear cemerlang.????inilah sikap angkuh seorang yang mendapat kejayaan di atas usaha orang lain.

No comments:

Post a Comment