Tuesday, January 26, 2010

NUTP Minta Garis Panduan Jelas Berhubung Isu Penugasan Semula Guru

NUTP Minta Garis Panduan Jelas Berhubung Isu Penugasan Semula Guru

KUALA LUMPUR, (Bernama) -- Kementerian Pelajaran diminta menyediakan garis panduan yang jelas berhubung isu penugasan semula guru-guru bagi mengelak berlakunya penyalahgunaan kuasa dalam proses penukaran seseorang guru.

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) Hashim Adnan berkata pihaknya menerima aduan terdapat segelintir guru besar atau pengetua mengambil kesempatan untuk mengeluarkan guru yang tidak disukai atau guru bermasalah di sekolah masing-masing.

Walaupun masih di peringkat awal pelaksanaan penugasan semula, NUTP telah menerima sejumlah 10 aduan di mana antara lima dan enam daripadanya membabitkan kes salah guna kuasa guru besar, katanya pada sidang media di pejabat NUTP di sini hari ini.

"Masalah besar timbul apabila berlaku penyalahgunaan kuasa di mana guru besar atau pengetua mengambil peluang untuk menukarkan guru sesuka hati sehingga menyebabkan berlakunya penganiayaan," katanya.

Selain salahguna kuasa disebabkan penugasan semula guru, NUTP turut menerima aduan berhubung bebanan kewangan yang terpaksa ditanggung oleh guru yang diarah berpindah dalam tempoh satu atau dua minggu, terutama bagi mereka yang telah berkeluarga dan menetap serta mengajar di sesebuah sekolah untuk tempoh 10 hingga 15 tahun, katanya.

Beliau berkata ada juga guru mengadu ditukarkan ke sekolah yang terlalu jauh sehingga menyebabkan mereka terpaksa mengambil masa dua jam ke tempat kerja setiap hari.

"NUTP mencadangkan supaya pampasan bulanan diberikan kepada guru-guru berkenaan seperti insentif yang ditawarkan kepada mereka yang sanggup bertugas di kawasan pedalaman," katanya.

Sehubungan itu, Hashim meminta kementerian turut memantau proses penugasan semula bagi memastikan pelaksanaannya dilakukan dengan lebih sistematik.

Hashim berkata perkara itu juga harus dilaksanakan secara berperingkat dan berhati-hati dengan mengambil kira faktor kemanusiaan seperti kepakaran seseorang guru yang telah mengajar sesuatu subjek sejak sekian lama.

"Kita mencadangkan supaya guru yang belum berkahwin atau mereka yang boleh dikategorikan sebagai `young family' atau baru berkahwin dan tidak mempunyai anak yang ramai, ditukarkan terlebih dahulu di bawah redeployment guru ini," katanya.

Selain itu, katanya, setiap pertukaran haruslah dilakukan berdasarkan keperluan subjek di sesebuah sekolah dan setiap kekosongan mesti diisi dengan segera.



GURU BANYAK SONGEL.TAK ADA KERJA MINTA JADI GURU. DAPAT JADI GURU NAK NGAJAR DEKAT UMAH.DUDUK BAWAH KETIAK MAK.MASUK KAWASAN PEDALAMAN BARU DAPAT BANYAK PENGALAMAN.MUDA-MUDA BERJALAN DULU.TAMBAH-TAMBAH YANG GURU-GURU KPLI.LEPAS DAPAT JADI GURU INGAT NAK KAWINNNNN JA.TAK INGAT BENDA LAIN DAH....KEMENTERIAN PUN SATU HAL.ADA AKU BERBUAL DENGAN SEORANG PENSYARAH YANG MENGAJAR KPLI MERUNGUT.MACAM NI PUNYA GURU-GURU KE SEKOLAH LINGKUP...BUKAN TAHU BUAT KERJA PUN.SEKEJAP SANGAT JADI PELATIH.....NAMPAK BUKAN PROFESIONAL SEBAB KURSUS 6 BULAN ...PRAKTIKAL 4 BULAN DAH BOLEH NGAJAR .....PENGALAMAN NI PENTING SEBELUM BERUMAHTANGGA DAN MENJADI MANDOM SEMULA.JADILAH GURU YANG TAHU MEMARTABATKAN PROFESSION.SANGGUP KE MANA SAHAJA DI ARAHKAN.PUNYA TANGGUNGJAWAB MENJADI GURU SATU MALAYSIA.


Penempatan Semula Guru Adalah Proses Biasa - Alimuddin KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Penempatan semula guru yang dilaksanakan...


TENGOK KETUA PENGARAH KAUM GURU CAKAP.MACAM AHLI POLITIK BN/UMNO PULAK CAKAP.PROSES BIASA.CUBA TANYA ALIMUDDIN NI...PERNAH KA DIA MENGAJAR DI PEDALAMAN SARAWAK KA...ATAU HANTAR KE ULU TEMBELING KA...ATAU KE SABAH KA.....BARU DIA TAU LANGIT TINGGI RENDAH.AMAT MAMAT KAT BAWAH KOMEN PASAL PPSMI KAT ALIMUDDIN NI.....MALAS CAKAP LA.......CIKGU....CIKGU.....

1 comment:

  1. jangan salah sesiapa lihat diri sendiri dulu. cuba fikir.. bila GSTT dilantik guru tetap ambil kesempatan. kdg2 GSTT lebih bagus dari guru tetap. Guru yg belom posting lak bising utamakan guru GSTT. Guru interim dilantik mgantikan GSTT yg g KPLI. Rmai guru interim tolak tawaran or sebulan kerja dah berhenti. bila org bagi kerja tak nak kerja lak. Lantikan Guru interim dilanjutkan hingga 31 dis rmai dah tarik diri. Guru baru posting pun sama jer.. kira untung posting dlm semenanjung. kalu kna sabah & swak, ade yg cepat2 kawin. brapa rmai guru skrg yg betul2 adlh pdidik anak bangsa utk negara?? beri kerja lebih bising. minta balik lewat sikit mula tak senang duduk. INGAT!!! satu jari yg menunding ke dpan, 4 jari lagi menunding ke diri sdiri.

    ReplyDelete