Wednesday, January 27, 2010

DUIT BOUCER TUSYEN HILANG

8 orang Guru telah mengajar Skim Baucar Tuisyen (SBT) pada tahun 2009 untuk tempoh 9 bulan. Setelah menerima bayaran bagi 4 bulan pertama, baki RM 1250 (setiap seorang) untuk 5 bulan seterusnya masih belum diterima dari pihak pentadbir sekolah.

Setelah 3 bulan berlalu dan hampir sebulan pertama bagi tahun 2010 akan berakhir, 8 guru tersebut masih tertanya-tanya apakah status duit tersebut. Sikap pihak pentadbir yang berdiam-diri seolah-olah perkara itu tidak wujud, merumitkan lagi keadaan.

Akhirnya setelah sekian lama bersabar tanpa sebarang maklumat, berita, makluman dari pihak pentadbiran, sebahagian dari guru-guru ini bertemu Guru Besar di biliknya untuk berbincang dan mendapatkan status duit tersebut.

PERSOALAN:

> Adakah sikap 8 orang guru ini dianggap 'mata duitan' ?

> Adakah pihak pentadbiran berhak menganggap perkara ini remeh-temeh ?

> Adakah patut Guru Besar untuk merasa 'KECEWA' dengan sikap guru-guru ini yang datang ke pejabatnya untuk mendapatkan penjelasan ?

> Adakah guru-guru tersebut sepatutnya tetap mendiamkan diri dan berserah saja sama ada duit tersebut dibayar atau tidak, kerana sebagai guru, pendidikan anak-anak murid mestilah menjadikan keutamaan ?

No comments:

Post a Comment