Sunday, January 31, 2010

BERSAMA TPM DAN MP-SEMOGA NASIB KAUM GURU BERUBAH DARI MENTERI YANG SEBELUMNYA YANG KERAP MENGHENTAM GURU DAN TAK TAU BUAT KERJA.

Program SOAL JAWAB BERSAMA YAB TIMBALAN PERDANA MENTERI merangkap MENTERI PELAJARAN MALAYSIA pada 1 FEBRUARI 2010 jam 10 MALAM di TV3



Program SOAL JAWAB BERSAMA YAB TAN SRI MUHYIDDIN BIN MOHD YASSIN
TIMBALAN PERDANA MENTERI merangkap MENTERI PELAJARAN MALAYSIA

1 FEBRUARI 2010 (ISNIN)
10 MALAM
DI TV3

2 comments:

  1. Teliti laluan jadi guru besar
    Tahniah kepada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) kerana melakukan anjakan paradigma dengan melancarkan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBP) dengan 20 buah sekolah sebagai perintis. Semoga matlamat mengangkat pendidikan di Malaysia bertaraf dunia tercapai.
    Sejajar dengan anjakan ini, saya mencadangkan kepimpinan sekolah rendah dinaik taraf dalam menyokong usaha tersebut. Berdasarkan Mesyuarat Pengurusan Tertinggi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) Bil 10 Tahun 2009 yang berlangsung pada 15 Julai 2009 telah bersetuju untuk mewujudkan satu dasar yang lebih komprehensif, adil, saksama dan telus bagi laluan kerjaya Guru Besar di sekolah rendah dan Pengetua di sekolah menengah.
    Berikutan daripada itu prinsip-prinsip baru pengisian jawatan Guru Besar di sekolah rendah dan jawatan Pengetua di sekolah menengah telah pun diluluskan melalui Mesyuarat Pengurusan Tertinggi KPM bil 13.
    Laluan menjadi Penolong Kanan dan Guru Besar masih menetapkan guru bukan berijazah (DGA29 dan DGA32). Ramai guru berijazah (DG41) tertanya-tanya apakah nasib mereka? Bilakah mereka akan diberi peluang menjadi Guru Besar?
    Berbanding dengan guru bukan siswazah DGA29 dan DGA32, mereka juga tidak kurang pengalaman. Antara mereka ada yang berkhidmat melebihi 20 tahun di sekolah rendah, ada yang memiliki ijazah Sarjana dan dan Doktor Falsafah (PhD).
    Mereka juga sudah berada di sekolah rendah dalam gred DG41 melebihi enam tahun sejak 1 Januari 2004. Tambahan pula pada awal tahun ini KPM ada membuka tawaran Guru Cemerlang Gred DG44 di sekolah rendah bagi guru DG41 yang sudah berpengalaman mengajar lima tahun.
    Tanpa menafikan peluang guru DGA29 dan DGA32, saya yakin guru DG41 adalah aset penting KPM yang boleh diangkat menjadi Guru Besar. Guru Besar yang menyambung pelajaran ke peringkat ijazah pun dapat kekal sebagai Guru Besar dengan gred GG41 selepas mendapat ijazah.
    Midman
    Gua Musang, Kelantan
    =====================================

    Macam biasa la. Nanti sehari dua lagi, pihak KPM akan menjawab yang jawapannya kita sudah tahu. Tak logik dan tak boleh diterima akal yang waras.... akademik tinggi tapi jadi guru biasa sampai pencen. Dulu ingatkan takut ketinggalan, sambung le belajar. Rupa2nya macam ni jadinya. Sampai nak pegang jawatan yang paling lekeh di sekolah rendah (PK) sekali pun tak layak. Apa punya sistem pendidikan yang kita ada ni???

    ReplyDelete
  2. Yang tu aku setuju. Ingat dah dapat ijazah, atleast jadi PK ke..... kalau tidak GB pun. Tapi, diorang cakap, DG41 tak layak. Mampoih.... aku nak ngaja pun rasa macam... entah macam apa tah.

    ReplyDelete