Tuesday, January 26, 2010

HUKUM GURU BESAR SALAH GUNA KUASA

MACAM AKU KATA...GURU BESAR PENENTU REZEKI GURU DAH JADI TERBALIK. PATUT ADA JAWATANKUASA MEMANTAU GRU BESAR DI PERINGKAT KELOMPOK DAN JUGA DAEARAH SERTA NEGERI.ADA GURU BESAR IKUT SUKA DIA SAHAJA MACAM SEKOLAH MAK BAPA DIA.ADA GURU BESAR TERLIBAT SALAHGUNA KUASA, SALAHGUNA KEWANGAN, SALAHGUNA PERALATAN SEKOLAH, SKODENG ANAK DARA DAN BINI ORANG,PIJAK GURU UNTUK DAPAT CEMERLANG.INI YANG HARUS KITA TENTANG,LAWAN,PERJUANGKAN DEMI MEMEARTABATKAN PROFESSION PERGURUAN.!!!!!!!!!!!!!INI LA YANG DI KATAKAN MEMARTABATKAN PROFESSION.BUKAN CAKAP SAHAJA MEMARTABATKAN PROFESSION, LEPAS TU PELUK BINI...KAH...KAH...KAH.....




"Bagi memastikan akses dan ekuiti bagi mewujudkan pendidikan berkualiti, sudah pastinya penyediaan guru mengikut opsyen yang cukup menjadi keutamaan Kementerian Pelajaran dan kaedah penempatan semula guru akan digunakan untuk mengatasi masalah ini," katanya ketika dihubungi Bernama Rabu.

Alimuddin berkata keadaan menjadi lebih ketara apabila Jemaah Menteri memansuhkan pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) di sekolah-sekolah dan menggantikannya dengan Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI).

Dalam konteks itu, katanya guru-guru yang mempunyai opsyen Bahasa Inggeris sebagai contoh, sangat diperlukan terutamanya di sekolah-sekolah luar bandar dan pedalaman.

Alimuddin berkata kajian yang dilakukan kementerian mendapati terdapat lebihan guru bagi opsyen mata pelajaran kritikal itu di sekolah-sekolah tertentu di bandar-bandar besar.

Katanya penempatan semula guru tersebut merupakan satu proses yang berterusan dan berperingkat-peringkat, sehingga masalah ketidakseimbangan ini selesai.

Beliau turut menjelaskan bahawa mulai tahun ini penempatan semula guru secara terhad akan dilaksanakan, di mana proses itu akan melibatkan penempatan guru-guru dalam negeri atau antara daerah sahaja.

Alimuddin berkata demikian sebagai mengulas isu pemindahan guru yang didakwa berpunca daripada penyalahgunaan kuasa di kalangan guru besar dan pengetua yang memindahkan guru tersebut akibat 'tidak sebulu' atau menimbulkan masalah kepada guru besar atau pengetua berkenaan.

Beliau turut meminta semua pihak tidak membesarkan isu tersebut selain menganggap program penempatan semula guru itu adalah proses biasa yang akan berlaku dalam perkhidmatan awam
.

4 comments:

  1. 8 orang Guru telah mengajar Skim Baucar Tuisyen (SBT) pada tahun 2009 untuk tempoh 9 bulan. Setelah menerima bayaran bagi 4 bulan pertama, baki RM 1250 (setiap seorang) untuk 5 bulan seterusnya masih belum diterima dari pihak pentadbir sekolah.

    Setelah 3 bulan berlalu dan hampir sebulan pertama bagi tahun 2010 akan berakhir, 8 guru tersebut masih tertanya-tanya apakah status duit tersebut. Sikap pihak pentadbir yang berdiam-diri seolah-olah perkara itu tidak wujud, merumitkan lagi keadaan.

    Akhirnya setelah sekian lama bersabar tanpa sebarang maklumat, berita, makluman dari pihak pentadbiran, sebahagian dari guru-guru ini bertemu Guru Besar di biliknya untuk berbincang dan mendapatkan status duit tersebut.

    PERSOALAN:

    > Adakah sikap 8 orang guru ini dianggap 'mata duitan' ?

    > Adakah pihak pentadbiran berhak menganggap perkara ini remeh-temeh ?

    > Adakah patut Guru Besar untuk merasa 'KECEWA' dengan sikap guru-guru ini yang datang ke pejabatnya untuk mendapatkan penjelasan ?

    > Adakah guru-guru tersebut sepatutnya tetap mendiamkan diri dan berserah saja sama ada duit tersebut dibayar atau tidak, kerana sebagai guru, pendidikan anak-anak murid mestilah menjadikan keutamaan ?

    p/s: Harap maaf... Tolong Post semula artikel ini. Terima Kasih

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Kurang setuju dgn kenyataan Alimudin. Ini contoh pegawai yang tidak mahu mengkaji secara jujur akan masalah dan nasib guru2 yg dipindahkan tanpa memohon. Memang pihak guru besar dan guru penolong kanan sekolah banyak menyalahgunakan kuasa mereka dalam hal ini. Lebih parah lagi pihak kerani dan pekerja am mempunyai kuasa ekslusif daripada GB dan bertindak sebagai agen penilai untuk menentukan siapa patut mendapat APC, siapa patut dipindahkan. Ini hakikat, jangan Alimudin mengambil ringan perkara ini. Mereka mengambil kesempatan atas dasar yg dibuat oleh kementerian. Hasrat dan niat kementerian mmg tidak dinafikan baik tetapi pihak kementerian telah DIPERBODOHKAN oleh golongan guru besar dan konco2 untuk menggunakan dasar tersebut bagi menekan guru-guru. Sedangkan ramai guru2 yg tidak bertanggungjawab tetapi sebulu dgn guru besar dan GPK dikekalkan. Mengapa dasar SSB dan SSM gagal. kerana sikap pentadbir sekolah yang tiada akhlak dan moral. Saya minta Alimudin bersikap jujur dan ikhlas jangan hanya memandang isu ini sebelah mata sahaja. Guru2 yg dipindahkan tanpa sebab dan telah memberi perkhidmatan terbaik kepada murid2 dan sekolah dipindahkan sewenang2nya. Seolah2 guru2 ini ada membuat sesuatu kesalahan dari segi etika perguruan. Kalaulah anda dianiaya sebegini..apa perasaan anda. Merujuk kes yang berlaku di Kuching baru2 ini, siapa tidsk kenal GB besar tersebut.majoriti warga guru di Kuching mengetahui kebusukan hati disebalik senyuman menguntumnya. Lagipun selama dia memimpin sekolah tersebut, prestasi merudum. Inikah yang dimaksudkan oleh pihak Kementerian kah. Dalam kes ini, siapakah yang perlu dipindahkan?

    ReplyDelete
  4. Guru besar sekolah tamil paling teruk!Tak sedar diri ingat sekolah bapa dia ke? Ikutkan hati memang nak lempang dia! PPD tunggu cikgu bunuh diri, baru nak bertindak? Nak ke PPD pun dengan kebenaran DIA .........eeeeeeeeee rasa macam kuli bkn profesional!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


    ReplyDelete