Thursday, January 28, 2010

KES DI PULAU PINANG

Lapan Pelajar Keracunan Makanan Di Pulau Pinang

PULAU PINANG, (Bernama) -- Lapan pelajar perempuan yang ingin menganjurkan 'parti mengejut' kepada guru mereka pada Khamis mengalami cirit birit dan muntah-muntah selepas memakan kek yang dibawa seorang daripada pelajar itu.

Pengarah Jabatan Pelajaran Pulau Pinang Ibrahim Mohamad berkata berikutan itu, mereka yang terdiri dari pelajar Tingkatan Dua Sekolah Menengah Padang Polo di sini terpaksa dihantar ke hospital untuk rawatan.

"Kesemua mereka diberi dirawat sebagai pesakit luar dan dilapor telah pulih," katanya kepada Bernama di sini.

Beliau berkata kesemua pelajar terbabit dilapor mengalami keracunan makanan selepas memakan kek yang dibawa untuk dijamu kepada guru dan rakan-rakan pada kira-kira pukul 10 pagi.

"Kami mendapat maklumat punca keracunan makanan itu disebabkan kek dari luar yang dibawa oleh seorang daripada pelajar dan ia tiada kaitan dengan makanan di sekolah," katanya.


ADA CERITA DI SALAH SEBUAH SEKOLAH DIMANA TAUKEH KANTIN JAGA GURU BESAR.CIKGU LAIN LANTAK PI LA.CIKGU BESAR BOLEH MAKAN FREE. BERTAHUN-TAHUN PEGANG KANTIN.SAMPAIKAN NAK SAMBUNG KONTRAK KENA JUMPA AHLI PARLIMEN UMNO. NAK DI TAKDIRKAN CERITA TUHAN MAHA KAYA...SUATU HARI MAKANAN DI KANTIN TERCEMAR...BUDAK-BUDAK MUNTAH......NASIB BAIK BUKAN ANAK AKU...KALAU KENA ANAK PINAK AKU,ADIK BERADIK AKU...SAH AKU SAMAN.......BINAWE PUNYA TAUKEH KANTIN.DOA BUDAK-BUDAK TERANIAYA MUJARAB GAMAKNYA....MAKANAN SEDIKIT...MAHAL..TAK BERSIH....AKHIRNYA .



No comments:

Post a Comment