Monday, October 19, 2009

CEPATNYA PTD NAIK PANGKAT

Ada tidak sesiapa di luar sana yang mengetahui tentang skim gaji PTD? Tentang gaji permulaannya, pelantikannya, tempoh masa kenaikan pangkat, dan apa-apa sahaja yang berkaitan dengannya.Adakah mereka sama dengan golongan pendidik yang memiliki ijazah? Bermula dengan 41 kemudian ke 44 dan seterusnya ke 48, ke 52, ke 54 dan selanjutnya… JUSA.

Kalau ada tolonglah kongsi bersama-sama. Bukan apa. Saya ada seorang rakan PTD yang belum 10 tahun berkhidmat tetapi telah pun berada di gred 48. Nampaknya golongan PTD yang berada JPA dan SPP memang menjaga kroni mereka. Saya pun tidak berapa faham atas keperluan apakah yang mereka ini terlalu cepat naik pangkat. Kepada pihak yang berkaitan tolonglah siasat.

3 comments:

  1. Kepada rakan penulis coretan di atas,

    Tak perlu siasat, skim perkhidmatan mereka memang begitu, sedari dulu.

    Kita dok bising guru dengan masters dan Phd perlu diberi imbuhan, kumpulan ptd dah lama dapat dua mata kenaikan gaji. Mereka digalakkan untuk dapat masters dan Phd untuk kenaikan pangkat. Peluang ke luar negara untuk sambung pelajaran ke peringkat masters dan Phd terbuka kepada mereka, orang lain dapat yg lebihan mereka sahaja.

    Itulah keadilan namanya.

    ReplyDelete
  2. Orang tua seing berpesan :
    'Orang bodoh makanan orang cerdik'.
    Nampak gayanya guru-guru dan kena main atau kena makan dengan PTD. Guru bodohlah kalau begitu.
    Apa pun sebenarnya kalau kembali kepada prinsipnya 'jadi guru senang bolehlah, kaya jangan haraplah!'
    Guru bukan kelopmok enterprising yang mahu menguasai orang tetapi mahu berbakti. PTD itu mahu kuasai orang lain dan mendahului orang lain.
    Dalam situasi sekarang guru rasa tertekan sebab rasa serba kekurangan dan rendah diri. Rasa tersebut diukur dari perspektif orang lain yang mahu cari makan bukannya cari rezeki secara berbakti.
    Sememangnya kita guru-guru telah gadaikan prinsip asal untuk berbakti kepada anak bangsa disebabkan:
    1. Orang lain dapat lebih kerana mempergunakan kita
    2. Dunia hari ini lebih pentingkan material berbanding akal budi. Pergi jahanam kebaikan kalau perut kososng!

    Selagi perkara itu dipandang dan dinilai selagi itu kita tidak akan berpuashati dan tidak ingin rasai nikmat kesyukuran.
    Selagi kita tidak jadikan tugas kita sebagai ibadah dan selagi memandang kerja-kerja munkar orang lain (khususnya yang mempergunakan kita dan yang mementingkan nafsu)sebagai teladan maka selagi itulah kita merasa terhina.
    Guru kampung dulu-dulu menjadi mulia dan terhormat kerana khidmat bakti kepada anak bangsa.
    Guru kini ingin dipandang mulia kerana gaji yang tinggi tetapi hakikatnya hanya ikut petunjuk nafsu pihak lain yang tidak tahu pun nilai seorang guru.

    ReplyDelete
  3. Itulah, kalau guru undi Pakatan, dia kata guru tak sokong kerajaan, tapi apa yang guru dapat..PTD dapat layanan istemewa...guru berhempas pulas melalui kesatuan guru barulah mereka dapat sedikit seperti mereka dfapat hari ini, PTD tak payah ada kesatuanpunpun, mereka sendiri yang perbaiki skim gaji mereka. Yang kena tukar ke pedalaman juga guru kerana dilihat menyokong pembangkang. Tidur dengan anak murid dalam pacat dan hujan semasa berkhemah juga guru..

    ReplyDelete