Thursday, October 15, 2009

PENGALAMAN DAN SENIORITI UNTUK PERJAWATAN DI SEKOLAH .KHASNYA SISWAZAH

Kebelakangan ini, saya jumpa seorang guru senior yang akan bersara 3 tahun lagi. Beliau telah masuk DG 41 pada 2000, menerima tidak melebihi RM3000 gaji pokoknya. Oleh itu, dapatlah kita bayangkan betapa hampanya golongan guru 29/41 ini.

Saya ingin mencadangkan supaya guru 29/32/41 yang cukup senioriti diberi peluang naik pangkat memegang GPK atau GB dan seterusnya diberi DG44 selepas 3 tahun di dg41 seperti yang diberikan kepada GB DGA 32/34/38 KUP DG41.
Dengan dinaikkan ke tangga gaji DG44, maka jurang perbezaan gaji dengan DGA32 (KUP) dapat dirapatkan.
Satu perkara yang saya ingin sentuh di sini adalah golongan guru 29/32/41 sepatutnya diiktirafkan keseluruhan senioritinya dari segi pengalaman di sekolah. Gagasan saya ini berasaskan kepada realiti bahawa guru 29/32/41 sudah dikekalkan di sekolah masing-masing selepas masuk DG41, terutamanya di sekolah rendah tanpa digerakkan ke sekolah menengah seperti zaman dulu.

Zaman dulu, guru 29 masuk DG41 digerak ke sekolah menengah, suatu suasana P&P yang berlainan di sekolah rendah maka pengalaman memang berbeza, dengan ini, senioriti disifarkan semasa masuk ke kategori DG41, agak munasabah,akan tetapi masa sekarang baik guru sek.rendah mahupun sek menengah dikekalkan di sekolah masing-masing, oleh itu pengalaman serta senioriti harus diambilkira dalam aspek kenaikan pangkat.

Dalam zaman moden yang mementingkan bakat dan merit perkhidmatan pendidikan, janganlah mengongkongkan sesuatu jawatan kepada segolongan guru yang berada di satu kategori sahaja. Sistem ini memang sudah out-dated dan bercanggah dengan keadilan dan leberisasi arena pekerjaan yang memang mementingkan daya persaingan dan keupayaan peribadi.

No comments:

Post a Comment