Saturday, October 24, 2009

KENAIKAN GAJI 2007 -GURU SISWAZAH TERTEKAN

Puan SU yang dihormati, rakan2 29/41 & 29/32/41,Seandainya NUTP mengatakan bahawa permasalahan berkenaan isu gaji ini adalah sangat rumit dan bercabang-cabang masalahnya, kemungkinan kerana setiap aduan dan luahan yang diterima itu banyak daripada setiap individu terlibat, maka saya ingin menarik semula perhatian kita semua agar kembali kepada punca masalah agar kita tetap berada di landasan yang betul untuk menyelesaikan masalah.


Saya hairan, bagaimana masalah hendak diselesaikan sekiranya kita tidak mengambilkira punca kepada masalah tersebut. Sebagai contoh, punca kepada masalah jurang gaji ini ialah oleh kerana pelarasan gaji yang tidak seimbang pada 2007 tetapi penyelesaiannya ialah dengan memperkenalkan status 7+3 dan 1 HKG? Kenapa tidak mengembalikan semula 10% lagi yang TERKURANG dalam pelarasan gaji 2007 yang lepas. Oleh kerana itu saya beranggapan penyelesaian yang digunakan tidak merujuk kepada punca kepada masalah tersebut.Oleh sebab itu saya cadangkan beberapa soalan yang mungkin terlepas pandang yang boleh difikirkan oleh NUTP untuk menyelesaikan kemelut isu gaji ini seterusnya membuat keputusan yang mungkin boleh melegakan banyak pihak.1.

2. Bilakah masalah ketidakseimbangan gaji ini mula timbul? (SEJAK PELARASAN GAJI 2007)* Jadi rujuk balik pelarasan tersebut.

3. Adakah sebelum palarasan gaji dibuat, terdapat sebarang masalah yang serius seperti sekarang?(TIDAK SAMA SEKALI, KALAU ADAPUN KES TERPENCIL SAHAJA)* Terang lagi bersuluh puncanya.


4. Apakah masalahnya dalam pelarasan gaji tersebut?(25% KENAIKAN UNTUK KUMPULAN SOKONGAN & 15% KENAIKAN UNTUK KUMPULAN P&P)* Inilah puncanya secara spesifik.

4. Apakah kesannya?(a. GAJI KUMPULAN SOKONGAN MELEBIHI KUMPULAN P&P WALAUPUN SENIORITINYA SAMA ATAUPUN LEBIH JUNIOR DARI KUMPULAN P&P)(b. KENAIKAN TAHUNAN KUMPULAN SOKONGAN LEBIH TINGGI DARI KUMPULAN P&P)* Sungguh tidak adil & semberono.

5. Mengapa terjadi sebegitu?(a. HILANG SENIORITI & TIDAK MENDAPAT TIMEBASED 32)(b. PERBEZAAN 10% KENAIKAN)Saya cadangkan penyelesaian secara berperingkat: a. Memberikan 10% lagi kenaikan kepada kumpulan 29/32/41 berdasarkan gaji asas sebelum pelarasan 2007b. Memberikan timebased 32 kepada kumpulan 29/41 (Backdated) & 10% lagi kenaikan berdasarkan gaji asas selepas mendapat 32 sebelum 2007.c. Kenaikan gaji tahunan sama dengan kenaikan DG32 sekurang2nya.d. Memberikan 10% bayaran BISP sama seperti DG32 sebelum BISP dimansuhkan pada 2012.Semoga sedikit sebanyak membantu. Sekian. Harap maklum.
Fri Oct 23, 11:56:00 AM 2009

1 comment:

  1. Tahniah...
    saya memang amat bersetuju dengan pandangan dan cadangan saudara yang amat bernas. sebenarnya nutp hilang punca dan tak reti kat mana nak mula, maka hingga kini hampir 3 tahun penyelesaian masih belum selesai.

    ReplyDelete