Thursday, October 15, 2009

KESATUAN DIGESA BERI STATISTIK SEBENAR GURU 29/41 YANG TELAH MENDAPAT GRED DG44

berilah statistik yang betul, berapa ramai guru dg29/41 yang mendapat faedah daripada formula 7+3 ini berbanding tidak masih belum mendapat.
ini bermakna selepas pengumuman itu masih ramai lagi guru dg29/41 yang tertunggu-tunggu bilakah masalah ini berjaya diatasi dengan formula ini. Tolong jawab
tahukah puan, guru-guru ini masih menunggu dan mengharap masalah ini dapat diatasi dan mengembalikan maruah golongan profesional ini di tempat yang sewajarnya dengan kelayakan mereka. Tidakkah aneh bin ajaib pemegang ijazah dan master serta phd dibayar gaji lebih rendah berbanding mereka yang memegang sijil?. dan tidak kah memalukan profesion keguruan sendiri apabila guru yang berpengalaman lebih lama mengajar termasuk di dg 29/dg 6 dan dg 41 ( 2o tahun dan lbih)mendapat gaji yang lebih rendah berbanding guru yang baru mengajar di dg 41 selama 5 tahun? dan berbanding guru dg 32 yang baru mengajar 11 tahun. Anehkan? dan lebih pelik lagi guru yang mempunyai master dibayar gaji lebih rendh berbanding sijil perguruan? pelikkan? ini lah yang sepatutnya nutp perjuangkan dan bukannya mencari masalah baru untuk diselesaikan kerana isu dg29/41 adalah satu isu yang sangat besar dn merendahkan martabat guru yang ingin meningkatkan profesion keguruan....Perjuangkan, jangan mengaku kalah...selagi isu ini belum selesai kami tidak akan berhenti berjuang

Wed Sep 23, 09:18:00 PM 2009

No comments:

Post a Comment