Friday, October 16, 2009

PRINSIP BARU MENGUNTUNGKAN GURU BESAR

HTML clipboard






Berdasarkan PEMBERITAHUAN tentang (PRINSIP-PRINSIP BARU PENGISIAN JAWATAN GURU BESAR DI SEKOLAH RENDAH DAN PENGETUA DI SEKOLAH MENENGAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA) yang dipaparkan pada 30 September di laman web KPM, saya dapati bahawa guru DG29/41 dan DG29/32/41 yang berada di sekolah rendah akan berada dalam dilema beberapa tahun lagi.

Bermula pada 2004, guru 29 yang masuk ke 41, baik guru sekolah rendah mahupun sekolah menengah dikekalkan di sekolah masing-masing. Maka pengalaman tidak berbeza. Senioriti bagaimana? Tidak lama lagi akan wujud pula guru 44 di sekolah rendah. Maka pengalaman tidak berbeza. Senioriti bagaimana? 10 tahun berikutnya akan wujud pula guru 48 di sekolah rendah. Maka pengalaman tidak berbeza. Senioriti bagaimana?

Berdasarkan PEMBERITAHUAN di atas, satu perkara yang saya ingin sentuh di sini ialah golongan guru 29/41 dan guru 29/32/41 yang berada di sekolah rendah tidak mendapat perhatian. Golongan ini sepatutnya juga diiktirafkan keseluruhan senioritinya dari segi pengalaman di sekolah.


Gagasan ini berasaskan kepada realiti bahawa guru 29/41 dan guru 29/32/41 sudah dikekalkan di sekolah masing-masing selepas masuk ke 41, terutamanya di sekolah rendah tanpa digerakkan ke sekolah menengah seperti zaman dulu. Oleh itu pengalaman serta senioriti harus diambil kira dalam aspek kenaikan pangkat.

No comments:

Post a Comment